webnovel

bab 10

Kedamaian pada pagi itu betul betul menyegarkan seluruh tubuh badan nya. Aisyah mengorak langkah ke halaman rumah. Saja mahu menyedut udara segar di pagi hari. Lepas saja menunaikan solat subuh mata nya tidak boleh terlelap seperti kebiasaan nya. Ingin menolong Puan Siti di halau pula.

Sedang leka menghayati setiap bayu yang bertiup, tiba tiba mata nya tertancap pada sebuah kereta Porsche Cayenne berwarna putih yang tersadai di halaman rumah nya.

"Kereta siapa pula ni? Nak kata along punya, dia tak lah kaya mana." Gumam Aisyah sambil mengutuk abangnya.

"Ke abah beli kereta baru? Huu..masyuk duit abah. Mesti berjuta juta duit nya ni." Sekali lagi Aisyah membuat andaian. Tetapi hati nya masih tertanya dan ingin kan jawapan.

Setelah puas menghirup udara segar, Aisyah melangkah masuk ke dalam rumah. Sedang dia mengatur langkah ke dapur, pintu bilik yang berdekatan dapur terbuka dari dalam.

KLIK!

Saat melihat gerangan itu, jantung nya seakan berdegup dengan pantas. Begitu juga dengan gerangan itu, terpanar melihat wajah gadis di hadapan nya.

"Aisyah, asal tercegat kat depan pintu bilik tu!" tegur Puan Siti apabila melihat anak gadis nya berdiri tegak di hadapan pintu bilik tetamu.

Puan Siti memandang kedua dua nya dengan pandangan hairan. Kedua dua berdiri tegak sambil menatap wajah masing masing dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Aisyah merenung Mikael dengan pandangan yang curiga manakala Mikael pula memandang kosong dengan begitu tenang walaupun pada mula nya lelaki itu terkejut dengan kehadiran gadis itu dihadapan bilik yang diduduki nya.

"Cah!" Puan Siti memanggil anak gadisnya itu dengan kuat. Aisyah sedikit tersentak dengan sapaan ummi nya itu. Kini dia kembali ke dunia realiti.

"Dia buat apa kat sini ummi?" Soal Aisyah tanpa berfikir apa apa.

Puan Siti berdehem sebelum dia menjawab soalan anak gadisnya itu.

"Ni Mikael lah... Katanya boypren kamu. Takkan lah boypren sendiri tak kenal? Dah lah tak cakap kat ummi yang kamu ada boypren. " Puan Siti sengaja berjauh hati dari anak gadisnya itu. Aisyah pula jadi mati kutu. Bala! Satu dijelingan padu dihadiahkan buat Mikael.

"Ouh haah. Ni boyfriend Cah." Jawab Aisyah setelah lama berdiam. Geram dirasakan saat ini. Mikael hanya tersenyum sambil menayangkan lesung pipit yang terdapat di sebelah kiri wajah jejaka itu.

Senyuman itu langsung tidak menarik perhatian Aisyah. Malah saat itu dirasakan ringan saja mulut nya untuk memaki hamun lelaki dihadapannya kini.

Puan Siti sudah berlalu ke dapur untuk memberi ruang buat kami berdua untuk berbual. Tapi, kini Aisyah tidak rasa ingin berbual dengan lelaki ini. Dia ingin melangkah ke kamar membiarkan lelaki itu keseorangan. Tak kuasa nak layan! Pandai datang, pandailah layan diri sendiri!

Baru dibuka beberapa langkah, pergelangan tangannya direntap oleh lelaki itu. Aisyah memandang berang pada Mikael. Berani sungguh lelaki itu memenggang tangan nya.

"Opss, sorry! " ucap Mikael seraya itu pengangan tangannya pada pergelangan Aisyah dilepas cepat.

"Huh, kau nak apa ni? " tanya Aisyah sambil berpeluk tubuh.

"Err.. Ikut aku kejap. Ada benda nak dibincang! " nadanya berbaur arahan. Aisyah protes tidak mahu.

"Buat apa aku nak ikut kau? " marah Aisyah, tiba tiba.

