webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
59 Chs

Bab 57

Aku pulang dengan kekeliruan. Lepas Haizeq pergi ke tandas, dia banyak membisu. Kalau orang tanya atau bercakap apa-apa dia hanya balas sepatah dua sahaja. Perbualan kami setelah permainan tamat diimbas kembali.

Kami mengemas barang kami dan menanggalkan kasut yang disewa untuk dikembalikan ke kaunter. Semua orang sudah bangun menghantar kasut ke kaunter. Tinggal aku dan Haizeq sahaja belum menghantar kasut. Hmm, dah biasa dah kena tinggal. Ye lah, aku pun tahu aku ni memang selalu lambat. Kalau jalan pun selalu tertinggal kat belakang. Maklumlah kaki pendek, tak dapat melangkah besar-besar macam orang lain. Tapi, walaupun selalu kena tinggal, aku tak terasa hati. Sebab dah terbiasa. Tapi kadang-kadang ada orang yang menemani dan menungguku dan membuatkan aku rasa terharu namun serba salah kerana mereka sanggup tunggu aku yang lambat ni untuk ke mana-mana.

Aku memandang sekilas ke arah Haizeq tanpa Haizeq menyedarinya. Dia sedang merenung tanganku yang lincah membuka kasut yang disewa itu. 'Dia dah siap pakai kasut dia, kenapa dia tak hantar lagi kasut sewa tu?' Bicaraku dalam hati.

Selesai mengikat tali kasutku, aku membongkokkan badan untuk mengambil kasut sewa untuk dihantar ke kaunter, namun tangan Haizeq lebih pantas menyambarnya. Aku memandang Haizeq dengan penuh tanda tanya. Dia hanya mendiamkan diri dan memandangku lalu membuat isyarat kepadaku untuk mengikutinya. Aku faham dan akur. 'Hehe, sweet lah Haizeq, tapi lagi sweet kalau dia tolong aku bukakkan kasut dan pakaikan kasut aku tadi'. Sempat lagi aku hatiku untuk menambah. Aku dan Haizeq menuju ke arah Sarah dan Eiman setelah Haizeq selesai melakukan pemulangan kasut di kaunter.

"Eiman! Tell me more about your highschool life. Anything else yang you join selain bowling?" Tanyaku kepada Eiman dengan penuh minat.

"Umm... I main fencing and chest." Jawab Eiman.

"What?! Fencing?!" Tanyaku, teruja. Eiman tergelak dengan reaksiku tadi.

"Yes... Fencing. Why?" Balas Eiman pula.

"Nothing, cuma excited je. You know what? I dah lama teringin nak try main fencing." Ujarku.

"Oh really? I can teach you that." Jawab Eiman.

"Seriously?! Bila?" Tanyaku lagi, dengan penuh sinar di mata. Sekali lagi, Eiman ketawa.

"Someday~" Balas Eiman. Jawapan Eiman membuatkan aku tersenyum lalu mengangguk. Saat itu akan kutunggu!

"Chest you tak nak I ajar?" Tanya Eiman pula.

"Err... Takpe lah. I'm not into chest..." Jujurku. Sumpah! Aku tak pernah main, tengok orang main pun rasa macam nak muntah. Tak pernah main dan tak nak main! Eiman tergelak kecil.

"It's okay, I faham kenapa you tak nak main chest." Ujar Eiman, seolah-olah tahu apa yang bermain di dalam kepalaku. Aku hanya tersengih dan menggaru kepala yang tak gatal.

Aku mencari kelibat Sarah selepas ralit berbual dengan Eiman, sampai lupa orang lain. Sarah ada, berjalan di sebelahku. Dia diam sahaja dari tadi. 'Sarah ni ada masalah ke? Dari pagi tadi lagi dia senyap' kataku di dalam hati. Apa pun, akan aku tanya selepas balik nanti. Sebab nak tanya pun macam tak kena tempat.

