webnovel

Dark Room (Aplikasi)

Sebuah aplikasi yang membuat orang yang memasangkan lesap tanpa khabar berita. Eyra seorang gadis yang nekad untuk mencari kawannya yang hilang secara tiba-tiba. Awalnya dia tidak tahu tetap keberadaan aplikasi itu sehinggalah dia menemui sepucuk surat yang mungkin menjadi punca kehilangan sahabat baiknya.

Nurul_Syahmina · Kinh dị ma quái
Không đủ số lượng người đọc
14 Chs

Ular

Hampir setiap hari dia akan menemui Zafrey. Memang dia akui, sukar untuk dia mencari titik permulaan fitnah itu tersebar. Semasa dia sedang duduk termenung seorang diri terasa sesak sebelum dia mula batuk. Hal itu menarik perhatian Mariam iaitu perempuan yang sebelum ini membantu daripada wajahnya tercalar.

Batuk yang dirasainya kali ini bukan batuk biasa. Memang selama ini pun selepas kejadian kebakaran itu dia sering batuk-batuk, tetapi tidak terasa seperti apa yang dirasai olehnya sekarang. Eyra mula menekup mulutnya.

Entah kenapa dia terasa ada cairan yang keluar dari mulutnya. Dia melihat tapak tangannya. Darah? Tidak pernah pula selama ini dia batuk berdarah. Eyra pergi mencari singki untuk berkumur.

Tetapi malahan rasa batuk semakin bertambah kuat. Banyak darah yang mengalir di dalam singki. Mariam menghulur kain kepadanya. Tidak tahu kenapa Meriam cukup baik dengannya.

"Akak tengok makin kuat je kau batuk ni? Kau ok tak ni? Nak nak pergi check hospital ke? Tengoklah sekarang batuk kau pun dah berdarah macam tu"kata Mariam yang kerisauan.

Dari raut wajah Eyra, Mariam tahu gadis itu seorang yang baik. Entah kesalahan apa yang dilakukannya sehingga membawa diri gadis itu ke penjara. Apabila dia melihat Eyra, dia pasti teringat akan adiknya Dalili yang berada di rumah.

Disebabkan kemiskinan yang dia alami, Mariam selalu berada di penjara atas tuduhan mencuri. Dia melakukan semua itu semata-mata ingin membuatkan adiknya bahagia walaupun dalam keadaan sakit.

Wajah Eyra semakin cengkung setiap hari. Gadis itu juga selalu muntah-muntah selepas makan. Dalam keadaan yang seperti itu, Eyra masih tidak mahu memeriksa keadaannya di hospital.

Eyra menggeleng kerana tidak mahu dibawa ke hospital. Dia perlu membebaskan dirinya dahulu sebelum menguruskan dirinya kini sedang sakit. Dia perlu membuktikan dirinya tidak bersalah.

Zafrey menunggu kedatangan Eyra bersama dengan pengawal penjara di bilik soal siasat. Dia memeriksa beberapa dokumen yang dia perlukan semasa sesi tersebut berjalan. Kedengaran bunyi pintu dibuka. Zafrey mengalihkan pandangannya pada Eyra yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

Memang dia tahu wajah Eyra semakin canggung tapi hari ini wajah gadis itu kelihatan terlalu pucat.

Dia sendiri bimbang dengan keadaan Eyra. Tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana Eyra sendiri tidak mahu dirinya dirawat sebelum kenyataan yang mengatakan dia tidak bersalah.

Gadis itu tersenyum memandangnya. Bibir Eyra kelihatan pecah dan jelas kelihatan merah-merah kerana kering. Dia tidak mampu melihat senyuman Eyra yang seperti itu. Seumpama sudah tiada roh di dalam jasad Eyra.

Kepala Eyra terasa pening dengan tiba-tiba. Semua benda termasuklah Zafrey kelihatan berganda. Dia memicit kepalanya yang terasa sangat sakit dan berdenyut-denyut. Dia tidak dapat mengawal badannya yang terasa sangat berat dengan tiba-tiba.

Dia tidak lagi mampu bertahan dengan rasa sakitnya sebelum dunianya terasa gelap dengan tiba-tiba. Zafrey dengan langkah seribu memegang tubuh Eyra dari jatuh ke lantai.

Zafrey mengangkat tubuh Eyra untuk dibawa ke hospital. Dia tidak lagi boleh menunggu. Keadaan tubuh Eyra sudah cukup melemah. Dia perlu dirawat dengan segera. Keadaan Eyra itu telah pun disampaikan kepada Aina dan Zhariff.

