webnovel

Bab 14_Pertemuan semula

Hospital! Apabila aku membuka mata, ramai yg ada si sisiku. Christ, Amir, Zul, Naufal dan Hazama juga ada di situ. Mataku agak kabur dan kepalaku masih berpinar tetapi aku memang pasti yg mereka semua ada di sini bersamaku. Apabila aku cuba bangun dan duduk, Hazama menyambut tanganku dan membantuku mengangkat aku duduk di atas katil.Tanganku dicucuk dengan jarum utk memudahkan mereka utk memasukkan air ke dalam badan aku. Hazama duduk disisi katil dan dia mula mencapai tanganku. Aku segera menarik apabila aku melihat semua orang memandang ke arahku. Aku tunduk malu dan memulakan perbualan bersama yg lain. Hazama mula memandangku. Aku tidak mengendahkan pandangannya terhadapku lantas aku terus bertanya tentang keadaan mereka semua. Mereka seperti kenal sudah mengenal diriku. Walaupun sebenarnya kami tidaklah serapat mana. Selepas beberapa jam, mereka meminta diri utk pulang. Aku hanya dapat mengucapkan terima kasih dan mereka hanya memesan supaya aku dapat menjaga diri selepas ini. Aku sempat membalas mengusik-usik mereka sebelum mereka pulang dan yang tinggal hanya aku dan Hazama di situ. Christ sudah sekian lama pergi menghilang. Aku tidak pasti dia ke mana. Hazama masih setia di sisiku sambil tersenyum melihat aku sendirian di situ. Aku hairan juga melihat dia begitu pelik hari itu. Namun aku merebahkan kepala di atas bantal dan menarik selimut hingga ke bahu. Aku baring berpaling dari pandangannya. Mimik mukanya amat menakutkan aku. Seolah-olah aku ada buat salah besar padanya. Mungkin juga aku masih penat, akhirnya aku tertidur.

Pagi aku bangun, dia masih di sisi aku. Aku amat sangat berharap apabila aku bangun dari tidur, dia tidak ada lagi disini. Aku tidak sanggup mahu melihat wajahnya buat masa ini. Namun setelah beberapa kali di desak oleh aku, dia tetap dengan pendiriannya utk berada di sisi aku. Setelah beberapa hari aku berada di hospital, aku telah dibenarkan keluar. Mak tok dan Tok ayah telah beberapa kali menghubungi aku bertanyakan tentang diri aku. Namun aku sudah jangka ini semua rancangan Mak tok. Hazama ke sini juga atas arahan Mak Tok. Pada mula nya aku hanya syak tapi setelah dia bertanya aku pasal keadaan Hazama, aku terus terdetik. Aku mula berang dan Mak Tok membidas amarah aku. Dia lebih percayakan Hazama dari cucunya sendiri. Ketika telah keluar dari hospital, Hazama telah uruskan semua prosedur keluar wad. Setelah selesai, dia seperti telah mengatur semuanya. Dia meminta aku utk mendengar kata-katanya kali ini. Pada mulanya aku mahu membangkak tetapi apabila aku sampai di muka pintu hospital, dia menghulurkannaku sejambak bunga mawar dan menarik tangan aku hingga masuk ke dalam kereta sewanya di terletak hadapan lobi hospital itu. Aku tiada pilihan dengan hanya mengikut katanya kali ini. Dia terus memandu dan menuju ke arah restoran. Dia meminta aku utk makan bersamanya. Aku ingatkan mahu pulang berehat tetapi nampaknnya dia seperti telah mengatur rancangan utk bersama aku hari itu. Jadi aku hanya turutkan sahaja. Mungkin ini adalah kali terakhir utk aku bersamanya lagi. Tidak mungkin aku akan kembali padanya. Hampir sepanjang hari aku mengikuti semua kemahuannya hinggalah jam telah menunjukkan pukul 11 mlm. Ketika itu kami sedang seronok menikmati pandangan pantai sambil lepak minum. Dia mula menghulurkan semula cincin pertunangan kami dahulu. Tapi belum sempat dia berkata, aku terus menghabiskan sisa minuman aku dan bingkas bangun. Dia agak terkejut dengn tindak tanduk aku tapi dia hanya perhati.

