webnovel

ALEEZA LUNA:waiting for the prince (Malay)

Gadis misteri bernama Aleeza luna yang suka mengigati dendam baginya maaf tidak cukup pasti perlu dengan perbuatan. Gadis itu di benci satu kelas kerana dia merupakan anak yatim dari rumah anak yatim yang berhutang banyak. Tiba-tiba jejaka bernama Prince Rigel Avan pindah ke situ. Jejaka itu bukan sebarang orang dia merupakan pewaris harta jika tiada harta sahaja sudah kaya dan berkuasa apa lagi jika sudah mewarisi harta. Ada satu rumor yang mengatakan jika mahu menjadi isteri kepada Prince Rigel Avan mereka perlu membuat seorang perempuan bunuh diri dengan membuli perempuan itu sampai bunuh diri. Hanya seorang sahaja yang berhati tisu dan tidak berguna ya betul wanita itu adalah Aleeza luna sekarang semua telah membuli gadis itu. Tapi yang paling membuatkan gadis itu terkesan apa bila seorang wanita popular mengupah seorang lelaki untuk membulinya sampai separuh mati. Lelaki itu adalah Adrean Darian lelaki yang membuli beribu-ribu wanita sampai memilih untuk mati. Wanita popular yang mengupah Adrean Darian adalah Nissa aisy dari luaran saja yang lembut tapi hati sungguh hitam dan busuk Tidak lupa MISTERI Aleeza luna misteri ada sahaja sesuatu rahsia yang di rahsia kan gadis itu. Apakah rahsia gadis itu? Adakah dia dapat bertahan? SIAPAKAH HANTU PUTERA ITU? 'Sepatutnya aku dibuli bukan jadi pembantu' ______________________ START:13/MAC/2022 END:______ WATTPAD STORY MANIS_GULA_GULA: 4 SERIES ADGRE:1 ______________________ ⚠️Tiada kaitan dengan cerita sebenar ⚠️ ❎No plagiat ⚠️Bullies ⚠️Mengandungi Ayat kasar

Manis_gula_gula · Thanh xuân
Không đủ số lượng người đọc
9 Chs

2-Secret Hantu

"Ouhh lek jangan marah aku akan buli kau sampai kau bunuh diri"Senyum jahat Adrean.

Aleeza baring di lantai penat mahu berlari lebih baik mati saja.

"Woi kau kenapa"Adrean yang melihat Aleeza mula tidak sedarkan diri.

Gadis itu penat.

"Heh kau nak mati ke ha bangun"Adrean menatap gadis itu.

Aleeza yang sudah pengsan di situ sudah tidak boleh berbuat apa lagi.

........

"Ahhh sakit"Aleeza yang baru saja bangun terus berada di bilik rawatan.

Gadis itu melihat surat dan cincin berada di atas meja.

Aleeza membaca surat itu.

Surat itu tertulis.....

Pakai cincin tu dan kau akan dijaga oleh hantu yang akan selalu dengan kau

~secret~

"Tapi bukan tadi Adrean nak buli aku ke"Gadis yang baru saja sedarkan diri terus pening.

Aleeza hanya memakai cincin itu tanpa rasa ragu-ragu tak kesah lah itu cincin apa.

Gadis itu keluar dari bilik rawatan.

Tiba-tiba se baldi air jatuh di atas kepala gadis itu.

Seluruh badan gadis itu basah.

"Haih"Aleeza mengeluh.

"Selamat sedar dari pengsan"Senyum Adrean yang melihat kejadian tadi.

"Kau gay ke?"Aleeza dengan muka muak.

"Ha sejahat aku tak lah sampai jadi gay"Adrean menjeling Aleeza.

"Dah tahu bukan gay asal kau yang bully aku bukan budak perempuan eeeee"Jijik Aleeza memandang Adrean.

"Bod*h ada orang upah aku untuk buli kau yang murah ni"

"Ouhh murah ouhh tak tanya pulak harga aku murah ke tak bukan aku nak kahwin ke apa pon"Aleeza berjalan meninggalkan Adrean.

"Tunggu lah kau waktu rehat nanti"Adrean dengan senyuman jahat.

........

WAKTU REHAT.

Aleeza yang mahu mengambil makanan tiba-tiba di tarik dua orang perempuan secara paksa.

"Ee apa ni lepaskan aku lah!"Marah Aleeza sedaya upaya bergelut supaya dilepaskan.

Dua perempuan itu membawa Aleeza ke belakang sekolah di mana tiada seorang pun disitu.

Aleeza ditundukkan di depan Nissa.

"Apa kau nak!"Aleeza yang melihat Nissa sedang berdiri di depannya.

Pak!

"Senyap lah mulut tu diam boleh sakit telinga aku!"Nissa menampar Aleeza sehingga wajah gadis merah.

Pak!

Pak!

Pak!

Tiga kali wajah Aleeza di tampar.

Gadis itu hanya mampu menahan sakit.

Bibir Aleeza mula berdarah.

"Kau dah lama pendam"Ucap Adrean yang baru saja sampai disitu.

*Ouh Nissa*Bisik Aleeza dalam hati.

"Ofc si*l ni menyusahkan hidup betul"Nissa memandang jijik Aleeza.

Nissa memegang kasar wajah Aleeza.

"Selesai kan dia"Ucap Nissa kemudian meninggalkan Dua perempuan itu dan Adrean.

