webnovel

He Will Come To Save Me.

(Leeya's P.o.V).

 

Lima jam selepas warga kota menyaksikan peristiwa jatuhnya tiga buah objek misteri daripada langit. Ketiga-tiga objek misteri tersebut mengeluarkan bacaan Tenaga Magik yang sangat, sangatlah kuat.

 

Laporan rekon udara juga mengatakan, bahawa dua daripadanya telah jatuh terhempas hanya 20 League di luar sempadan Daerah Adelfeld.

 

Objek kuning pertama telah jatuh terhempas di atas puncak bukit, tepat di tengah-tengah Perkuburan Besar Gergasi Purba. Sejam kemudian, objek putih yang kedua pula jatuh terhempas jauh di dalam Hutan Pohon Kabus.

 

Kebanyakan dari kami benar-benar percaya dan yakin, bahawa objek-objek misteri tersebut. Mereka adalah perwira penyelamat kami, Lord Avatar. Mereka akhirnya telah tiba.

 

Kami segera menghantar sebuah pasukan dengan kekuatan 800 orang untuk pergi menyiasat dengan lebih lanjut. Antara ahli yang menyertai rombongan misi pada malam ini ialah aku sendiri, dan juga kakak sepupu aku, Lorelei.

 

Pada masa yang sama, semasa semua orang menyaksikan detik turunnya mereka dari atas langit. Origin Artifak yang dimiliki oleh Lorelei dan juga Miracle Rings aku ini. Untuk kali ketiga, kedua-dua artifak tersebut telah aktif sekali lagi dan memancarkan aura unik mereka sendiri tanpa henti. Suara Artifak ini memberitahu kami bahawa mereka, Lord Avatar kami sudah pun tiba di Empayar Mahawangsa kami ini.

 

Lord Archmagus sudah berada di sini dan diri aku ingin berjumpa dengannya secepat mungkin. Salah diri aku juga, kerana aku tidak sabar dan terlalu teruja sangat untuk bertemu dengannya. Atas sebab itu sahaja aku telah meninggalkan pasukan aku dan memutuskan untuk bergerak secara solo berjalan jauh ke dalam Hutan Pohon Kabus yang berbahaya ini.

 

Tanpa memikirkan sedikit pun nasib malang yang bakal menanti aku nanti. Bukan sahaja aku tersesat sekarang kerana kabus tebal ini. Aku juga telah terperangkap di dalam ambang bahaya yang getir ini, kerana tindakan melulu aku sendiri.

 

30 minit yang lalu.

 

"Ya Tuhan, tiada kesudahan kah bagi labah-labah ini?!", kata aku dengan nafas yang tercungap-cungap. Situasi aku sangat genting sekarang. Labah-labah gergasi dengan anak-anak labah-labah mereka, dengan jumlah yang sangat banyak mereka telah pun mengepung aku dari setiap arah.

 

Aku mula kepenatan dan jumlah Mana aku juga tinggal sedikit. Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan. Para labah-labah ini tetap tidak mahu melepaskan aku pergi.

 

"Wahai semangat tanah. Datanglah kepadaku. Summon Familiar, Stone Golem!", aku menggunakan mantera sihir. Dengan segera, daripada lingkaran sihir atas tanah di hadapan aku muncullah sebuah Golem dari batu-batan, dengan harapan ianya dapatlah membantu aku melawan asakkan labah-labah ini.

 

"Huh, tak boleh jadi ini!? Reinforce Magic Defense. Physical Enchantment Spell. Protection Against Poison.", aku menggunakan tiga lagi sihir ke atas diriku.

 

"Magic Sword. Holy Silver Longsword. Diaktifkan.", aku juga mula memperkasakan bilah pedang aku dengan tenaga magik aku sendiri.

 

"Mari lakukannya Golem. Hiyaaa!", dengan satu teriakkan yang kuat, aku dan Golem ini melancarkan serangan balas. Terus memotong, menetak dan menghancurkan setiap musuh yang sedang mengepung aku.

