webnovel

Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey

Fantasy FairTania For Are Lost Journey mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang pemuda yang bernama Ryunosuke Nishimura yang merupakan seorang pemimpin academy FairyTaniah dan jugak calon raja di Kingdom Rull Magic. Namun pada malam Oktober, semua keindahan dan keindahan kerajaan Rull Magic musnah bersama Academy FairyTaniah atas serangan dari pihak musuh. Malam itu, dia kehilangan semuanya. Pangkat, kekayaan, kerajaan, academy, anggota pelajar, para rakyat, serta anggota keluarganya yang turut terkorban pada malam berdarah yang pada akhirnya hanya tinggal dia berdua bersama adik bongsunya yang masih bayi pada masa itu. Bukan itu sahaja, pada malam itu jugak sosok yang dikenali sebagai seorang yang dingin, tegas, percaya diri serta bertanggungjawab hilang bersama kematian para anggota keluarganya yang memilih berjuang bersama anggota pelajar sehingga akhir hayat mereka. Dia merasa malu, sedih dan kecewa kepada dirinya sendiri kerana pada malam itu dia tidak mampu melakukan apapun untuk menyelamatkan mereka. Malah saat akhir sebelum dia di pindahkan ke kerajaan lain mengunakan portal sihir. Air matanya gugur bila melihat satu persatu anggotanya gugur akibat melindunginya bersama para rakyat yang akan di bawa pergi. Kini sudah 10 tahun berlalu tapi ingatan tentang malam berdarah itu masih kekal dalam ingatannya. Dia meneruskan hidup bersama adik pompuannya tanpa menggunakan nama keluarganya. Sehingga suatu hari seorang wanita mengambil dia dan adiknya untuk dijadikan keluarga. Hidupnya aman dan damai bersama anggota keluarganya yang baru. Walaupun pada suatu hari hatinya kembali menangis pilu bila tanpa sengaja berjumpa seseorang yang cukup disayanginya. Tapi setelah itu dia kembali menjalani hidupnya tanpa dibayangi oleh sosok itu yang hingga ke hari ini masih tidak menerima keputusannya untuk memutuskan hubungan mereka. Namun apakah daya! Dia tidak mampu melawan takdir. Mereka akhirkan kembali ditemukan di Academy WhiteFairy dengan status dan keadaan yang berbeda. Sosok itu merupakan seorang ketua pelajar yang disegani serta diminati oleh semua pelajar di academy. Manakala dirinya hanya orang biasa yang menumpang hidup. Kehidupan aman dan damainya bertukar berantakan bila gadis itu mengunakan kekuasaannya dalam menentukan sesuatu perkara yang berkaitan dengannya. Dan semestinya, semua itu dilakukan dengan maksud yang tersendiri dan dia sendiri sedar akan maksud gadisnya itu. Persoalannya mampukah dia bertahan dengan segala godaan dari sosok yang cukup menggilainya. Dan jugak dengan masa silamnya! Apakah dia akan selamanya jatuh dan merelakan kematiannya orang-orang yang dia sayangi tanpa niat menuntut keadilan untuk mereka yang sanggup mengorbankan nyawa mereka?

AisukiShah · Khác
Không đủ số lượng người đọc
31 Chs

Chapter 18

Ryunosuke berdiri di atap academy sambil memerhatikan keadaan di padang. Di sana dia dapat melihat sosok calon isterinya sedang melakukan aktiviti sukan.

Sesekali dia tertawa kecil bila melihat gelagat Aiko yang sentiasa mencuit hatinya dalam perbagai hal yang gadis itu lakukan.

Dia memejamkan matanya, seketika terlintas momen saat pertama kali dia berjumpa dengan sosok gadis manisnya di bilik ketua pelajar di academy FairyTaniah.

FLASHBACK

"Selamat pagi abang!" Sapa adik lelakinya Ryaito kepada Ryunosuke yang kini sedang sebok dengan beberapa helaian dokumen yang berselerak di atas meja kerjanya.

"Pagi!" Jawapannya ringkas tetapi anak matanya melirik sekilas kearah adik keduanya sekali gus menjadi orang kanan keduanya.

"Hishh kau ni cuba lah ambik masa 5 minit untuk sarapan! Patner aku cakap yang kau belum ambil sarapan lagi abang long." Marah adiknya itu bila mengetahui sikap abangnya yang seorang gila kerja. Sikap yang sukar untuk di hilangkan dari sosok abangnya itu. Dia bukan tidak suka, tapi kalau kerja sampai tak ingat dunia hingga mendatangkan penyakit dia jugak yang susah!

Nanti alasan apa yang dia nak bagi dekan ibu mereka! Abangnya kerja sampai lupa jadual makan dia! Mustahil ibu tercintanya itu akan melepaskan diarinya dengan mudah.

" 5 minit lagi abang ambik sarapan! Kamu pergi sarapan dulu." Balas Ryunosuke yang masih leka dengan kerja-kerjanya itu.

"Tak ada! Tak ada!

Lagi 5 minit lagi bukan sarapan! Tapi makan tengahari wahai ABANGKU TERCINTA." Kata Ryaito dengan tegas lalu membawa sepinggan nasi goreng.

"Lagi 5 minit makan tengahari!" Soal Ryunosuke kembali. Itulah sikapnya kalau sudah start memulakan kerja. Dia akan duduk di kerusinya tanpa sedar masa yang telah lama berlalu.

"Yes! Apa abang tahu sekarang dah waktu berapa? " Tanya Ryaito sambil meletakkan pinggan nasi goreng di hadapan abangnya itu.

"Bukan ke masih waktu 8 pagi!

Eh dah 11:55pagi. Serius lah!" Ryunosuke terpinga-pinga bila melihat jam di samping meja kerjanya.

"Dah sedar! Sekarang kau makan lepas tu rehat kejap 10 minit." Kata Ryaito dengab tegas. Tangan kanannya pun turut menghulurkan sudu yang berisi nasi goreng tersebut.

"Erk! Abang not a boy anymore! Kenapa kene rehat lagi 5 minit?" Tanya Ryunosuke kembali sambil tangannya merampas sudu dari tangan adiknya itu.

