MASA KINI
KAMPUNG RAMBAI TUJUH
HENING di pagi hari yang mulai hilang suhu dinginnya, dan kabus yang hilang lapisan airnya menandakan mentari mula memancarkan dirinya dengan berani. Senario alam dan fitrah permandangan di kampung sudah menunjukkan bahawa pada awal pagi hari, orang kampung sibuk dengan kerenah masing-masing. Membonceng motor, mahupun berkenderaan kaki pergi ke kebun masing-masing untuk meraih rezeki. Untung hari ini apabila malam kelmarin tidak turun hujan. Kerana jika pokok terlalu basah, sukar untuk mereka untuk 'memotong' pokok-pokok getah. Walau cuma sedikit rezeki yang disauk dan adakalanya tidak cukup, mereka tetap membanting tulang mencukupkan keperluan dapur.
Itulah adat kehidupan. Tidak semua bersifat mudah.
Aktiviti sama, berlaku juga pada keluarga Danish yang turun tanah, mencari pendapatan yang sama.
Danish, yang usai membersihkan diri sebelum memakai baju kemeja berlengan panjang, berwarna merah hati, bergaya kemas berbaju kerjanya. Sedang lewat dia sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja sementara sebagai guru ganti di sekolah pendalaman, seberang kampungnya. Mengantikan seorang guru yang sedang cuti bersalin.
"Dan..nanti balik, belikan mak telur ayam ya." Pesan ibunya, tika dia menjengah ke dapur rumah. Danish mengangguk cuma. Kolar baju, dikemaskan lagi. Tali leher yang mengikat sekeliling tengkuknya, dibetulkan kendudukkannya sehingga matanya berpuas hati dengan penampilannya.
"Itu je ke, mak?" tanyanya pula, melaung dari dalam bilik setelah dia selesai mengemaskan dirinya.
Dia kemudian, melangkah ke ruang dapur. Menghampiri sajian di atas meja makan. Tudung saji yang menutup makanan, dibuka. Kelihatan kuih kegemarannya, di dalam piring kaca. Tanpa menunggu duduk, sebiji karipap diambil. Disumbat sebiji ke dalam mulut.
Puan Adila yang sedang menyenduk nasi goreng ke dalam mangkuk tambah, sempat mencuri lihat keletah anaknya, dan tatkala dia menghampiri meja makan membawa nasi yang baru digorengnya, tangannya sempat menjentik tangan Danish. Kemudian, pantas tangannya mencubit pinggang anaknya. "Nak makan, buka tudung saji. Letak tudung saji dekat tepi. Makan betul-betul. Duduk, ambil kerusi." tegurnya, sambil tangannya mengambil tudung saji, diangkat lalu dibawa ke bawah. Mangkuk tambah, diletakkan di tengah-tengah meja.
Danish menyengih, dengan mulut yang penuh menguncah kuih berintikan kari kentang. Kerusi ditarik, diduduk. Teguran ibunya di ikutkan sahaja. Sengihnya juga, melebar.
"Balik pukul berapa nanti?" aju Puan Adila. Pinggan yang disusun atas rak pinggan, diambil. "Jangan balik lewat sangat." Tambahnya lagi, dalam pesanannya.
Dirasakan kerjanya selesai, Puan Adila duduk sekali dengan anaknya. Air teh kosong, dituang ke dalam cawan teh, kemudian dihirup nipis. Membasahkan tekaknya buat ketika.
"Mmm.." balas Danish dengan bunyi suara. Mulutnya, masih penuh dengan kuih yang dibeli oleh ayahnya sebelum pergi ke kebun.
"Ingat pesan mak. Walaupun kamu, lelaki. Tetapi, zaman sekarang ni. Bahaya. Balik cepat!" pesannya lagi.
"Ya..tapi, tak adalah awal sangat. Banyak kerja nak kena buat." ujarnya pula. Walaupun dia cuma menganti guru. Kerjanya bersilih ganti. Ada ketika dia dipanggil untuk mengantikan kawannya yang merupakan guard security di Hospital Tanjung Rambutan. Sehari, boleh dapat dalam seratus.Tetapi, kertas peperiksaan yang ditinggalkan cikgu Aimi, dia perlu semak.
Danish bangun dari kerusi, mengambil mug yang tergantung di atas rak besi. Lalu, dia datang semula ke meja, menuang air teh yang dibancuh ibunya.
"Kena balik awal. Cuba.." suara Puan Adila. Tegas bicaranya.
Danish mengangguk, malas membantah. Risau ibunya, melambatkan lagi gerakkannya. Air teh yang masih panas, diminum perlahan-lahan. "InsyaAllah, ya" balasnya seketika. Setelah air teh habis, dia bangun dan mendekati ibunya. Tangan ibunya dicium hormat. Mengambil restu ibunya, sebelum melakukan tugasnya. "Dan pergi dulu." sengihnya. Dia kemudian, berlalu pantas keluar.
HOSPITAL BESAR KUALA KANGSAR, 2013.
WAD KENANGA
"KAK...kak??" Mata Ainaa yang kabur, terkedip-kedip dia membuka pandangan. Kelopak matanya berat, dan menyukarkan dirinya melihat suansana yang kedengaran riuh di sekelilingnya. Terpaja-paja dia mencari sisa tenaganya untuk bangkit dan bangun semula. Bau ubat, mula menusuk ke rongga pernafasannya. Dahinya berkerut, dan matanya mengecil.
Umpama celik yang menjadi buta. Seakan dirinya, tiba-tiba hilang penglihatan. Dia cuba mendepakan tangan meraba-raba kawasan di sekitarnya. Buntu! Keliru! Di manakah dia? Sebelum dia sedar, dia berada di dalam kereta. Tetapi, kini dia di mana? Tangannya beraba ke arah kiri. Mencari kelibat. Sebab adiknya duduk di sebelah penumpang ketika mereka di dalam kereta.
