webnovel

AdamxZayn

Mula-mula takdala rasa rimas bila dah hari-hari rasa muak dan agak menyampah dengan beruk dua ekor ni. "Hey, yang korang asyik lepak dalam bilik aku dah kenapa?"

"Sebab nak tengok kau, kau comel." Ucap Lock.

Pipiku terasa hangatnya, tertawa kerana malu. #crushnotice

Hans kemudiannya mengetuk kepala Lock. "Jangan cakap benda yang bukan-bukanlah"

"Auch!" Lock mengerang kesakitan. "Jangan nak melebih-lebih, Lock"

"Ala Hans, kau ni... Dahla kau ketuk kepala aku, aku nak gurau dengan Adam pun tak boleh"

Andai sahaja mereka tahu yang aku memendam persaan terhadap mereka, haha, Aku pun ingin sehidup bersama dengan kamu. "Tapi kau orang dua je, mane yang lain?"

"Mereka budak top kat universiti kita, mereka pergi study dekat perpustakaan." Jawab Lock

Oh, patutlah aku selalu terserempak mereka berdekatan dengan perpustakaan rupanya mereka pelajar cemerlang dekat universiti ini.

"Zayn tu pulak dia dah ada girlfriend, jadi tak hairan dia tak dengan kita" Sambung dia lagi.

Usai dia cakap begitu aku merasa sedikit tidak sedap hati. Aku rasa... cemburu.

***

Hairan, bagaimana dia tahu kalau aku suka aiskrim dengan taburan orea di atas. Perisa vanilla dengan taburan orea.

"Aku nak beli baju windbreaker yang trend sekarang tu"

"Habis tu, kenapa kau tak beli online je. Baju tu mana jual kat dalam mall" Aku balas.

"Shopping online tak best... Kau takda nak temankan" Bebel Zayn.

Aku kurang jelas dengar bebelan dia "Huh apa kau cakap? Tak berapa nak dengar." 

"Balik jela macam ni"

Aku hanya meng-iyakan sahaja apa yang dia cakapkan. "Nak makan mana malam ni, Adam?"

Aku tidak banyak berkata malam ini, hanya membalas ikut dia je. Aku tak kisah dia nak makan apa. Kenapa juga dia nak tanya pendapat aku nak makan dekat mana.

"Kalau kau jadi awek aku confirm senang keje aku. Tak perlu nak fikir panjang hahaha."

Aku tersipu, pipiku memerah sedikit. Aku memaling wajahku daripadanya. "B-Babi, daripada aku jadi awek kau, baik aku jadi awek crush aku tu."

Entah kenapa usai aku ucapkan kalimat terakhir, dia mendiamkan diri. Aku ada salah cakap ke?

Astaga kenapa dia diam sepanjang masa makan tadi. Sebab aku reject dia ke? Sebab aku cakap dia bukan standard aku ke?

"Sorry, kalau kau tersinggung dengan apa yang aku cakap tadi" Aku cuba melihat dia.

Dia tidak berkata banyak. Hanya mendiamkan diri. "Aku dengar Lock dengan Hans selalu lepak kat dorm kau."

Apa fasal pula dia tanya hal itu dekat aku? "Ha'ah, ye, dorang selalu lepak kat dorm aku" 

Wajahnhya sedikit mengerut. "Aku nak lepak dorm kau jugak boleh? Aku maafkan kau kalau kau suruh aku lepak sama"

"pfft" Aku tergelak sedikit. Comel... Kenapa? Kau tak nak kawan kau jadi suka sejenis kalau mereka lepak dengan aku ke? Zayn memaling wajahnya. Hangat pipinya.

Sementara saya masih off break pls enjoy new chapter. Thank you!

Sakurada_Hanukocreators' thoughts