webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
59 Chs

Bab 48

"Yeay!" kami bersorak apabila keluar sahaja daripada kelas. Wah! Dah habis exam! Alah, ni baru exam pertengahan tahun... Tak habis lagi lah... Tegur si otak. Ah! Lantak aku lah! Setelah seminggu aku pulun belajar. Kalau korang nak tahu, aku ni bukan lah rajin sangat...

"Mia! Macam mana soalan tadi? Senang tak?" tanya Haizeq.

"Hmm... Nak kata senang, tak lah jugak. Tapi aku boleh jawab..." kata aku.

"Kan?" Haizeq teruja terlebih. Aku tergelak kecil.

Aku, Sarah, Haizeq dan Eiman pulang ke rumah sewa aku. Mana Qistina dengan Johan? Haaa... Kalau korang nak tahu, hari ni diorang buka puasa sama-sama... Mula-mula Qistina malu-malu cakap dekat kitorang semalam.

__________________________

Imbas kembali semalam, semasa kami mengulangkaji bersama-sama.

Aku dan Sarah tekun membaca nota-nota penting. Qistina hanya memandang kami silih berganti dan teragak-agak untuk bersuara.

"Qis. Kenapa awak pandang kitorang macam tu?" tanya Sarah.

"Er... Kita nak bagitahu something, tapi malu lah." kata Qistina.

"Alah... Tak payah malu-malu... Tell us. What is it?" tanya aku.

"Em... Esok... Aaa esok..." Ayat Qistina tergantung. Kami setia menanti.

"Emm... Johan ajak kita buka puasa dengan dia esok..." ujar Qistina, malu.

"Wahh!" aku dan Sarah terjerit kecil. Eh. Kitorang pulak yang excited. Qistina dah makin malu...

"Pergi lah buka puasa dengan Johan esok! Lagipun korang dah lama tak dating..." kata aku. Qistina hanya tersenyum.

"Alah... Qistina tak ada lah esok... Sedih kita..." kata Sarah. Qistina menolak bahu Sarah perlahan dengan tangannya.

"Over lah Sarah. Ye ye lah tu sedih." kata Qistina. Aku dan Sarah tergelak kecil. Kami sambung mengulangkaji.

____________________________

Harini Eiman masak! Yeay! Kesian dia kena masak... Alah! Bukan kitorang yang suruh. Dia yang nak.

Aku tak tahu lah sejak bila dia belajar masak ni. Dulu, kalau tengok gaya dia macam tak kena je kalau dia minat memasak. Tak sangka betul. Hari ni dia masak pasta. Aku rasa dia pandai masak western food je kot. Kalau makanan Melayu tu... Hm. Entah lah. Nanti aku tanya dia.

"Nak makan apa ni?" tanya Eiman.

"Hm... Masak yang senang-senang je lah." kata Sarah.

"Em... Spaghetti boleh?" tanya Eiman.

"Boleh!" aku dan Sarah bersetuju.

"Haizeq?" tanya Eiman.

"Don't worry about Haizeq. Dia tak cerewet kalau bab makan... Dia makan je spaghetti, kan?" kata aku lalu memandang Haizeq. Haizeq mengangguk.

"Wah! Mia tahu lah!" kata Haizeq teruja.

"Memang lah tahu... Dah 8 tahun kawan..." jawabku.

Aku mengeluarkan spaghetti dari kabinet dan memberinya kepada Eiman. Aku mengambil kuali, lepastu aku isi air. Aku meletakkan kuali itu di atas dapur. Aku membuka api. Kemudian aku mengambil spaghetti dari tangan Eiman lalu menggunting plastik itu dan menyerahkan spaghetti itu kepada Eiman kembali.

"Oh, thank you." ucap Eiman.

"No problem." balasku lalu mengenyitkan mata. Eiman tergelak. Dia mula memasak. Aku berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Sarah dan Haizeq di situ. Aku mengambil tempat di sebelah mereka.

"Ah! Laparnya! Bila nak azan Maghrib ni? Tak sabar nak berbuka." kata Sarah. Aku dan Haizeq hanya menggelengkan kepala.

"Eh kau. Lapar je tahu." kata Haizeq.

"Aku lapar, nak buat macam mana?" jawab Sarah. Aku yang berada di tengah-tengah itu hanya berdiam diri dan membuat muka selamba.