Mereka segera bergegas ke hospital kerana risau dengan keadaan Eyra. Lama juga mereka menunggu sebelum doktor yang merawat Eyra keluar daripada bilik rawatan itu.

"Alhamdulillah, Eyra dalam keadaan terkawal buat masa sekarang ni. Harap puan dan tuan bertenang"kata doktor itu kepada mereka.

Ucapan doktor itu cukup membuatkan mereka melepaskan rasa bersyukur. Takut andainya sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap Eyra.

"Tuan Zafrey, boleh saya bercakap dengan tuan sekejap?"soal doktor itu kepada Zafrey.

Mereka memandang pada Zafrey. Kenapa pula doktor ingin berjumpa dengan Zafrey? Ada apa-apa lagi yang belum dijelaskan oleh doktor kepada mereka tentang Eyra.

"Tuan dan puan boleh masuk jumpa dengan Eyra tapi saya minta tolong buat masa sekarang jangan kejutkan dia sebab badan dia masih lagi memerlukan rehat yang mencukupi"jelas doktor itu lagi.

Setelah itu, mereka masuk ke dalam bilik rawatan Eyra sementara Zafrey mengikuti doktor ke dalam biliknya. Mesti ada hal mustahak sehingga hanya Zafrey yang boleh tahu akan keadaan Eyra yang sebenarnya.

Sesampai sahaja di bilik doktor, Zafrey duduk di kerusi yang bertentangan dengan doktor. Bersedia mendengar apa sahaja kata doktor untuk memastikan kesihatan Eyra terkawal sepenuhnya.

"Sebelum tu, saya nak tanya tuan. Eyra pernah kena patuk dengan ular sebelum ni sampai buat dia lumpuh?"soal doktor.

Terkedu Zafrey mendengarnya. Memang sebelum ini Eyra lumpuh semasa dia dimasukkan ke hospital. Tapi gadis itu dilihat hanya baik-baik sahaja selepas itu.

Tapi kalau diingat apa yang dikatakan oleh Eyra, dia tak pernah cakap kena patuk dengan ular masa kebakaran.

"Takde pula, doktor. Memangnya ada masalah apa ya doktor? Ya, memang dia lumpuh sekejap kebakaran tu, tapi bukan sebab kena patuk dengan ular"kata Zafrey.

"Tuan yakin yang dia tak kena patuk dengan ular?soal doktor itu lagi.

Otaknya cuba mengingati perbualan antara dia dan Eyra. Tiba-tiba terlintas satu perkara di kepalanya.

"Eyra pernah cakap sebelum dia pengsang, ada orang suntik dia pakai jarum dekat leher. Apa mungkin benda yang suntik tu....". Rasa gelisah untuk menerima kenyataan yang sebenar andai hal yang ingin dia beritahu ada betul.

"Ya berkemungkinan cecair yang disuntik adalah bisa ular dan perkara tuan perlu tahu bisa ular itu masih lagi ada sisanya di dalam tubuh Eyra. Cik Eyra berkemungkinan akan mati dalam jangka masa yang terdekat kalau tak menemui penawarnya dengan segera"jelas doktor.

Zafrey tidak dapat menerima semua itu. Dia perlu menyelamatkan Eyra. Tak mungkin Eyra meninggalkan mereka sebelum semua kebenarannya terbongkar. Dia tak tahu kenapa tapi air matanya keluar. Tak mampu menahan diri daripada rasa sebak andai Eyra betul-betul pergi nanti.

"Memangnya di mana saya boleh dapatkan penawar tu doktor? Saya sanggup lakukan apa saja doktor asal Eyra kembali seperti dulu"kata Zafrey yang mendesak.

Doktor itu terdiam sebelum menjawab pertanyaan Zafrey. Setelah itu, Zafrey keluar daripada bilik doktor itu sebelum terduduk selepas beberapa langkah berjalan.

Air matanya tidak mampu lagi ditahan. Senyuman wajah Eyra terbayang-bayang di ingatannya.

Dia sedar dia benar-benar tidak mahu kehilangan Eyra. Dia sayang dengan gadis itu. Walaupun perkenalan mereka singkat tetapi dalam diam gadis itu mampu mencuri perhatian Zafrey.

Di suatu sudut itu, seorang lelaki menangis disebabkan seorang gadis. Gadis yang tak disangka-sangka dalam diam mencuri hatinya. Ya Allah, andai dia mampu menukarkan dirinya dengan Eyra, dia sanggup asalkan gadis isi selamat daripada rasa sakitnya bertarung nyawa untuk hidup.

"Eyra tolong jangan pergi"ucapnya dalam sendu.