webnovel

bab3

" yeah. Wait you buat apa dekat sini?" Soal Dr Nazmi.

"Haa? Maksud Dr? Pelik ke kalau saya ada dekat cafe?" Soalku sedikit kaku.

" tak la, tapi.. saya jarang nampak awak ada dekat kafe ni. Tu yang macam pelik." Balasnya sambil tersenyum.

" you sorang je ke?"  Tanya Dr Nazmi.

" erm..." Aku sendiri tak tahu nak cakap aku sorang atau bukan.

" Dia dengan I." Celah Adam.

" Oh." Ucap Dr Nazmi berama reaksi nak yang sukar digambarkan. Macam terkejut. Macam tak terkejut. Entah la.

" Adam. " ucap Adam sambil  menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Adam? Oh.. you lecturer baru yang look macam foreigner tu ye? I see.. " ujar Dr Nazmi sambil mengangguk perlahan.

"I'm Nazmi. Dari fakulti undang-undang. I ajar kelas Lyn Business law. Ni tengah consultation ye?" Ucap Dr Nazmi.

Pensyarah yang mengajar program yang aku ambil ini ada lah datang dari beberapa fakulti lain. Mungkin disebabkan rupa Adam terlihat asing punca dia cepat menjadi topik.

" No."- Adam

" Yes." -Lyana

Ucap kami serentak. Aduh pakcik ni, masa-masa macam ni jujur pula, dulu pandai sangat menipunya.

Aku menjeling Adam tajam.

"Ok.. yes ke no ni? Complicated betul?" Soal Dr Nazmi seraya ketawa.

"Tak ada apa la Dr, nak cakap consultation pun tak, cuma ada la Tanya sikit-sikit." Ucapku sambil tersenyum.

Fuhh ni kira aku tak menipu la kan. Ke menipu? Ahhh lantak laaa.

"Oh yeke. Ok la, saya gerak dulu ye. Jangan lama-lama sangat nak magrib dah ni." Titipnya lalu berlalu pergi.

"Kenapa tak cakap je, yang kita ni ada apa-apa?" Soal Adam setelah Dr Nazmi berlalu pergi.

" ada apa-apa? Maksud awak? Pernah ada je la. Sekarang awak hanya penyarah saya je." Ucapku.

" IRIENA. boleh tak jangan main-main." Tutur Adam tegas.

Dari dulu lagi, setiap kali marah, nama depan aku yang akan dia sebut. Adam ni, lemah lembut tutur katanya. Tapi mudah terusik emosinya. Kurang sabar la boleh dikatakan.

" saya tak main-main pun Adam. Awak ingat, awak boleh datang dan pergi ikut suka awak je ke? Awak ingat saya ni apa? Rumah singgah? Haish. Kalau memang niat awak nak kerja kat sini sebab nak cari saya. Then saya rasa awak patut kembali kepada kerjaya lama awak. Saya tak ada masa nak mengimbau kenangan yang dah tak bagi apa-apa makna buat saya dah. " tegasku bersama renungan tajam.

Mungkin ini bukan la kata-kata yang tulus dari hati. Tapi benar aku tak rasa memberi peluang semudah ini akan membaiki semuanya. Biarlah kami membuka kisah lain bersama orang lain.

" awak, kenapa macam ni?.. saya ikhlas sayangkan awak. Takkan awak dah tak rasa apa-apa? Saya yakin awak untuk saya Lyn. You are not my first but I will make you my last. Cause you are the chosen one. " Adam lembut sambil menatap aku.

"Ikut awak la Adam. Penat la saya nak ulang benda sama. " tuturku lalu berlalu pergi.

***

Aku melangkah lemah masuk ke dalam bilik. Niya memandang setiap langkahku dengan penuh tanda soal. Aku tahu dia menanti cerita dari pertemuan aku dan Adam tadi.

"Apa? Kau nak tahu apa?" Soal aku sedikit dingin.

" hish kau ni. Nak tahu apa jadi tadi la. Kenapa dia ajak kau jumpa? Dia cakap apa? Dia bagitahu tak kenapa dia bagi alasan bodoh tu hari tu? " bertubi-tubi soalan keluar dari bibir merah nipis itu.

"Dia cakap dia accident. Dia buta sekejap. Jadi dia rasa dia akan buat aku sedih.  Pastu dia ajak aku kahwin tadi." Ceritaku kepada Niya.

"Buta?! Buta mata ke? Ke buta hati? Pastu bila dia dah tak buta ni dia yakin la boleh buat kau happy?! Lepas dia buat member aku ni melalak. Nasib tak buta budak ni sebab menangis " kata Niya .

"Amboiii! Agak-agak la kau nak bercakap tu. Aku nangis sikit je. Kau ni bukan nak tenangkan aku. Makin tambah sakit hati ada la." Ujarku geram.

" ok babe, sekarang ni kau percaya ke cerita mamat tu? Tiba-tiba pula buta, dia ingat drama akasia." Bebel Niya bersama mata yang penuh dengan amarah.