"Eh. Apa ni? Sarah. Asal kau tengok cartoon ni? Dah besar pun tengok cartoon ke? Macam budak-budak lah..." rungut Haizeq.

"Diam ah kau. Suka hati aku lah nak tengok apa. Ni anime, bukan cartoon boboiboy kau. Kau tak payah lah kutuk anime aku." jawab Sarah. Aku tergelak.

"Bila masa aku tengok Boboiboy?" tanya Haizeq. Sarah tidak menjawab pertanyaan Haizeq. Dah malas dia nak layan. Aku bersama tawa yang masih bersisa bangun dan berjalan ke arah dapur.

"Eh Mia. Kau nak pergi mana?" tanya Haizeq. Haizeq bangun lalu mengikutku dan meninggalkan Sarah keseorangan di situ.

"Huh, aman." ujar Sarah apabila Haizeq pergi dari situ.

Di dapur;

Aku menolong Eiman memasak. Aku menggaul-gaul. Eiman meletakkan black pepper. Hidung aku gatal. Haaa Chum! Ha. Dah bersin... Nasib baik tak bersin dalam makanan. Sempat aku pusing tadi.

"Eh, sorry..." pinta Eiman. Aku bersin lagi.

"Nayli, okay tak?" tanya Eiman. Aku mengangkat muka setelah lega.

"Okay, okay..." jawabku sambil tersengih. Aku pergi ke belakang rumah.

"Mia." panggil Haizeq. Bahuku terhincut. Terkejut aku.

"Yow." sahutku.

"Kau buat apa?" tanya Haizeq.

"Aku tengah angkat kain lah... Kenapa kau dekat sini? Kenapa tak tengok cerita dengan Sarah?" tanya aku.

"Malas lah aku nak tengok cerita kartun dia tu... Baik aku tolong kau." kata Haizeq. Haizeq menolong aku mengangkat kain. Aku ternampak sesuatu dan sedikit terkejut. Aku terus pandang tempat lain.

"Haih... Masa ni lah nak kiss-kiss... Buat lah dekat tempat lain..." kata aku perlahan.

"Hah? Mana? Mana?" tanya Haizeq. Dia melilau mencarinya. Dia dah nampak dua orang manusia itu sedang ber'kissing' dekat rumah belakang.

"Eh. Kau tengok buat apa? Batal puasa nanti." kata aku. Haizeq terus menunduk. Tetapi dia terkejut melihat sesuatu di tangannya.

"What..." Haizeq tidak menghabiskan ayatnya. Aku turut memandang ke arahnya. Muka aku bertukar merah dengan serta merta.

"Aaaaaaa!" aku menjerit lalu merampas 'sesuatu' itu daripada tangan Haizeq. Korang tahu tak dia pegang apa?! Dia pegang aku punya... Ergh. Malu lah nak cakap. Baju dalam or you call it 'bra'! Aaaahhh!

"Mia, sorry! Tak sengaja!" pinta Haizeq. Aku mengejar Haizeq masuk ke dalam rumah.

"Haizeq!" jeritku. Aku tak tahu lah aku nak marah ke nak malu. Dua-dua kot. Huh! Kenapa lah aku bagi dia tolong aku angkat baju tadi. Kalau tak, tak jadi lah macam ni! Huhuhu... Haish. Menyesal. Eiman yang baru selesai memasak itu keliru, tidak tahu apa yang terjadi.

"Kenapa? Kenapa?" tanya Sarah.

"Haizeq ni ha! Dia pengang kita punya ni." aku hanya menunjukkan 'benda' tu kat Sarah. Tak nak sebut. Buat malu je.

"Hahahaha!" Sarah hanya gelak.

Kami bersandar pada kerusi setelah kenyang menjamu selera.

"Wah! Sedapnya kau masak, Eiman!" puji Sarah kepada Eiman.

"Thanks." balas Eiman.

"Ye, betul betul betul sedap. Kan, Haizeq?" aku bertanya pendapat Haizeq. Haizeq mengangguk.

"Thanks for the food, Eiman." ucapku.

"Welcome." balasnya.

"Jom solat berjemaah." ajak Sarah. Kami mengangguk.

Kami solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. Tahun lepas kalau bulan puasa, aku selalunya solat tarawih berjemaah dengan family aku. Tahun ni dah lain...

Selesai sudah solat terawih 8 rakaat... Ye, kami tidak terlalu rajin untuk buat 20 rakaat. Ehehehehe...

