webnovel

Bab 4_Trauma!

Kampus tempat paling tenang buat aku saat ini. Tiada gangguan dari sesiapa. Jadi dapatlah aku belajar dengan tenang tanpa fikirkan apa yg telah terjadi di rumah tempoh hari. Ada juga mak tok dan tok ayah cuba menghubungi aku utk mendengar jawapan dariku. Namun aku cuma dapat memberitahu mereka, masih terlalu awal utk aku membuat keputusan. Tambahan pula aku masih baru masuk belajar. Jadi aku meminta mereka peluang utk aku fokus dalam pelajaran dulu. Nanti bila aku sudah sedia, aku sendiri akan bagitahu mereka. Tok ayah amat memahami tidak seperti mak tok yg mula meleteri aku kerana tidak mahu mendengar katanya. Aku hanya terdiam dan tidak membalas kembali kata-kata mak tok. Dikhuatiri jika aku akan mengeluarkan kata-kata yg boleh menjadikan aku ini cucu yg kurang ajar.

Semester 3 adalah semester pendek iaitu hanya ada 3 bulan sahaja utk menambah subjek yg berat. Pada musim ini Wafie tidak masuk kerana dia telah mengambil semester pendek terlebih dahulu dan hanya beberapa orang pelajar sahaja yg sanggup mengambil. Kebanyakkannya lebih sanggup bercuti panjang dari mengikuti khusus dalam semester ini. Namun semester ini juga hanya membuka beberapa sahaja subjek penting. Tidak kesemua subjek. Jadi daripada aku bercuti atau lepak selama 3 bulan lamanya dirumah, lebih baik habiskan masa dengan belajar. Nanti masuk semester baru tidaklah aku kelam kabut mengejar subjek. Orang lain lantaklah kalau diorang sanggup. Semester kali ini memang lenggang, hanya terdapat beberapa sahaja pelajar senior yg mengikutinya. Mungkin ada yg ambil subjek ulangan kerana tidak lulus. Mungkin juga ada yg kena siapkan tesis dan mungkin juga ada yg mahu menghabiskan subjek seperti aku. Who knows. Keadaan agak sunyi apabila aku ke kelas atau ke kantin. Kantin hanya ada beberapa orang sahaja yg ada. Yg senior kebanyakkannya yg membawa kenderaan sendiri, pasti sudah pun makan di luar kampus. Tiada siapa dapat aku mengirim kali ini. Ketika aku melangkah ke kantin, aku sempat menilik hanfone aku dan ketika itu lah juga aku terlanggar seseorang. Hanfone aku jatuh tetapi tidak pecah. Apabila aku mengangkat kepala melihat wajah siapa gerangan yg melanggarku. Aku terkejut. Sekali lagi, Hazama! Dia juga turut memandangku. Aku meminta maaf kerana terlanggar dia. Namun dia sepertinya tidak puas hati. Ketika aku tunduk, dia mendekati aku. Kakiku turut melangkah ke belakang apabila dia mula ke depan. Beberapa langkah kebelakang dan aku berhenti apabila merapati dinding. Tangannya mula terangkat dan menahan dinding itu.Badannya juga hampir merapati aku dan aku terus berpaling sambil menutup mata. Mukanya mendekati aku. Aku terkejut. Dia pula tersenyum.

Hazama: Maaf? Kau ingat dengan minta maaf

aku boleh lepaskan kau ke dengan

apa yg dah jadi? Selama ni, merata

aku duk cari kau dan akhirnya jodoh

kita lagi, aku dapat jumpa juga kau

kat sini!

Aku: Kau cari aku utk apa? Kita bukannya

kenal pun.

(suara aku perlahan dan sedikit gagap

kerana ketakutan)

Hazama: Kau mungkin tak ingat tapi aku

sentiasa ingat kau! Dua kali aku

tegur kau tapi kau lah perempuan

pertama yg sombong. Kau langsung

tak pernah nak balas teguran aku!

Jahat sangat ke aku ni di mata kau,

ha..! Sampai kau tak balas langsung!

(dia terus menepuk dinding dengan

kuat sehingga aku sedikit menjerit.

Air mata aku terkeluar sedikit akibat

ketakutan. Mukanya bertambah

marah dan bengang.)

Aku cari kau! Aku tunggu kau kat

kantin! Sampai kau muncul, aku

suruh budak-budak aku cari kau tapi

sebab tak ada gambaran yg tepat,

diorang pun tak jumpa kau. Hampir

setahun aku tunggu, dan hari ni kau

muncul. Alamak, memang hari ni hari

bertuah aku kot! Rezeki aku kot dapat

jumpa kau hari ni!