Aku mencari pula kelibat Haizeq. Depan tak ada, kanan tak ada, kiri pun tak ada. Aku pusingkan kepala ke belakang pula. Ada. Dia sedang berjalan sambil menunduk memandang lantai. Yang ni sorang lagi. Dari tadi senyap je. Haih. Apalah masalah diorang ni. Haizeq memandangku apabila menyedari aku memandangnya. Namun, tiada apa yang keluar dari bibirnya. Aku mengikut rentak langkah Haizeq supaya kami berjalan beriringan. Sekali lagi aku menoleh ke arahnya. Mata kami bertaut. Oh oh! I can't hold eye contact! Laju-laju aku mengalihkan pandangan. Otak ligat mencari idea untuk memulakan perbualan.

"Haizeq..." Panggilku, mesra.

"Ya?" Jawab Haizeq.

"Kenapa kau diam je dari tadi?" Tanyaku, terus terang. Ye lah, selalunya Haizeq ni ada je nak dibualkan dengan aku. Tak pun, dia kacau atau bergurau dengan aku. Ni tak, diam je dari tadi. Mana tak pelik.

"Ye ke? Mana ada." Balas Haizeq, tak nak beritahu apa yang ada di mindanya.

"Umm... Esok apa plan kau?" Tanya aku, tukar topik. Tak nak paksa dia kalau dia tak nak luahkan sekiranya dia ada masalah atau apa sahaja yang terbuku di hati.

"Hmm... Tak ada plan lah. Kenapa? Kau nak ajak aku dating ke?" Tanya Haizeq, bergurau. Aku yang sudah lali dengan perangai dia, jadi aku tahu dia hanya bergurau.

"Aku pun takde plan esok, tapi aku rasa macam nak main puzzle la. Kau nak main dengan aku tak?" Tanya aku pula.

"Hmm... Sure. Kau ada puzzle tak?" Tanya Haizeq.

"Sadly, no. Kita kena pergi beli lah dulu." Balasku.

"Haaa... Boleh je." Akur Haizeq.

"Ha! Esok kita keluar, beli puzzle. Lepas tu kita main puzzle tu kat taman. Okay tak?" Cadangku.

"Cool. I'm down." Haizeq bersetuju sambil tersenyum simpul.

"Tapikan, macam dating lah pulak." Ujarku.

"Tu lah kau. Dengan aku je kau boleh dating macam ni. Aku ajak couple dengan aku tak nak." Balas Haizeq tiba-tiba.

"Eh? Bila masa kau ajak aku couple hah?" Tanyaku. Menipu je tau mamat ni. Kalau dia ajak aku couple dah lama aku jadi girlfriend dia lah!

"Ada... Kau je lupa." Jawab Haizeq, baur-baur merajuk.

"Eh kau ni. Penipu!" Balasku pula. Haizeq tergelak. Akhirnya, Haizeq yang moody tadi dah hilang. Now, back to present. Done flashback.

Aku memerhati Sarah yang melabuhkan punggung di atas sofa selepas masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Dia termenung. Sebelum aku memulakan pertanyaanku, baik aku naik ke bilikku dan membuka tudung dan menukar pakaianku. Setelah selesai melakukan apa yang patut, aku turun melangkah ke ruang tamu semula. Sarah masih disitu. Aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Sarah... Ada masalah ke?" Tanya aku.

"Unfortunately, yes..." Jawab Sarah, sendu. Muka aku berkerut, risau. Masalah besar ke?

"What is it, Sarah? Tak nak share dengan kita ke?" Tanyaku, prihatin. Mata Sarah mula berair semasa memandangku. Aku terkejut.

"Hey, Sarah! Okay tak ni?! Kenapa nangis?" Tanyaku bertubi-tubi. Sarah mula menangis lalu memelukku. Aku yang terkejut melihat Sarah yang sedang berduka, cuma menenangkannya dan membiarkannya hamburkan tangisannya dalam dakapanku. Biar dia menangis sepuasnya, barulah aku tanya kenapa. Setelah hampir 5 minit begitu, Sarah mula meleraikan pelukan. Dia tidak memandangku dan hanya menunduk memandang tangannya.

"Sarah..." Panggilku, lembut.

"Awak nak share dengan kita tak? You know, I'm always here for you..." Ujarku. Sungguh! Aku tidak sampai hati tengok Sarah begitu sedih tadi.

"Actually... Pasal Haras..." Jawab Sarah. Aku hanya diam dan menanti kata-katanya.

"Kita rasa dia dah berubah, Nayli. Mungkin dia dah lose interest kat kita..." Luah Sarah, sebak.

