webnovel

Mahkamah di Pagi Hari

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Biarkan sahaja. Lagipun, saya tak melakukan perkara yang mereka tuduh," kata Munan dengan dingin. Namun, di dalam hatinya dia tahu yang perkara sudah menjadi semakin besar dan rumit.

Keluarga Xi menerima berita tentang kejadian ini tidak lama kemudian. Biarpun waktu sudah lewat malam, tidak ada sesiapa yang tidur. Semua orang terjaga untuk membincangkan perkara ini.

Munan difitnah sekali lagi mengejutkan mereka semua. Dia sudah berada di dalam penjara tetapi Saohuang masih tidak melepaskannya.

"Feng Saohuang ini bagaikan anjing gila yang tidak akan melonggarkan gigitannya terhadap kita!" Jiangnian merungut dengan marah.

Datuk Xi menjelaskan dengan serius, "Memandangkan dia telah memulakan sabotaj, dia pasti tidak akan berhenti setengah jalan. Nampaknya dia bertekad nak memusnahkan seluruh Keluarga Xi!"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com