 

Jikalau soal kekuatan individu saja, setiap dari mereka ini tiada tandingannya dengan aku. Tetapi, jumlah mereka yang tidak pernah surut inilah yang memberikan aku masalah yang paling besar sekarang. Selain itu, mereka adalah raksasa dengan serangan yang berbisa.

 

"Rasakan ini. Quad-Cast, Crystal Arrow!", aku telah menembak mati beberapa ekor Ghoul Spider dengan sihirku.

 

"Hiyaaa!", teriak aku. Aku terus menghayunkan pedang magik aku sekuat tenaga.

 

Tak kisah macam mana pun, aku perlu membuka ruang untuk aku melarikan diri dari kesempitan ini sebelum aku kehabisan kudrat dan tenaga magik.

 

Kerana terhidu terlalu banyak wap beracun akibat rentetan serangan bebola berbisa mereka yang tidak berkesudahan ke arah aku ini. Badan aku mula terasa kebas. Tetapi, tidak kisah tentang itu, aku hanya terus mencincang mereka dengan semua yang aku ada.

 

"Sedikit lagi, sedikit sahaja lagi. Selepas ini, aku akan dapat berjumpa dengan Lord Avatar aku…", aku terus berkata ayat itu kepada diri aku sendiri. Mengetahui bahawa jika aku boleh melepasi halangan ini, aku boleh bertemu dengannya.

 

Aku pasti dia sedang keseorangan dan menunggu aku sekarang. Oleh itu, aku tidak boleh membiarkan diri aku dikalahkan di sini, oleh labah-labah yang durjana ini.

 

"Hiyaahhhhh!!!", aku telah menikam hingga mati lagi seekor Ghoul Spider. Labah-labah ini, mereka juga tidak mahu membenarkan aku untuk menang semudah ini. Berpuluh-puluh ekor labah-labah terus mengerumuni aku dari semasa ke semasa. Mereka benar-benar telah memotong semua jalur jalan keluar aku sekarang.

 

Aku hampir tidak dapat merasakan kaki dan tangan aku kerana efek kebas akibat racun mereka. Bukan itu sahaja. Tanpa apa-apa yang boleh aku lakukan, sekumpulan Ghoul Spider telah berjaya menghancurkan Golem aku. Ini sangat tak bagus. Tanpa bantuan Golem aku itu, situasi aku semakin gawat.

 

"Oh Tuhanku, tidak, tidak, tidak!", aku menjerit dengan suara tercungap-cungap. Kaki kiri aku telah dilumpuhkan oleh bebenang sutera yang tebal dan sangat melekit. Membuatkan aku hampir tidak boleh berdiri dan juga tidak boleh bergerak lagi.

 

Aku cuba melepaskan kaki kiri aku tetapi tidak berjaya. Tidak memberi aku peluang untuk bangkit semula walaupun untuk sesaat. Mereka terus menghujani bebola beracun mereka ke arah aku. Aku juga hampir tidak boleh bernafas kerana terlalu banyak racun yang disedut oleh paru-paru aku.

 

Kepala aku mula terasa berat dan aku mula kehilangan tenaga. Seluruh badan aku mulai merasa kebas, berat dan panas mendidih daripada dalam.

 

"Tidak!!!!", aku menjerit sambil menyedari pedang magik aku jatuh perlahan-lahan dari genggaman tangan aku ke atas tanah. Melihat diri aku yang di dalam keadaan tidak berdaya, aku jelas mahu menangis seperti seorang budak kecil sekarang.

 

 

Tanpa membuang masa, seekor labah-labah telah menerkam aku daripada belakang. Ianya membuatkan aku jatuh tersungkur di atas tanah.

