webnovel

Curi-Curi Pandang Dia

Rantai yang dihadiahkan Jason kepada Mei sewaktu mereka kecil mempertemukan mereka kembali. Mereka terpisah dek kerana Jason mengikuti keluarganya berpindah. Mereka sentiasa menunggu satu sama lain. Namun disebabkan kejadian yang tak disangkakan terjadi kepada mereka berdua. Mereka rapat namun masih tak menyedari hal sepatutnya. Perkara yang mengikat hati mereka berdua sekian lama. Biar masa yang merungkai segalanya. Kehadiran Li Sun dalam hidup Mei membuatkannya hanyut dalam kebahagian. Dia sangkakan Li Sun benar-benar mencintainya namun...Dia selama ini mencari cinta yang sepatutnya dia miliki. Dapatkah dia miliki? Adakah dia akan menyedari siapa sebenarnya Jason dalam hidupnya? Adakah kebenaran tentang Li Sun akan terbongkar? Li Sun, lelaki yang hadir hanya semata-mata untuk mempermainkan Mei. Setiap tingkahnya dan katanya dipercayai Mei. Dendam yang dia pendam semakin berjaya.Bagi dia "Aku akan dapat apa aku nak".

JH_Dream · Tổng hợp
Không đủ số lượng người đọc
32 Chs

Bersatu Kembali (2)

Kereta Mei akhirnya berhenti di hadapan rumah Jason.

Mei memandang Jason and mengajaknya masuk.

Jason teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya itu.

Mei menarik tangan Jason sehingalah mereka berdua berdiri di hadapan pintu masuk.

Tiba-tiba pintu itu dibuka dari dalam rumah.

Sosok tubuh wanita yang dirindui Jason, muncul di muka pintu dan terus memeluk Jason.

"Mama.." tangannya terus memeluk erat wanita yang bergelar mama.

Tubuh mama Jason yang masih teresak-esak dalam pelukan di usap perlahan Mei bagi meredakan tangisannya.

'Thanks sayang' pandangan Jason ke arah Mei.

Mei tersenyum dan memandang ke arah mereka berdua dengan mata berkaca.

Li Sun yang hanya mengintai dari dalam rumah menghampiri mereka.

"Jason" panggil Li Sun teragak-agak.

Jason segera mendongak memandang suara yang memanggilnya.

Annchi segera meleraikan pelukan itu.

Berdebar laju. Satu persatu wajah anaknya dipandang.

'Dia tak mahu anak-anaknya bergaduh lagi. Dia mahu mereka bertiga hidup bahagia bersama-sama'

Tiba-tiba Li Sun mendekati Jason dan menariknya dalam dakapan.

Mereka bertiga terkejut dengan tindakan Li Sun.

"Sorry. Aku tak patut salahkan kau. Bukan salah kau. Aku.." tutur Li Sun perlahan sebelum meleraikan pelukan.

"It's okay. Aku faham. Kalau aku tempat kau, aku pun akan rasa benda yang sama." balas Jason sambil menggengam erat tangan Li Sun.

"Thanks jaga mama.. Aku rasa kau patut panggil aku Along memandangkan aku abang kau" kata Li Sun dan kemudian tergelak kecil dengan apa yang dikatakan tadi.

Tangisan Annchi (mama Jason & Li Sun) semakin kuat. Terharu dengan apa yang berlaku di hadapannya.

Perkara yang diingini terjadi.

Mereka bertiga sudah bersatu kembali.

Mereka bertiga berpelukan. Seperti sebuah keluarga.

Mei sejak tadi berdiri di tepi memerhati mereka sekeluarga bersatu turut terharu dan mengalirkan air mata gembira.

Menyedari yang Mei hanya berdiri sahaja di luar bersama mereka sejak tadi, Annchi mengajak mereka semua masuk ke dalam rumah.

'Thanks Mei' bisik Annchi semasa memaut tangan Mei mengajaknya masuk.

Bisikan Annchi dibalas dengan senyuman Mei.

Sejak Mei membawa Jason kembali ke rumahnya, hubungan Jason dengan mama dan Li Sun yang kini dipanggil Along semakin erat. Rumah mereka semakin ceria dengan gelak ketawa mereka bertiga.