"Tengok tu! Kau leka kat sini sampai lupa yang kita ada janji dengan pelajar dari academy WhiteFairy." Ryaito mencebikkan bibirnya. Hatinya kesal melihat sikap abangnya yang sering lupa dengan dengan jadual kerjanya sendiri.

"Academy WhiteFairy! Akira Hayashi." Kening Ryunosuke naik sebelah. Dia kini keliru dan otaknya cuba bekerja. Mengingat mana-mana hal yang berkaitan dengan Academy WhiteFairy dan jugak pengerusi pelajar iaitu Akira Hayashi.

Tak ada! Dia langsung tidak mengingati benda-benda penting yang berkaitan dengan academy suci tersebut. Hatinya kuat mengatakan tiada sebarang perjumpaan dengan pemuda itu untuk masa terdekat ini.

Malah, mereka baru sahaja berjumpa secara beramai dalam satu perjumpaan tertutup diantara perwakilan pelajar dari setiap academy di menara sihir. Tapi untuk perjumpaan hari ini tidak ada dalam benak fikirannya. Tak akan dia lupa!

"Yes! Kita ada janji dari pihak diaorang pada waktu 12 tengah hari.

Tetapi kerana majlis sambutan dari kita untuk mereka jadi mereka akan jumpa dengan kita dalam waktu 12:30 tengahari." Sambung Raito dengan senyuman manisnya. Hari ini merupakan hari yang paling mengembirakan hati nya.

" Perjumpaan 12.30 tengahari! Tapi kau ingatkan aku awal setengah jam dengan nada seakan aku tak terlewat dengan janji yang aku langsung tak tahu ape pun." Kata Ryunosuke dengan geram. Akhirnya dia ingat bahawa perjumpaan mengejut dari Academy WhiteFairy tidak ada dalam senarai kerjanya.

Jadi boleh di ringkaskan bahawa adik kesayangan yang sedang tersenyum sumbing tidak memberi tahunya awal.

"Rasanya aku ada bagi tahu kau bang.

Tapi kau lupa...kot lah!" Balas Ryaito yang kini mula cuak. Dia baru sedar yang dia langsung tidak memaklumkan perjumpaan hari ini kepada abangnya itu. Patutlah abangnya itu cukup santai hari ini.

Selalunya awal sejam sebelum perjumpaan, abangnya itu akan mengingatikan dia dan rakannya untuk bersiap.

Tapi hari ini tidak, dia yang kene ingatkan abangnya. Rupanya dia yang lupa! Tapi kalau sarapan ye! Abang kesayangan dia tu selalu lupa.

"Ta...tapi kau selalu lupa sarapan! Jadi bukan salah aku je abang." Kata Ryaito dengan memek muka comel dengan berharap dia dapat simpati dari abangnya yang cukup terkenal ketegasan.

"Next time don't neglect your work! This time I forgive you. But not later, wrong is still wrong!" Pesan Ryunosuke untuk kali terakhir kepada Ryaito.

Tidak ini bukan sekali, tetapi banyak kali budak kecik didepannya itu sering melakukan kesalahan. Tetapi naluri abangnya mucul bila melihat wajah sayu adiknya. Wajah yang sengaja digunakan oleh Ryaito agar tidak dimarahi oleh Ryunosuke.

"Hehehe...I promise brother.Next time I will not repeat the same mistake!" Dan seperti biasa Ryaito akan berjanji dan tetapi melanggar janji tersebut.

"Hmm pergi lah buat sesuatu untuk sambut kedatangan Akira." Arah Ryunosuke yang kini mula menikmati sarapan nya.

"Errr untuk pengetahuan abang bukan Akira yang datang!" Ryaito bersuara kembali. Dia agak takut sebenarnya mahu memberi tahu kebenaran kepada abangnya apatahlagi niatnya yang ingin mendekatkan abangnya dengan mana-mana gadis muda.

"Bukan Akira! Orang kanan dia ke." Ryunosuke memandang kearah Ryaito yang menggelengkan kepalanya bila mendengar pertanyaannya.

"Who is that person? Does it have anything to do with Akira." Tanya Ryunosuke kembali.

"Ya dia ada hubungan dengan Akira." Ryunosuke menganggukkan kepalanya bila mendengar balasan dari adiknya. Dia dapat meneka siapa yang hadir.

Dia tidak sangka bahawa sahabatnya yang bermula macam perempuan itu telah melakukan pertunangan dengan seorang gadis. Tetapi kenapa dia tidak di jumput?

"Sejak bila Akira bertunang? Kenapa keluarga kita tak di jumput! Bukan keluarga kita rapat ke ngn keluarga Hayashi?" Kini otaknya muncul perbagai pertanyaan.

Padahal sewaktu pertunangan adiknya bersama rakan masa kecil mereka, Miyuki Tanaka. Keluarga mereka menjemput keluarga kerajaan dari Hayashi secara khusus.

Kerana kedua raja di dua kerajaan tersebut memiliki hubungan persahabatan yang sangat erat sehingga persahabatan itu diteruskan melalui persahabatan diantaranya dan anak lelaki mereka Akira Hayashi yang seumuran dengan anak pertama mereka Ryunosuke Nishimura.

" Abang Akira still bujang abang! Dia masih dalam proses mengejar cinta hatinya." Kata Ryaito yang cuba membetulkan kefahaman abangnya itu.

Akira Hayashi dan Ryunosuke Nishimura telah menjalinkan hubungan persahabatan sejak berusia 5 tahun lagi. Keduanya  sering terlihat bersama diwaktu kecil kerana kedua raja dari kerajaan tersebut sering membawa anak bujang mereka di mana-mana perjumpaan.

Dan lagi membuatkan keduanya terlihat seakan sama kerana dua-dua masih bergelar single. Tapi bezanya Akira Hayashi sedang digosipkan dengan memperjuangkan cintanya pada seseorang manakala abangnya itu masih sendiri hingga kini.

Lagi buat Ryaito pening bila abangnya itu pernah memberi tahu bahawa dia langsung tidak berminat pada mana-mana perempuan yang sering dia jumpa. Baik dari orang bawah, bangsawan sehinga para puteri dari mana-mana kerajaan.