 

"Tidak! Adakah? Adakah aku akan mati di sini?", kataku kepada diri sendiri. Sambil memaksa keluar sisa terakhir kekuatanku mencuba sedaya upaya untuk mencapai pedang aku yang terbaring berhampiran aku di atas tanah dengan tangan kanan aku.

 

Malang seribu kali malang, sebelum sempat aku dapat mencapai pedang itu, empat ekor Ghoul Spider dengan pantas mengerumuni aku, menghalang saya daripada melakukan apa-apa sama sekali.

 

Mereka segera memulakan kerja mereka membalut dan membungkus diri aku, dari paras leher ke ibu jari kaki aku ini dengan bebenang sutera mereka yang melekit itu.

 

"Tolong lepaskan aku….", aku merayu kepada mereka dengan suara yang serak.

 

Diri aku kini bagaikan patung lilin yang sedang dibalut untuk santapan mereka yang seterusnya. Seluruh tubuh aku kaku sepenuhnya.

 

"Aduhai, betapa bodohnya aku......", aku memarahi diri sendiri. Aku hanya boleh membiarkan diri aku diheret oleh mereka. Labah-labah ini, kenapalah diri aku langsung tidak pernah menyedari bahawa mereka ini sebenarnya mustahil untuk aku sehinggalah semuanya sudah terlambat.

 

Hati aku penuh dengan rasa penyesalan dan aku mahu menangis sekarang. Aku ingin menjerit meminta tolong akan tetapi suara aku sudah tidak keluar dari kerongkong aku lagi. Hanya tinggal satu perkara sahaja yang aku boleh lakukan.

 

"Wahai Tuhan yang maha mendengar dan maha melihat. Tolong panjangkan tanganMu yang penuh belas kasihan untuk menolong hambaMu yang di dalam kesusahan ini.....", fikiran aku terus membaca doa berulang kali. Sementara itu, hati aku hanya mampu untuk terus menjerit dan menjerit meminta pertolongan. Satu-satunya harapan aku agar sesiapa pun dapat mendengar doa dan jeritan hati aku meminta pertolongan ini.

 

"Lord Archmagus. Aku memohon, izinkan aku untuk berjumpa dengan awak sebelum aku pergi...jadi tolong….", rayu sebahagian diri aku tanpa henti. Setiap minit yang berlalu jelas bagaikan satu tempoh yang sangat panjang bagi aku. Tambahan pula, aku merasa panas mendidih, seperti direbus daripada dalam badan aku sendiri.

 

Melihat harapan untuk aku hampir sahaja terpadam di depan mata. Entah dari mana dan tanpa diduga, akhirnya seseorang telah datang menyelamatkan aku. Syukurlah.

 

Secara mengejut, seseorang telah membunuh semua lelabah yang berdekatan dengan aku ini dalam sekelip mata sahaja.

 

Aku masih lagi boleh mendengar tetapi hampir sahaja buta. Ternyata seseorang telah muncul dan dia sekarang sedang berdiri berhampiran aku.

 

"Skill, Enochia Shield!", individu tersebut menggunakan sejenis sihir.

 

Lantas, suatu aura dari tenaga cahaya putih menyelimuti seluruh badan aku, dan ianya membentuk semacam satu lapisan daripada kuasa suci. Suhu badan aku yang sedang panas mendidih langsung merasa lebih dingin.

 

 "Magik apakah ini!?", hati aku tertanya-tanya.

 

"Aura kuasa Suci sekuat ini!? Mustahil!?", kata satu suara menakutkan, yakni suara ketua para lelabah ini kepada individu misteri ini.

 

"Yup, suara yang sama? Jadi kau ini mesti ratu diorang ini, betul tak?", tanya suara individu ini pula kepada ratu mereka. Alunan suaranya, dia seorang lelaki.