Panjang lebar dia melepaskan marah terhadap ku.Aku tidak dapat melihat atau merenung wajahnya kerana mukanya dan muka ku terlalu hampir sehingga aku dapat bau nafasnya yg berbau asap rokok. Hampir setengah mati aku menahan ketakutan. Tangannya mula membelai rambutku yg melekap di mukaku dan jarinya melurut dari dahi ke dagu. Kawan-kawannya cuba berkali-kali menarik bahunya supaya berhenti dan cepat pergi dari situ. Namun dia tetap dengan tindakannya sehingga terdengar dari jauh aku terdengat tiupan wisel sekuriti semakin menghampiri. Akhirnya, dia berlari melepaskan aku. Aku terpaku kerana menahan nafasku yg hampir putus dibuatnya. Selepas sekuriti itu memeriksa keadaan aku dan mereka mengiringi dan membawa aku pulang ke bilik. Dalam bilik, Aku Masih memikirkan tentang keadaan tadi. Tiba-tiba aku tergamam dan terdiam di birai katil. Bimbang dia pasti akan mencari aku lagi. Selama mana dia boleh menungguku. Seboleh itu lah dia pasti akan mencari aku lagi. Aku pasti! Kampus bukan tempat yg tenang bagiku sekarang. Bila di fikirkan semakin takut menyelubungi diriku. Adakah masih ada utk hari esok?

Dua hari selepas kejadian itu, aku lebih berhati-hati ketika keluar dari bilik. Pastikan tiada siapa yg mengekori aku ketika ke kelas. Aku lebih rela makan mee segera di dalam bilik dari beli makanan di kantin. Tetapi petang itu agak pelik, pada pukul 2, aku ada kelas tapi tiada siapa yg beritahu pada aku tentang pembatalan kelas hari itu. Jadi aku terus ke kelas sambil menunggu mereka. Lama juga aku di sana namun tiada siapa yg datang. Jam menunjukkan pukul hampir pukul 3. Jadi tanpa berlengah lagi, aku terus mengemas barang dan keluar dari kelas. Ketika keluar, aku terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang. Apabila aku menoleh, aku sudah pun blackout. Sedar tak sedar, aku berada dalam satu bilik yg besar dan di atas katil empuk yg besar bersama seorang lelaki! Bertambah aku terkejut lelaki itu, Hazama! 'Ya Allah, apa yg sedang berlaku? Apa yg aku dah buat?' dari mula hingga akhir aku tidak putus doa supaya Allah ampunkan dosa aku. Dia memegang dan menguis-kuis daguku, dengan lembut aku menepis. Takut dia akan apa-apakan lagi padaku walaupun sudah pun berlaku. Dia memandangku dengan tersenyum bangga.Tanganku terus menampar pipinya dan aku menarik selimut utk menutupi badanku dan mengambil baju ku di atas lantai. Aku berlari ke arah bilik air dan menangis sepuas hati. Selepas aku lega sedikit, aku mencari kekuatan utk keluar dari situ. Apabila pintu di buka, Hazama sudah pun berada di muka pintu. Dia menolakku rapat ke pintu dan mula mendekatkan wajahnya ke mukaku. Air mataku mengalir lagi.

Hazama: Kau tahu tak.Tak pernah seorang

perempuan pun berani tampar muka

aku.Diorg kalau datang dekat aku,

aku tak payah tanya, diorang sendiri

yg offer. Aku dah layan kau dengan

baik ni pun kira kau dah beruntung

tau. Kalau dengan perempuan lain,

jangan haraplah aku akan bagi

layanan yg baik macam ni. Lepas

diorang dah puas, aku pasti akan

tinggalkan diorang tu semua.

Bukannya diorang serius pun. Just

nak having fun dan puaskan nafsu

masing-masing. Itu sahaja

(dia mula melurut rambutku tapi kali

ini aku kuatkan semangat. Aku

menepis tangannya dan menolaknya

jauh ke belakang)

Aku: Kau ni memang jantan tak guna! Aku

benci kau! Kenapa kau buat aku macam

ni? Sampai hati kau buat aku macam ni!

Aku benci orang macam kau!

Aku memukul-mukul dada Hazama dan air mataku mengalir lagi tanpa henti. Sekali lagi aku menekup kedua tanganku dan terus berlari keluar dari situ tanpa mengiraukan dirinya yg sedang tergamam di situ. Aku tidak mempedulikan keadaan sekeliling.Apaila keluar, aku terus berlari tanpa melihat keadaan sekeliling hinggalah aku tiba di kawasan masjid. Barulah aku sedar yg aku masih berada di dalam kampus. Aku juga tidak pasti aku keluar dari mana. Bila aku terdengar suara azan Maghrib, barulah aku ingat kemana harus aku tuju. Tanpa fikir panjang, aku terus menuju ke bilikku dan ketika itulah aku perasan yg beg dan buku aku tiada bersamaku. Nasib baiklah kunci dan hanfone masih ada di dalam poket seluar. Apabila aku masuk ke dalam, aku terus menuju ke bilik mandi. Tanpa membuka pakaian, aku membuka air hujan dan membiarkan diriku basah bersama air mata. Semakin lama di dalam bilik air, semakin kuat tangisan aku. Tiada siapa dapat mendengar. Hanyalah bunyi air pancutan hujan yg lebih kuat dari suara aku.