webnovel

Dark Room (Aplikasi)

Sebuah aplikasi yang membuat orang yang memasangkan lesap tanpa khabar berita. Eyra seorang gadis yang nekad untuk mencari kawannya yang hilang secara tiba-tiba. Awalnya dia tidak tahu tetap keberadaan aplikasi itu sehinggalah dia menemui sepucuk surat yang mungkin menjadi punca kehilangan sahabat baiknya.

Nurul_Syahmina · Kinh dị ma quái
Không đủ số lượng người đọc
14 Chs

Keluarga

Memandangkan Arif mahu bertemu dengan kawannya yang sedang sakit sebelum dia betul-betul pergi dari kehidupannya. Jadi Zafrey membawa Arif ke hospital dengannya.

Ternyata laluan yang digunakan untuk ke bilik rawatan kawan kepada Zafrey adalah sehala dengan ruang ke bilik rawatan neneknya. Apa salahnya untuk melawat neneknya setelah selesai mengunjungi kawan kepada Abang Zafrey.

Dia melihat nombor bilik kawan kepada Zafrey itu. Langkahnya terus mati. Bilik yang sama dia melihat orang itu mencabut alat pernafasan pesakit. Terketar-ketar lutut Arif jadinya.

"Arif, ni...". Zafrey kehilangan kata apabila melihat Arif tiada di belakangnya. Mana pula budak itu menghilang. Dia mencari Arif di luar bilik itu. Rupanya masih berdiri di luar bilik tanpa masuk ke dalam.

"La, kat sini rupanya. Masuklah. Arif kata nak tengok kawan abang?"soal Zafrey.

Dia tidak mahu rasa kakunya disedari oleh Zafrey. Cuba menunjukkan wajahnya yang santai tanpa sebarang masalah. Dengan perlahan-lahan dia melangkah masuk sementara Zafrey telah pun masuk dan berdiri di hadapan pesakit yang terbaring di atas katil itu.

Sampai sahaja di hadapan pesakit itu, lututnya terasa lemah. Perempuan yang sama dia lihat waktu itu. Dia terjatuh di situ. Takut jika penjahat itu akan datang kembali untuk membunuhnya lagi.

"Arif?"panggil Zafrey yang melihat Arif terduduk di lantai. Kenapa pula dia kelihatan kegelisahan sebegitu? Apakah yang bermain di fikirannya apabila melihat wajah Eyra yang terbaring kaku.

"Dia! Abang Zafrey! Dia yang saya tengok hari tu! Orang itu cabut alat pernafasan dia!"kata Arif dalam keadaan gementar.

Zafrey memang sangat terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Arif tetapi ada seorang lagi yang lebih terkejut iaitu orang yang tadinya Zafrey sangka masih belum bangun daripada komanya.

Dia tersedar dengan kepalanya yang masih lagi terasa sakit. Eyra bangun daripada posisinya yang baring tadi.

"A..pa?"soal Eyra yang kebetulan mendengar kata-kata Arif.

Mereka berdua memandang pada Eyra. Bila pula gadis itu sedar dari komanya. Aina tiada memberitahunya soal itu.

"Eyra". Zafrey memanggil nama Eyra. Namun tidak sampai beberapa minit Eyra sedar, gadis itu kembali pengsang. Hampir sahaja dia jatuh dari katil tetapi sempat dipegang oleh Zafrey yang berdiri berdekatan dengannya.

Kelam kabut suasana bilik itu seketika waktu disebabkan Eyra yang tersedar sebentar tadi.

Zafrey menunggu di luar bilik bersama dengan Arif. Hatinya semakin tidak tenteram memikirkan keadaan Eyra.

"Abang Zafrey, saya rasa saya nak balik dululah"kat Arif yang berdiri di hadapannya.

Arif tidak mahu dan tidak sanggup berada di situ lagi. Semakin lama dia ada di situ semakin jelas bayangan dirinya ditikam oleh penjahat yang hampir membunuhnya.

Arif baru sahaja ingin berjalan tetapi dicegah oleh Zafrey. Dia masih memerlukan Arif. Mungkin dengan adanya kenyataan daripada Arif, dia boleh menolong Eyra bebas daripada tuntutannya.

"Arif, please Abang Zafrey mohon kali Arif jangan pergi"kata Zafrey.

Mata Arif sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Dia tidak tahu. Dia memang ada niat untuk menolong Abang Zafrey tetapi keadaannya malah mungkin semakin terancam. Pembunuh itu mungkin semakin keras mencarinya.

"Maaf Abang Zafrey. Arif memang tak boleh tolong. Abang sendiri tahukan, saya pernah kena dengan pembunuh tu. Saya tak sanggup lagi nak hadap muka dia"kata Arif.

