webnovel

Cinta Tidak Berpisahan

Iky_Miyuki · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
5 Chs

Permulaan Kisah Percintaan ini

Rizky ialah seorang pelajar sekolah menengah yang biasa yang bersekolah di SMK Sultan Abu Bakar. Dia berumur 16 tahun .Dia berada di kelas 4 Kripton. Pada suatu hari, dia dapat surat daripada sekolahnya bahawa dia perlu pergi ke Jepun untuk dipindahkan ke sekolah di sana. Dia tertanya-tanya juga mengapa. Lalu dia teringat bahawa dia pernah memohon untuk belajar di luar negara. Jadi dia berasa teruja. "Wah, aku dapat pergi Jepun la! " kata Rizky. Dia perlu pergi ke Jepun pada minggu hadapan jadi dia ada banyak kerja untuk dibuat.

Minggu yang ditunggu-tunggu telah tiba.Dia akan bertolak ke Jepun apabila balik dari sekolah. Jadi dia bertolak ke KLIA dan menaiki kapal terbang yang telah ditempahnya. Setalah 6 jam dan 45 minit penerbangan, Rizky sudah sampai di Jepun. Pada mulanya, dia rasa begitu sejuk kerana suhu di Jepun lebih rendah berbanding di Malaysia. Kemudian, Rizky ternampak seorang wanita memanggilnya. Rizky pergi berjumpa wanita itu. "Cik ni siapa? " tanya Rizky. "Saya adalah cikgu di sekolah yang kamu akan pergi nanti. Saya juga akan membimbing kamu di sekolah nanti dan saya akan tunjukkan tempat yang kamu akan tinggal nanti. Oh ya terlupa pula saya untuk memperkenalkan diri. Nama saya ialah Kazumi Suzuki.Kamu boleh panggil saya Kazumi-sensei.Gembira berjumpa kamu. " Jawab Kazumi- Sensei. "Nama Saya ialah Rizky Ashraff. Cikgu boleh panggil saya dengan nama Jepun saya iaitu Makoto Yuuki. Gembira juga berjumpa cikgu. " Kata Rizky.

Rizky mengikuti Kazumi-sensei untuk pergi ke dorm yang telah disediakan. "Sensei, dimanakah sekolah saya nanti. " Tanya Rizky. "Sekolah kamu nanti berdekatan dengan dorm kamu. " Jawab Kazumi. "Nasib baik dekat sahaja. Oh ya, dorm tu ada perempuan tak? " Tanya Rizky. "Ada tetapi berada di tingkat yang berbeza. Bilik bahagian lelaki berada di tingkat satu manakala perempuan pula berada di tingkat dua. " Oh begitu. "kata Rizky dalam keadaan lega.Beberapa minit kemudian, mereka tiba di dorm itu. " Maafkan saya, ada orang tak? "tanya Kazumi. Tiba-tiba ada seorang lelaki menuju ke pintu hadapan. " Oh, Kazumi-sensei. Kenapa sensei di sini? "tanya lelaki itu. " Saya nak memperkenalkan kamu dengan pelajar baru. Nama dia ialah Riz- maksud saya Makoto Yuuki. Dia akan duduk di sini selama setahun. "kata Kazumi. " Selamat berkenalan, nama saya ialah Makoto Yuuki. "kata Rizky." Nama saya pula ialah Shidou Ichiro. Selamat berkenalan. "kata lelaki itu. " Ichiro-san, boleh kamu tunjukkan bilik Yuuki-san? "tanya Kazumi. " Boleh sensei. Mari Yuuki-san ikut saya. "ajak Shidou. Mereka tiba di sebuah bilik yang paling hujung di lorong itu. " Baiklah Yuuki-san, ini adalah bilik awak. Ini kuncinya."kata Shidou. Terima kasih Ichiro-san. Saya minta diri dahulu ya. "kata Rizky dengan sopan. Bilik itu mempunyai sebuah katil bujang bercadar biru dan sebuah meja belajar. " Jadi aku akan tinggal disini selama setahun hah. "kata Rizky dalam hatinya.