"Korang, tahun ni baju raya warna apa? Aku warna violet." kata Sarah.

"Kita warna cream." kata aku.

"Aku warna putih." jawab Haizeq.

"Aku warna hitam." balas Eiman. Memang dah jadi adat orang Melayu, setiap tahun tanya baju raya warna apa...

_______________________________

Qistina dan Johan berbuka puasa di sebuah restoran halal. Mereka menikmati makanan mereka. Selesai makan, mereka ke kaunter.

"Em... Awak. Hari ni biar saya bayar lah." kata Qistina.

"Nope. Saya bayar. Awak simpan je duit awak. Saya nak nampak gentleman depan awak. So, biar saya bayar eh?" kata Johan. Uuuuu... Tak tahu pulak Johan sweet macam ni... Qistina tergelak kecil.

"Okay, okay." akur Qistina.

"Kita nak pergi mana ni? Tak nak balik ke?" tanya Qistina apabila kereta itu tidak menuju jalan untuk pulang ke rumah.

"Kita jalan-jalan kejap. Saya nak spend time dengan awak. Dah lama tak dating..." kata Johan sambil mengerling ke arah Qistina sambil tersenyum.

"Oh, okay." Qistina bersetuju. Dia turut tersenyum.

Mereka berjalan di depan Bell Tower. Aku dengan Haizeq pernah datang sini... Ohohoho... Sempat lagi cakap pasal dia dengan Haizeq. Suasana di situ tenang. Mereka menghirup udara segar sambil menikmati pandangan pada waktu malam.

"Johan... Nak tanya something boleh?" tanya Qistina.

"Sure. What is it?" tanya Johan.

"Sejak bila awak suka saya?" tanya Qistina, malu.

"Em..." Johan mendongak memandang langit. Qistina setia menanti kata-kata Johan. Johan memandang Qistina kembali.

"I'm not sure about it. Saya pun tak perasan sejak bila saya suka awak." jawab Johan. Qistina hanya mengangguk dan tersenyum.

"Qistina." panggil Johan.

"Yes?" sahut Qistina.

"Nak minta awak buat something boleh tak?" tanya Johan.

"Something? Apa?" tanya Qistina pula.

"Alah... Simple je. Tak susah pun." kata Johan.

"Emm... What is it?" tanya Qistina lagi.

"Call me Hazrel." kata Johan.

"Hm? Why?" tanya Qistina lagi.

"Saja... Saya nak awak panggil saya Hazrel... Cause you're someone special to me." ujar Johan. Qistina terkaku. Uuuuu... Melting ler tu... Hazrel tu nama Johan jugak. Johan Hazrel. Oh. Aku tak bagi tahu korang eh? Sorry. Lupa. Eheheh...

"Can you?" pinta Johan. Qistina senyum.

"Okay, Hazrel." jawab Qistina. Mereka ketawa.

_____________________________

"Eh, aku nak kemas barang nak balik Malaysia. Korang tak nak balik lagi ke?" tanya Sarah.

"Halau ke?" tanya Eiman.

"Eh... Mana ada. Kalau nak duduk sini lagi duduk lah. Aku nak naik atas dulu." kata Sarah.

"Aku nak tunggu Johan sampai sini." kata Haizeq.

"Hm. Okay lah." jawab Sarah lalu naik ke tingkat atas.

"Emm... Aku pun nak naik kemas barang. Korang tengok lah tv ke... Kalau nak baca buku, naik je dekat atas." kata aku. Mereka mengangguk. Aku bangun hendak naik menuju ke bilikku.

"Mia..." panggil Haizeq. Aku berpaling memandangnya.

"Ada latte tak?" tanya Haizeq.

"Oh! Ada. Hari tu aku beli banyak. Ambik je lah dalam peti tu. Tau, korang." kata aku.

"Okay, Mia." balas Haizeq. Eiman hanya mengangguk.

Mereka tengok movie. Cerita 'Ready or Not'. Best cerita tu. Aku dah tengok... Haizeq bangun. Dia berpaling kepada Eiman.

"Kau nak latte?" tanya Haizeq.

"No, thanks. Aku nak naik atas." kata Eiman.

"Okay." jawab Haizeq lalu terus menuju ke dapur.