"Ikut jela.. Aku nak cakap pasal perkahwinan kita. " serta merta ayat itu membuat Aisyah bungkam. Hampir dia terlupa akan perkara itu. Perkara bodoh yang dicipta oleh Mikael Zafran. Dan dia lah tukang menjadi pelakon didalam drama pendek ini. Huh!

Tapi satu soalan dia hendak bertanya, bagaimana lelaki ini boleh tahu di mana kampungnya?  Tapi persoalan itu cepat cepat diusir dari fikirannya. Malas pula hendak bertanya.

Aisyah mengangguk setuju. Malas hendak membantah. Dia pun sudah berjanji ingin membantu jejaka ini. Jadi janjinya harus dikotakan. Jika tidak digelar sebagai munafik.

Setelah meminta keizinan dari ummi, Aisyah cepat cepat mengikut jejak langkah Mikael ke kereta mewahnya itu.

******************

Setelah beberapa minit, mereka tiba di tepi sawah yang terbentang luas dengan menaiki kereta milik Mikael. Semasa perjalanan ke sini, dia lihat kebanyakan penduduk kampung ternganga melihat kereta semewah ini di kampung. Ada juga yang berbisik bisik antara satu sama lain. Tak lain tak bukan geng geng mak cik bawang lah. Siapa lagi nak menggoreng cerita kalau bukan mereka.

Mereka berdua keluar dari perut kereta. Kedua duanya melangkah ke arah sawah bendang yang terbentang luas itu. Sungguh mendamaikan dengan angin yang bertiup mesra.

"Apa yang kau nak bincangkan tu? " soal Aisyah setelah lama membisu.

Mikael berpaling saat mendengar sapaan suara Aisyah di halwa telinganya. Jarak antara mereka didekatkan sehingga tiada ruang untuk beranjak. Mikael merenung tajam sepasang mata bundar milik Aisyah. Cantik!  Kagum dia melihat mata yang bersinar sinar itu. Kini matanya melorot pula pada bibir basah bak delima Aisyah. Pada mulanya saja ingin bermain main dengan gadis itu. Tapi akhirnya dia terleka menerokai segenap wajah bujur sirih milik gadis itu. Buat pertama kalinya dia mendekatkan wajah nya pada Aisyah.

Aisyah menjadi tidak keruan. Ingin di tegur, mulut nya pula seolah olah dikunci rapat. Jarak antara wajahnya dengan wajah Mikael sangat hampir sehingga deruan nafas lelaki itu jelas kedengaran. Aisyah menarik sebelum dia menegur Mikael yang semakin leka dalam dunianya.

"Mika! Mika! " masih tiada sebarang tanda yang lelaki itu sedar dari kelakuannya.

"Mikael!!!! " jerit Aisyah dengan kuat sehingga boleh memecahkan gegendang telinga Mikael. Mikael tersentak seraya itu dia cepat cepat menjauhkan jaraknya dengan gadis itu. Tidak menyangka yang dirinya akan terhanyut sebegitu. Bagaimana jika mereka sudah mempunyai ikatan yang halal?  Mampukah dia bertahan dengan hanya melihat saja gadis itu apabila mereka sebumbung nanti?

"Sorry.. Ermmmm" ucap Mikael sambil membetulkan baju t-shirt yang dipakainya untuk menutup malu yang jelas di raut wajahnya.

"Hurmmm.. Its okay! " balas Aisyah, perlahan.

Mikael membelakangi Aisyah. Aisyah pula hanya memandang tubuh sasa yang sedang membelakangkan nya itu. Aisyah lebih selesa berdiam.

"Aku dah siap kan kontrak tu. Cuma tinggal tandatangan dari kau saja. Kalau kau setuju dengan syarat syarat tu kau boleh turun kan tandangan di situ. Kejap. " Mikael menghayun langkah ke kereta nya semula lalu diambil sebuah sampul surat berwarna coklat bersaiz besar. Seketika kemudian dia kembali kepada Aisyah semula.

Sampul itu dihulurkan kepada Aisyah. Aisyah ragu ragu untuk menerimanya tapi dia tetap menyambut huluran itu. Setelah sampul beralih tangan, Aisyah membuka sampul itu lalu melihat isinya. Di keluarkan sehelai kertas terdapat dalam kertas itu lalu dibaca dengan teliti. Saat itu dirasakan inilah perkara yang bodoh dilakukan seumur hidupnya.