"Ayah Huang, kita nak ke mana ni?" Soal Ahuan dengan suaranya yang comel sambil memandang belakang Mr Huang dengan matanya yang bulat dan besar. Dia sudah kepenatan mengejar langkah Mr Huang yang laju betul langkahnya.
"Kita ke tempat rumah kawan ayah. Ikut saja. Jangan banyak soal. Kita dah nak dekat sampai." Kata Mr Huang tetapi masih tidak memperlahankan langkahnya. Wajahnya begitu serius sekali. Mata memandang ke depan tanpa menoleh ke belakangnya di mana Ahuan sedang berusaha mengejar langkahnya. Dia sudah bertekad untuk menjual Ahuan hari ini di Organisasi tempat yang ayahnya beritahu sebelum meninggal dunia tu.
Walaupun ayahnya beritahu dia hanya menjual Ahuan ketika usianya 10 tahun namun dia terpaksa mempercepatkan plannya. Takut Ahuan akan melarikan diri tidak tahan dengan deraan isterinya. Lebih baik menjualnya sekarang ketika Ahuan masih percaya dan bergantung kepada mereka daripada menunggu Ahuan besar sedikit sebelum menjualnya. Ketika itu pasti Ahuan dah berani melarikan diri dari rumah!.
Ahuan memandang kosong belakang lelaki separuh umur itu. Kaki masih berusaha mengejar namun dihati?.
'Tak ada timbang rasa betul lelaki tua nak mampus ni! Tak nampakkah kaki aku ni kecil?! Yang kau melangkah laju tu kenapa? Kalau iyapun angkatlah aku!'
Sumpah-seranah sudah dia dikepalanya langsung tidak kena dengan muka polos dan baiknya. Cuma anak mata hitamnya itu sahaja yang kelihatan begitu mengerikan jika ditatap.
"Baik ayah Huang" Dengan polos dia menjawab dengan suara seperti mempunyai kepercayaan yang menggunung kepada Mr Huang itu.
Dia memandang keadaan sekeliling mereka Mereka sudah jauh meninggalkan kawasan perlombongan pembuangan sampah. Dia mulai syak sesuatu apabila mereka semakin masuk ke dalam hutan yang sekeliling mereka penuh dengan pokok-pokok besar yang dah berusia.
Cahaya matahari turut tidak berapa dapat menembusi rimbun daun pokok-pokok besar itu. Besar dari sepemeluk 5 lelaki dewasa.
Ahuan yang kecil itu terasa seperti kaum Dwarf yang tersesat kat dalam hutan itu. Amat kecil sekali.
Namun walau syak sesuatu pun dia tetap diam tidak mengeluarkan suara. Malah mengekalkan wajah polosnya. Namun mata hitam yang semakin gelap merenung belakang Mr Huang.
'Dah nak dekat' yang dijanjikan oleh Mr Huang tadi berakhir dengan mereka berjalan hampir 3 jam lamanya barulah Mr Huang berhenti berjalan.
Ahuan tercungap-cungap dengan kedua tangan memegang lututnya. Dia berpeluh dan sangat haus sekarang. Kakinya yang tak beralaskan apa-apa kasut atau selipar itu sudah merah dan tercalar dengan duri dan kayu kecil disepanjang jalan. Darah juga menitik dari luka calar dikulit kakinya dan tapak kakinya.
Bukan Ahuan sahaja yang tercungap-cungap kepenatan malah Mr Huang juga. Dia tidak menyangka tempat yang ayahnya berirabu kepadanya begitu jauh sekali. Malah dia hampir sudah lupa berapa jam sudah mereka berjalan sejak tadi!. Dia memandang sekeliling hutan itu dengan serius dan teliti. Untuk memastikan dia berdiri di tempat yang betul.
Ahuan memandang kawasan sekeliling mereka itu. Hutan tebal. Kayu besar bak gergasi mengelilingi mereka. Buat dia merasa seram sejuk. Teringat terus cerita mengenai demon yang memakan manusia yang atuk Huang ceritakan kepadanya dulu.
"Kawan Ayah Huang tinggal di hutan tebal ni?" Dia menyoal dengan hairan. Wajah begitu keliru sekali. Manusiakah kawan ayah Huang tu? Kenapa tinggal kat hutan tebal seperti ini? Dia tak takutkah?.
Mr Huang tersentak ketika mendengar suara Ahuan yang hampir dilupakan olehnya ketika dia begitu fokus melihat sekeliling hutan tebal tempat mereka berada itu. Namun dia yakin dia berada di tempat yang betul. Tengok sahaja tanda kala jengking hitam di pokok besar itu. Kalau tak dilihat dengan betul pasti dia akan terlepas pandang tadi.
"Iya. Disinilah kawan ayah Huang tinggal. Ahuan tunggu di sini dulu ye? Ayah Huang nak cari kawan ayah tu dulu" Kata Mr Huang dengan senyuman terukir dibibirnya. Mata bersinar memandang Ahuan, seperti Ahuan itu ialah benda berharga dimatanya.
Ahuan hampir sahaja mengangkat keningnya dan menyengetkan mulutnya. Siapa juga orang tua ni nak tipu? Ingat dia 'bod**' kah, tak tahu apa kat kepala otaknya itu?. Kawan di tengah hutan ni? Ingat kau Tarzan? Kawan kau tu pula monyet?.