Mei akan mula praktikal di sebuah company house designer beberapa hari lagi. Syarikat tersebut akan mengambil pelajar praktikal di bawah mereka terus setelah mereka habis tempoh praktikal. Nope. Tak mudah. Company tersebut hanya akan ambil pelajar yang cemerlang dan kreatif. Mei perlu menghantar contoh hasil rekaan miliknya kepada company itu sebelum diterima. Manakala Jason pula dibawah syarikat music terkenal. Dia mahu menjadi producer musik yang terkenal dan mempunyai syarikat sendiri. Oh ya. Jason juga sudah pun menghasilkan beberapa buah lagu khas buat Mei. Tak ada sesiapa pun yang tahu. Yang Mei tahu hanyalah bakat dan juga suara Jason yang sedap didengar.

Hubungan Mei dan Jason seperti pasangan yang lain. Bila masing-masing free, mereka akan keluar date. Mei seperti biasa akan mengambil gambar mereka berdua di semua tempat yang mereka pergi untuk disimpan di dalam 'Memory trace album'.

Kedua belah keluarga mereka berdua sangat menyokong hubungan mereka. Malah menyuruh mereka segera berkahwin. Namun permintaan itu ditolak Mei dan Jason. Bagi mereka, mereka mahu mengejar cita-cita dan menikmati percintaan dahulu. Bila dah stabil barulah mereka akan berkahwin.

Usai menyiapkan baju untuk dipakai semasa interview isnin nanti, Mei kembali berbaring di atas katil empuknya. Fikirannya teringatkan Jason. Dia segera menggapai telefon pintarnya dan menelefon Jason.

Panggilan itu segera dijawab Jason.

"Hello sayang.. kenapa call? Awak okay?" panik Jason.

"Sayang, relax..Saya okay jee.. sayang buat apa tu? Free tak?" tanya Mei.

"Ingatan apa tadi.. risau saya. Hurm, free. Kenapa? Date? On! Dekat mana?" balas Jason. Walaupun tangannya masih sibuk menulis lagu, tetapi dia masih tetap teruja dengan apa sahaja berkaitan dengan perempuan kesayangannya itu.

"Don't worry okay. I'm fine now. Tempat rahsia!. Amik saya dekat rumah pukul 6 pm nanti tau?" kata Mei cuba menenangkan Jason yang masih risaukan dirinya sejak dari tragedi penculikannya tempoh hari.

"Of course saya risau. Kesayangan saya. I can't lost you sayang. Okeyy, wait for me. Muah!" balas Jason teruja. Tak sabar mahu berjumpa dengan Mei.

'Mei tersenyum'

Panggilan itu ditamatkan.

Mei segera bangun dari terus menghadap laptop dan berlalu keluar dari biliknya dan turun ke dapur.

Dalam fikirannya, dia mahu menyediakan sesuatu yang istimewa buat Jason.

Lama dia berdiri di dapur.

'Apa ek aku boleh buat untuk dia?'

Satu persatu cabinet, pantry dan peti sejuk dibuka.

'Hurm, macam-macam ada..tapi nak buat apa?' Mei runsing.

Apps Facebook miliknya dibuka.

Jarinya sibuk menaip mencari idea resepi yang boleh disediakannya untuk Jason.

Jarinya yang sibuk scroll skrin telefon pintarnya sejak tadi berhenti pada sebuah resepi dessert. Mei meletakkan telefon pintarnya di atas kabinet dapur dan kemudian mengambil bahan-bahan yang diperlukan.

Cheesekut 4 bahan; 1 paket biskut kering ( Mei guna biskut Hup Seng), 1/2 sus pekat F&N, 1/4 susu segar dan 250g cream cheese Tatura + topping apaapa pon boleh tapi Mei guna Milo je sebab dah ada dekat dapur.

First, Mei blendkan cream cheese Tatura, susu pekat dan susu segar sampai sebati. Second, celupkan biskut ke dalam susu segar. Sementara tu, buat lapisan nipis menggunakan cream cheese yang dah dikisar tadi ke dalam bekas tupperware ataupun loyang. Lepas itu, Mei lapis-lapiskan biskut selang seli di atas biskut sehinggalah cream cheese dilapiskan di bahagian atas sekali. Then akhir sekali, Mei taburkan serbuk milo di lapisan atas. Ikut banyak mana nak letak. Nak letak nestum pun boleh. Cheesekut yang telah siap dimasukkan ke dalam peti sejuk.

"Done!" Mei bersorak gembira.

