webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · Kỳ huyễn
Không đủ số lượng người đọc
13 Chs

Bab Empat_Peluang

Keputusan spm aku dapat dengan jayanya. Dato mencadang aku utk sambung belajar ke luar negara. Tapi melihat keadaan aku yg masih baru tinggal di rumah Dato, aku meminta Dato supaya aku mengambil stpm di sini dahulu. Apabila aku telah dapat sesuaikan diri, barulah aku boleh bersedia utk tinggal jauh. Tapi sejak akhir-akhir ini, Am selalu ada di rumah. Dia cuba mendekati aku tapi belum sempat, aku telah melarikan diri. Ketika waktu makan, aku akan pesan pada Dato yg aku tidak akan bersama jika Am makan sekali. Mereka akur dan faham dengan permintaan aku. Dalam waktu petang, aku sedang seronok bersantai di tepi kolam bersama telefon baruku, seorang wanita berpakaian agak seksi datang dan duduk di sebelahku. Raut wajahnya seperti aku pernah lihat sebelum ini.

"So, u lah, miss Delaila tu?" dia memulakan bicara.

"Ye. Tapi maaf, awak ni siapa ye?" perlahan aku menjawab. Mak Tam dan Suhana, orang gaji Dato, mula datang mendekati kami. Tanganku memgeluarkan isyarat supaya menahan mereka dari terus datang je arahku. Mereka memahami isyarat itu dan mereka hanyamemerhatikan aku dari jauh.

"wah, hebat kau ni ya? Sampai semua orang suruhan Am pun takut kat kau. Kau ni siapa ye? Datang masuk dalam rumah ni tak tahu malu." aku bertambah sakit hati.

"maaf ye cik. Saya tak kenal cik ni siapa. Awak yang datang ke sini tak dijemput, pastu ada hati nak sound orang plak. Kau silap oranglah perempuan. Untuk pengetahuan kau, ni rumah aku. Tolong hormat sikit." Aku naik berang.

"Hei, perempuan. Jaga mulut kau sikit. Dasar penumpang. Keluar dari sini. Sejak kau ada kat sini, Am asyik sebut pasal kau je. Serabut! Lebih baik kau berambus dari sini!" dia mengarahkan aku. Tangannya mencapai tangan aku dan dia mula menolak aku hampir jatuh ke tepi kolam. Dia tidak puas hati, belum sempat dia menarik tanganku utk kali kedua, Am memeluk erat pinggang perempuan itu dari belakang. Menahan dia dari terus menyerang aku.

"Syira, sudahlah! Tak guna u cemburu macam ni. Dia tak ada apa-apa pun dengan i. U pun tahu yg I tak suka dengan dia, kan?" Am memusing badan Syira berpaling ke arahnya. Syira merangkul leher Am dan memeluknya. Am menyambut pelukan Syira.

"i tahu. i just nak dia pergi dari sini. Dia asyik menyusahkan u je. U pun asyik cerita pasal dia. I jelous tau. I sayang u sangat-sangat, Am." dia merapatkan wajahnya ke bahu Am. Naik menyampah pula tengok drama petang itu. Naik berbulu melihat mereka berasmara dana. Aku yg kesakitan di tepi dia langsung tidak hiraukan.

"i tahu u sayang kan i sangat-sangat. Tapi tak payahlah nak buat sampai macam ni. Patutlah u diam dari pagi tadi tak nak cakap dengan i. Just u cemburukan perempuan kampung ni je. Sorry lah sayang. Dia bukannya taste i pun." Dengan selamba Am menjawab. Mak Tam dan Suhana membantu aku bangun dan kami terus masuk dari melihat mereka berdua seronok dibuai asmara. Lebih baik masuk ubati luka lutut aku yg berdarah ni. Bila Mak Tam dan Suhana selesai membaluti luka kakiku. Mereka keluar dan meninggalkan aku. Tidak lama kemudian, pintu bilikku di ketuk. Aku sangkakan Suhana atau mak Tam, jadi aku hanya menyuruh dia masuk kerana pintu tak berkunci. Bila aku terpandang, rupanya Am yg datang masuk ke bilikku dan terus menerkam aku ke dinding. Aku terkejut dengan kedatangan dia.