Satu pun tidak berjaya mengikat hati abangnya itu yang cukup dingin membeku. Sehinggalah otaknya berfikir negatif.

Ryunosuke Nishimura mempunyai kelainan seksual, dia tidak tertarik dengan lain jenis tetapi tertarik dengan SESAMA JENIS.

Itulah menjadi firasat kepada Ryaito dan Akira sehingga mereka menempah katil hospital secara bersebelahan setelah dibelasah oleh Ryunosuke yang tidak diterima di kata GAY oleh mereka berdua.

"Jadi siapa yang menggantikan Akira?" Tanye Ryunosuke kepada Ryaito yang sedang menatap datar kearahnya.

"Adik perempuan Akira yang merupakan naik pengerusi di Academy WhiteFairy, Aiko Hayashi." Balas Ryaito dengan malas. Niatnya untuk mengenal kan Ryunosuke dan Aiko jadi terbantut. Dia yakin abangnya itu tidak akan tertarik.

"Adik Akira. Aiko Hayashi!" Ryunosuke hanya berkata perlahan. Entah kenapa dia seakan tertarik dengan sebaris nama tersebut.

Kini telah tiba waktu yang telah dijanjikan oelh perwakilan dari academy suci tersebut.

Ryunosuke tersenyum sambil menanti kedatangan kedua tamunya di bilik kerjanya. Sedari tadi hatinya tertanya-tanya akan rupa sosok Aiko Hayashi.

Sosok yang dia dengar memiliki kecantikan yang sangat mengagumkan, memiliki kesopanan, lemah lembut, bijaksana dan lebih dikenali dengan sikap yang egois akan sesuatu.

Akhirnya penantiannya berakhir bila adiknya Ryaito memberi tahu akan kedatangan sosok yang sangat dia nantikan.

"Salam sejahtera dan selamat tengahari kepada anggota kerajaan Rull Magic Ryunosuke Nishimura.

Maaf sekiranya saya telah mencuri masa rehat anda dengan kedatangan saya di di Academy FairyTaniah.

Saya Aiko Hayashi wakil pelajar dari Academy WhiteFairy."

Ryunosuke terpaku bila mwlihat seorang gadis yang memiliki kecantikan yang seakan bidadari yang sedang berucap dihadapannya.

Seketika dia merasakan dunianya berhenti bergerak. Kedua matanya fokus melihat kearah hadis manis yang sedang berucap dihadapannya kini.

Untuk pertama kali, dia merasakan ketarikan pada lawan jenis. Jantungnya sedari tadi berdegup kencang.

Sejak dari hari pertama itu, setiap hari dan saat nama dan sosok tersebut sering bermain di mindanya.

Sehinggalah dia sedar bahawasanya dia telah pun jatuh cinta pada pandangan pertama. Dan gadis yang telah berjaya mengunci hatinya adalah Aiko Hayashi.

END Flashback 

"Apa yang awak fikirkan sayang!" Soal satu suara yang sentiasa terukir di hatinya.

Ryunosuke menoleh ke samping kanannya, dia dapat melihat wajah Aiko yang sedang tersenyum kearahnya.

Ahh sungguh manis senyum itu. Dia rasa bangga bahawa tuan kepada seyuman manis tersebut merupakan tunangnya dan dalam beberapa tahun lagi akan menjadi ratu dalam hidupnya kelak.

"Tak ada apa. Cuma teringat masa awal perkenalan kita. Sangat momen yang manis." Kata Ryunosuke. Secara tak langsung dia jugak merindu kenangan-kenangan manisnya sewaktu dia masih bersekolah di Academy FairyTaniah. Terutama saat kebersamaan dengan angota keluarganya.

"Hari yang sangat mendebarkan untuk saya" ucap Aiko yang kini terut larut dengan kenangan masa silamnya bersama sang kekasihnya.

Aiko sendiri tidak menyaka, bahawa seseorang yang sangat dia puja telah pun jatuh kedalam dakapannya.

Sama seperti gadis lain, dia jugak mempunyai hati kepada pemuda tersebut kerana memiliki potensi yang sangat mengagumkan.

Tetapi dia lebih tertarik dengan sikap Ryunosuke Nishimura yang sebenarnya sangat lah lembut dan perhatian kepada orang yang memerlukan. Terutama pada golongan berumur dan kanak-kanak.

Namun begitu, dia tidak lah seperti yang lain. Menunjukkan minat secara terbuka. Dia lebih memilih menyukainya sosok tersebut secara sembunyi hanya orang tertentu sahaja yang tahu akan perasaannya pada pemuda itu.

Kini perasaannya berbalas dan pemuda itu sentiasa berada di sisinya dan tidak lupa melindungi dirinya sentiasa.

Hubungan pertunangan berlangsung pun secara tiba-tiba, selang beberapa bulan mereka berkawan. Auko dikejutkan dengan lamaran pertunangan dari keluarga Nishimura.

Malah oemuda itu sendiri yang menyatakan hasrat untuk meminangnya. Bayangkan seseorang yang sangat kau cinta datang sendiri pada kau. Lagi harunya terus melamar kau! Tak gila dibuatnya.

Kalau dia tak menjaga citra seorang gadis bangsawan yang penuh ertikan!

Rasanya pada hari itu jugak dia sudah melompat keriangan bila sesuatu yang sangat dia inginkan akhirnya dia perolehi.

Dia sungguh tidak menyangka bahawa pemuda itu akan membalas perasaannya dengan menjalinkan tali pertunangan. Padahal masa itu, mereka baharu sahaja berkenalan dan hubungan berteman tidak sampai setahun.

Tetapi lelaki itu telah memutuskan untuk mengikat dirinya dengan alasan takut dirinya direbut oleh orang lain. Jadi dia memutuskan untuk terus melamar Aiko sebagai Puteri Mahkota Rull Magic.

Sejak hari itu dan hingga lah kini, gelaran itu tetap menjadi miliknya walaupun kini kerajaan Rull Magic telah hilang.

