Hari ni hari terakhir acara sukan. Dimulakan dengan perbarisan rumah pasukan masing-masing. Macam tahun-tahun sebelum ni juga mereka akan mengayakan diri untuk perbarisan menjadi lebih menarik.
Setiap rumah sukan bebas memilih karakter sendiri. Pasukan Maharajalela memilih pahlawan Melaka. Dua pendekar iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat di hadapan dengan memegang sempanduk dan bendera. Disertakan juga dengan persembahan silat untuk menyerlahkan perbarisan kami.
Aku dan Tasya seronok menjamu hidangan yang kami beli tadi. Malas nak gerak punggung nak ke koperasi. Takut terserempak Amirul susah pula aku nak hadap.
"Tia.." Tasya menyeru nama aku.
"Ye?" Aku menjawab sambil membuka tin minuman.
"Nak tanyalah. Awak memang rapat dengan Iman ye?"
Tersedak aku dibuatnya. Bila Tasya tiba-tiba tanya tentang Zafril.
"Errrr.. Bolehlah. Kenapa?" Pipi aku digaru perlahan.
"Tak adalah. Saja tanya." Tasya hanya senyum malu.
Aku hanya mengangkat sebelah kening.
"Awak suka dia eh?" Tanya aku perlahan.
"Takkkkk. Mana ada awak niiii. Hehe." Jelas wajahnya tertulis dia suka Zafril.
Aku hanya mampu senyum. Tasya juga ada hati dan perasaan. Jadi dia berhak suka siapa yang dia mahu. Siapa aku nak halang. Tapi kan. Kalau Zafril suka Tasya juga macam mana? Tak tak tak. Laju kepala aku menggeleng. Tasya hanya memerhati.
"Awak kenapa?"
"Err. Hehe tengkuk saya sakit."
"Oh. Nak saya urut?"
"Tak. Tak apa. Saya ok." Laju aku hembus nafas lega. Nasib baik.
Satu hari ni aku jadi tak keruan pula. Macam mana kalau betul Zafril suka Tasya balik? Adurhhh melepas lah sudah. Aku berjalan menuju ke tandas. Tasya hanya menunggu di luar.
"Patahhh lah hatiiiiii. Merajukkkk lahh diriiiii. Lalalalala." Terus menyanyi lagu sedih. Tangan yang di basuh aku lap di tuala kecil yang aku bawa.
Tiba-tiba Dian merempuh badan aku dan berlalu ke tandas. Pintu di tutup kuat. Terkejut aku di buatnya. Terdengar suara tangisan mendayu-dayu.
Tuk! Tuk!
Pintu aku ketuk perlahan.
"Dian? Kau ok ke?" Panggilan aku tak disahut.
"Dian?"
"Pergilah! Kau tak payah menyemak!"
Aik? Kena marah pula. Mesti Fatihah punya angkara ni.
"Fatihah ugut kau lagi ke?" Aku masih berdiri tegak di hadapan pintu.
"Aku cakap pergi!"
"Kalau kau perlukan bantuan just bagitahu je ok. Ok Dian?" Dian hanya diam tak bersuara. Aku terus melangkah keluar. Walaupun sedikit risau tentang Dian. Tapi lebih baik biarkan dia tenang dulu.
Tak jauh dari tandas perempuan. Ternampak susuk tubuh Fatihah sedang berjalan.
"Oi perempuan! Kau nampak Dian?" Mata aku hanya memandang tajam. Minah ni memang kurang adab agaknya.
"Dalam tandas. Kau kalau cakap tu memang tak de bahasa langsung ke?"
"Eh kau ni. Kau tu berbahasa sangat ke?"
"Aku pula kena." Mata Fatihah menjeling ke arah aku. Dia memang jenis tak boleh di tegur. Nak dia juga yang betul.
"Kau buat apa kat Dian?" Langkah Fatihah terhenti. Dia memandang aku dengan tajam.
"Oh budak tu dah pandai ngadu kat kau pula?"
"Dia tak ngadu. Tapi siapa lagi yang berani buat dia macam tu kalau bukan kau."
"Aku memang berani tak macam kau pengecut."
"Aku pengecut? Kadang-kadang kesian juga dengan kau ni. Jangan sebab kau ada rahsia Dian kau suka-suka boleh ugut dia. Kau suruh dia buat benda yang bukan-bukan. Lepas tu kau sembunyi belakang Dian. Tutup semua hati busuk kau tu. Biarkan Dian yang tanggung semua ni. Sedangkan kau di puji sekeliling kau. Kau lagi pengecut sebenarnya. Lagi satu, tanpa Dian you are nothing Fatihah."
Aku terus berlalu pergi. Geram pula hati ni.
Fatihah hanya mengetap gigi menahan marah. Sebaliknya Dian tersenyum dibalik dinding apabila mendengar perkataan yang dilontarkan oleh Tia.