webnovel

Dark Room (Aplikasi)

Sebuah aplikasi yang membuat orang yang memasangkan lesap tanpa khabar berita. Eyra seorang gadis yang nekad untuk mencari kawannya yang hilang secara tiba-tiba. Awalnya dia tidak tahu tetap keberadaan aplikasi itu sehinggalah dia menemui sepucuk surat yang mungkin menjadi punca kehilangan sahabat baiknya.

Nurul_Syahmina · Kinh dị ma quái
Không đủ số lượng người đọc
14 Chs

Pertemuan

Arif berjalan perlahan-lahan di atas bumbung itu. Tidak mahu bunyi tapak kakinya kedengaran oleh orang itu. Kalau tak memang dia akan disumbat ke tempat yang menyeramkan itu buat kali kedua.

Dia dapat melihat ruang yang bercahaya. Pasti ada orang di situ. Dia mengintai dari celahan tingkat itu. Memang betul apa yang difikirkannya.

Ada seseorang di situ. Orang itu seperti sedang leka dengan tabnya. Di kesempatan itu, Arif cuba melangkah dengan perlahan ke bahagian sebelah tanpa diperhati orang yang berada di dalam.

"Krek!!!".

Bunyi zink yang dipijak oleh kaki kanannya kedengaran. Hal itu menarik perhatian orang itu tetapi kaki kanannya sempat ditarik oleh Arif sebelum dilihat oleh orang itu. Kini, dia sedang berdiri di hadapan tingkap. Betul-betul di sebelah Arif.

Cuba yang membezakan mereka, mereka berada di ruang yang berbeza. Arif di luar dan orang itu di dalam. Lama juga dia menunggu untuk orang itu pergi sebelum dia kembali meneruskan perjalanannya untuk keluar dari tempat itu.

Arif melihat di sekelilingnya tetapi tiada cara lain selain melompat ke dalam semak samun. Patah kaki tak apa asal dia tak jadi arwah dekat tempat itu.

"Bismillahirrahmanirrahim"ucap Arif dengan perlahan sebelum menghembus nafas beratnya dan melompat dari tempat itu.

Bayangkan kalau korang yang lompat agak-agaknya badan jadi macam apa. Memang sakitlah jawabnya walaupun masih lagi selamat.

Bunyi pintu yang dipulas kedengaran. Arif terus bersembunyi di sebalik semak itu. Pasti orang itu mendengar dia jatuh daripada tingkat atas. Mampuslah kali ni kalau dia periksa semak tempat dia menyorok.

Orang itu membawa lampu suluh untuk mencari tahu sesuatu yang jatuh.

"Dup dap! Dup dap! Dup dap!"

Jantung cukup berdebar. Bimbang dirinya dijumpai. Langkah kaki orang itu semakin dekat dengannya. Jaraknya memang cukup dekat. Arif memejamkan matanya rapat-rapat berharap orang itu tidak perasan keberadaannya di situ.

Kali ini dia memang betul-betul bertuah. Dalam situasi yang cemas itu, seekor kucing tiba-tiba lalu di hadapan orang itu. Orang itu kemudiannya mengambil kucing itu untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

'Aik? Orang jahat pun suka kucing ke?' kata Arif di dalam hati.

Kenapa pula dia nak kena fikir pasal hal itu? Arif kembali fokus kepada tujuan utamanya. Dia memusingkan badannya ke belakang. Alamak, adakah ini semua ujian. Di belakangnya ada hutan. Takkan dia mahu redah hutan dalam keadaan gelap sebegitu. Percaya atau tidak benda yang tak mungkin dilakukan oleh seorang budak yang bernama Arif akhirnya dilakukan juga.

Hampir satu jam dia mencari jalan keluar dan melihat ada cahaya yang bersinar terang. Dia akhirnya keluar dari tempat itu dan berada di kawasan yang lebih diterangi sinar lampu. Arif sedar dia berada di taman.

Taman itu kosong kerana malam hari. Biasanya kalau ada pengunjungi mungkin tidak terlalu ramai. Belum sempat kakinya ingin bergerak, tekaknya dirangkul dengan tiba-tiba.

Arif tahu itu siapa. Orang yang mengurungnya di tempat yang sangat pelik. Dengan langkah yang cukup berani, dia menumbuk orang itu dengan sikunya dengan kuat. Apabila dia berjaya membuatkan orang itu kesakitan buat seketika, Arif melarikan diri dan di situlah dia terlihat dobi yang dikunjungi oleh Zafrey.