Aku: aku minta maaf encik Hazama. Saya tidak

dapat mengikut kata-kata encik lagi kali ini.

Cukuplah sampai sini sahaja. Saya nak minta

diri dulu.

Hazama: Lisa nanti dulu. Dengar dulu penjelasan

dari aku. Kalau tak setuju, kenapa kau

sanggup ikut aku hari ini?

Aku: aku ikut kau sebab kau yg paksa aku! Aku dah

pun bagitahu kau, aku tidak suka dan tidak

akan menyukai kau lagi. Cukuplah kau dah

sakitkan hati aku sekali. Lepas ni aku dah tak

sanggup dah. Maaf kan aku! Selamat tinggal

Hazama. Semoga berbahagia.

Kakiku terus melangkah keluar dari pantai itu tanpa menoleh atau menunggu apa-apa jawapan dari dirinya. Aku tidak akan dapat memaafkan dirinya setelah aku mula cintakan dirinya. Aku dah tak sanggup lagi. Aku terpaksa larikan diri sebab dia. Ya Allah berilah kekuatan utk hadapinya lagi.

Sepanjang hari itu, aku langsung tidak keluar rumah atau menerima sebarang panggilan. Hingga jam menunjukkan pukul 10 malam. Ketika itu aku sudah menukar baju tidur dan mahu masuk tidur. Tiba-tiba sahaja loceng pintu rumahku berbunyi. Berat sekali aku melangkah ke arah pintu. Apabila aku membuka pintu, wajah sunggul Hazama berada di muka pintu. Aku tidak terus membuka pintu malah aku menutup semula pintu itu. Tindakan aku membuatkan dia menekan loceng rumahku dan mengetuk kuat pintu sambil menjerit-jerit namaku di muka pintu. Lama- kelamaan suaranya semakin kuat, aku mula rimas dengan suaranya. Belum sempat aku buka pintu. Tiba-tiba sahaja suaranya terdiam sunyi. Lama aku menunggu sehingga membuatkan tangan aku menuju ke tombol pintu dan membukanya. Ketika itulah, baru aku perasan yg Hazama jatuh pengsan di hadapan pintu rumahku. Dengan segera aku luas membuka pintu dan terus memapah Hazama masuk tanpa memikirkan akibatnya. Baju Hazama banyak kesan tumpah air dan ianya berbau kuat seperti bau minuman alkohol. Dirinya juga seperti tidak terurus. Bajunya berkedut seribu dan rambutnya tidak rapu. Ketika aku memapahnya masuk, mulutnya juga masih sempat mengomel dan menyebut namaku beberapa kali seperti orang mabuk arak. Kaki aku terus menuju ke arah sofa dan aku merebahkan dirinya ke atas sofa. Tangannya memicit-micit kepalanya seperti pening kepala.Melihat keadaannya, aku ke dapur utk mengambil air suam dan panadol. Aku terus melangkah kembali menuju ke sofa tapi dia tiada di situ. Aku terdengar bunyi air sinki di dalam bilik air. Aku pasti dia msesti sedang berada dalam bilik air. Aku memunggu beberapa minit hingga selesai bunyi ait. Lama aku tunggu tapi dia masih tidak keluar dari situ. Aku cuba mengetuk pintu beberapa kali dan memanggil namanya. Apabila aku tidak mendengar jwapan darinya, aku terus memulas tombol pintu dan mencari kelibat nya. Aku melihat dirinya telah rebah di lantai. Bajunya basah kuyup. Pada mulanya aku takut tapi aku kesian melihat dirinya. Tanpa fikir panjang, aku membuka bajunya dan memapahnya semula masuk ke dalam bilikku. Aku merebahkan dirinya di atas katilku. Setelah selesai, aku mahu keluar bilik utk mengambil air suam tadi dan bajunya tapi belum sempat aku bangun tanganku terus di tarik dan badan ku rebah di atas katilku. Kali ini dia memulakan semula langkah dan perangai lamanya. Dan sekali lagi ianya berlaku lagi. Peristiwa hitam itu terjadi lagi. Kejadian itu juga membuatkan aku menangis lagi.