webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
59 Chs

Bab 16

Pada petang itu, kami ke Elizabeth Quay. Kami bergambar di atas jambatan yang besar di situ.

Aku memikmati pandangan yang indah itu. Tiba-tiba kepalaku pening. Ah!

"Mia! Sini jap!" panggil Haizeq. Aku menuju ke arahnya.

"Ye, kenapa?" tanya aku. Kepalaku masih pening. Mukaku berkerut. Haizeq tersengih. Dia menunjukkan satu gambar. Dia menghalakan phonenya ke mukaku. Gambar apa tu? Ular?! Aku terkejut. Ah! Pandanganku kabur secara tiba-tiba. Aku tidak sedarkan diri. Badanku hampir jatuh.

"Mia!" jerit Haizeq.

_____________________________

Aku membuka mata perlahan-lahan. Mata aku sakit akibat cahaya lampu yang memancar ke mataku. Aku dekat mana ni? Aku pandang ke sekeliling.

"Mia, are you awake?" tanya Haizeq. Aku memandangnya. Dia berada di sebelahku.

"Nayli, are you okay?" tanya Sarah yang berada di belakang Haizeq.

"Hospital? What happened?" tanya aku.

"Kau pengsan tadi." jawab Haizeq.

"Pengsan?" tanyaku. Aku betul-betul tidak ingat apa yang terjadi. Haizeq mengangguk.

"Doktor cakap kau pengsan sebab pening kepala sangat. Kalau kau cakap tadi, kita tak pergi Elizabeth Quay tadi. Kenapa tak cakap awal-awal? Kan dah pengsan." bebel Haizeq. Aku memuncungkan bibir.

"Aku boring duduk rumah." kata aku.

"Nayli memang macam tu. Suka jalan-jalan. Tak reti duduk rumah..." sampuk Sarah.

"Nak buat macam mana lagi? Dah dari dulu memang macam tu." jawabku.

"Mana Eiman, Qis dengan Johan?" tanya aku.

"Diorang pergi beli makanan." jawab Sarah.

"Bila kita boleh balik?" tanya aku.

"Esok. Sebab dah malam ni." jawab Sarah.

Aku mengangguk.

"Haizeq, mana bag aku?" tanya aku. Haizeq menghulurkan bag aku.

Aku mencapainya dan mencari phone aku. Aku tidak menjumpainya.

"Mana phone aku?" tanyaku.

"Jap." jawab Haizeq. Phone aku ada di tangannya.

"Kenapa?" tanyaku.

"Adalah..." jawab Haizeq.

"Ok..." jawabku. Aku mengalih pandangan kepada Sarah. Dia sedang melihat phonenya.

"Ok, nah." kata Haizeq lalu menghulurkan phone aku.

"Kau buat apa?" tanya aku. Aku membelek phone aku. Tiada apa-apa. Aku membuka gallery pula. Aku ternganga. Gallery aku penuh dengan gambar Haizeq. Aku memandang Haizeq. Dia hanya tersenyum dan mengangkat kening.

"What is this?" tanya aku kepada Haizeq.

"Gambar aku lah..." jawab Haizeq

"For what?" tanyaku.

"Untuk hilangkan rindu kau kat aku lah..." jawab Haizeq.

"Bila masa pulak aku cakap aku rindu kau?" tanya aku lagi.

"I know that you always miss me. Everyday, every night, every hour, every minute, every second..." jawab Haizeq sambil tersengih. Aku mencebik.

"Jangan delete tau. Janji?" kata Haizeq.

"Kalau tak nak janji?" tanya aku pula.

"You have to. Or..." Haizeq membiarkan ayatnya tergantung. Dia mendekatkan mukanya. Aku menelan air liur. Aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Or?" tanyaku.

"Or you'll regret." kata Haizeq. Dia mendekatkan mukanya lagi.

"Hah! Buat apa tu?" sergah Sarah.

"Oh mak kau!" aku melatah. Aku dan Haizeq terkejut. Kami memandang Sarah.

"Sibuk je... Suka hati lah nak buat apa pun..." kata Haizeq sambil menjeling kepada Sarah. Sarah menjelirkan lidah. Aku menarik nafas lega. Haizeq memandangku.