"Eh? Kenapa? What makes you think like that?" Tanya aku pula. Penuh kerisauan terpamer di wajah.

"Lately ni kita perasan, dia late reply message kita, dia dah lama tak call kita. And, dia dah lama tak tanya khabar kita. I mean, dah takde dah dia message tanya kita tengah buat apa, kita dah makan ke belum, macam mana hari kita... Macam dia dah tak care pasal kita. Lagi satu, lately ni jugak, asyik kita yang start conversation. Lepas tu dia jawab sepatah dua je. Dah la lambat. Alasan dia, busy. Sebelum ni kalau dia busy pun, dia bagitahu kita awal-awal. Tak buat kita tertunggu mesej dia. And dulu, kalau dia busy pun dia akan cari masa untuk cakap dengan kita. Tapi sekarang? Semua tu dah fade away..." Cerita Sarah. Muram wajahnya. Aku dengar dengan simpati.

"Kenapa eh dia jadi macam tu? Pelik jugak ni. Lose interest? Kita tak paham macam mana orang boleh lose interest since kita tak pernah couple dengan sesiapa pun. Kita tak boleh nak cadang apa-apa dekat awak..." Ujarku pula.

"It's okay, Nayli. Kita tak paksa awak untuk bagi cadangan apa-apa pun, kita just nak luahkan dekat seseorang je..." Balas Sarah.

"Yeah, luahkan je. Kita ada, Qis ada. We will always be here for you." Kataku, cuba beri semangat.

"Thank you..." Ucap Sarah. Dia melentokkan kepalanya ke atas bahuku.

"Kita rasa dia memang dah lose interest lah. Cara dia layan kita, sama macam tanda-tanda orang lose interest. You know what, Nayli? I really thought he is the one for me. Ye lah, selama ni, dia layan kita baik sangat. Tak ada pun buat kita rasa annoying or menyampah. Selama kitorang together, I can tell that I'm so happy to be with him. Kita tak pernah pun bayang yang kitorang akan breakup. But now? Hmmm... Nayli. I don't wanna lose him. I'm afraid." Luah Sarah lagi.

"Hmmm... What can I say, Sarah. Like I said, kita tak pernah couple or lalui situasi awak ni so kita tak boleh nak relate. But I can feel your heartbreak. Ye la, setiap hari kita spend time or bercakap dengan seseorang. And to add, love grows day by day. Tapi tetiba orang tu berubah. Of course, it's hurt. All I can say is that, discuss lah dengan dia. Tanya la dia what he truly feels right now. Kalau dia dah tak ada feelings kat awak ke. I know, I know you're afraid of losing him. Tapi, kalau awak nak dia stay jugak, eventhough dia dah tak sayang awak, worth it ke? Bahagia ke? Mesti tak kan? Tapi, kalau dia still sayang awak, sama-sama lah korang save this relationship, okay?" Nasihatku.

Aku ni memang la tak pernah ada hubungan istimewa dengan sesiapa, tapi aku pernah kehilangan kucing kesayanganku. Beberapa hari kucing aku tak makan, aku bawak pergi jumpa vet. Vet sahkan kucing aku menghidap penyakit Parvo. Dan veterinar itu juga cakap, kalau tak dapatkan rawatan segera, kemungkinan kucing aku akan tinggalkan dunia ni. Masa tu, hanya tuhan saja tahu betapa aku takut kehilangan kucingku. Walaupun dah dapatkan rawatan, kucing aku tetap tinggalkan aku. Sudah tiba ajalnya, apa yang aku boleh buat.

Sama juga kes Haizeq rapat dengan perempuan gedik tu. Sumpah aku takut, takut Haizeq ada apa-apa hubungan istimewa dengan perempuan itu. Aku takut kehilangannya. Walaupun dia bukan milikku. Aku hanya menyimpan perasaanku terhadapnya dan takut untuk meluahkannya kepada Haizeq. Takut dia akan tinggalkan aku sekiranya dia tahu aku menyukainya. Aku tak nak semua tu terjadi, jadi aku hanya menyimpan perasaanku dalam diam selama bertahun-tahun.