Pada keesokkan paginya, Rizky sudah bersedia untuk pergi ke sekolah. (knock knock) , ketukan dari luar bilik. " Yuuki-san, kau dah sedia? "tanya Shidou dari luar. " Oh kau rupanya Ichiro-san. Dah, aku sudah sedia untuk pergi ke sekolah. "kata Rizky dengan semangat. Mereka berdua pergi ke sekolah dengan jalan kaki. Beberapa minit kemudian, mereka berdua tiba di sekolah. " Ok, kau perlu pergi ke pejabat untuk daftar masuk. "kata Shidou. " Baiklah. Tapi ada satu masalah, dimana pejabat sekolah? "tanya Rizky. " Oh lupa kau pelajar baru. Baik, aku akan tunjukkan jalan. "kata Shidou. " Baiklah. "jawab Rizky. Setelah itu mereka tiba di pejabat. " Ok disini pejabatnya. Baiklah selamat mendaftar ya. "kata Shidou. " Ok. "jawab Rizky. Rizky masuk ke dalam pejabat dan dia ternampak Kazumi-sensei. " Oh Yuuki-san tepat pada masanya. Selamat datang ke Shuuchin High. Saya,Kazumi-sensei ialah guru kelas kamu. Baiklah, mari daftarkan kamu. "kata Kazumi. " Baiklah, mari ikut saya pergi ke kelas kamu. Kelas kamu ialah 2-A. "kata Kazumi lagi. Setelah Kazumi-sensei dan Rizky tiba di kelasnya, " Baiklah kelas, hari ini kita ada seorang pelajar baru. Baiklah Yuuki-san, kamu boleh masuk. "kata Kazumi. " Baik sensei. "jawab Rizky. Rizky masuk ke dalam kelas dan memperkenalkan dirinya. " Selamat berkenalan, nama saya ialah Makoto Yuuki. Saya berasal dari Malaysia. Gembira berkenalan dengan kamu semua. "kata Rizky." Says rasa muka dia comel la. "bisik salah seorang pelajar perempuan di kelas itu. " Baiklah Yuuki-san, kamu akan duduk di baris belakang sekali di sebelah tingkap itu. "arah Kazumi-sensei. Rizky duduk disitu dengan senang hati.

Tibanya waktu rehat. " Alamak, aku terlupa bawa bento aku la! "kata Rizky dengan perasaan risau. " Nampaknya aku kena ikat perut la hari ini. Huh. "Rizky mengeluh. Tiba-tiba, ada seorang pelajar lelaki datang mendekati Rizky. " Nama kau Yuuki kan? "tanya lelaki itu. " Ya, kenapa? "jawab Rizky. " Oh tidak ada apa-apa. Saya cuma mahu berkenalan sahaja. Nama saya ialah Kibe Tomokazu. Selamat berkenalan. "kata lelaki itu. " Oh selamat berkenalan Tomokazu-kun. 'kata Rizky. "Eh, kamu tidak makan? " tanya Kibe. "Haha, saya tertinggal bento saya di dorm. Cuai betul saya ni. " jawab Rizky. "Kau boleh kongsi dengan saya kalau kau nak. " tawar Kibe. "Oh tak mengapa, saya boleh saja bertahan. Lagipun saya takut yang makanan kau tu tak halal jadi saya terpaksa tolak. " jawab Rizky. "Oh tak mengapa la begitu. " kata Kibe. Lalu Kibe pun pergi. Masa rehat sudah tamat. Mereka sambung pembelajaran mereka. "Ok siapa yang boleh jawab soalan ini? Bagaimana dengan kamu, Yuuki-san? " soal guru itu. "Umm, saya tak faham apa yang ditulis sensei. " jawab Rizky. "Oh tak mengapa kalau begitu. Yang lain. " kata guru itu. Lalu ada seorang pelajar perempuan menjawab soalan itu. Beberapa jam selepas itu, "Ah, akhirnya waktu persekolahan sudah tamat. " kata Rizky. Apabila sedang mengemas buku, Rizky perasan yang ada seorang pelajar perempuan sedang memandangnya. Tetapi Rizky endahkannya sahaja. Rizky pun pulang ke dorm. Apabila Rizky sudah masuk ke dalam dorm, "Saya sudah balik. " kata Rizky. "Oh Yuuki-san, bagaimana hari pertama kau? " soal Shidou. "Seronok, dan saya baru buat seorang kawan. " jawab Rizky. "Oh begitu. Siapa nama kawan baru kau? " soal Shidou lagi. "Nama dia ialah Kibe Tomokazu. " jawab Rizky. "Oh Tomokazu-kun, dia memang seorang yang baik. " kata Shidou. "Oh begitu. " kata Rizky sambil tersenyum. Rizky pun masuk dan pergi ke biliknya. Semasa dalam perjalanan pergi ke biliknya, dia ternampak seorang pelajar perempuan yang sama melihat Rizky seperti di kelas. Tetapi Rizky endahkannya sahaja lagi. Keesokkan harinya, dia ternampak perempuan yang sering melihatnya keluar dari dorm untuk pergi ke sekolah. "Hey Ichiro-san, siapa nama perempuan tu? " tanya Rizky. "Oh, itu Rin Azaki. Dia baru pindah disini 3 bulan yang lalu. " jawab Shidou. "Oh nama dia Azaki-san. Aku selalu nampak yang dia sering memandang aku. " kata Rizky. "Dia sering memandang kau. Mungkin dia suka pada kau. " kata Shidou. "Mungkin agaknya. " kata Rizky dalam hati. Mereka berdua pun pergi ke sekolah. Sepanjang hari, Rizky sering nampak Rin memandangnya. Ia membuatkan Rizky menjadi gelisah.