Zafrey tahu pasti itu yang akan diucapkan oleh Arif. Mestipun begitu, dia mahu membutuhkan Arif sekiranya bukti yang dikemukanya nanti masih belum mencukupi.

Telefon Zafrey berdering. Dia menjawab panggilan telefonnya. Ini memang betul-betul darurat. Orang yang menelefonnya adalah Aina.

Aina memberitahunya bahawa penawar kepada bisa ular yang akan dia terima bakal diperolehi seharian selepas hari perbicaraan nanti. Zafrey tiada lagi lagi pilihan lain. Dia memerlukan Arif. Orang yang sangat tepat dapat membantunya kini.

"Arif, Arif ingatkan yang Arif nak balas jasa abang. Sekarang ni Abang tuntut janji Arif. Tolong abang selesaikan kes ni dengan buka cerita Arif di hadapan pihak mahkamah. Arif boleh buat macam tu? Seperti yang Arif janjikan?"soal Zafrey.

Mungkin itu kedengaran seperti ugutan tapi itu adalah jalan terakhir. Esok adalah hari perbicaraan buat kali kedua diadakan dan juga esok adalah hari penentu segalanya. Sekurang-kurangnya dengan kenyataan Arif bukti dapat diperkukuhkan bahawa ada orang lain memang berniat untuk membuatkan Eyra yang menjadi pelaku kebakaran.

Arif tersempit. Dia telah terlanjur janji dengan Zafrey. Bagaimanapun jua dia perlu menyelesaikan segala hutangnya pada Zafrey. Lelaki itu telah banyak membantunya sejak dia melarikan diri dari orang jahat yang misteri itu.

"Baiklah. Tapi Arif ada satu syarat"kata Arif.

"Apa syaratnya?"soal Zafrey.

****************

"Mak! Ayah!"jerit Arif yang berlari pada kedua-dua orang tuanya.

Sudah seminggu dia tidak menemui mereka. Rasa rindu yang membuatkan dirinya menangis di hadapan kedua orang tuanya. Pada hari itu, sebuah janji telah dikotakan oleh Zafrey untuk sentiasa mengadakan kawalan di rumahnya.

Dia takut andai ibu bapanya akan turut menjadi mangsa kepada pembunuh itu selepas dia menjadi saksi mata kepada kejadian yang berlaku di hospital.

Ibu dan bapa Arif mengajak Zafrey masuk ke dalam rumah mereka. Zafrey hanya menurut kemahuan mereka. Melihat sahaja kebahagiaan yang terselah di dalam keluarga Arif teringat pula pada kedua orang tuanya yang sudah lama tidak ditemui olehnya.

Dua orang kanak-kanak perempuan berlari kepada Arif. Mungkin itu adalah adik Arif. Wajah mereka seiras jadi mungkin mereka berdua kembar.

"Abang Arif pergi mana? Nana rindu dengan abang Arif"omel Nana.

"Nini pun"kata Nini.

Arif mencubit pipi kedua orang adik kembarnya itu. Sudah lama dia tidak melihat wajah yang tembam seperti Nana dan Nini lalu dicium berkali-kali.

"Assalamualaikum".

Kedengaran ucapan salam daripada luar rumah mereka. Arif menjawab ucapan itu sebelum bangun untuk melihat kedatangan orang ke rumahnya.

Sepeninggalannya Arif dari ruang tamu itu, ibu Arif menyuruh Zafrey untuk minum air yang telah tersedia dihidangkan di hadapannya. Zafrey mengangguk dan tersebut lalu mengambil cawan yang berisi air nescafe yang masih hangat.

"Arghh!".

Bunyi jeritan kecil Arif seperti ditumbuk seseorang kedengaran dari luar. Zafrey meletakkan kembali air minumannya lalu berdiri untuk melihat situasi di luar rumah Arif. Apakah Arif telah ditumbuk oleh pembunuh itu?

Bimbang pula jejak Arif telah dikesan oleh pembunuh itu. Zafrey mengeluarkan pistolnya lalu berdiri di bahagian belakang pintu. Memastikan keadaan di luar masih lagi terkawal sepenuhnya.

"Jangan bergerak!"jerit Zafrey yang melihat Arif memegang perutnya setelah ditumbuk.

Kelihatan tiga orang remaja yang seusia dengan Arif berdiri di hadapan Arif yang kesakitan itu. Zafrey menolak Arif ke belakangnya.

Secara amnya, siapa sahaja yang melihat pistol tangannya pasti terangkat ke atas. Mereka terkejut melihat Zafrey yang keluar daripada rumah Arif sambil mengacukan pistol pada mereka.