" entahlah weh. Kalau fikir selama aku kenal dia, dia bukan orang yang suka menipu pun. Apa dia cakap, dia akan buat. Dulu masa kenal online pun aku tak percaya pun yang dia akan datang sini and jumpa aku. Aku pun tak sangka hubungan yang macam dunia hayalan tu, boleh jadi realiti. Aku tak sangka dia memang datang Malaysia untuk jumpa aku dulu. Ni dia cakap dia kerja dekat sini sebab nak cari aku. Haih makin aku fikir, makin aku tak tahu nak buat apa." Luahku bersama keluhan.

"Kau sayang dia lagi tak?" Tanya Niya.

Aku menarik nafas dalam sebelum meluahkan kata.

"Haish, sayang? Entah la. Aku tak tahu." Ucapku.

"Bila cik Lyana cakap entah la, maksudnya, dia sayang lagi la tu. Aku kenal sangat dengan kau ni. Tak tahu tak tahu, padahal tahu je..." perli Niya sambil menggelengkan kepala.

" apa pula? Kau tanya, lepas tu judge." Balasku.

" Gini la mek Iriena Lyana, apa kata kau buat istikharah. Buat sepenuh hati. Mungkin kau akan dapat jawapan yang padu dan jitu." Ucap Niya bersama senyuman nipis.

***

Bunyi jeritan penggera bagaikan memecahkan kesunyian pagi. Jam menunjukkan pukul 8pagi. Sepanjang malam aku berjaga, meminta arah dari pencipta. Telekung di kepala aku buka lalu tuala mandi aku capai.

Kaki melangkah lemah menuju ke kamar mandi. Hati dan otak masih penuh dengan nama manusia bernama Adam Luth. Tak aku nafikan sepanjang aku mengenali dia, dia lelaki yang baik. Tapi satu kesalahannya meranapkan segala kepercayaan.

***

Usai membersihkan diri, aku duduk di birai katil. Mencapai telefon pintar. Lalu satu panggilan masuk dan minta di angkat. Aku tersenyum melihat nama yang terpapar di situ. "Mama" wanita syurgaku.

"Hello mama!" Ucapku teruja.

"Assalamualaikum nya mana anakanda?" Soal mama dalam kata lain sambil dia perli.

"Hehe sorry-sorry. Assalamualaikum mama! Kenapa call ada apa-apa ke?" Soalku.

" waalaikumusalam.  Kena ada apa-apa ke baru mama boleh call anak dara mama ni?" Usik mama.

"Ish mama ni, ada je. Lyn cakap ni dia complaint yang itu. Betul yang itu, yang ini pula dia complaint. " omelku dengan nada mengada.

"Haha. Lyn tak ada kelas kan hari ni?" Tanya mama lembut.

" haah tak ada." Jawabku.

Memang sudah menjadi rutin aku untuk menghantar jadual kelasku kepada mama untuk setiap semester. Anak manjaa katakan semuanya nak kongsi dekat mama.

"Ok then, cepat siap-siap. Mama dah on the way ni. Lagi sejam mama sampai. " ucap mama.

" sampai kampus Lyn ke?" Soal aku terkejut.

" yela. Cepat-cepat." Ujar mama.

"Mama datang dengan siapa?" Soal aku lagi yang masih terkejut tapi teruja.

" ayah, abang, kak Izzah pastu dengan Mika. ". Kata mama.

"What?! Semua orang ada la ni?!!! Ok-ok. Lyn siap sekarang juga!" Jeritku teruja.

***

Aku menguis-nguis batu-batu halus. Sambil mata meliar menanti sebuah kereta.

Telingaku menangkap deruman sebuah kereta. Senyuman dibibirku terukir kerana hati sudah yakin itu pasti mereka.

Pantas kepalaku angkat dengan rasa penuh teruja. Senyuman ku mati. Ini bukan kereta yang aku kenali. Bukan mereka.

Namun mataku terhenti tatkala melihat gerangan di dalam kereta itu.

Dia? Eh bukan kot. Detak aku di dalam hati.

Pemandu kereta itu, keluar dari perut keretanya. Tak salah lagi. Memang dia.

"Awak buat apa dekat asrama siswi ni?" Soalku laju, tepat dan tajam.

Adam mengukir senyuman. Dia yang mengenakan t-shirt berlengan panjang berwarna putih bersama seluar denim melangkah mendekatiku.

"Jumpa awak la. Awak rindu saya tak?" Ucapnya yang jarak kami hanya la beberapa inci sambil menarik sedikit kaca mata hitamnnya kebawah.

Aku ketawa sinis mendengar kata-katanya.

Baru sahaja aku ingin membalas tajam kata-katanya, telefon ditangan Adam berdering.

" waalaikumusalam mama, haah Adam sampai dah. Dahh jumpa dah anak mama yang cantik ni. Ok-ok Adam tunggu sini." Ucapnya sambil tersenyum.

Sel-sel otak aku mula berhubung. Mencantum semua bait-bait yang keluar dari bibir itu.

Wait wait wait, apa?!.

BERSAMBUNG....

P/s: sorry for being soooo late. Kita sambung esok. Srs2 dalam pkul 12jgk ok! Komen byk2 vote byk2 baru la sis semangat. Enjoy reading!.