 

GHOUL SPIDER QUEEN [LEVEL 48] [RAID BOSS] [CLASS: LEGEND]

HP: 240,000,000,000

MP: 840,000,000

 

 

"Cilaka kau Elf! Berani kau bunuh banyak anak-anak kami, menceroboh masuk ke istana kami dan mengganggu makan malam kami!!! Sekarang kau akan bayar dengan nyawa engkau! Penta-Cast, Bloodburst Flare!", maki hamun ratu labah-labah tersebut terhadap lelaki itu. Sebelum ratu labah-labah itu melancarkan satu serangan sihir ke atas lelaki itu.

 

"Apakah!? Kau masih lagi hidup!? Mustahil!? Apakah kau ini sebenarnya Elf!?", tanya ratu mereka dengan nada yang terkejut kepada lelaki itu. Entah bagaimana, setelah menerima satu serangan magik sekuat itu barusan tadi, ternyata lelaki misteri ini masih lagi berdiri dan langsung tidak terluka sedikit pun. Apa yang terjadi sebenarnya?

 

"Sekarang, giliran aku pula.", balas lelaki itu.

 

"Yippee ka yay motherf*****.", kata lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia pun mula menggunakan kuasa magiknya.

 

"Octa-Cast, Beam of Light.", dia melancarkan serangan magiknya. Dengan serta-merta, seluruh kawasan yang agak malap ini langsung bertukar menjadi putih benderang yang menyilaukan seketika. Tidak sampai 5 saat pun, dengan mudahnya. Seluruh populasi labah-labah di kawasan ini bersama ratu mereka telah lenyap sepenuhnya dari dunia ini tanpa meninggalkan apa-apa jejak pun.

 

"Oh Tuhanku. Aura tenaga suci yang sangat, sangat luar biasa ini. Adakah lelaki ini benar-benar dia?", aku bertanya kepada diri sendiri dengan rasa tak percaya.

 

Secara samar-samar, aku mendengar bunyi tapak kakinya berlari untuk mendapatkan aku. Dia lalu membebaskan diri aku yang sedang terbungkus kaku di atas tanah.

 

"Fuh, nasib baik aku sempat.", katanya dengan nada risau. Malangnya, mata aku tidak dapat melihat wajahnya dengan jelas.

 

"Terima......... Kasih.........", kata-kata aku dengan suara yang semput. Sebelum semuanya menjadi gelap-gelita. Adakah semua ini sekadar mimpi saja.

 

"Hei cik, cik, hei cik!!!!! Huh tolonglah! Cik!?", dengan penuh kerisauan, suaranya menjerit kepada aku yang telah tidak sedarkan diri ini.

 

Syukurlah, entah bagaimana, dia boleh dan telah mendengar hatiku menjerit dan dia kemudiannya datang untuk menyelamatkan aku. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih untuk itu.

< 😊Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa untuk VOTE dan tinggalkan COMMENT anda dibawah. Segala komen yang membina amat membantu. 😊>

Lampiran:

 

Summon Familiar, Stone Golem [CD: 150] [MP Cost: 50,000] [Summon]

[Salah satu sihir penyeruan Tier-4 elemen tanah. Pengguna menyeru sebanyak sebuah Golem, pengawal humanoid dari batu yang bersenjata untuk bertarung di sisi pemanggilnya. Golem ini mempunyai sejumlah 150,000 (+5% jumlah Max MP Pengguna) jumlah HP dan setiap serangan Golem ini akan memberikan 300 (+100% jumlah Magic Power) sebagai Physical Damage. Golem ini akan kekal bertarung sehinggalah dirinya dimusnahkan ataupun dirinya dinyahaktifkan oleh pengguna.]

 

 

Reinforce Magic Defense [CD: 60] [MP Cost: 5,000] [Buff]

[Salah satu sihir infusi defensif tahap Tier-3. Ianya meningkatkan jumlah Magic Defense penggunanya sebanyak 120 (+60% jumlah Magic Defense) selama (30) saat.]

