webnovel

Kamu Semua Pergi Dahulu, Saya akan Menyusul Kemudian

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Semua terkejut apabila menerima berita yang tiba begitu cepat.

"Mengikut maklumat sumber tersebut, mereka melihat Charlie sebulan yang lepas; Charlie memakai baju hitam dan menuju ke sebuah tempat. Sumber tersebut tidak mahu mendedahkan lokasi tempat tersebut sehingga kita berjumpa dengan mereka dan menyerahkan ganjaran tersebut kepada mereka," Sam memberitahu kepada semua.

Wolf tersenyum sinis. "Ini hanya sebuah perangkap. Manusia akan buat macam-macam demi wang."

"Mesti perangkap. Sumber itu juga memberitahu kita supaya pergi dengan membawa wang sekali. Nampak sangat kan?" Tambah Ali.

Sam tidak bersetuju, "Saya tak fikir begitu kerana kedengarannya orang itu tidak menipu. Mereka kata Charlie pergi ke sebuah tempat tertentu, sebuah lokasi yang dia takut untuk dedahkan tanpa berhadapan dengan kita. Mereka hanya berani munculkan diri sekarang kerana wang ganjaran tersebut."

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com