- Jumaat -
Isabella sudah tak sedap hati. Paparan skrin kecil di dinding lif dipandang tak berkedip. Begitu cepat benar nombor-nombor itu bertukar! Macam segaja saja mahu dia sampai ke kelas dengan segera! Dia mengeluh panjang. Takutnya!!
Pintu lif sudah terbuka luas-luas, tanda dia dan Syafira sudah tiba di tingkat 7, untuk ke makmal iMac. Lambat-lambat saja dia melangkah keluar. Muka jelas kelihatan seperti tak tenang langsung!
"Muka macam ayam berak kapur je dah kenapa? First week of new semester kau dah lemau macam ni? Seriusla?" Ujar Syafira sambil menyiku kawannya itu. Tangan Isabella seterusnya dirangkul manja.
"Oh by the way, lama betul wirid subuh tadi.. Doakan apa tu sis?"
"Sakit pula hati aku dengar pertanyaan kau tu.. Kau ni kalau tak ada mulut pun bagus juga.. Tak sakit hati aku" balas Isabella, geram. Muka Syafira disisinya itu dijeling tajam.
"ISABELLA!" laung satu suara dari belakang, membuatkan dia berpaling.
Izati, juniornya memanggil dia dari blok sebelah. Rangkulan Syafira di lengan Isabella sudah dilepaskan. Dia jalan ke hadapan sedikit dari Isabella manakala Isabella pula berjalan dalam keadaan mengundur.
"ZATI ADA TIKET LEBIH UNTUK KE EVENT ZATI MALAM NI. NAK TAK?"
"NAK!! BENDA FREE SAPA TAK NAK? DATANG BILIK AKU MALAM NI"
"OKAY. PUKUL 8 ZATI DATANG"
"ALRIGHT JUMPA MALAM NI!"
Dan dalam pada dia tergesa-gesa memusingkan badan ke hadapan kembali, kepalanya terus berlaga dengan sesuatu yang keras, membuatkan dia hampir-hampir saja jatuh ke belakang.
"OUCH!! SAKITLAH!! TAK NAMPAK KE ORANG KAT TENGAH JALAN NI?" marahnya sambil mengurut dahi yang sudah berbenjol. Dia sudah tertunduk-tunduk manakala matanya juga terpejam rapat, menahan denyutan yang semakin galak menyerang dahinya itu.
"Isabella.. Kau.. Dah.. Menempah maut" bisik Syafira yang baru saja pergi mendapatkan dia.
Perlahan, Isabella membuka mata untuk memastikan apa yang baru diucap oleh kawannya tadi itu benar dan tatkala itu, pandangannya dihidangkan dengan kehadiran sepasang kasut kulit bewarna coklat yang sedang berdiri di hadapannya.
Matanya terus membuntang.
What the fish Isabella!!!