Sesampai je kat sekolah, semua ahli Devil's Roses terus melangkahkan kaki menuju ke bilik rahsia mereka. Malas nak masuk kelas awal tu sebab kenapa diorang menyimpang kejap kat sana.
Sepanjang perjalanan mereka ke bilik rahsia tersebut, mereka semua cuma berborak kosong dan sesekali mereka akan tergelak kecil dengan lawak Yuni yang entah apa2 tu.
Sampai je dekat bilik tersebut, Sya terus mengeluarkan satu kunci dan membuka pintu tersebut. Kaki mula melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dan di ikuti oleh ahli yang lainnya.
Masuk je kat dalam bilik tu, terus Eqah mengeluarkan suaranya.
"Beb..aku dengar ada pelajar baru masuk kat kelas kita hari ni" kata Eqah.
"Kitorang dah tau dah..atuk bagi tau semalam" kata Fiza selamba dan yang lain hanya menganggukkan kepala je mengiyakan katamya.
"Ehh..iyeke? Asal aku tak tau ehh?" soal Yuni.
"Macam mana kau nak tau bila semalam kau merajuk dengan kitorang?" sampuk Reen dari belakang Yuni.
"Ye tak ye jugak kan? Heheheh.."
"Budak tu masuk hari ni kan?" soal Eqah
"Yaa.." jawab Fiza sepatah.
"Habis tu apa kita nak buat dekat pelajar baru tu?" soal Fiee sambil memandang semua sepupunya.
"Macam biasa lh" kata Fiza dan Dee dengan nada suara yang excited.
Ahli Devil's Roses yang lain hanya tersenyum sinis. Diorang semua dah tak sabar nak kenakan budak baru tu nanti, yelah dah lama tak asah bakat.
"Tapikan..budak baru tu lelaki atau perempuan ehh?" soal Nad sambil memandang Fiza.
"Nth..semalam atuk ckp ada pelajar baru masuk je, atuk tak cakap pulak apa jantina budak baru tu. Maybe perempuan lah kut" jelas Fiza.
"Takpe lah..lelaki ke perempuan ke, aku tak kesah sangat yang penting sekarang ni aku nak pikir idea untuk kenakan budak tu nanti" kata Dee semangat.
"Yelah kan..tapi apa2 pun sekarang ni aku nak tidur jap. Korang pikir lah idea apa2 pun untuk kenakan budak tu nanti." kata Fiza seraya merebahkan badan di atas katil dan cuba untuk melelapkan matanya buat seketika.
Di dalam kelas 5Golds
"Assalamualaikum and selamat pagi murid2." sapa cikgu Amin kepada semua pelajar 5Golds.
Semua pelajar 5Golds berdiri dan membalas salam dari guru kelas mereka tapi pelajar yang beragama Islam jelah. Yang tak Islam cuma membalas sapaan pagi dari cikgu Amin jelah.
"Okey semua boleh duduk" arah cikgu Amin.
Semua pelajar duduk di tempat kerusi masing2 dan mengeluarkan buku pelajar mereka.
"Sebelum kita mulakan pelajaran kita pada pagi ini, saya nak kenalkan seorang pelajar baru yang akan menduduki kelas ini bersama kamu semua dan saya harap kamu semua layan dia baik2 terutama sekali Devil's Roses." ujar cikgu Amin panjang lebar.
Devil's Roses yang pada waktu itu malas untuk mengambil perhatian kepada ucapan cikgu Amin terus mengangkat kepala bila nama kempulan mereka di sebut2 oleh guru kelas mereka.
"Kenapa dengan kitorang, cikgu?" tanya Nad dengan muka innocent.
"Saya nak kamu semua jangan buat perkara yang bukan2 kat budak baru tu nanti. And Dark's Knight saya nak kamu semua tolong perhatikan setiap tingkah laku Devil's Roses sepanjang sesi persekolahan, faham?" arah cikgu Amin.
"Faham cikgu!" sahut semua ahli Dark's Knight serentak.
"Apa ni cikgu? Ingat kitorang ni budak2 ke nak diperhatikan bagai? And sejak bila pulak kitorang suka buat hal?" ujar Dee tak puas hati.
"Alaaa..korang tak payahlah nak acah2 innocent bagai. Dah korang tu memang suka cari masalah dengan orang, mengaku jelah ni tak. Hipokrit." sindir Wani dengan sinis dan ahlinya yang lain hanya ketawa sinis.