Tapi perasaannya pada lelaki itu masih lah sama, malah perasaan cintanya kian membesar. Dia sungguh tudak mampu hidup bersama orang lain kecuali Ryunosuke Nishimura.

"Saya tak sangka yang awak akan balas perasaan saya. Lagi buat saya terkejut.

Awak terus jadikan saya Puteri Mahkota. Sejak saat tu. Saya dah berazam. Gelaran Puteri Mahkota dan jugak tunangan awak hanya saya sahaja.

Saya tak akan lepaskan gelaran itu pada gadis lain. Kecuali awak sudah berubah hati pada yang lain Abang Ryu." Kata Aiko dengan penuh perasaan.

Ryunosuke tersenyum mendengar kata-kata yang cukup menghangatkan hatinya.

Dia membawa tubuh Aiko kedalam pelukannya. Lalu berbisik pada telinga Aiko dengan penuh nada romantis.

"Awak dah kunci hati saya! Ingat senang nak lepas kan awak macam tu.

Saya tak akan bagi raga dan perasaan saya pada orang lain kalau awak sendiri telah merampas semuanya.

Tanpa kau! aku ibaratkan raga yang kosong tanpa jiwa Aiko."

Aiko tersenyum malu, dia menutup mukanya dengan kedua terlapak tangan apatahlagi dia dalat merasakan kecupan di lehernya.

"Saya dah lama tak dengar awak panggil saya dengan gelaran Abang Ryu! Sangat manis sugar." Kata Ryunosuke yang kini mengnenggelam sepenuh wajahnya di leher Aiko.

"Hihihi kalau awak nak saya boleh panggil awak macam tu selalu. Lagipun umur awak memang sebaya dengan abang long Akira." Balas Aiko yang menahan geli di lehernya.

"Ah! Cakap pasal Akira. Saya tak nampak pun abang awak tu. Mana dia pergi Ai?" Soal Ryunosuke yang kini mula teringat akan sahabat lamanya itu.

Entah apa berita dia sekarang. Dah berjaya belum perjuangan cintanya itu.

"Emm abang long sekarang dekat Ironland Magic. Dia bersekolah disana." Balas Aiko yang kini berbalik badan dan memeluk tubuh keker milik buah hatinya.

"Hah! Belajar kat sane. Untuk apa Ai? Bukan sini ada Academy ke!" Soal Ryunosuke kembali.

"Awak tahu kan yang dia sedang tergilakan seseorang!" Aiko cuba memberi klu pada Ryunosuke akan sikap abangnya yang masih sama.

"Ya! Saya pernah dengar tentang niat bodoh dia tapi rasanya bukan satu orang je yang dia pernah jatuh cinta!" Kata Ryunosuke yang cuba mengingatkan tentang hal yang berkaitan dengan sahabat kecilnya itu.

"Ya! Sebelum berlakunya trajedi tu abang long berkenalan dengan seorang gadis di kerajaan Ironland Magic.

Sejak saat dia jatuh cinta dia terus terbang ke sana dan belajar di Academy BlackIrondFairy.

Tu pun sebab orang yang dia suka seorang sensei dekat sana. Tu yang dia merengek dekat Ayahanda untuk berpindah ke academy sana." Jelas Aiko dengan lesu. Itu lah kenapa dia mengambil alih tempat abangnya yang kini sedang tinggal di kerajaan luar.

Kalau ada abangnya itu, dia hanya lah menjadi naik pengerusi dan bukannya pengerusi pelajar di Academy. Akan tetapi kerana mengejar cinta.

Abangnya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya dan meninggalkan academy untuk mengejar cintanya yang belum tentu pasti.

"Cis dasar tak matang. Umur dah nak masuk 20 kut! Tapi fikiran masih budak bawah umur." Ucap Ryunosuke dengan cukup kesal.

Nasib sahabatnya itu tidak ada di hadapannya. Kalau tak! Bermalam lah Akira dekat hospital dengan pakej layanan istimewa.

"Sebabtu saya kene jadi ketua pelajar. Saya ganti tempat abang long. Maaf saya tak sepandai awak dalam uruskan ketja dalam masa singkat." Luah Aiko dengan lesu.

Kalau tudak terikat kerja, sudah pasti dia akan ada banyak masa untuk diluangkan bersama Ryunosuke. Tetapi apakah daya. Dia memikul tanggungjawab yang besar pada kerajaan dan academy.

"Dia tahu ke pasal saya kat sini?" Tanya Ryunosuke. Dia perlu pastikan samada keberadaannya dapat dihidu oleh lelaki itu atau tak.

"Ouhj patutlah tak pernah kene kacau. Kira tak tahu rupanya." Ujarnya perlahan setelah melihat gelengan kecil dari kekasihnya yang kian bermanja-manja.

" Selalunya bilik abang awak tu sape je ada! Selalu orang masuk ke?" Tanya Ryunosuke kembali.

"Kalau bilik saya memang kerap pelajar lain masuk tapi kalau bilik kerja abang.

Hanya saya dan Mieko yang dibenarkan masuk. Yang lain tidak diberi kebenaran secara langsung oleh abang.

Saya pun banyak habiskan masa di bilik saya je. Kerja abang pun saya buat kat bilik saya, bukan bilik kerja utama." Akui Aiko dengan memek muka yang comel.

Dia dalam mood bermanja dengan Ryunosuke, jadi dia sengaja membuat muka comel dan suara yang sengaja di gedik kan.

"Give me that room!" Kata Ryunosuke kwpada Aiko yang kini sedang mengedip kan kedua matanya.

"Eh! Bagi bilik tu pada awal?" Soal Aiko kembali dengan nada polos.

Ryunosuke gemas melihat sikap Aiko, lantas dia mencuri beberapa ciuman di bibir merah kepunyaan gadisnya itu. Tidak pernah puas dia mencium bibir manis bak gula itu. Sentiasa diinginkan tanpa jemu!

" Yes dear! I want that room. I will do all my work in that room.  And I want you to be in the same room with me when I'm there. Do you want to be with me dear?" Kata Ryunosuke dengan menggoda.

