HARI ini merupakan hari yang bersejarah buat dirinya. Di mana hari ini dia bakal diijabkabulkan dengan lelaki yang semestinya bukan pilihan dia sendiri.
Kesal?
Kecewa?
Sedih?
Tidak. Dia tidak patut merasakan sebegitu kerana dia juga yang bersetuju dengan semua ini. Dia juga yang berniat ingin membantu lelaki itu. Ini semua keputusan dibuat atas dirinya sendiri.
Wajahnya yang siap disolek dtatap di hadapan cermin. Seperti dirasakan hari ini merupakan hari yang akan sekali berlaku dalam kehidupannya. Tetapi rasa itu cepat cepat diusir.
"Kau kena ingat Aisyah, kau adalah pelakon pembantu dalam drama pendek ni... Semua ni dah di atur dan kau cuma ikut saja. Ia cuma sementara..." bisiknya sendiri.
Aisyah memejamkan matanya buat seketika. Dia ingin menikmati saki-baki zaman bujangnya yang bakal berakhir beberapa minit saja lagi.
Dia kembali membuka kelopak mata apabila terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.
"Aisyah... "
Aisyah segera menoleh pada pemilik suara itu.
"Jom, keluar! Pengantin lelaki dah sampai! " ujar Diana dengan nada yang teruja.
Dia bukan apa cuma terlalu teruja kerana dia tidak menyangka yang sahabat baiknya itu akan berkahwin sebelumnya. Sedangkan dia yang sudah bercinta selama 3 tahun pun masih belum bercandang untuk mengikat ikatan yang sah.
"Dah sampai ke? " soal Aisyah. Jantungnya mula nemainkan irama yang tidak menentu.
"A'ah. Jomlah, cepat! Kesian tok laki kau tunggu lama-lama." balas Diana lalu dia menarik pergelangan tangan Aisyah untuk keluar dari kamar itu.
Aisyah hanya menurut mengikut langkah Dania. Saat tiba diruang tamu, kelihatan ramai tetamu yang hadir memenuhi ruangan itu.
Aisyah mengambil tempat yang sudah disediakan buatnya. Dia duduk bersimpuh di antara Puan Siti dan Datin Yasmin. Aisyah menoleh ke sebelah kirinya melihat wajah wanita disebelah kirinya. Wanita separuh abad inilah yang bakal menjadi ibu mertuanya beberapa minit saja lagi.
Dia teringat akan kata kata wanita itu sebulan yang lepas sebelum hari pernikahannya.
AISYAH menghembus nafas perlahan. Setelah habis makan malam bersama keluarga Mikael serta mengemas meja makan, dia terus mengambil peluang untuk menghirup udara sebentar di laman rumah banglo ini.
Aisyah mengukir senyum manis saat bahunya disapa oleh Datin Yasmin. Dia yang sedang duduk dibuaian yang terletak di taman mini itu, beranjak sedikit memberi ruang untuk wanita separuh abad itu duduk.
Tanpa buang masa Datin Yasmin melabuhkan punggungnya bersebelahan Aisyah, bakal menantunya itu.
"Aisyah buat apa sorang-sorang kat sini? Sejuk malam malam macam ni... " ujar Datin Yasmin memulakan perbualan.
"Saja ambil udara sikit kat luar ni, Datin. Ops, silap... Mama... Lagipun Aisyah rasa janggal bila duduk kat dalam, erm Datin... Eh, mama..." jawab Aisyah dengan tutur kata yang lemah lembut. Dia menunduk malu. Lupa pula akan pesanan Datin Yasmin yang berkeras supaya dia memanggil wanita itu dengan panggilan 'mama'.
Datin Yasmin hanya tersenyum mendengar jawapan dari bakal menantunya itu. Wajah Aisyah ditatap olehnya. Lama. Cantik! Wajahnya persis model luar negara. Dia juga merasakn gadis ini adalah pilihan tepat satu satu anak lelakinya.
Tangan Aisyah dicapai lalu digenggam erat. Aisyah yang terkejut akan tindakan Datin Yasmin itu segera berpaling menghadap wanita itu. Wajahnya memaparkan seribu satu tanda tanya.
"Aisyah... " seru Datin Yasmin.
"Ya, ma... "
"Janji dengan mama... " tutur Datin Yasmin. Ayatnya disengajakan tergantung.
"Janji apa, mama? " soal Aisyah. Perasaan ingin tahu semakin membuak buak. Sedikit debaran turut dirasainya.
"Aisyah tahukan, Mikael satu satunya anak lelaki mama..." Aisyah mengangguk laju. Dia sudah sedia maklum akan perkara itu. Baru beberapa hari lepas Mikael menceritakan serba sedikit latar belakangnya dan juga keluarganya.
"Mama sayangkan dia sangat sangat. Sebelum ni mama risau sangat kalau Mika tak kahwin kahwin... Ye lah kan, umurnya semakin meningkat. Manalah mama tak risau. Ha... Ha... Ha... " sambung Datin Yasmin diselangi gelak ketawanya.
Aisyah hanya tersenyum. Kekura wanita itu diusapnya dengan lembut.
"Masa mama paksa dia kahwin dengan Putri tu mama saja je nak gertak dia... Bila dia kata dia nak bawa balik bakal menantu mama, memang mama gembira sangat. Tak sangka anak mama yang mama tatang sejak bayi lagi dah nak kahwin... Lagi lagi dengan Aisyah... " Aisyah senyum kelat. Kalau Datin Yasmin tahu, pasti kecil hati wanita tua itu.
"Mama tahu, Aisyah adalah pilihan yang tepat buat Mika. Jadi Aisyah, mama minta sangat... "
"Apa dia, ma? Kalau Aisyah boleh tunaikan, insha-Allah Aisyha boleh... " ucap Aisyah, bersungguh.
"Mama tak minta banyak... Cuma mama minta bahagiakan Mika, sayang dan jaga Mika sepertimana mama jaga dan tatangnya bagai minyak yang penuh. Dia satu satunya anak lelaki mama. Jadi, jangan sia siakan dia. Cintailah dia sepenuh hati Aisyah..." ucap Datin Yasmin, penuh berharap.
Senyuman kelat terukir dibibir Aisyah. Perasaan serba salah mula menyerbu dirinya.
SAH! SAH! SAH!
Aisyah tersentak saat dia dipeluk oleh Puan Siti. Kini barulah dia sedar, dia sudah sah menjadi milik lelaki itu. Air matanya mengalir laju. Tidak menyangka dia akan menamatkan zaman bujangnya pada hari ini.
Datin Yasmin yang berada disebelah disalam sebelum wanita tua itu dipeluk erat.
"Tahniah, Syah! Aku gembira untuk kau. " ucap Diana.
"Tahniah, kakak iparku! " Aku tersenyum saat mendengar perkataan 'kakak ipar' yang disebut oleh Mellina.
Kini tibalah masa upacara pembatalan air sembahyang.
Mikael mengambil sebentuk cinta yang dihulurkan oleh Datin Yasmin. Tangan Aisyah dicapai lalu sebentuk cincin yang bertakhtakan batu pertama itu disarung pada jari manis wanita itu.
Aisyah mencapai tangan suaminya itu lalu dicium penuh hormat. Sayup sayup dia mendengar bait kata lelaki itu.
"Selamat datang, isteriku... "
Mikael membalas dengan ciuman di dahi Aisyah penuh syahdu. Saat itu juga mutiara jernih mengalir dari tubir mata Aisyah. Sebak di dada tak mampu ditahan.
'Aku janji, aku akan cuba cintakan kau sepenuh hati aku. Aku janji Mika... ' bisik hati kecilnya.