Setiap orang ada kisah masing-masing. Apa yang mereka alami, apa yang mereka patut tempuh, apa yang mereka rasa. Mahupun sedih, ketawa atau gembira. Masing-masing ada jalan hidup sendiri.
Masing-masing ada cerita tersendiri di bulan febuari.
***
Amirul masih lagi boleh di selamatkan. Masih lagi.
Manusia sangat lemah tentang cinta. Sanggup buat apa sahaja demi cintanya. Sebab itu dia sanggup seksa diri dia. Seksa seperti hidupnya tidak boleh di kembalikan. Jiwanya turut mati bersama Sheera.
Tapi dia tak sedar, yang dia juga telah seksa orang lain. Itu kesilapan dia.
Amirul masih lagi berdiam. Sukar untuk dia mulakan dari awal semula.
"Amirul?" Amirul merenung mata Tia.
"Kau sayang Sheera kan?"
"Erm." Ringkas Amirul menjawab.
"Kalau sayang, jangan seksa diri kau macam ni. Ubah diri kau. Memang susah untuk kau mula dari awal balik. Tapi kau kena kuatkan semangat kau. Demi Sheera. Ok?"
Amirul Mengangguk.
Dian dan Fatihah hanya melihat. Amirul bangun dan berjalan ke arah mereka berdua.
"Aku tahu apa yang aku buat memang tak boleh di maafkan. Tapi aku betul-betul minta maaf." Amirul labuhkan lututnya ke jalan tar.
Dian dan Fatihah terkejut.
"Aku betul-betul minta maaf." Amirul menyeka air matanya.
Dian dekatkan diri pada Amirul. Lengan Amirul, Dian tarik.
"Kau tak perlu melutut. Aku tahu silap kau. Tapi kau masih boleh berubah. Pintu taubat masih terbuka luas. Aku maafkan kau." Dian senyum.
Sebelum mereka pulang untuk selesaikan dengan kedua orang tua mereka. Fatihah sempat meminta maaf pada aku. Mulutnya tak berhenti ucap kata maaf. Dan aku terlampau faham perasaan bila terlalu inginkan maaf dari seseorang.
Apa yang aku selalu ingat:
'Ingat ringankan mulut untuk ucap kata maaf. Sebab suatu hari nanti kita juga memerlukan kata maaf dari seseorang.'
Dan aku maafkan Fatihah. Aku harap Keluarga mereka selesaikan dengan tenang.
***
Aku dan Zafril berjalan tanpa hala tuju. Tin minuman berperisa anggur aku teguk perlahan.
"Haaaaa. . Lega." Tekak aku dari tadi kering. Lega bila dapat hilangkan haus.
"Aku suka cara kau tadi." Zafril bersuara.
"Hah?" Aku kebingungan.
"Yelah, kau berjaya tenangkan Amirul. Aku sebagai lelaki ni pun tak mampu nak buat apa-apa."
"Aku pun pernah sedih sebab seseorang. Jadi aku tahu apa rasanya kehilangan."
Zafril tersenyum.
"Aku pun pernah kehilangan." Kaki Zafril menyepak serpihan batu.
"Erm?" Aku menoleh ke arah Zafril.
"Ibu aku. Dia meninggal setahun yang lalu."
"Ibu kau dah meninggal?" Aku terkejut.
"Tak payahlah terkejut sampai macam tu sekali."
"Maaf." Suara aku perlahan
"Kenapa minta maaf pula?"
"Sebab aku tak tahu."
"Dah lama. Lagi pun aku ok." Zafril usap perlahan kepala aku.
Aku pandang Zafril dan senyum. Muka Zafril bertukar menjadi masam mencuka.
"Kenapa?"
"Jangan senyum macam tu."
"Lah asal? Senyum pun tak boleh."
"Sebab kau buat hati aku berdebar." Zafril memegang dadanya.
Langkah aku mula terhenti. Zafril yang dua langkah awal dari aku memusing ke belakang.
"Cia cia cia." Lalu Zafril ketawa.
"Ceh! Dia kenakan aku balik. Jaga kau!" Laju aku mengejar Zafril. Lintang pukang Zafril berlari.
"Aku gurau!" Jerit Zafril.
"Kau ingat aku suka gurau macam tu?!"
Sedang seronok sesi kejar mengejar. Zafril berhenti. Aku juga turut berhenti.
"Penat." Tercungap-cungap aku dibuatnya.
"Aku tarik balik ayat tadi." Kata Zafril.
"Ayat apa?" Tangan aku mengipas-ngipas sebab kepanasan.
"Ayat yang aku cakap gurau. Sebenarnya aku serious ." Zafril menoleh ke arah aku.
Jantung aku turut berdegup laju. Dia tak main-main ke?
"Kau nak kenakan aku balikkan sebenarnya." Aku ketawa. Tapi ketawa aku jadi hambar bila muka Zafril hanya bersahaja.
"Betul ke?" Aku ingin tahu yang sebenarnya.