Boleh dikatakan dia mengambil kesempatan dengan keadaan gadisnya sekarang. Bila je ada masa berdua.Dah lah dua-dua mempunyai tanggungjawab tersendiri. Jadi ni je jalannya untuk dia berdua-duaan bersama Aiko. Apatahlagi bilik tu tudak diberi keizinan pada sesiapapun.

"Saoe je tak nak! Of course I want to be with you! Tapi kene mintak keizinan from my brother first." Kata Aiko lalu mencari telefon pintarnya di kocek baju yuniformnya.

"Jangan bagitahu pasal saya ada disini! Biarlah dia tidak tahu paoe. Nanti tak ada peluang nak masuk bilik dia sebab dia dah balik sini." Kata Ryunosuke agar kekasihnya tidak memaklumkan keberadaannya di Academy WhiteFairy.

"Awak tak nak jumpa dia!" Tanya Aiko yang ingin kepastian kepada kekasihnya itu. Mana tahu lelaki itu merindukan teman masih kecilnya.

"Kalau dia tahu, kita tidak akan ada masa berdua sebab dia akan sentiasa berkepit dengan saya 24jam. Takut awak rasa diduakan oleh abang awak sendiri." Kata Ryunosuke kepada Aiko yang hanya menganggukkan kepalanya lalu menghantar pesanan kepada abangnya tentang niatnya untuk menggunakan bilik lelaki itu.

Aiko tersenyum senang bila mendapat kebenaran tetapi dengan syarat hanya dia dan Mieko sahaja yang dibenarkan masuk. Orang lain termasuk keluarganya sendiri tidak dibenarkan masuk tanpa persetujuan daripadanya.

Dan tidak lupa, Akira sempat bertanya tentang khabar dari Ryunosuke tetapi Aiko mengambil kata putus untuk tutup mulut sehinggalah abang sulung sendiri mengetahui sebenarnya.

Ryunosuke memerhati setiap sudut yang terdapat di bilik kerja milik sahabat waktu kecilnya, Akira Hayashi.

Anak matanya terhenti pada 2 bingkal foto yang bersaiz A4 di atas meja kerja. Kerana penasaran dia membawa langkah kaki ke sana.

Dua foto A4 yang memperlihatkan satu foto keluarga Hayashi dan satu gambar menunjukkan 5 orang pemuda yang sangat di kenalinya dan salah seorang dalam gambar merupakan dirinya yang lengkap dengan yuniform (Putih dan merah) Academy FairyTaniah

Empat gambar yang lain yang mengenakan dua jenis uniform dari dua academy yang berbeza.

Dua orang yang mengenakan yuniform dari Academy FairyTaniah {baju bewarna putih dan belane nevy blue serta terdapat tieas berkotak (Putih dan nevy blue) manakala seluar sepenuhnya bewarna nevy blue} Ryaito Nishimura dan Katsumi Takahashi (Orang kanan pertama Ryunosuke)

Manakala lagi dua orang pakar yang berpakaian dari academy WhiteFairy {mengenakan yuniform bewarna putih dan berlane emas} Akira Hayashi dan jugak Yoshihiro Nagasaki (Orang kanan Akira)

Tangan bergetar-getar mencapai bingkai gambar tersebut dengan perasaan yang kian sayu.  Tangan mengusap dua wajah yang cukup bermakna padanya, Ryaito dan jugak Katsumi.

                         FLASHBACK 

"Ryu!! RYUNOSUKE NISHIMURA!" jerit Katsumi kepada Ryunosuke yang sedang leka menikmati sadwish tunanya.

UHUK! UHUK!

Akibat terkejut dengan jeritan dari orang bawahannya merangkap sahabatnya sendiri. Dia tersedak dengan makanan yang masih ada dalam mulutnya. Sangat perit! itu yang dia rasakan oleh Ryunosuke.

Tanpa riak bersalah, Katsumi menghulurkan sebotol air meniral kepada Ryunosuke yang dia lihat sedang nazak depannya.

"Kau ni gelojoh! Makan le perlahan-lahan. Tak ada sape nak curi makanan kau." Tegur Katsumi tanpa sedar kesilapannya.

Ryunosuke menjeling tajam kearah Katsumi yang masih mempamerkan riak selambanya. Setelah berjaya membuat dia hampir mati! Pemuda itu tanpa dosa menegur cara makannya yang disangka gelojoh padahal sapaan pemuda itu yang hampir hantar dia ke langit atas.

"Ka..kau nak apa! Selamba je cakap aku gelojoh. Kau yang terjerit macam hilang anak! Kau boleh cakap aku tercekik sebab gelojoh!" Amuk Ryunosuke kepada Katsumi yang hanya tersenyum kambing.

Bukannya takut tapi Katsumi menepuk kuat belakang Ryunosuke sehingga lelaki itu menyerbukan air yang ada di dalam mulutnya.

"KATSUMI!!?" Jerit Ryunosuke dengan sikap Katsumi yang kadang menguji kesabarannya.

"Hehe rileks lah!" Dengan selamba Katsumi duduk di sebelahnya dan tidak lupa dia menyatap kesemua roti sandwic yang ada di hadapan Ryunosuke dan tidak lupa dengan secawan kopi panas milik temannya itu.

Ryunosuke menatap hiba kearah rakannya yang sedang menikmati sarapan paginya tanpa memikirkan dirinya yang hanya sepat menjamah roti sandwic yang dia bawah.

Selebihnya telah pun dihabiskan tanpa sisa oleh Katsumi. Malah air kopinya turut menjadi mangsa. Kat tangannya cuma tinggal air mineral yang hanya tinggal separuh botol.

"erkkk! Huuu kenyang weii. Tq lanja aku sahabat. Love you." Kata Katsumi lalu mencium manja pipi kiri Ryunosuke yang mematung tanpa riaksi.

"Kau jatuh miskin ke sampai habis kau bedal sarapan aku. Apa aku nak makan ni!" Kata Ryunosuke dengan hiba. Perutnya dah le berbunyi dari tadi. Ingat kan dia dapat makan sarapan yang dia beli di kantin. Tapi datangnya orang kanannya, habis semua dia telan.