"Thank you, Nayli. Yes, I will try my best to save our relationship. Doakan kita, okay? Doakan kalau apa-apa jadi, kita redha dengan semuanya. Boleh, Nayli?" Pinta Sarah. Aku senyum dan mengangguk.

"Okay, mestilah kita doakan awak. Dah dah, jangan sedih-sedih. Cheer up! Eh bukan. Fighting, chinguya!" Aku memberi kata-kata semangat kepada Sarah. Sarah tergelak kecil.

_______________________________

Setelah puas bermain dengan dolfin dan bersiar-siar di kota Mandurah, Qistina dan Johan pulang ke hotel untuk menunaikan solat dan berehat sebentar. Kata Johan, lepas solat Asar nak keluar lagi. Sebelum sunset.

Setelah selesai solat, Qistina berbaring di atas katil tanpa membuka telekung. Dia ingin berehat buat seketika. Nak tidur, tapi takut terlajak. Jadi, dia hanya bermain bersama telefonnya sahaja. Dia membuka group Whatsapp dan melihat gambar aku, Sarah, Haizeq dan Eiman bermain bowling. Qistina tersenyum melihat telatah kami. Kemudian, dia membuka gallery phonenya pula, menilik gambar-gambar yang dia ambil sepanjang dia bercuti di Mandirah bersama Johan. Qistina tersenyum gembira dan menghantar gambar dia dan Johan kepada aku dan Sarah. Dengan ralitnya dia berbual dengan aku dan Sarah melalui Whatsapp, tiba-tiba pintu bilik hotel diketuk. Dia mengintai melalui lubang intip pintu hotel terlebih dahulu. Johan! Qistina terus membuka pintu. Muka Johan terpapar di hadapannya.

"Ye? Dah nak keluar ke?" Tanya Qistina.

"Not yet. Ni, saya ada bawak air untuk awak. Tadi saya turun pergi beli sebab haus." Kata Johan sambil menghulurkan plastik berisi sebotol air kepada Qistina. Qistina menyambut sambil tersenyum nipis.

"Thanks!" Ucap Qistina, ringkas.

"No problem. We will be going out in one hour and half. Tidur lah dulu, penat kan? Nanti saya kejut awak." Ujar Johan. Qistina tersengih mendengarnya. 'Tahu-tahu je aku tengah mengantuk' kata hati Qistina.

"Okay..." Akur Qistina.

"Bye bye" Ucap Johan.

"Tata..." Balas Qistina. Setelah Johan beredar ke biliknya, dia menutup pintu. Dia membuka plastik yang diberikan oleh Johan sebentar tadi dan meneguk air tersebut lalu menyimpan air itu ke dalam peti sejuk. Qistina membuka telekung dan terus merebahkan diri di atas katil lalu melelapkan mata.

Setelah sejam lebih Qistina terlelap, telefonnya berdering. Qistina perlahan-lahan mencapai telefonnya yang berada di side bed table sambil menggosok-gosok matanya. Setelah melihat gerangan pemanggil, dia menjawab panggilan tersebut.

"Qis? Awak dah bangun?" Tanya Johan di talian.

"Ummm yeah, thanks to you." Ujar Qistina.

"Hehe, get ready. In 30 minutes kita keluar." Kata Johan.

"Alright..." Akur Qistina. Dia bangun dan melangkah ke bilik air. Dia memakai makeup simple-simple sahaja, seperti selalu. Setelah selesai memakai tudung dan menyembur perfume pada badannya, dia mencapai handbag dan telefonnya lalu menyarung kasut. Kemudian, dia membuka pintu hotel. Dia terkejut ada Johan sedang bersandar pada dinding di tepi pintu biliknya. 'Dah lama ke dia tunggu aku?' tanya hati Qistina.

"Hi... Ready? Jom." Ajak Johan. Qistina dan Johan jalan beriringan.

"Dah lama ke awak tunggu?" Tanya Qistina.

"Takde lah. Tak lama sangat pun. Lagipun, saya yang siap awal daripada masa yang kita janji." Balas Johan. Qistina hanya mengangguk. Sebenarnya, dia takut dia telah buat Johan tunggunya lama. Yelah, dia tidak tahu berapa lama Johan telah berdiri di tepi pintu biliknya, menunggunya bersiap kerana Johan tidak pula mengetuk pintu.

