webnovel

epilogue

"Baiklah kita jumpa dalam kelas minggu depan" merupakan kata yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar, Asya merupakan penuntut Universiti yang berumur 21 tahun yang mengambil jurusan perniagaan. Dalam kepenatan, Asya mengemaskan buku ilmiahnya ke dalam beg untuk pulang, maklumlah sudah seharian belajar badannya kepenatan memerlukan rehat yang secukupnya, semasa leka mengemas beg badannya dicuit halus oleh sahabat baiknya Amy, " terkejut aku kau ni Amy ingatkan siapa tadi" kata Asya "hahaha kelakarlah kau ni Asya baru sikit dah terkejut ni kalau hantu datang haa lagi teruk aku rasa mesti sakit jantung kau" balas Amy sambil memegang perutnya yang sakit akibat ketawa terbahak-bahak, " Dari aku layan kau Amy baik aku balik mandi lagi bagus cakap dengan kau pun terbuang masa berharga aku ". Asya berjalan keluar tinggalkan Amy seorang diri yang masih tersisa ketawanya.

Dalam perjalanan pulang Asya kelihatan seekor kucing yang sedang melihatnya kasihan ' hmm.. kesian pula kucing ni lapar ke mana tuan kucing ni' detik hati Asya sambil memandang sekitar kawasan yang sunyi sepi ,tanpa berfikir panjang Asya mengeluarkan sedikit makanan yang dibelinya tadi. "Nah kucing makanlah kesian kau mesti laparkan? mana tuan? sesat ke? ", begitula selalu Asya apabila bersama dengan kucing, disebabkan dia pencinta kucing semua kucing ditegurnya walaupun kadangkala dianggap tidak siuman kerana asyik berbual bersama kucing Asya tidak menghiraukan semua itu kerana bagi Asya dia lebih gemar bersama dengan haiwan berbanding manusia selepas mengetahui peristiwa mengenai bapa kandungnya. Perasaan benci terhadap bapanya itu semakin mendalam apabila melihat rakan-rakan lain yang selalu bercerita tentang keluarganya lebih-lebih lagi mengenai bapa mereka. Bagi Asya lelaki adalah tidak berguna ,kenapa tak berguna? kerana mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Asya mengusap lembut belakang kucing itu sebelum bangun, Asya melihat langit tiba-tiba menjadi gelap 'Aik hari nak hujan ke' desis hatinya, dengan pantas dia mengalihkan kucing tadi dari terkena hujan, 'okayla ni jangan keluar tau takut kena hujan nanti sakit' katanya buat terakhir kali sebelum pergi

semasa hendak bangun Dedebuk.!! Asya terlanggar seorang lelaki yang memegang payung " maaf saya tak sengaja" pinta Asya tanpa memandang ke wajahnya, Asya pun berlari dalam hujan yang lebat meninggalkan kawasan itu. Lelaki itu pergi ke kucing tersebut dan mengambilnya " Mika kat sini kau rupanya puas aku cari " katanya sambil menoleh ke arah Asya yang sedang berlari.

END EPILOGUE

Hey pembaca, ini adalah novel pertama saya jadi banyak kesalahan yang akan dijumpai kerana saya baru lagi dalam bidang ini. Harap disukai oleh semua ..!!

novel ini akan selalu diupdate dari semasa ke semasa ..;)

Semoga digemari . Thank You <3

LaraCovetcreators' thoughts