"Aku tertinggal wallet kat bilik. Hari ni dady lanja kita ye. Sian baby lapar nanti tak semangat nak kerja." Adu Katsumi dengan riak muka mintak kaki. Suaranya turut dibuat gedik-gedik ala lelaki lembut.

"Bila masa aku kahwin dengan mak kau dan lahir kan kau!

Kalau aku kawin pun dapat anak macam kau aku hantar ke rumah anak yatin piatu.

Baik tak ada anak dari ada anak tapi peragai tah apa-apa. Buat kusut otak , menghabiskan beras pun satu hal!!" Kutuk Ryunosuke dengan hatinya yang panas. Belum lagi derita laparnya yang sedari tadi dia tanggung.

"Hisk! Sa...sampai hati dady cakap macam tu dekat baby! Kecik hati kita tau dady!" Kata Katsumi dengan air mata palsunya.

"Gila! Kau nak apa cari aku ni!" Tanya Ryunosuke dengan hati yang cuba dia sabarkan.

"Oh tak ada apa lah! Saje cari kau. Rindu tak jumpa kau satu hari ni. Hidup macam tak ada semangat." Katsumi masih meneruskan drama quennya itu.

Malah kini dia sedang berdiri dambil memeluk tubuh dan tidak lupa dengan pandangan matanya yang cukup menggoda. Tapi menjadi kesalahan pandangan itu sepatutnya kepada kaum wanita bukannya lelaki!

"Kau jangan pandang aku macam tu Katsumi!

Kalau kau tak normal pun gi le cari orang lain.

Aku still minat kat perempuan bukannya sesama pedang!" Ujar Ryunosuke yang kini mula terasa seram sejuk bila mendapat pandangan yang cukup menakutkan bagi kaum lelaki.

Katsumi tersenyum senis lalu meniup manja kearah telinga kiri Ryunosuke sehingga membuatkan lelaki itu bergeletar dingin seluruh badan.

"Nee Ryu-Kun!" Panggil Katsumi dengan manja Tetapi dia tidak duduk disebelah Ryunosuke yang melirik nya tajam. "Apa!" Tanya Ryunosuke dengan dingin.

"Aku dengar kau jatuh cinta dengan seorang gadis dari academy WhiteFairy. Betul ke?" Tanya Katsumi lagi.

"Dari mana kau tahu? Ryai bagi tahu kau ke atau Akira?" Tanya Ryunosuke kembali tanpa menjawab pertanyaan dari sahabatnya itu.

"Hmm aku tanya kau! Kau tanya aku balik. Sape je tak tahu diantara kita berlima! Kau ingat mulut Akira tu jenis tutup mulut!" Kata Katsumi sambil gaya lembutnya.

"yelah aku lupa yang Akira tu ketua persatuan membawang. manakala Rayaito pembantu dia.

Ye apa yang kau dengar tu betul.

Kenapa !  Ada masalah ke ?" Jawab beserta soalan dari Ryunosuke. Dia mula hairan bila melihat gelagat aneh temannya itu.

"Kalau betul! Kiranya kau dah normal lah ye!" Kata Katsumi yang kini telah pun mengambil jarat dengan Ryunosuke.

Katsumi lihat, Ryunosuke mempamerkan riak bingung. Seakan pemuda itu tidak dapat menangkap maksudnya.

"Kiranya kau dah keluar dari persatuan GAY lah ye!

Kau dah minat balik dekat sarung lah citenya! Dah tak berminat dengan sesama pedang!

Maklumlah kau kan terkenal mencintai sesama pedang! Apatahlagi kalau saiz pedang orang tu aummmm!!!!

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH!" kata Katsumi dan dihujung ayatnya dia tertawa berdekar.

Setelah menghabiskan kata-katanya, Katsumi lantas berlari meninggalkan Ryunosuke yang kini sedang meletup kemarahan.

"Ka..Katsumi Takahashi! PETANG NI TAMAT RIWAYAT KAU KAT TANGAN AKU!!" Seketika suara jeritan lantang milik Ryunosuke memenuhi seluruh ruangan di kantin, malah suara jeritan itu terdengar sehingga keluar kantin dan didengari oleh semua pelajar yang berada di kawasan yang berhampiran dengan kantin academy.

                       END FLASHBACK 

Ryunosuke tersenyum kecil hatinya tidak mampu menahan perasaan sebak bila teringat kenangan-kenangan bersama teman-temannya yang berada di bawah penjagaannya. Khususnya pada adik lelakinya dan Katsumi Takahashi.

Dua orang yang sering memberi warna pada kehidupan sehariannya dulu. Walaupun kini dia masih memiliki beberapa rakan, malah dia turut berjumpa dengan dua orang baru.

Tetapi tetap tidak dapat menggantikan posisi adik dan sahabatnya Katsumi. Diaorang berdua memang tidak dapat digantikan dengan sesiapa pun.

"Ryu are you ok?" Suara Aiko sambil melingkari kedua tangannya di pinggang Ryunosuke.

Dia memeluk tubuh lelaki itu dari belakang. Dia cuba untuk menghiburkan hati kekasihnya itu yang kini sedang terlihat sedih. Pasti buah hatinya terkenangkan kenangan masa lamanya sebelum kejatuhan kerajaan Rull Magic bersama Academy FairyTaniah.

"I okey! I just miss everyone.My Kingdom, academy, my family and my friends. I miss it all!" Kata Ryunosuke yang tidak mampu lagi memasang wajah tersenyum.

Sejujurnya dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa semua yang pernah dimilikinya hancur dalam satu hari. Dia sanggat tidak terima dengan takdirnya.

Kalau boleh diundurkan masa! Biarlah posisinya berganti dengan Ryaito. Biar dia yang bersama bondanya melawan pihak pusuh bersama anggota pelajar tahun 5 dan tahun akhir.

Kerana menggantikan dirinya, adiknya Ryaito terkorban pada usia yang sangat muda. Padahal adiknya mempunyai impian bersama kekasihnya. Tapi impian itu musnah dalam satu malam yang berdarah.

Belum lagi anggota pelajar yang lagi 2 semester di tahun 5 dan akhirnya, masa depan mereka terhenti pada malam itu. Mereka mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan kerajaan dan Academy mereka bersama ratu dan adiknya.