"Mia, promise me. Cepat." arah Haizeq.

"Ok, fine. Tapi kau kena delete dulu gambar Mr. Snake yang kau tunjuk dekat aku tadi." kata aku pula.

"Kalau tak nak?" tanya Haizeq.

"Kalau tak nak..." aku tidak menyambung ayatku. Giliranku pula mendekatkan mukaku kepada muka Haizeq. Haizeq tersengih. Dia memuncungkan bibir. Aku terkejut. Nasib baik muka aku dan muka Haizeq tak rapat sangat tadi. Kalau tak... Aku menjauhkan mukaku.

"Ala... Cepat lah kiss I..." kata Haizeq, gatal. Aku membulatkan mata. Sarah yang dari tadi memerhati kami, ternganga. Aku memukul Haizeq perlahan. Haizeq tergelak.

Eiman, Qistina dan Johan masuk ke dalam bilik itu. Tangan mereka memegang plastik yang dipenuhi dengan makanan.

"Nayli, you're awake?" tanya Eiman. Aku hanya tersenyum.

"Nayli, how you feel right now?" tanya Qistina.

"Better. Pening sikit." jawabku.

"Korang beli apa?" tanya aku.

"Mc Donald's je." jawab Johan.

"Yay! Ada cheese stick tak?" tanya aku.

"Of course. Your favourite kan. Mesti lah beli. Kalau tak, mesti merajuk." kata Qistina. Aku tersengih. Eiman tersenyum memandangku.

______________________________

Aku tersedar dari tidur. Aku melihat jam di tanganku. Pukul 2:30 pagi. Aku memandang ke sekeliling. Sarah dan Qistina tidur di katil sebelahku. Ada lagi satu katil. Tetapi tiada orang. Johan tidur di atas sofa. Eiman pula tiada di dalam bilik itu. 'Dia pergi mana? Toilet ke?' tanyaku dalam hati. Aku memandang Haizeq yang tertidur di atas kerusi di sebelahku sambil melentokkan kepalanya ke atas katilku. Aku melihatnya. Ahhh... So handsome! Cute pun ada... Aku terpukau dan termenung. Gosh! I'm falling in love! 'Tak sakit ke dia tidur macam tu?' tanya aku dalam hati.

"Haizeq? Haizeq." kejutku. Haizeq membuka mata perlahan-lahan. Dia memandangku.

"Yes? What's wrong, Mia?" tanya Haizeq.

"Tak sakit ke tidur macam tu? Tidur lah elok-elok. Tidur kat katil tu ke, dekat sofa sebelah Johan tu ke..." kata aku.

"Nah... I don't want to. I wanna sleep here. It's okay. Don't worry about me, okay?" kata Haizeq.

"Serious? Nak tidur sini? Why?" tanya aku.

"Sebab aku nak duduk dengan kau." jawab Haizeq. Dia tersenyum. Aku turut tersenyum.

"Okay. Tidur lah, Haizeq. Sorry kacau." kata aku.

"Nah... it's okay, babe. Thanks for worrying about me..." kata Haizeq. Aku tersenyum.

Haizeq sambung tidurnya. Aku menyelimutkannya. Eiman masuk ke dalam bilik. Dia memandangku.

"Kau pergi mana?" tanya aku kepada Eiman.

"Aku pergi toilet tadi." kata Eiman.

"Oh..." jawabku.

"Kenapa tak tidur?" tanya Eiman.

"Tersedar tadi." jawabku. Eiman mengambil tempatnya di sebelahku.

"Do you need anything?" tanya Eiman.

"Nope." jawabku.

"Tidur lah. Dah pukul 2 lebih ni..." kata Eiman.

"Okay... Kau pun tidur lah. Jangan stay up." kata aku.

"Yeah. I'll sleep this shortly." jawab Eiman. Aku melelapkan mata.

Eiman memerhatikan aku. Dia memandang mukaku. Lama. Dia termenung. ' I think I really fall for this girl...' kata hati Eiman. Eiman tersenyum.