 

 

Physical Enchantment Spell [CD: 60] [MP Cost: 5,000] [Buff]

[Salah satu sihir infusi ofensif tahap Tier-3. Ianya meningkatkan jumlah output Physical Damage penggunanya sebanyak 240 (+60% jumlah Magic Power) sebagai Physical Damage selama (30) saat.]

 

 

Protection Against Poison [CD: 90] [MP Cost: 30,000] [Buff]

[Salah satu sihir infusi defensif tahap Tier-4. Ianya meningkatkan jumlah Resistance penggunanya terhadap efek Poison sebanyak (+150%) selama (60) saat.]

 

 

 

 

Crystal Arrow [CD: 10] [Kos MP: 30,000] [Damage]

[Salah satu sihir elemen Tanah Tier-4. Pengguna menghasilkan lima batang anak panah batu kristal tajam dari tenaga magik. Setiap satu anak panah ini akan memberikan sejumlah 600 (+40% jumlah Magic Power) sebagai Magic Damage terhadap sasarannya.]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Quad-Caster: Pengguna menghasilkan (20) batang anak panah besi (Kos MP: 120,000). Setiap satu anak panah ini akan memberikan sejumlah 2,400 (+46% jumlah Magic Power) sebagai Magic Damage terhadap sasarannya.]

 

 

Rune Skill: Enochia Shield

[CD: 25]

[Kos MP: 250,000]

[Shield/ Buff]

[Cas: 3]

[Target Radius: 100]

[Level: 1/15]

[Pasif: Setiap (25) saat, Archmagus akan menjana satu cas Enochia. Archmagus boleh menyimpan sehingga (3) cas Enochia pada satu masa.]

[Setiap cas Enochia akan memberikan satu lapisan Shield yang boleh menyerap sehingga 5,000 (+200% jumlah Magic Defense Archmagus) jumlah Damage yang mendatang. Serta bonus sejumlah (+10%) terhadap jumlah Physical Attack dan juga Magic Power selagi ianya masih aktif.]

[Aktif: Archmagus boleh memberikan satu cas Enochia kepada target yang dikehendakinya. Mereka juga akan mendapat jumlah Shield dan juga jumlah bonus yang sama berserta 1 stack Enochia Rune.]

 

 

 

 

Bloodbane Flare [CD: 30] [Kos MP: 5,000,000] [Burst/ Damage/ AOE]

[Salah satu sihir elemen Gelap Tier-6. Pengguna menembakkan satu laser sinaran tenaga merah darah yang dipenuhi kuasa sumpahan lurus ke hadapan selama (3) saat. Ianya akan mengakibatkan sejumlah 5,000 (+250% jumlah Magic Power) sebagai Curse Damage setiap (0.3) saat serta memberikan efek Curse Debuff kepada semua musuh.]

[Curse Debuff. Selagi mana efek ini kekal aktif, mangsanya akan menerima sejumlah 3,000 (+150% jumlah Magic Power) sebagai DOT Curse Damage setiap (0.3) saat. Serta penalti sebanyak (-20%) terhadap jumlah Physical Armor dan juga Magic Defense mereka.]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Penta-Cast: Pengguna menembakkan 5 laser tenaga merah darah (Kos MP: 25,000,000). Setiap laser itu mengakibatkan sejumlah 25,000 (+310% jumlah Magic Power) sebagai Curse Damage setiap (0.3) saat serta memberikan efek Curse Debuff kepada semua musuh.]

[Curse Debuff. Selagi mana efek ini kekal aktif, mangsanya akan menerima sejumlah 15,000 (+1% jumlah Magic Power) sebagai DOT Curse Damage setiap (0.3) saat. Serta penalti sebanyak (-22%) terhadap jumlah Physical Armor dan juga Magic Defense mereka.]

 

Terima kasih atas sokongan anda. Apa saja bentuk sokongan dan komen yang membina amat digalakkan untuk terus bagi motivasi kepada Author.

LORD_P4RZ1V4LZcreators' thoughts