webnovel

Bab 2_Senior..

Minggu ini minggu yg amat memenatkan bagi sesi pelajar baru. Sepanjang minggu ini di penuhi aktivti bersama senior dan hanya beberapa kali sahaja di pantau oleh pensyarah. Pensyarah hanya memerhati, pelajar senior mengambil peluang utk membuli kami yg baru supaya kami kuat semangat. Minggu orieantasi ini hanyalah permulaan bagi kami. Penjalanan kami masih jauh, jika sekarang sudah putus asa, bagaimana mahu menghadapi ujian seterusnya. Itulah sebab mereka mengadakan suaikenal. Jika kita tidak mampu utk meneruskan, lebih baik putus asa sekarang. Sebelum berjalan lebih jauh dan terputus di tengah jalan. Setiap sesi, kami di bentangkan tentang adab dan kerjasama berpasukan. Di dalam kolej ini terdapat 3 kos keagamaan iaitu Bahasa Arab, Dakwah dan Perundangan Syariah. Manakala 3 kos pengurusan iaitu Komputer, Perniagaan dan Perakaunan. Bangunan kami di bahagi dua, bahagian islamik, asrama dan kelasnya berdekatan dengan masjid, manakala bangunan sahsiah pula, kelas dan asramanya di pintu gerbang utama kolej ini. Aku duduk di bawah sahsiah. Asrama di bahagian ini tidak seperti asrama islamik. Asrama juga terbahagi dua. Samada mahu jenis A iaitu 2 katil berhawa dingin atau jenis B iaitu 4 katil berkipas. Harga bilik juga berlainan. Jadi oleh kerana mak tok telah memilih dan membayar bilik jenis A, aku hanya menerima dengan seadanya.

Bilik aku di kongsi bersama kak Ayu, kakak senior kos perakaunan. Walaupun berlainan jabatan, kami tetap baik. Kak Ayulah yg selalu membantu dan mengajak aku makan bersama sejak kami berkenalan di bilik itu. Aku jenis yg suka bertanya dan kak Ayulah jadi kaunter pertanyaan aku. Dia jenis yg sentiasa happy dan tidak kisah akan perangai aku yg suka bertanya samada hal lain atau peribadinya. Dia juga telah mempunyai teman lelaki namun hubungan mereka di rahsiakan atas permintaan teman lelakinya. Pada mulanya aku tidak bertanyakan kenapa teman lelakinya. Bagi aku mungkin dia malu utk memberitahu kawan-kawannya. Jadi aku tidak terus bertanya. Sepanjang aku menghadirkan diri ke minggu suai kenal, aku selalu terserempak dengan lelaki tempoh hari. Apabila aku bertanya pada kak Ayu, aku dapat tahu sedikit sebanyak tentang diri lelaki itu. Namanya Hazama. Dia merupakan senior tahun 2 dalam kos perniagaan. Ayahnya memiliki sebahagian share dalam kolej ini. Ayahnya juga merupakan ahli dekan kolej ini. Walaupun ayahnya amat tegas dalam mendidik anak-anak kampus, namun perangai Hazama tidak menunjukkan perangai sebaliknya. Dia kaki perempuan, pembuli dan dia juga mempunyai budak-budak suruhan. Jika sesiapa yg tidak mendengar arahannya, dia dan 3 lagi rakan baiknya, Amir, Zul dan Naufal, akan menolong Hazama utk mengerjakan mereka. Kawan-kawan baik Hazama juga merupakan senior tahun 2 dari jabatan lain tetapi masih bawah kos pengurusan. Selepas aku mendengar cerita tentang Hazama dari kak Ayu, aku berasa takut dan lega. Lega sebab tidak melayan lelaki seperti itu. Tapi aku berasa takut juga. Takut jika dia masih mengingatiku dan membalas balik. Pasti dia akan kenakan aku. Kak Ayu tidak tahu akan kejadian itu jadi aku memilih utk merahsiakannya sahaja.

Pada akhir sesi sual kenal, kami disuruh mengikut kos masing-masing bersama senior kos terlibat. Jika aku dari jabatan perniagaan, maka senior dari jabatan perniagaan sahaja yg ada di dalam sesi itu. Jabatan kami dapat tempat di dalam dewan kuliah iaitu kerusi pelajar atas dan meja pensyarah pula di bawah dewan. Pelajar baru dari kos aku memenuhi ruang dewan dan senior pula duduk di hadapan. Ada juga senior dari tahun 3 mengendalikan sesi tersebut. Sesi itu membentangkan tentang subjek yg akan kami ambil apabila mula kuliah nanti, kelas akan di bahagikan mengikut ramai murid, keperluaan dan jadual utk kos kami dalam menggunakan bilik komputer, perpustakaan atau kelas perbentangan dan sesi perkenalan dari penyarah jabatan, senior dan junior.

