webnovel

Dark Room (Aplikasi)

Sebuah aplikasi yang membuat orang yang memasangkan lesap tanpa khabar berita. Eyra seorang gadis yang nekad untuk mencari kawannya yang hilang secara tiba-tiba. Awalnya dia tidak tahu tetap keberadaan aplikasi itu sehinggalah dia menemui sepucuk surat yang mungkin menjadi punca kehilangan sahabat baiknya.

Nurul_Syahmina · Kinh dị ma quái
Không đủ số lượng người đọc
14 Chs

Mawar Putih

Hampir tiga hari Eyra tidak sedarkan diri. Ada kalanya kakak iparnya, Erma yang menemani Eyra dan ada kalanya kawannya sendiri. Sehinggalah suatu hari, Eyra akhirnya terbangun daripada tidurnya itu. Badannya masih belum dapat digerakkan sepenuh tetapi buat masa sekarang dia telah boleh kembali bercakap.

"Alhamdulillah Eyra, sekarang you dah bangun. Tak adalah orang tu nak risau sangat,kan?"usik Aina dengan matanya mengerli pada Zafrey yang sedang menatap mereka berdua.

Terus sahaja matanya dialihkan daripada terus melihatnya. Malulah itu. Kalau biasanya bila Eyra melihat wajah Zafrey pasti dia tarik muka tapi tidak pada kali ini. Dia malahan tersenyum kepada Zafrey.

Zafrey menahan rasa debarannya saat melihat senyuman Eyra. Entah kenapa dia rasa malu untuk menatap wajah Eyra yang tersenyum itu. Zafrey menahan dirinya dengan cuba untuk membuat muka selamba. Seakan-akan tidak memberikan kesan kepada dirinya.

"Yang you senyum kenapa? Dah buat tabiat ke? Seram pula i tengok? Maaf ya, kalau nak goda i dengan senyuman tu tak ada makna sebab tak berkesan"kata Zafrey yang sebenarnya bukan dari hati kecilnya.

Eyra ketawa kecil mendengar. Memang kedengaran seperti Zafrey. Zafrey tak mungkin risau dengan dirinya. Tapi kalau orang sudah buat baik dengan kita takkan kita nak balas dengan kejahatan pula,kan?

"Eh, ketawa pula? Nak i panggilkan doktor suruh tengok you waras ke tak?"kata Zafrey.

"Anyways thanks you tolong i. Kalau you tak tolong i mungkin sekarang takkan bangun lagi"kata Eyra dengan rasa syukur.

"Pasal tu ke? You tak payah nak berterima kasih pada i. Aina yang nak sangat i selamatkan you. Lagipun even kita selalu sangat gaduh you tetap je kawan i"kata Zafrey.

Sementara Aina hanya sekadar sang pemerhati. Kalaulah Eyra tahu. Pasti gadis itu tidak percaya. Sejak hari pertama Eyra dirawat di rumah sakit, Zafrey adalah orang yang selalu datang mengunjungi Eyra.

Ya, mungkin buat masa sekarang, Zafrey tidak pernah mengakui perasaanya yang sebenar terhadap Eyra. Tapi, jelas terpancar di pandangan Aina bahawa Zafrey cukup sayang akan Eyra.

Eyra terbantuk dengan tiba-tiba. Aina menghulurkan air minuman kepada Eyra.Semasa dia melihat air yang dituang ke dalam cawan, matanya melihat tiga kuntum bunga mawar di dalam sebuah pasu kaca.

"Wow, bunga mawar putih. My lovely one. Siapa yang letak?"soal Eyra yang teruja.

Eyra sangat menyukai bunga itu sejak dari dulu lagi. Bila dia pergi kedai bunga pasti mawar putih yang akan menjadi pilihan hati.

"Bakal husband you yang bagi?"kata Aina lalu menyerahkan air minuman yang dituang ke dalam gelas kepada Eyra. Dia membantu Eyra untuk minum minumannya itu kerana masih belum boleh menggerakkan badan sepenuhnya.

Setelah minum air yang diberikan itu, dia kembali berfikir kerana masih belum faham apa yang dimaksudkan oleh Aina. Bakal husband? Sejak bila dia ada bakal suami? Nak kata dia ada teman lelaki dia tidak pernah ada. Siapa pula orang yang dimaksudkan oleh Aina?

"Kejap, maksud you tadi siapa?"soal Eyra.

