Ketika cuti panjang, mak tok dan tok ayah mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan mereka. Ramai yg akan datang hadir malam itu termasuklah bakal mertua dan tunang aku. Sepanjang hari itu, mak tok sibuk menguruskan segala persiapan walaupun mereka sudah menempah event planner tapi dia mahu yg terbaik. Dan aku pula, sepanjang hari itu aku hanya berkurung dalam bilik sahaja. Aku tak sanggup berjumpa dan berdepan dengan bakal mertua dan tunang aku. Bagaimana orangnya, rupanya, sikapnya. Kalau bukan yg menepati citarasa aku macam mana? Semua kerisauan ada dalam fikiran aku. Pada pukul 4 petang, tiba-tiba sahaja Hazama menghubungi aku. Pada mulanya aku tidak mengangkat panggilannya. Namun berkali-kali ia berbunyi, akhirnya aku terpaksa juga menerima panggilannya.
Hazama: Hello.. Kau kat mana?
Aku: Kau nak apa lagi. Kita kan dah tak ada
pape lagi.
Hazama: Kau kat rumah kan? Kau keluar
sekarang. Aku tunggu kau kat luar.
Aku: Kat luar???
Aku terus menjenguk keluar rumah. Memang keretanya berada diluar pagar rumahku. Aku bersiap ala kadar dan keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan mak tok dan tok ayah. Tapi aku sempat bagitahu pak Zubir yg aku keluar sebentar dengan kawan. Dia hanya mengangguk sahaja. Sampai di pintu kereta, macam biasalah, pasti dia suruh aku masuk ke dalam keretanya. Belum sempat aku tanya apa-apa, dia sudah pun mengerakkan keretanya dan terus membawa aku ke suatu kedai pakaian yg agak mewah. Sampai je di depan pintu kedai itu, aku diarahkan turun dan mencuba beberapa pakaian yg sesuai. Aku hairan dengan sikapnya hari itu. Dia juga mencuba memakai beberapa pakaian yg agak formal pada petang itu. Seolah-olah seperti ada majlis yg kami kena hadiri. Setelah kami bersiap, dia terus membawa aku ke salun dan beberapa kedai lain utk persiapan seperti rambut, make up, barang kemas dan minyak wangi dan beberapa barang lagi yg telah dia belikan utk aku. Aku bertambah terkejut apabila dia membawaku ke cafe di sebuah hotel. Kami seperti menunggu seseorang disana. Dalam beberapa minit, ada sepasang suami isteri amat aku kenali. Dato' Hazami dan Datin Ramona. Bakal mertua aku. Mereka juga terkejut dengan kedatangan aku ke situ.
Datin Ramona: Lisa, u buat apa kat sini?
Aku: err.. sebenarnya mama..
Hazama: Ma yg bawa dia datang sini utk
kenalkan pada mama dengan papa.
Dia lah pilihan Ma. Ma tak nak
bertunang dengan orang yg tak
kenal.
( Dato dan Datin ketawa besar. Kami
juga terkejut melihat mereka
ketawa.)
Mama, Papa! What so funny?
Dato' Hazami: Hazama. Relax. Lisa nilah
sebenarnya tunang kamu.
Mama dengan papa tak salah
pilih. Memang dia jodoh kamu.
(Kami saling berpandangan.
Datin Ramona masih sambung
ketawa. Membuatkan anak
bujangnya makin marah dan
malu.)
Datin Ramona: Maafkan mama ye, Lisa.
Mama dan papa tahu
hubungan kamu berdua di
kampus. Papa banyak mata-
mata dia disana cuma
Hazama tak tahu. Kami
memang dah ada rancang utk
korang kenal. Tapi Hazama
lagi cepat bertindak dan kami
tak perlukan rancangan jikalau
Hazama tahu macam mana
nak buat.
Mamanya sempat mengosok pipi anak kesayangannya dan memeluk bahu ku. Mereka kelihatan amat gembira melihat aku dan Hazama lebih baik dari sangkaan mereka.
Aku masih tidak percaya tunangan aku adalah Hazama! Orang yg paling aku nak hindari. Mama dan papanya menaiki kereta Hazama dan kami terus menuju ke majlis mak tok dan tok ayahku. Wajahnya kelihatan amat gembira apabila melihat aku. Aku masih tidak tahu apa perasaan ku ketika itu. Samada aku benci atau suka menerima dirinya dalam hidup aku. Dari riak wajahnya, aku dapat baca bertapa gembiranya perasaan dia.