Yang malangnya, dia tidak dapat bersama memperjuangkan kerajaan dan Academy FairyTaniah. Padahal dia merupakan pengurusi perwakilan pelajar di Academy. Sepatutnya dia ada di sana. Tetapi dia pergi meninggalkan mereka yang memilih untuk berjuang sehingga akhir hayat mereka.

Dia sangat malu! Sangat Malu kepada mereka semua termasuk kepada para juniornya dulu. Dia layak dipanggil pengecut dan mementingkan diri. Dia telah gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam melindungi mereka semua.

"Ryu!" Masih dalam posisi yang sama, Aiko memanggil kekasihnya agar tidak terlena dalam kesedihan.

"Ma...maaf saya terbawa susana!" Kata Ryunosuke lalu melepaskan pelukan tersebut dan meletakkan semula gambar itu ke tempat asal.

Ryunosuke mengusap muka bagi menghilangkan jejak air mata. Dia tidak mahu bersedih terlebih lama. Jadi dia perlu pasang kembali topengnya.

"Awak...mesti penat kan!" Kata Aiko setelah melihat kearah gambar yang menjadi punca perubahan sikap Ryunosuke.

Pergerakan tangannya terhenti, dia tidak tahu dengan maksud yang Aiko katakan. Secara tiba-tiba dia dapat merasakan kedua tangannya dipegang oleh tangan lembut Aiko.

Aiko menarik tangan Ryunosuke menjauh dari wajah yang kini terlihat kemerahan. Dapat Auko lihat, terdapat jejak air mata yang masih bertakung di kedua kelopak mata Ryunosuke.

"Menangislah! Kalau itu yang boleh buat awak lega Ryu.

Ada masa tak salah kalau kita menangis untuk melepaskan sesuatu.

Daripada awak terus terseksa macam ni! Baik awak lepas je kesemuanya. Sekurangnya awak dapat menarik nafas dengan lega. Walaupun masih terdapat rasa sakit tu.

Sudah cukup awak pasang topeng di wajah awak! Saya tahu awak dah mula merasakan lelah yang panjang Ryu.

Saya cuma nak ingat kan... sesuatu yang sangat berharga memang sukar untuk dicari peganti.

Orang yang telah meninggalkan kita untuk selamanya tidak akan kembali kepada kita. Walaupun kita telah berusaha segigihnya tetapi mereka tidak akan pulang ke pangkuan kita.

Biarlah mereka pergi dengan tenang dengan cara awak perlu merelakan mereka pergi.

Jangan seksa diri awak kerana tanpa awak sedar, awak telah pun seksa mereka disana Ryu.

Mereka pergi, kerana mereka tahu bahawa awak akan membawa satu keajaiban kepada kerajaan yang mereka lindungi. Oleh kerana itu, mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk melihat keajaiban yang akan awak lakukan pada masa akan datang.

Dan penting yang awak perlu tahu! Awak masih ada saya, Raina, ibu angkat awak, para sahabat awak yang masih setia berada di sisi awak.

Maka saya harap awak lepaskan topeng yang telah lama awak pasang Ryu.

Sudah tiba masanya awak bangkit untuk menuntut bela kematian mereka semua terutama bagi mereka yang sanggup menggadai nyawa mereka Ryu.

Dan masanya awak kembali bangkit sebagai RYUNOSUKE NISHIMURA yang terkenal dengan jati diri yang tidak kernal ERTI KEKALAHAN, MEMPERJUANGKAN KEADILAN, KEBEBASAN dan suka MENUNTUT BELA PADA KEADILAN!

Bangkit dan perjuangkan impian mereka Ryunosuke. Agar mereka dapat tenang disana.

Saya Aiko Hayashi akan bersama awak dalam memperjuangkan semua tu. Saya akan sentiasa di sisi awak Ryu walau apapun keadaan. Itu lah janji saya.

Dan harapan saya adalah melihat awak bangkit semula. Bangkit untuk menuntut bela kematian mereka! Itu sahaja yang menjadi harapan kedua saya Ryunosuke Nishimura."  Kata Aiko dengan nada tenang dan lembut.

Tubuh Ryunosuke jatuh dalam dakapan Aiko bersama suara tangisannya yang cukup kuat. Melalui tangisan tersebut, Aiko dapat simpulkan bahawa kekasihnya itu telah lama memasang topeng muka pada semua orang. Termasuk dirinya sendiri.

Sebuah topeng yang diwujudkan oleh Ryunosuke sendiri. Agar dapat menutup semua perasaan kecewa serta keputuasaan yang dia alami sepanjang tahun.

Dia mewujudkan satu jati diri yang baru iaitu Ryunosuke Hishimura, yang berwatakan seorang yang dingin pada semua orang tetapi akan bersikap lembut pada orang yang tertentu. Sebuah watak yang dia wujud agar dapat menghilangkan jati dirinya yang asli.

Melalui jati diri sebagai Hishimura, dia dapat melupakan semua kenangan pahit serta manis yang pernah dialaminya tetapi tanpa dia sedar.

Segala kenangan pahit itu masih dapat dia rasakan sehingga kini dan pada hari ini merupakan masa kemuncaknya. Bila kekasihnya berjaya mengetahui rahsia yang dia simpan sehingga kini. Sungguh memalukan. Dia sangat malu!

"Ja..janji Aiko yang a...wak akan ada di sisi saya?" Soal Ryunosuke yang masih dalam tangisan. Dia makin menekan kepala di dada Aiko yang sedikit tetasa lembut.

"Ya saya janji! Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Raina dan yang lain termasuk si kecil Shiro akan ada dengan awak. Kami tidak akan tinggalkan awak keseorangan sayang." Ucap Aiko yang kian memeluk tubuh Ryunosuke dengan penuh erat. Dia turut mengusap-usap manja rambut hitam pekat milik Ryunosuke.

"Ma..maaf saya pasti dah mengecewakan kan awak Aiko! Mesti awak malu dapat pasangan pengecut macam saya ni!" Kata Ryunosuke sayu kepada Aiko yang kini sedang asyik memeluknya.