Jejaka itu hanya mahu melihat apa yang mereka mahu lakukan.

Salah seorang perempuan menarik rambut Aleeza dan seorang lagi menyepak gadis itu sekuat hatinya.

Aleeza hanya senyap dan memeluk badan nya sendiri.

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN...

Tangan di pegang nya pelan.Sebelah mata gadis itu lebam dipukul.

Aleeza sedang bersandar di dinding.

"Haih ni kalau makcik kalsom tengok ni mati aku"Ucap Aleeza seorang diri di situ.

Tinggg

Bunyi yang mampu menarik perhatian Aleeza.

Gadis itu menoleh ke atas dan melihat Drone terbang kepadanya sambil membawa sebuah kotak.

"Hmm drone apa dia buat kat sini"Aleeza bangun dan berdiri.

Drone berhenti betul-betul di depannya dan masih lagi terbang.

'Amik kotak tu'Suara yang keluar dari drone.

"Hemm suara Google"Aleeza mengambil pelan kotak diikat di drone itu.

"Ah"Badan Aleeza yang sedikit sakit.

'Hati-hati jangan sakit'Suara dari drone itu.

Aleeza membuka pelan kotak itu dan melihat pelbagai ubatan ada di dalam kotak itu seperti diborongnya satu farmasi.

Ada surat disebalik ubat ubatan di baca oleh Aleeza.

Aku tak pandai beli ubat jadi aku amik je apa yang aku nampak harap berguna.Jaga diri baik-baik cantik.

~secret hantu~

"Ouhh terima kasih hantu byee"

Aleeza sambil melambai tangan ke Drone itu.

'Bye I love you'Suara drone itu kemudian sepantas mungkin drone itu pergi.

"Wow biarpun suara Google tapi sampai ke hati"Aleeza sambil menggelengkan kepalanya.

.......

"Aleeza kenapa muka kamu berbalut calar semua"Ucap risau makcik kalsom.

"Jatuh tangga makcik ha"Aleeza dengan muka yakin.

"Betul jatuh tangga ni pelik betul"Makcik kalsom ragu-ragu.

"Betul lah makcik"Aleeza senyum.

"Hmmm yelah yelah"

"Aleeza nak tanya"Ucap Aleeza dengan pelan.

"Tanya apa"

"Makcik kenapa barang ni banyak sangat boleh cukup untuk dua bulan ni"

Aleeza sambil melihat ke meja yang dipenuhi barang makanan dan keperluan yang lain.

"Ha banyak sangat makcik pun tak tahu kenapa dia baik sangat makcik nak tolak tapi dah terbeli kan nak buat macam mana"Sekali gus makcik kalsom berkata.

"Dia? Siapa dia?"Aleeza dengan muka tanda tanya.

"Haih ingat tak yang makcik kata ada lelaki sebaya kamu tolong makcik alih kan katil"

"Ingat,dia ke makcik?"

"Hmm dia lah terkejut makcik tu ada lagi cuma makcik letak tempat lain sekejap"Makcik kalsom mengelengkan kepalanya.

"Kaya betul dia nama dia siapa makcik?"Aleeza tertarik dengan 'dia'.

"Haih kamu ni sudah lah pergi susun barang tu semua lepastu masak makan malam"

"Tapi makcikk nama je kann"Aleeza dengan nada sedih.

"Haih panggil je lah dia Hantu"Makcik kalsom memandang Aleeza.

"Hantu!? Kenapa mesti hantu makcik ada ke orang ber bin kan Hantu makcik"Kesal Aleeza.

"Haih bukan lahh dia suruh kamu panggil dia Hantu .Makcik mengaku kalau makcik cerita sikit pasal kamu ke dia"

Makcik kalsom senyum polos.

"Dia suruh makcik bagitahu Aleeza nama dia hantu macam tu"Aleeza dengan muka bersabar.

"Hemm ye dah sudah sudah pergi susun barang Aleeza"Makcik dengan muka tegas.

"Haih ye lah makcik"Aleeza pergi menyusun barang.

.......

KEESOKAN HARINYA

Aleeza yang berjalan ke pintu masuk sekolah dia melihat sosok yang membuatkan gadis itu terus badmood.

Jejaka yang memakai jaket kulit hitam dan tangan sebelah memegang beg nya seperti nak taknak kemudian tangan lagi satu memegang telefon.

Bila gadis itu melihat semula jejaka itu boleh tahan kacak mungkin orang tidak menyukainya kerana perangai setannya.

Adrean yang bersandar di pagar sekolah menarik sedikit perhatian Aleeza.

Baru saja memandang tempat lain tiba-tiba gadis itu ditolak sehingga jatuh oleh dua orang perempuan.

"Ishhh"

Tanpa di sedari Aleeza menjadi pusat perhatian semua yang baru mahu masuk ke sekolah dari jauh.

"Haih lemah lembut betul nak goda siapa kesiann kau salah tempat sepatutnya tempat kau bukan kat sini tapi kat bawah jambatan tu ha tahu bawah jambatan"

Ucap Seorang dari mereka.

"Kalau aku bawah jambatan kau pulak kat tong sampah"

Lawan Aleeza dan perlahan-lahan bangun.

"Berani kau eh"

Rambut Aleeza ditarik kuat.

"Lepas lah!"Marah Aleeza.

"Heh"Ucap Dingin seorang jejaka tiba-tiba.