"Kau buat apa kat sini?" terketar mulutku bertanya. Dia tersenyum sinis. Dia memandangku dari atas ke bawah.

"aku pun tak tahu macam mana aku boleh tertidur dengan perempuan macam kau ni? Kau bukannya taste aku pun. By the way, aku just nak hantar fon kau yg kau tinggal kat pool tadi. Nanti kau cari pula." dia menghulurkan telefon tu di hadapan muka aku. Belum sempat capai, tanganku di genggam. Mukanya merapati mukaku sehingga aku dapat bau nafas Am. Dia tersenyum lagi.

"Kau tak cerita apa-apakan pasal kita hari tu kat Syira kan?" dia mengugutku. Dalam keadaan yakut, aku menggelengkan kepala. Dia tersenyum kembali. Dia melepaskan tanganku dan menghulurkan telefon aku kembali.

"Kalau kau cerita kat mama pasal hal kita, siap kau nanti aku kerjakan. Ingat tu!" dia berlalu keluar dari bilik aku. Aku terkedu dan terus terduduk di dinding itu. Dalam tidak sedar, aku teringat perkara itu kembali dan menyebabkan air mataku mengalir keluar. Aku menekup muka ku dengan ke dua lututku dan tanganku memeluk kakiku. Aku menangis hingga aku tertidur disitu.

Stpm membuatkan aku juga sibuk keluar ke perpustakaan dan kelas. Malam juga aku banyak habiskan masa di dalam bilik utk belajar. Tapi keadaan semasa aku spm dengan sekarang amat berbeza. Ianya membuatkan aku rasa rindu mahu pulang ke rumah anak yatim itu kembali. Kadang-kadang aku keletihan hingga tertidur di meja belajar. Dan sejak akhir-akhir ni juga aku jarang berjumpa mama dan Alia. Mereka juga sibuk dengan hal mereka masing-masing. Am pula banyak mengambil peluang cuba curi masuk ke dalam bilikku. Kadang-kadang aku terlupa kunci pintu supaya Mak Tam atau pekerja Dato senang masuk ke bilik. Tapi ketika itu jugalah Am mendapat peluang utk memuaskan nafsu serakahnya. Makin hari dia makin menagihi diriku. Sehingga aku minta hanya mak Tam je yg boleh datang ke bilikku dan pastikan pintu bilikku akan di kunci. Kejadian yg tidak di ingini itu sudah pun berlaku sebanyak tiga kali. Dia lebih banyak duduk di rumah dari keluar bersama Syira. Aku semakin takut dan trauma. Bila pintu bilikku di ketuk tanpa suara. Aku tidak kan membukanya hingga kadang-kadang Am akan menumbuk-numbuk, menyepak-nyepak pintu bilik dan memaki hamun aku di depan pintu itu supaya aku membukanya. Aku tidak akan membukanya langsung. Ada sekali dia dapat kunci bilikku dan dia dapat masuk juga. Lepas sekali aku dapat tahu, aku cuba sembunyikan kunci itu. Dia bertambah berang seperti orang gila. Beberapa kali dia cuba hubungi aku. Mesti dia dapat nombor dari mama atau Alia.

Satu malam, Dato balik awal, Am sedang mencari kunci pendua bilikku di dalam sebuah almari. Ketika itu aku baru turun mahu mencari air di dapur dan terserempak dengan mereka.

"Am cari apa ni? Sibuk je mama tengok." Dato menghampiri Am. Dia terus mematikan pencariannya dan berpaling ke arah Dato.

"Tak adalah, mama. Am cari kunci pendua bilik. Kat mana mama simpan ye?" Dato seperti meragui sesuatu.

"kenapa Am cari kunci bilik?" Am mengaru-garu kepalanya.

"err.. Tak de la, mama. Pintu bilik Am terkunci. Am nak buka pintu bilik la. Kat mana mama simpan?"

jawapan Am melegakan hati mamanya dan mamanya memberi tahu lokasi penyimpanan kunci itu.Tujuan aku ke dapur di matikan dan aku terus menuju kembali ke arah bilik. Aku bertambah takut dan risau. Kalau-kalau dia cuba mendapatkan kunci pintu bilikku lagi. Kali ni aku akan bersedia cuba melawannya.