Ketika kakak dan abang tahun 3 sedang memberikan perbentangan, pintu dewan itu di buka dan ketika itulah aku ternampak Hazama dan Naufal memasuki dewan kuliah itu. Kehadiran mereka agak tidak disenangi oleh sesetengah senior lelaki lain. Namun bagi mereka tiada apa yg menghalang mereka dari datang atau tidak. Namun bagi junior dan senior perempuan pula, kehadiran dirinya ke dewan kuliah itu adalah anugerah. Dia memang lelaki pujaan wanita. Ketika dia hadir, ketika itu jugalah bermula sesi perkenalan. Kelas kami akan di bahagi 3 kelas, jadi kami harus tahu kelas mana yg akan kami sertai. Setiap seorang demi seorang mula bangun dan memberitahu nama masing-masing dan ketika itu juga pelajar yg bertugas memberitahu mereka kedudukan kelas yg mereka akan sertai. Satu persatu hingga tiba giliran aku dan kawan-kawan aku yg seterusnya. Setelah semuanya selesai, kami di minta bersurai dan kami semua berpusu-pusu keluar dari dewan. Aku hampir ketinggalan kerana aku sedang mencari-cari hanfone aku yg jatuh ketika sibuk berdiri memberitahu nama tadi. Sedang aku mencari dan menjumpai hanfone tu, ketika aku mencapai tangan aku tersentuh satu tangan lagi. Aku terkejut dengan segera aku menangkat tangan dan terus memandang ke arah tangan itu. Hazama! Dia yg sedang datang membantu aku. Aku memandang sekeliling, dewan itu hampir kosong dan ketika itu jugalah Hazama sempat mencapai hanfone aku dan dia menghulurkan padaku. Dia ada bertanyakan supaya aku memberikan no fon aku padanya. Ketika aku mencapainya dan mengucapkan terima kasih, aku terus keluar dari dewan itu tanpa menjawab soalan atau permintaannya. Bukan cara aku utk melayan permintaannya. Selama ini aku tidak akan melayan orang yg tidak aku kenal. Jika dia mahu berkawan dengan ikhlas, dia pasti akan usaha.

Kelas pertama bermula pada pukul 8 pagi. Aku dan rakan-rakan kelas sudah pun memenuhi ruang kelas. Mereka amat teruja utk belajar kali pertama di kelas baru. Selepas satu jam dalam kelas, kami di ganti dengan kelas dan pelajaran lain pula. Kami berada dalam kelas hingga pukul 12 tengahari. Kami akan berehat 2 jam dan akan bersambung mengahadiri kelas pukul 2 petang hingga jam 5 petang. Kelas pertama adalah hari yg paling penat dan panjang. Sejuruh keluar dari kelas, kami menuju ke kantin utk membeli makanan. Aku hanya membungkus makanan dan terus balik ke bilik. Kak Ayu sudah pun menunggu aku di muka pintu sambil tersenyum. Aku dah boleh agak apa yang akan di tanya oleh kak Ayu.

Kak Ayu: Macam mana perasaan masuk kelas

pertama kali? Seronok tak?

(aku terus meluru masuk ke dalam

bilik.Setelah meletak semua barang,

aku menghempaskan diri ke atas

katil yg empuk.)

Aku: Seronok la juga. First time kan.

Semuanya baru.Tapi penat sikit lah.Fuh!

Lega dapat baring.

(aku menutup mata. Kak Ayu menutup

dedaun pintu dan duduk di hujung

katilku.Dia menepuk kakiku.)

Kak Ayu: Lisa.. Kau nak dengar cerita tak?

(aku membuka mata dan terus

duduk)

Aku: Cerita apa kak?

kak Ayu: Semalam akak ada date kat library.

Masa akak tengah tunggu boyfriend

akak sampai, masa tulah akak

terserempak dengan Hazama. Dia

dengan kawan-kawan macam tak

puas hati dengan seseorang. Dari yg

akak dengar, dia suruh budak-budak

dia cari seorang budak junior. Takut

pula akak dengar. Apalah yg dia nak

buat dengan budak junior tu.

(aku kaget.)

Aku: Kenapa dia nak cari budak junior tu?

Kak Ayu: Tak pasti lah. Dia cakap dia tunggu

lama budak junior tu kat kantin tapi

dia tak muncul pun. Makin

bertambahlah marah dia. Akak

rasalah budak tu ada buat salah

dengan dia kot. Sebab tu budak tu

lari.

Aku: Dahsyat juga ye perangai si abg senior ni

kan. Kalau dia marah, tak ada siapa pun

dapat tolong budak tu kan?

kak Ayu: Betul! Kalau dia marah, tak ada siapa

pun yg dapat tolong. Hatta ayah dia

pun tak sanggup dah nak layan

perangai anak kesyangan dia tu.

Buruk perangai. Lagi di tegur, lagi

menjadi.

Kak Ayu berlalu pergi meninggalkan aku yg masih bertanda tanya. Siapakah junior yg dia maksudkan? Adakah daripada junior kenalan aku? Aku terus tergumam sambil memikir panjang. Tiba-tiba aku tersedar dan terus mematikan lamunanku. 'Ianya bukan urusan aku, mengapa aku harus fikirkan perkara yg bukan dari masalah aku.' Desis hati kecil ku. Aku bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik air utk mengambil wudhuk.