"Kenapa tak tunggu dekat lobby je?" Tanya Qistina lagi.

"Mana boleh, kalau awak kena kidnap macam mana? Lagipun saya dah janji dengan Sarah and Nayli untuk jaga awak baik-baik." Jawab Johan.

"Kidnap? Ada-ada je lah awak ni Hazrel." Balas Qistina sambil tersenyum dan menggelengkan kepala.

Masuk dalam kereta, Johan memandu mereka ke sesebuah tempat.

"Kita nak pergi mana ni, Hazrel?" Tanya Qistina.

"Secret. Kalau saya bagitahu, tak jadi lah surprise saya..." Jawab Johan sambil tersenyum simpul.

"Alaaa... Ye lah ye lah. Saya tunggu surprise awak." Akur Qistina. Dia sungguh tidak sabar untuk tahu surprise apa yang dia akan dapat.

Tiba di sebuah tempat. Tinggi, berbukit, lapang dan berumput kehijauan. Pemandangan senja di sini sungguh mengindahkan. Qistina keluar dari kereta, begitu juga dengan Johan. Qistina menikmati keindahan alam dan menghirup udara segar sambil memejamkan mata. Johan berjalan ke arah Qistina dengan sesuatu di genggamannya. Di lehernya dia menyangkut kamera yang dibawa ke mana-mana sahaja.

"Qis." Panggil Johan. Qistina beralih ke arah Johan yang sedang memandangnya dengan mata yang redup. Rambut johan yang ditiup angin dipandang oleh Qistina. 'Ish, handsome betul!' puji Qistina di dalam hati sambil bibir mengukit senyuman.

"Here, close your eyes with this." Suruh Johan sambil menghulurkan sehelai blind fold. Baru sahaja Qistina hendak mengambil blind fold itu daripada tangan Johan, Johan menarik semula hulurannya. Qistina mempamerkan muka keliru.

"Wait, let me fold it for you." Ujar Johan lalu mengikatkan blind fold itu menutupi mata Qistina.

"Pegang baju saya, kita nak gerak ni." Arah Johan lagi. Qistina hanya menurutinya.

"Hazrel, awak nak bawak saya pergi candle light dinner ke?" Tanya Qistina, berseloroh.

"Hahahha... Tunggu je lah." Johan tidak menafikan. Tetapi bukan itu surprise yang menanti.

Tiba di destinasi, Johan membuka blind fold yang menutupi mata Qistina. Qistina terlopong melihat di mata dia dan Johan berada sekarang. Dia dan Johan sedang berada di dalam hot air balloon! Tunggu nak terbang je lagi. Qistina tidak boleh menyorokkan wajah yang kelihatan sungguh gembira. Tiba masanya untuk hot air balloon terbang!

"Wah..." Qistina tidak percaya yang dia sedang menaiki hot air balloon.

"Hazrel..." Qistina berpaling ke arah Johan pula, terharu. Johan hanya memandang ke arah Qistina dengan senyuman manis.

"Do you like my surprise?" Tanya Johan sambil tersenyum senget.

"I love it! Thank you so much, Hazrel! You're so sweet!" Ucap Qistina. Sumpah! Ni the best date ever!

"My pleasure. This is my gift for you for being my plus one... And I'm glad you love it." Ujar Johan.

"Awwwhhh..." Qistina sungguh terharu dengan layanan dan pemberian Johan kepadanya. Mereka berdua menikmati pandangan ke arah langit yang bertukar oren, merah jambu dan ungu. Langit pada malam ini kelihatan sungguh memukau dan magik!

"I swear, this is my favourite moments ever, with you, Hazrel..." Ucap Qistina. Johan ketawa bahagia.

"Yeah, me too. To more unforgettable happy memories you!" Laung Johan di udara, bahagia. Begitu juga Qistina yang senyuman dan ketawa tidak lekang di bibir.

OMG, guys! Jealous betul dengan Qistina! Mana nak dapat lelaki macam Johan tu in real life?! Btw, enjoy reading darlings!! Hope you like it. Feel free to leave a comment! I appreciate your support, thank you korang! Next chapter coming soon tau korang! Wait for me!Love, author.

missmiaacreators' thoughts