"Tak, sekarang ni apa masalah kau dengan kitorang ehh? Cikgu cakap dengan kitorang je kan? Yang kau nak sampuk bagai dah kenapa?" soal Eqah tak puas hati.
"Wow! Relaxlah, jangan melenting sangat. Dia cakap benda betulkan?" sinis Eika.
"Ni yang buat aku angin semacam ni." marah Eqah sambil bangun dari duduknya dan menghentak meja. Belum sempat dia nak meluru ke arah meja Wani, ada satu tangan yang menghalang dia dari bertindak di luar kawalan.
"Biar aku yang handle, sekarang ni kau duduk dan relax okey?" ujar Fiza cuba menenangkan sepupunya.
"Ehem..cik Wani, kau pernah tengok kelas ni kena jerebu tak? Kalau kau nak tengok, aku boleh je hilangkan bedak tebal kat muka kau tu dengan tangan aku ni. Konfom dengan sekelip mata satu kelas ni kena jerebu, tu pun kalau bedak kat muka kau tu tak tebal sangatlah but kalau tebal sangat aku rasa satu sekolah ni pun akan terkena jerebu juga kut." kata Fiza panjang lebar diselitkan sedikit sindiran.
"Kau! Kau memang dari mula lagi memang tak puas hati dengan aku kan? Tau lah aku ni lagi cantik dari kau." kata Wani sambil mengibas rambutnya ke belakang.
"Uwerrrkkk..baldi mana baldi? Kalau muka je lawa tapi hati tu busuk macam longkang, tak guna juga weii. Ye tak guys?" sampuk Fiee.
"Kau punya mulut memang cilaka ehh?" marah Wawa.
"Janganlah marah cik kak oii. Kitorang tak akan cari masalah kalau takde orang yang cari masalah dengan kitorang. Ingat kitorang ni takde kerja lain ke dari cari masalah kat orang lain? Lain lah kalau orang tu." sindir Reen pulak.
"Eee..geramnya aku" baru je Wawa nak bangun dari duduknya, satu suara menghalang dia serta menghentikan pergaduhan mulut antara kempulan Devil's Roses dan Diva Girls.
"Dah2..kalau nak bergaduh tunggu waktu rehat, sekarang ni cikgu nak kenalkan pelajar baru tu. Kesian dia lama menunggu kat luar kelas tu" ujar cikgu Amin.
"Nasib cikgu ada, kalau tak memang kau kena dengan aku" kata Wawa sambil mendengus geram.
"Ingat aku takut sangat ke dengan kau? Tak langsung!" sahut Reen.
"sudah2 lah bergaduh tu." halang cikgu Amin sekali lagi. Kali ni baru lah diorang berhenti gaduh.
"Okey, yang ada kat luar kelas tu boleh masuk sekarang" arah cikgu Amin pada pelajar baru itu.
Pintu kelas diketuk dari luar mengamit perhatian semua pelajar di dalam kelas 5Golds kecuali Devil's Roses dan Diva Girls. Seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas dan berdiri di sebelah cikgu Amin.
"Perkenalkan diri kamu" arah cikgu Amin.
"Assalamualaikum and hai, saya Sharifah Aisyah boleh panggil Aisyah je. Salam kenal." kata Aisyah sambil mengukirkan senyuman manis kepada semua pelajar.
"Okey Aisyah, kamu boleh duduk kat sebelah Ainur. Ainur sila angkat tangan kamu." kata cikgu Amin.
Aisyah meliarkan matanya mencari penghuni nama yang di sebutkan oleh guru kelasnya. Dalam sibuk matanya meliar di sekeliling kelas, tiba2 matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang sangat dia kenali.
Lama dia memandang orang tersebut sehingga dia tak sedar cikgu Amin yang berdiri disebelahnya sedang memanggil namanya berulang kali.
"Aisyah?"
"Aisyah?"
"Aisyah?"
"Aisyah? Kamu okey tak?" soalan cikgu Amin menyedarkan Aisyah dari terus memandang orang itu.
Aisyah hanya mengganggukkan kepala bagi menutup malu dan segera berlalu ke tempat duduknya. Selamat je Aisyah duduk kat tempatnya, cikgu Amin mengarahkan semua pelajar untuk mengeluarkan buku teks pelajaran masing2.
TBC...