"Kak!" tegur Sofea. Suara adiknya menjengah deria pendengarannya yang agak samar-samar. Keningnya, terjongket memberi reaksi. Kepalanya juga beriaksi pada arah suara, yang memanggil.
Usapan lembut, memeluk erat tangannya hingga tubuhnya terdorong sedikit ke arah si pemeluk membuatkan dia menolak secara spontan. "Kau siapa?!"
Sofea meraih lengan kakaknya, semula.
Pengangannya itu kuat dan dapat dirasakan Ainaa apabila dia cuba menolak semula pengangan yang tidak diketahui siapakah yang memeluknya. Dia tidak nampak.
"Kak..adik minta maaf. Adik betul-betul tak sedar." Sofea bersuara perlahan. Matanya agak bengkak, apabila dia mendapati kakaknya tidak sedarkan diri sejak semalam. Hatinya marah pada dirinya sendiri kerana dia langsung tidak sedar.
Tahu-tahu sahaja, mereka sudah berada di dalam wad. Cuma, dia dibenarkan untuk keluar awal pagi tadi sedangkan kakaknya. Masih tidak sedarkan diri. Apa yang doktor kata, memang agak mustahil namun dia cuba mendiamkan diri buat masa kini. Risau jika diberitahu hal sebenar pada ibunya, ianya akan membuatkan kesihatan ibunya terjejas pula apabila ibunya terpaksa risau akan hal tersebut. Jika boleh, biarlah mereka beritahu saat berada di rumah. Tetapi.., betulkkah pilihannya untuk pulang semula ke Cheras. Dia tidak mahu kakaknya kembali sakit. Ugutan yang meminta dia pulang semula ke Cheras, membuatkan dia ketakutan. Tambahan, hanya dia seorang sahaja yang mendengarnya.
Matanya menjeling ke arah kakaknya, melihat leher kakaknya yang biru kebiruan seperti bekas dicekik orang.
Ainaa melepaskan nafas lega. Rupanya, orang yang memeluk tangannya adalah saudarnya sendiri. Dia menguntum senyum ringkas. "Tak apa..benda dah berlaku. Ibu tahu tak ini?" soalnya pada adiknya. Pandangannya yang kabur itu, perlahan-lahan jelas. Dengan berhati-hati dia membuka pandangannya. Wajah adiknya yang nampak seperti lembaga yang kehitam-hitaman, tetapi semakin jelas wajah manis adiknya itu di pandangan matanya.
Sofea yang berada di sisi katilnya, menganggukkan kepalanya. Adiknya masih memeluk erat lengannya. Perasaan serba salah, mungkin merangkum hati adiknya apabila melihat kakaknya sendiri dalam keadaan bergitu. Mujur sahaja, yang dipeluk oleh adiknya itu bukan lengannya yang dicucuk jarum. Jika tidak, mahu meraung dibuatnya. Belakang kepala Sofea, diusap lembut. Memujuk adiknya itu.
"Kakak dah sedar." Sapa Puan Zahrah, mendapatkan katil anaknya. Wajahnya terpamer kerisauan melihat anaknya dimasukkan wad. Tangannya yang menjinjit bubur nasi di tangannya, diletakkan di atas meja sisi.
Ainaa tersenyum sebaik wajah ibunya muncul di balik langsir. Dia cuba bergerak bangun, mendudukkan diri. Sofea pula, lekas sahaja membantu kakaknya menegakkan katil agar mudah kakaknya dapat duduk bersandar dengan selesa.
Huluran tangan ibu mereka, disambut dengan salam mesra dan hormat. Sofea bangun, memberi ruang kepada ibunya. Awal pagi sebaik dia di charge keluar, dia sudah menghubungi ibunya. Memaklumkan keadaan mereka yang berada di Hospital.
"Datang dengan siapa?" tanya Ainaa.
"Seorang ja. Awal pagi tadi. Adik call ibu, beritahu kamu berdua di hospital. Itu yang ibu bergegas ke mari." utaranya. Kerusi duduk yang diberikan anak bongsunya, ditarik lalu diduduknya. Melepaskan lelah, setelah mencari bubur untuk anaknya. Alang-alang, dia mencari makan di kantin.
"Ibu, kan akak ada hubungi ibu sebelum ini. Macam mana? Ada tak mana-mana ustaz yang boleh buat rawatan Islam. Ustaz yang ibu kenal ke??" aju Ainaa. Dia tidak akan lupa misinya, kerana selagi benda itu masih menganggunya. Dia perlu mencari jalan, untuk mengusir mereka. Bomoh atau pawang, dia tak percaya. Baginya karut! Malah, benda yang berkaitan permujaan adalah syirik.
"Ada..lepas kamu boleh keluar. Kita terus berangkat ke sana." jawab Puan Zahrah.
"TAK, BOLEH!!" Sofea mencelah. Teriaknya kuat, hingga suaranya berdengung-dengung hingga ke aras atas. Puan Zahrah terkejut melihat reaksi anaknya yang luar biasa dari sifatnya yang lemah lembut, begitu juga dengan Ainaa. Adiknya menjadi kasar. Seluruh wajah adiknya, kelihatan gelap terbakar. Meremang belakang tengkuk Ainaa melihat adiknya dalam keadaan bergitu. Tangan ibunya, dipengang dan secara perlahan. Surah ayatul kursi bergumam di bibirnya.
"Tak boleh! Engkau nak mati macam semalam ke?!!" Sofea berderam marah. Di ujuk kakaknya dengan telunjuk. Beberapa jururawat, terus datang menghampiri mereka.
Bersambung...