Dua minggu sudah berlalu. Rizky masih nampak Rin memandangnya. Jadi Rizky membuat keputusan untuk bercakap dengan Rin. "Umm, nama awak Azaki-san kan? " soal Rizky. "Ya, ada apa-apa ke. " jawab Rin. "Saya sering nampak awak memandang Saya sepanjang hari. Kenapa ya? " kata Rizky. Muka Rin menjadi merah kerana malu. "Semuanya ok ke Azaki-san? " tanya Rizky. Rin lari keluar dari kelas dengan laju sekali. "Aik, kenapa dengan Azaki-san. Aku ada cakap benda pelik ke? " soal Rizky dalam hati. Sementara itu, "Alamak dia perasan yang aku pandang dia. Ahh!! " kata Rin. Rizky dan kawannya pulang ke rumah masing-masing. Rizky tidak beritahu sesiapa pun tentang kejadian itu. Keesokkan harinya, Rin seperti biasa keluar dari dorm lebih awal daripada Rizky. Tibanya Rizky di sekolah, Rizky membuka peti lokernya dan terjumpa sepucuk surat. Surat itu mempunyai stiker berbentuk hati. Surat itu tertulis, "Hai Yuuki-san, boleh tak awak berjumpa dengan saya di bumbung sekolah. Daripada peminat rahsia awak. ". Jantung Rizky berdegup kencang. " Siapa hantar surat ni? "tanya Rizky dalam keadaan keliru. Jadi Rizky hanya melalui waktu persekolahan seperti biasa. Apabila waktu persekolahan sudah tamat, Rizky menepati janjinya dengan berjumpa dengan si penghantar surat itu. Jadi dia pergi ke bumbung sekolah untuk berjumpa dengan peminat rahsianya. Setelah tiba di bumbung, dia nampak seorang gadis berambut perang dan dia tersedar bahawa gadis itu adalah Rin-chan. " Azaki-san, apa yang awak buat disini? "tanya Rizky. " Sayalah yang tulis surat yang awak baca pagi tadi. "kata Rin. " Awak yang tulis!! Jadi awaklah peminat rahsia saya."kata Rizky dengan perasaan terkejut. "Jadi saya ada sesuatu untuk cakap pada awak. " kata Rin. "Ada apa ya? " tanya Rizky. "Saya sebenarnya s-su-suka pada awak. Boleh tak kita menjadi pasangan kekasih? " tanya Rin. "Saya rasa ia tak jadi masalah. Saya pun sebenarnya suka awak. Jadi saya akan terimanya. " jawab Rizky. "Saya sangat gembira sekarang. Marilah kita balik sama-sama. " kata Rin. "Ok, baiklah" jawab Rizky. Dalam perjalanan balik ke dorm, Ramai orang melihat mereka berdua dengan jelingan maut. "Kenapa orang pandang kita dengan jelingan maut mereka? " kata Rizky. "Entahla mungkin mereka cemburu. " kata Rin. "Adakah awak orang yang terkenal? " tanya Rizky. "Mungkin saya agak tenkenal juga la. Orang sering cakap pada saya yang mereka suka saya tetapi saya menolaknya walaupun ada diantara mereka yang kacak. " kata Rin. "Jadi kenapa pilih saya? " tanya Rizky lagi. "Sebab uhh saya sendiri pun tak tau. Bila saya nampak awak, jantung saya akan berdegup kencang. Jadi saya rasa yang saya memang suka awak. " jawab Rin. "Oh begitu. " kata Rizky. Tiba-tiba Rin memegang lengan Rizky dengan kuat dan berkata "Saya harap hubungan ini tidak akan berakhir. "." Saya pun berharap begitu. "jawab Rizky. Jadi begitulah permulaan percintaan diantara Rizky dan Rin.