Menyedari dirinya terlebih teruja, Mei memandang kiri dan kanan.

'Nasib baik diorang tak ada..Ehehh'

'Tak sabar nak bagi Jason rasa!' jerit hati Mei.

Jam di skrin telefon pintarnya ditatap.

'5 pm!' Mei terperanjat.

Mei berlari ke tingkat atas menuju ke biliknya untuk bersiap.

Jason berkemungkinan akan datang awal.

'Selalu macam tu. Lepas tu bising kata Mei lambat siap. Ceh.'

Mei mengenakan blouse putih bunga-bunga rose dan seluar jeans hitam slim fit. Beg sling hitam dan but hitam menjadi pilihan Mei. Rambut panjangnya dikerintingkan sedikit dan dibiar mengurai.

Setelah menepek foundation ke wajahnya, Mei mengenakan sedikit eyeshadow, blusher dan mascara. Akhir sekali Mei mengoles sedikit lipstick Maybelline Superstay ke bibirnya. Mei memasukkan lipstick dan compact powder miliknya ke dalam beg tangan dan segera berlalu ke tingkat bawah setelah menyembur minyak wangi hadiah dari Jason.

Telefon pintar di tangannya dilihat.

'5.45 pm'

'Kejap lagi mesti Jason sampai' bisik hatinya.

Mei menghampiri peti sejuk dan mengambil sebekas tupperware cheesekut yang dibuatnya tadi.

Penutup tupperware dibuka.

Mei berpuas hati.

'Kring' loceng rumah berbunyi.

Mei meletakkan bekas itu di atas kabinet dapur dan melihat siapa yang datang.

'Jason!' Mei kembali ke dapur dan mengambil tupperware tersebut dan segera berlalu ke luar setelah menyarung but hitam.

Mei melambai tangan ke arah Jason apabila semakin mendekati Jason.

Jason membalas lambaian Mei sambil mendekati Mei dan membukakan pintu kereta buat Mei.

Mei masuk ke dalam kereta sambil tersenyum.

"Sayang..rindunya..." kata Mei sebaik saja Jason masuk ke tempat pemandu.

Jason segera berpaling melihat Mei sambil tersenyum suka.

Menyedari bukan hanya dia saja yang merindui orang yang disayangi membuatkan hatinya lebih umph! Faham tak feel dia macam mana? Hahaha.

"Awak! Berangan pula! Jomlah ada yang lambat pula.." kata Mei sambil menepuk bahu Jason.

"Ye jom... untuk sayang semuanya boleh ye.." kata Jason sambil membuat muka comel ke arah Mei.

'Bermanja dengan Mei'

"Saya ada suprise untuk awak sayang" kata Mei sambil menunjukkan tupperware yang dibawanya.

"Wah.. apa tu? Sayang buat ke? Mesti sedap kan.." kata Jason teruja.

"Nak rasa sekarang ke? Nak saya suapkan?" tanya Mei.

"Nak!" kata Jason tak sabar sambil mengangakan mulutnya ke arah Mei.

Mei tergelak kecil melihat telatah Jason yang keanak-anakan itu.

Mei menyuapkan Jason cheesekut yang dibuatnya sambil menunggu komen Jason dengan berdebar.

Mata Jason membesar sambil merasai cheesekut yang dibuat Mei.

Kejap-kejap dia menoleh memandang ke arah Mei.

Sengaja membuatkan Mei berdebar-debar.

'Tak sedap ke?' getus hati Mei sambil memandang Jason yang masih mengunyah dengan senyap.

Jason menoleh memandang ke arah Mei.

"Sedap lah sayang...pandai sayang buat! Thanks sayang.. susah je buatkan untuk saya..." puji Jason sambil mengosok perlahan kepala Mei.

Mei tersenyum bangga apabila cheesekut yang dibuatnya menjadi dan dapat pujian dari Jason.

Jason menganggakan mulutnya lagi, meminta untuk disuapkan lagi.

Mei menyuapkan Jason sambil menunjukkan arah jalan menuju ke destinasi rahsia date mereka kali ini.

Sorry lambat..busy lately ni..Heheh.. Please stay tuned yea.. Lagi 2 chapter je untuk buku ni. Tapi! Akan disambung ke Curi-curi Pandang Dia Season 2 pula soon! Thank you sebab still baca, support saya. Stay happy, healthy and safe okay.

JH_Dreamcreators' thoughts