Eiman naik ke tingkat atas. Dia menuju ke ruang tengah yang mempunyai satu sudut yang penuh dengan buku-buku yang tersusun di rak. Dia tak pernah naik atas ni. Dia selalu dekat bawah je. Dia menuju ke sebuah rak dan mengambil sebuah buku dan duduk di atas kerusi bersebelahan dengan tingkap.

Setelah habis membaca buku itu, Eiman meletakkan buku itu semula di tempatnya. Dia memandang ke sekeliling. Eiman menuju ke arah cahaya yang datang dari bilik aku yang pintunya separa terbuka.

Aku melipat baju dan memasukkannya ke dalam bagasi. Pintuku ditolak.

"Eiman?" tegurku.

"Kenapa?" tanya aku kepadanya.

"Hm? Tak ada apa-apa. Aku baca buku tadi." kata Eiman.

"Nak masuk? Masuk lah." pelawaku. Eiman melangkah perlahan-lahan memasuki bilik aku. Tiba-tiba Haizeq berlari masuk ke dalam bilik aku melintasi Eiman. Haizeq terus baring atas katil aku. Aku dan Eiman terkejut. Tiba-tiba je dia dekat sini.

"Mia, aku baring kejap." kata Haizeq.

"Ha, suka hati kau lah." jawabku.

"Eiman duduk lah." kata aku. Eiman duduk di atas bean bag yang berada di sebelah katil aku itu.

"Bukan tadi kau tengok movie ke?" tanya aku kepada Haizeq.

"Dah habis... Best lah cerita tu. Kau dah tengok?" tanya Haizeq.

"Dah... Kau je ketinggalan." jawabku. Tanya lah cerita apa pun, semua aku dah tengok. Ahahaha... Haizeq hanya menjeling sebab aku kutuk dia tadi.

"Hoi. Apa korang buat dekat dalam bilik anak dara orang ni?" sergah Sarah. Aku, Haizeq dan Eiman memandang Sarah. Terkejut kitorang. Tiba-tiba ada suara tegur. Ingatkan suara siapa tadi...

"Takde apa-apa..." jawab Haizeq dan Eiman. Sarah yang menegur tadi masuk balik ke dalam biliknya. Eiman menuju ke arah guitar aku dan mengambilnya.

"Can I play this?" tanya Eiman.

"Sure. Tadi careful main baby girl aku tu. Haritu tali dia putus. Haizeq buat." kata aku. Aku memandang Haizeq yang turut memandangku.

"Aku kan dah ganti tali baru..." kata Haizeq.

"Yeah I know. Saja nak ungkit..." jawabku. Haizeq memuncungkan bibir. Aku tersengih.

"Okay. I'll be careful." kata Eiman.

"Best lah baring dekat katil kau ni. Aku nak tidur sini lah." kata Haizeq.

"Habis tu aku nak tidur mana?" tanya aku.

"Kau tidur je lah dengan aku. Muat ni." kata Haizeq sambil tersengih nakal dan mengangkat keningnya.

"Tak boleh! Ni katil aku. Kau pergi lah tidur dekat rumah kau." balasku.

"Hm. Bagi lah aku tidur sini kejap." pinta Haizeq. Aku hanya membiarkan Haizeq baring di situ. Aku sambung mengemas.

"Habis, siapa nak tolong aku kemas?" tanya aku.

"Emm... Suruh Haizeq. Aku main guitar." cadang Eiman. Aku memandang Haizeq yang membuka mata dan menjeling ke arah Eiman sambil mencebik. Aku tergelak kecil.

"Hm. Takpe lah. Kau tidur lah. Nanti Johan sampai aku kejut kau." kata aku. Haizeq memandang aku dan tersenyum lebar.

"Saaaayaaaanggg Mia..." ucap Haizeq, beserta dengan muka cute dia. Aku tersenyum. Ehem ehem. Mia cair...

Hello guys! I'm back! It's been awhile, right? I'm sorry, guys. I'm always busy. Selalu lambat update. Idea pun susah nak dapat. I harap bab okay eh. Korang don't worry. No matter what I will finish this story. I promise. Kecuali I dah takde. Okay. So, ni bab 48 yang dah lama korang tunggu. Enjoy reading! Next chapter coming soon. So, stay tuned and stay safe everyone! Thanks baca cerita I. I appreciate sangat-sangat. Thank you and sorry. Bye bye guys. See you soon!

missmiaacreators' thoughts