Majlis ulang tahun perkawinan mak tok dan tok ayah berjalan lancar. Aku dapat agak, malam itu juga mereka akan mengumumkan bahawa pertunangan kami dan majlis perkahwinan kami yg bakal berlangsung lagi 2 tahun. Oleh sebab aku masih belajar, mereka mahu aku tamatkan pelajaran dan Hazama perlu diberi masa utk mengendalikan syarikat Dato' Hazami dalan sekitar setahun dua ini. Hazama akan menamatkan pelajarannya semester depan dan dia akan terus mula bekerja di syarikat ayahnya. Aku masih tidak dapat memberikan sebarang reaksi kerana aku masih terkejut dengan kejadian itu.
Pagi-pagi lagi aku di kejutkan dengan panggilan telefon. Hazama yg mengangguku pagi itu. Aku menutup telingaku dengan bantal dan tidak lama selepas itu pintu bilikku pula di ketuk oleh seseorang. Dengan malas, kakiku melangkah ke arah pintu dan apabila di buka, Hazama yg berada di depan pintu bilikku. Aku terkejut dan menutup semula pintu bilik itu. Muka ku tak terurus dan baju ku compang camping. Sekali lagi pintu aku diketuk dan dia terus membuka pintu bilik aku tanpa kebenaran dariku.Dengan muka selamba dia terus masuk ke dalam bilik aku. Dia duduk di atas kerusi bersebelahan katil aku. Dan meletak sejambak bunga di atas katilku yg berselerak. Aku menyilang tanganku.
Aku: Kau nak apa? Kenapa kau kat sini?
Hazama: Aku nak jumpa tunang aku. Salah?
Aku: Aku ni tunang kau je tau. Bukannya bini
kau.Baik kau keluar sebelum aku jerit.
Hazama: Jeritlah. Mak tok ngan tok ayah kau
yg suruh aku naik cari kau.
Aku: Ni privasi aku. Tolong lah hirmat sikit.
Lagipun kita belum kawin.
Hazama: Siapa kata? Kau nak aku bagitahu
diorang pasal kejadian hari tu? Kau
rasa diorang akan percepatkan tak
perkawinan kita? Kalau kau tak
kisah, biar aku bagitahu je.
Aku: Jangan! okeylah. Kau nak apa, tunangku?
Tuan puteri ni nak sambung tidur.
Hazama: Jom keluar!
Aku: Kau ni asal nak jumpa aku je ajak keluar.
Boleh tak kau biar kan aku kali ni? Aku
nak rehat. Semalam penat sangat. I need
a rest!
Hazama: Kau penat ye? Ala sian, kalau
macam tu..
(dia lompat atas katil aku dan baring
di atas katil. Dia mula membuka bajunya dan menepuk katil sebelahnya )
Aku: Kau buat apa ni?
Hazama: Meh sini. Aku teman kau tidur sekali.
Aku: Aku tak nak! Kau ni dah gile agaknya.
Hazama: Mehlah sayang.. Macam tak biasa
je..
Aku: Aku kata tak nak, aku tak nak lah. Tak
faham bahasa la kau ni.
(Aku terus masuk ke dalam bilik air dan
mengunci dari dalam. Dia mengetuk pintu
bilik air)
Hazama: Kau nak aku teman kau mandi tak?
Aku: Tak nak! Jangan kacau aku! Baik kau
pergi!
Hazama: ok aku pergi. Aku akan tunggu kau
kat bawah. Kalau kau masih tak
turun, kau tahu lah apa nasib kau.
Kau tahu aku mampu buat apa
sahaja kan?
Aku mengintai di pintu, dia memang keluar dari bilik aku. Dengan segera, aku mengunci pintu bilik aku. Manalah tahu dia akan patah balik masuk kebilik aku ketika aku mandi atau menyalin pakaian. Aku sendirian berfikir samada mahu keluar atau tidak. Mahu tak mahu, aku harus bersiap sebelum dia melakukan sesuatu. Dia ni seorang yg mampu melakukan apa sahaja.