"Tidak! Saya tak pernah pun menyesal.

Sebaliknya saya rasa bangga, sebab dapat mempertahankan awak di sisi saya sehingga kini.

Awak tahu, ramai puteri bangsawan dari kerajaan lain yang masih mencari awak dan berniat untuk mengikat awak dalam perkahwinan. Tapi mereka gagal lagi sekali. Sebab saya telah pun bergerak terlebih dahulu.

Sepatutnya saya yang perlu meminta maaf pada awak Ryu. Saya terlalu egois pada awak Ryu. Saya tak sanggup lihat awak di dalam dakapan wanita lain selain saya.

Jadi saya terus ikat awak dengan perbagai cara. Asalkan awak tetap menjadi milik saya.

Maaf ya! Saya terlalu egois." Kata Aiko sambil tertawa kecil. Aiko menahan debaran di dadanya bila Ryunosuke menggelengkan kepalanya di atas dadanya dengan manja.

Cara yang dilakukan oleh Ryunosuke secara spontan telah mampu membuatnya tidak tentu arah. Tanpa dia inginkan, ghairahnya mula muncul.

"Sa..saya tak masalah dengan egois awak tu.

Debaliknya saya berasa sanggat bangga kerana awak bersikap seperti itu hanya pada saya.

Saya merasakan sangat bahagia sebab hati awak tidak akan pernah jatuh ke lain hati dan hati awak akan terus terukir indah nama saya.

Saya sangat bahagia dan tersanjung Aiko. Sangat-sangat tersanjung.

Terima kasih sebab sudi menerima saya yang terkenal dengan sikap dingin dan tidak pernah tersentuh sampai orang cakap saya suka sesama jinis.

Padahal saya masih minat dengan lawan jenis cuma mada tu masih belum jumpa seseorang yang berjaya memberi getaran pada hati saya sehinggalah hari pertama kita bersua.

Tidak! Bukan pada hari pertama berjumpa. Tetapi kali pertama saya mendengar nama awak dan jugak pasal hal yang berkaitan dengan sosok awak sayang. Lagi buat saya tidak sambar bila ada peluang untuk bersua muka dengan awak.

Saat itu hati saya telah mula tercuit dan bila berjumpa. Saya terus terpaku kerana melihat kecantikan serta sikap beribawah yang sangat mempesona di mata saya Aiko.

Saya memutuskan untuk mengikat pertunangan tanpa meminta pandapat awak, kerana saya takut yang awak akan jatuh ketangan lelaki lain. Yelah awak kan diminati oleh ramai orang masa tu malah sampai lah sekarang. Makin menjadi-jadi pulak bila dengar khabar angin tentang kematian saya. Padahal berita tu belum tentu benar.

Ohh dan masa saya melamar awak pun, saya sendiri tak pasti samada hasrat saya akan awak terima atau tak. Yelah sape je yang tertarik dengan lelaki dingin tanpa perasaan macam saya. Dicop Gay pulak tu.

Tapi... kerisauan saya bertukar menjadi kebahagiaan yang tidak dapat saya lupakan hingga kini.

Awak terima lamaran saya. Saya sangat bahagia walaupun pada mulanya saya fikir awak terima kerana hubungan politik diantara dua kerajaan." Kata Ryunosuke dengan jujur akan perasaan sebenarnya pada Aiko.

Kini terjawab mengapa pemuda itu melamarnya dalam masa singkat rupanya perasaan Aiko telah pun terbalas lama tanpa gadis itu sedar.

Aiko mengangguk kepalanya dan cuba mengawal air mata dari jatuh. Dia tak nak merosakkan momen yang indah ini.

"Terima kasih Aiko! Dan saya harap awak mampu tolong saya untuk teruskan jalan yang saya ambil" pinta Ryunosuke yang mendongakkan wajahnya keatas.

"Ya! Saya akan teman awak Ryu" Ryunosuke mencebikkan bibirnya bila Aiko tidak memanggil pangkat abang di depan namanya.

"Abang Ryu! Panggil saya macam dulu Aiko. Walaupun di luar sekalipun! Jangan panggil saya tanpa pangkat abang! Saya lebih tua dari awak tapi tetap hensem" kata Ryunosuke yang sempat menggangkat bakul sendiri.

Kini Ryunosuke telah pun duduk dengan tegak, agak keberatan bila terpaksa menjauhkan mukanya pada tempat lembut tersebut tetapi dia kena tahan. Tak boleh lena dengan nafsu.

"Baiklah Abang Ryu. Tapi macam mana kalau orang lain dengar! Bukan akan terbongkar rahsia awak." Kata Aiko yang kini telah pun kembali pada sikap manjanya sewaktu mereka menjalinkan hubungan dulu.

Aiko menjatuhkan tubuhnya di dalam dakapan Ryunosuke. Tempat yang menjadi kegemarannya, bersandar di dada bidang Ryunosuke. Sesekali dia aknlan mengusap dada bidang itu dengan gerakan tangan yang menggoda.

"Itu lah jalan yang saya pilih Aiko! Tolong saya berkata jujur!

Saya tak nak terus pasang topeng ni! Saya dah penat. Saya nak awak berdiri di sisi saya masa saya menghadapi segala halangan yang akan saya tempuh. Boleh kan Aiko?" Pinta Ryunosuke dengan penuh harapan.

"Hm! Baiklah..mari bersama bangkit untuk menuntut keadilan!" Kata Aiko dengan penuh semangat.

Ryunosuke akhirnya tersenyum dengan sangat lebar, dia dapat merasakan semangat yang dulu pernah tenggelam kini muncul kembali.

Dia seakan telah jumpa permukaan dari lautan Kesensaraan yang telah lama menenggelamkan dirinya.

Seperti kata-kata semangat yang diucapkan oleh orang lain termasuk Aiko, kini dia mampu bangkit dari kesesalannya.

Akan dia pastikan semua harapan orang lain yang sanggup mengorbankan nyawa untuknya akan dia tunaikan sedaya upaya. Dia kan terus berusaha sehingga berjaya. Itu lah janjinya.