Namun itu semua hanya ada dikepalanya sebab dia dengan wajah polos memandang ke arah Mr Huang. Mata oren keemasannya bersinar terkena sinaran matahari yang berjaya menembusi daun rimbun milik pokok gergasi tu semua. " Um! Baiklah Ayah Huang! Ahuan akan tunggu di sini" Dengan semangat dan teruja sekalu dia membalas. Seperti dah angle kecil yang nak melebarkan sayap putihnya dan terbang ke langit. Riak wajah seperti tidak sabar bertemu dengan 'kawan' ayah Huangnya itu.
"Bagus. Bagus. Duduk diam-diam sini. Kalau Ahuan hilang. Ayah Huang tak akan selamatkan Ahuan kalau sesat kat dalam hutan ni nanti. Biar demon makan Ahuan!" Mr Huang memberi peringatan berupa ugutan kepada Ahuan yang mengangguk dengan muka pucat bila mendengar perkataan 'demon' disebutnya.
"Ahuan akan duduk diam sini, Ayah Huang" Jamin Ahuan. Wajah putih mulusnya itu pucat. Dia paling tak suka perkataan 'demon'. Bukan takut. Tapi benci yang teramat!. Tetapi di mata Mr Huang wajah pucatnya itu kerana takut.
Mr Huang mengangguk lega apabila budak kecil yang lurus bendul ini tidak banyak soal dan mendengar kata.
Ahuan si Budak Lurus Bendul, Tidak Banyak Soal dan Mendengar Kata itu pun duduk di atas tunggul kayu yang dah rebah kerana usia yang sudah tua. Dia memandang Mr Huang yang sudah melangkah meninggalkan dia perlahan-lahan, sehinggalah kelibat Mr Huang tidak kelihatan lagi. Dia duduk dengan sopan sekali. Tangan diletak di atas kedua belah pahanya. Badan pula dibiarkan tegak.
'Ai....siapalah kanak-kanak kat dunia ni yang berani dan baik macam saya ni? Pasti tak adakan? Hehehe....' Hatinya berbisik dengan dada mendabik bangga. Hidung pula kembang-kempis dengan pujiannya sendiri terhadap dirinya. Sungguh bangga dengan dirinya yang 'budak baik' sangat ini!.
Namun matanya berubah hitam dan menundukkan kepalanya merenung lututnya ketika mendengar dari jauh bunyi deruan angin menuju ke arah tempat dia sedang duduk menunggu Mr Huang sekarang. Pandangan matanya kelam, dia menggenggam erat kedua tangannya ketika dia mulai terhidu sesuatu yang wangi di udara sekelilinginya, yang buat dia berkerut kerana perlahan-lahan dia mulai merasa pening yang seperti jarum kecil menusuk-nusuk kepalanya.
Badannya terhuyang-hayang beberapa saat kemudian sebelum dia rebah sepenuhnya dari duduknya.
Baaam!
Bunyi sesuatu jatuh di atas tanah kedengaran.
Kelihatan tubuh kecil Ahuan terbaring di atas tanah dengan muka menghadap ke tanah.
Senyuman sinis namun terselit kesedihan terbit di bibirnya namun hanya sekejap sebelum dia betul-betul tidak sedarkan dirinya.
'Aku belum bunuh nenek kebayan tu.....' Itulah yang berlegar difikirannya sebelum tidak sedarkan diri tadi.
Wusssh!!..
Bunyi deruan angin kedengaran. Dan kelihatan muncul seorang lelaki yang lehernya bertatu 'kala jengking' berwarna hitam. Lelaki itu memandang budak kecil di atas tanah itu. Keningnya berkerut melihat betapa kecilnya budak itu, namun membuang fikirannya itu kerana wang sudah diserahkan kepada si penjual, jadi dia hanya perlu melakukan tugasnya mengambil dan membawa budak ini ke markas mereka. Tubuh Ahuan diangkatnya dengan mudah sebelum menghilang dari kawasan hutan itu dalam sekelip mata. Itupun setelah menghilangkan jejak mereka sepenuhnya dikawasan hutan tebal itu.
Wusssh...
Bunyi deruan angin kedengaran lagi. Kali ini disebabkan oleh benda yang lain pula iaitu aura hitam yang membawa terbang baju yang berlumuran darah.
Bunyi deruan angin yang didengar oleh Ahuan tadi.
"Hehehe..."
Suara milik budak lelaki ketawa kedengaran seram di hutan itu, apalagi ia menghasilkan gema. Kebenciannya amat terasa siapa sahaja yang boleh mendengar suara ketawa itu.
Baju berlumuran darah itu berhenti di tempat Ahuan duduk tadi.
Tik....tik...tik....
Tunggul kayu tua yang tempat Ahuan duduk tadi dikelilingi oleh asap hitam dan kayu itu tiba-tiba berubah menjadi abu hitam yang selepas itu menghilang bertaburan ditiup angin.
Ahuan yang pengsan dengan mata terpejam itu membuka mata hitamnya sesaat, sebelum memejam kembali matanya. Hatinya terasa begitu panas sekali tiba-tiba.
'Sabar....belum tiba masanya lagi....tidurlah dulu.., nanti sudah tiba masanya, baru bangun, ya?' Pujuk suara budak kecil yang kedengaran comel dan lembut sekali.
'En. Baiklah' Kedengaran suara budak kecil milik lelaki yang amat dingin pula menjawab. Namun suara-suara berbicara itu hanya ada dikepala budak kecil yang pengsan tidak sedarkan diri dan berada di tangann lelaki bertatu kala jengking itu. Langsung tidak menyedari bahawa masa depannya telah berubah sekali lagi setelah dia dijual oleh Mr Huang ke sebuah Organisasi Hitam rahsia yang hanya diketahui kewujudannya oleh orang-orang penting kerajaan sahaja, terutama yang mengawal keselamatan setiap kerajaan masing-masing.