webnovel

Dark Room (Aplikasi)

Sebuah aplikasi yang membuat orang yang memasangkan lesap tanpa khabar berita. Eyra seorang gadis yang nekad untuk mencari kawannya yang hilang secara tiba-tiba. Awalnya dia tidak tahu tetap keberadaan aplikasi itu sehinggalah dia menemui sepucuk surat yang mungkin menjadi punca kehilangan sahabat baiknya.

Nurul_Syahmina · Kinh dị ma quái
Không đủ số lượng người đọc
14 Chs

Hari Terakhir

Hati mana yang tidak sakit saat melihat orang yang paling dicintai selama ini akhirnya naik pelamin dengan lelaki lain. Aaron tidak pernah sedar akan perasaan Eyra terhadapnya selamanya. Walaupun banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Eyra namun lelaki itu tidak pernah tahu. Hari ini itu, Eyra akhirnya menitiskan air mata. Esok merupakan hari di mana dia akan kehilangan Aaron untuk selamanya.

Eyra masih lagi boleh menahan perasaannya akan hal itu tetapi ada satu perkara yang membuatkan luka yang dirasai terlalu sakit dan sangat dalam.

"Eyra, aku nak kau yang uruskan majlis perkahwinan aku nanti. Yelah, kawan aku inikan perancang perkahwinan yang paling sensasi sekarang ni. Mesti idea kau untuk majlis aku nanti gempak"kata Aaron tiga bulan yang lalu saat menemui Eyra di sebuah kafeteria.

Saat mendengar kata-kata itu keluar daripada bibir Aaron hatinya terasa sangat sakit namun ditahan ditahan di hadapan Aaron. Dia tidak mahu perasaannya terhadap Aaron selama ini terbongkar. Biarlah dia sahaja yang menanggungnya.

Sehinggalah hari ini tiba. Hari terakhir dia mampu melihat Aaron sebagai seorang lelaki. Hatinya luluh. Dia duduk di suatu sudut menghilang rasa kesedihan apabila mengenangkan nasibnya sendiri. Hari ini hari terakhir untuk dia memeriksa kelengkapan sebelum majlis yang akan diadakan pada esok hari.

Pada waktu itu, Aina iaitu tunang kepada Eyra datang untuk melihat keadaan di situ. Dia menepuk bahu Eyra yang membelakanginya. Dia tertanya-tanya punca Eyra berada situ sedangkan dewan berada beberapa kaki diri tempat itu.

"Eyra? You buat apa dekat sini?"soal Aina. Eyra mengesat air matanya. Tidak mahu Aina melihatnya dalam keadaan sedih. Bagaimana pun jua dia perlu menjaga hati tunang kepada Aaron.

"Errr... takde apa-apa. I just ambil angin je. Lagipun urusan majlis semua dah settle"kata Eyra.

Namun Aina masih ragu dengan jawapan yang diberikan oleh Eyra. Sejak pertama kali dia menemui Eyra, gadis itu memang cukup baik orangnya. Sebenarnya mereka telah mengenali antara satu sama lain sebelum Aaron memperkenalkan Eyra kepadanya.

Eyra adalah salah seorang pesakit Aina yang bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital.

Dulu, Eyra pernah terlibat dengan kemalangan yang teruk sehingga ibu bapa Eyra meninggal dalam kemalangan itu. Sepanjang di hospital itu, Aina adalah insan yang selalu menemaninya disaat susah mahupun senang. Pada waktu itu memang Aaron telah hadir dalam hidupnya tetapi lelaki itu sedang belajar di luar negara.

Aaron pernah sekali menjenguknya tetapi pada masa itu Aina mengambil cuti kerana mahu pulang ke kampung. Tapi kalau memang dah menjadi Aina adalah tulang rusuk yang telah hilang di samping Aaron bagaimanapun jua mereka tetap bersatu.

"Eyra... I betul-betul minta maaf. Kalaulah dulu Aaron dah jumpa dengan i mesti keadaan tak jadi macam ni. I tahu yang you betul-betul ikhlas cintakan dia. Maafkan i, Eyra"ucap Aina yang terasa sangat serba salah terhadap Eyra. Aina tahu kini dia telah merampas kebagiaan Eyra.