Aina tersenyum lalu memusingkan kepalanya memandang Zafrey. Orang tanya ada ke patut dia diam. Kata tak suka tapi siapa letak bunga bagai. Bunga kegemaran Eyra pula tu.

"Tak mungkin, lagipun manalah dia tahu bunga tu bunga yang paling i suka?"soal Eyra.

"Taklah. Mana i tahu itu bunga yang dia suka. Kebetulan je i terbeli bunga tu"kata Zafrey yang cuba berdalih.

Andai sahaja Eyra tahu dia tahu bunga mawar putih itu adalah bunga kegemarannya boleh jadi salah faham nanti. Sebenarnya dia tahu Eyra menyukai bunga itu kerana dia pernah melihat Eyra pergi ke kedai bunga untuk membeli bunga mawar putih itu.

Ketika itu, dia ke kedai bunga untuk membeli bunga bagi menziarahi kawannya yang berada di hospital.

"Bunga mawar putih lagi cik?"soal si penjual bunga.

Eyra mengangguk. Perbualan itu didengari olehnya sendiri. Hampir sahaja dia berpapasan dengan Eyra tetapi dia terus berpura-pura sedang memilih bunga. Setelah Eyra keluar dari kedai bunga itu, Zafrey menghampiri bunga yang tadinya dilihat oleh Eyra.

"Encik nak beli bunga mawar putih juga ke?"soal si penjual semasa dia menghampiri Zafrey.

"Apa yang istimewa sangat bunga ni sampai dia suka sangat?"omel Zafrey seorang diri tetapi didengari oleh penjual itu. Zafrey rupanya tidak sedar akan kedatangan penjual itu kerana leka memikirkannya.

"Maksud encik, cik Eyra yang beli bunga tadi?"soalnya kembali.

Terkejut Zafrey dibuatnya. Maklumlah baru sedar dari dunia khayalannya sendiri. Dia tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tak sangka penjual itu mendengar kata-katanya tadi.

Kalau penjual bunga kenal dengan nama Eyra mesti dia adalah pelanggan tetap di kedai bunga itu.

"Sebenarnya dulu ibu cik Eyra memang suka tanam bunga mawar putih tapi sejak ibu dia meninggal tak ada orang yang tolong uruskan kebun bunga mawar putih ibu dia. Jadi dia minta saya yang tolong uruskan. Bila dia rasa rindu sangat dengan ibu dia, dia pasti datang untuk beli bunga mawar putih"jelas si penjual bunga.

Sekarang dia telah faham keistimewaan bunga mawar putih itu kepada Eyra dan disebabkan itu dia selalu sahaja meletakkan bunga mawar putih di dalam pasu bunga itu untuk menunjukkan pada Eyra bahawa ibunya selalu ada di sampingnya walaupun telah pergi meninggalnya.

Bila dia memikirkan dia sedar ada sisi tertentu yang terserlah di dalam diri Eyra tanpa dia sedari. Eyra mengerutkan keningnya. Pelik kerana Zafrey memandangnya tanpa berkutip. Manakala Aina sedang menahan tawa.

Orang telah ada depan mata boleh lagi dia berangan. Itulah orang cakap kalau suka baik mengaku daripada terus angau tentang dia.

"Kenapa dengan dia?"soal Eyra.

"Biarkan jelah orang tengah lepas rindu boleh tengok you bangun"kata Aina.

Semasa mereka sedang bergurau senda dalam diam ada orang yang memerhati sambil memegang sekuntum bunga mawar putih. Dia memerhatikan mereka dari kamera yang dipasang secara diam-diam di dalam bilik rawatan Eyra. Dia menghancurkan bunga mawar itu dengan sebelah tangan dan dengan penuh kebencian yang paling dalam.

Di sebalik kebencian itu, ada senyuman yang terukir di bibirnya. Dia berjalan ke arah kelendar lalu menandakan tanda pangkat pada tarikh hari ini. Tinggal beberapa minggu lagi sebelum Eyra betul-betul pergi meninggalkan bumi ini.

Biarlah gadis itu tersenyum buat sementara ini. Setiap orang pasti ingin bahagia sebelum mereka menderita kelat nanti. Gambar yang menunjukkan diri Eyra dibakar dengan menggunakan alat pemetik api lalu dilemparkan ke dalam tempat abu-abu api yang sebelum ini dia membakar gambar-gambar lain.

"Welcome the hell, Feyra Ayuni"katanya berturutan dengan ketawa yang besar.