Mungkin pada pendengaran Zafrey itu semua kedengaran seperti sebuah cerita yang direka oleh Arif. Tapi perkara itu nyata. Arif memang ada luka di bahagian badannya yang ditusuk dengan pisau.

"Sebab itulah, saya tak pernah nak cerita dekat abang pasal hal ni. Kalau saya sendiri bayangkan pun memang sangat menakutkan. Saya bersyukur sangat masih dapat hidup di dunia ini"kata Arif.

Termenung Zafrey dibuatkannya. Remaja yang berusia 16 tahun mengalami kejadian yang sangat menakutkan seperti itu. Kalau sahaja ibu bapanya tahu akan kejadian yang sebenarnya berlaku pada anak mereka, mereka mungkin tidak percaya dengan kenyataan itu.

"Yelah Arif. Baguslah kamu bersyukur macam tu. Apapun Arif tak kisahlah benda macam sekali pun yang kamu alami percayalah Allah takkan menguji hambaNya lebih daripada kemampuan yang hambaNya miliki"kata Zafrey.

Arif tahu Zafrey bukan sesiapa untuknya tetapi lelaki itu memang banyak memberikan tauliah untuknya. Andai sahaja dia mempunyai seorang abang pasti dia mahu memiliki abang seperti Zafrey.

Matanya melihat pada laptop yang berada di sebelah Zafrey. Pasti dia sedang menyelesaikan kerjanya sambil menikmati pemandangan di situ.

"Abang Zafrey buat kerja ke?"soal Arif.

"Oh, ini ke? Yelah tu. Cuma sekarang ada beberapa perkara yang abang tak pandai nak buat. Sebab itulah jadi berhenti tu. Maklumlah, abang ni bukan pakar sangat bab-bab IT"kata Zafrey lalu mengambil laptopnya untuk meneruskan kembali kerjanya.

"Nak saya tolong? Saya sebenarnya bukan pakar juga tapi bolehlah sikit-sikit"kata Arif yang cuba menawarkan diri bagi membantu.

"Betul ke kamu boleh bantu?"soal Zafrey yang menginginkan kepastian.

"Insyaallah boleh"jawab Arif sebelum laptop itu diserahkan kepadanya.

Sampai sahaja laptop itu kepadanya terus Arif menatap pada skrin lalu memulakan kerjanya. Zafrey terkejut. Ternyata kemampuan yang dimiliki dalam bidang komputer Arif bukan calang-calang dimiliki oleh pelajar biasa.

Mana mungkin cikgu di sekolahnya mengajar apa yang dilakukannya sekarang ini. Atau apakah dia sahaja yang tidak celik IT?

Selang beberapa minit kemudian, kerjanya siap. Lebih cepat dibandingkan apa yang dilakukannya selama ini. Itu kalau Zafrey sendiri yang buat, boleh makan masa empat hari empat malamlah jawabnya.

"Abang Zafrey"panggil Arif semasa Zafrey sedang mematikan skrin laptopnya.

"Ya"kata Zafrey ringkas sambil matanya masih menatap skrin laptop.

"Boleh tak saya nak jumpa dengan kawan abang yang abang cakap tengah sakit sekarang ni tu nanti?"soal Arif.

Sejak bila pula Arif berminat dengan kawannya? Pelik juga Zafrey jadinya. Dari riak wajah yang ditunjukkan oleh Zafrey, Arif tahu Zafrey pelik dengan soalannya.

"Erkkk...abang Zafrey jangan fikir bukan-bukan. Saya bukan nak mengorat ke apa. Saya tahu dia hak abang. Cuma apa salahnya untuk saya kenal dengan orang yang paling Abang Zafrey peduli,kan?"kata Arif.

Zafrey ketawa mendengarnya. Ada ke patut Arif cakap macam tu.

"Boleh, abang tak marah pun. Lagi satu. Kenapa pula dia hak apa. Im just said she is one of my friend not girlfriend and that are so different between that two word"kata Zafrey.

"Persoalannya, betul ke Abang Zafrey just anggap dia kawan? Tak tahulah pula dalam dunia ni ada kawan yang tersangatlah caring tentang orang yang bukan sesiapa selain kawan untuk dia?"usik Arif.

Ucapan Arif memang sangat tepat mengena ke hatinya. Dia tidak tahu apa yang dirasainya pada Eyra. Tetapi yang pasti dia sangat berharap gadis itu pulih dengan cepat seperti sewaktu kali pertama mereka bertemu.