Eyra memandang ke dalam anak mata Aina. Terlihat wajah seseorang yang sangat bersalah dengan perkara yang telah berlaku. Eyra tersenyum memandang Aina. Dia perlu kuat untuk mereka. Dia tidak boleh tunjuk dirinya lemah tanpa Aaron. Eyra mengambil kedua-dua belah tangan Aina lalu dipegang. Bagaimanapun jua Aina tetap sahabatnya.

"Aina.. you tak perlu minta maaf. Seandainya memang you dah ditemuikan dengan Aaron dulu, dia tetap akan jadi milik you. I bukan seseorang halang perasaan you ataupun Aaron. Jadi you tak perlu rasa serba salah. Tengok sekarang. I ok je tanpa Aaron"kata Eyra.

Kata-kata yang tidak disangka keluar daripada mulutnya sendiri. Tetapi andai itu dapat melegakan perasaan Aina, dia sanggup. Dalam keadaan yang tengang itu, seorang lelaki memerhati tingkah mereka dengan kedua tangannya dimasukkan ke dalam jaket bajunya.

Sekejap lehernya ke kiri dan sekejap ke kanan. Dia memandang dua gadis itu berselang seli. Nampak gayanya golongan lesbian semakin berleluasa di Malaysia itu sejak dia berada di bumi Mesir. Lelaki itu menghampiri mereka. Mahu juga dia kenal siapa gerangan dua gadis itu.

"Tak sangkakan, i ingatkan gays je yang bertambah dekat Malaysia ni, rupanya lesbian pun sama"kata lelaki itu seakan-akan mengejek.

Aina dan Eyra memandang pada orang yang berkata sinis itu. Pantang dirinya dipanggil dengan panggilan lesbian. Walaupun jua dia masih kenal dengan agama sendiri. Agama yang sangat menjaga batas pergaulan.

"Amboi, mulut itu. Tak ada petir tak ada ribut sedap je mulut mengata. You tahukan hukum menyebarkan fitnah itu dosa?"balas Eyra kembali.

Aina menahan diri daripada tawanya keluar. Seronok juga tengok mereka bertikam lidah seperti itu.

"Sebab ada petir and ributlah i mengata tu. Tadi bukan you pegang tangan dia ke? And one more think, mana ada i sebar fitnah, i cuma menegur sahaja. Ada beza kan antara fitnah dengan menegur"kata lelaki itu membalas kembali.

"You...". Eyra mahu sahaja membalas kembali ucapan lelaki itu tetapi dihalang oleh Aina. Kalau dibiarkan semakin banyak pula hujah-hujah dari ustaz dan ustazah yang keluar daripada mulut mereka berdua.

"Dah-dahlah. Ok, Eyra. Sekarang you ingat tak tawaran yang i bagi dekat you untuk jadi pengapit? You terima,kan?"soal Aina.

Eyra melarikan bola matanya daripada memandang Aina. Tak mungkin dia mahu menjadi pengapit sedangkan hatinya sangat sakit melihat majlis itu nanti. Nanti tak pasal-pasal keluar artikel pasal pengapit menangis sebelah pengantin sepanjang majlis berlangsung. Tak sanggup dia rasanya membayangkannya.

Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Takut jawapannya akan membuatkan Aina sedih nanti.

"Please Eyra??? Jadi pengapit. Please??? I tak nak hadiah lain daripada you pun. You nakkan i bahagia nanti majlis perkahwinan i dengan Aaron"pujuk Aina. Kalau dalam situasi tersempit itu secara automatik hanya jawapan 'ya' akan diberikan oleh Eyra.

Mahu tak mahu, Eyra menganggukkan kepalanya. Aina terus memeluk Eyra dengan erat. Gembira dengan jawapan yang diberikan oleh Eyra.

"Ok, man. Secara automatik you yang akan jadi pengapit lelaki, Zafrey"kata Aina.

Eyra yang tadinya diam terus membutangkan matanya melihat Aina. Mana mungkin dia jadi pengapit bersama dengan lelaki itu.

Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Tak nak!"kata Eyra dan Zafrey serentak. Sangat tidak setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Aina. Pertama kali jumpa sudah mencari masalah inikan pula tugas mereka sebagai pengapit.

Boleh bertukar nanti daripada majlis perkahwinan jadi majlis peperangan. Zafrey dan Eyra kembali berpapasan antara satu sama lain. Terasa ada aura negatif yang saling menolak antara mereka berdua.