webnovel

Lihat Dara Saya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Apa yang Rong Rui mahu lakukan? Bawanya ke hotel itu lagi?

"Menarik kepala hotak kamu!" Cheng You berasa seperti hampir gila. Lelaki ini penyangak, penyangak, penyangak! Tetapi dia juga pelakon yang hebat sehingga berjaya memperdayakan ibu bapanya. Tut!

"Fikiran kamu hanya penuh dengan perkara kotor sepanjang hari. Kenapa kamu tak pergi mati saja? Tang Mengying dah jadi seperti itu sekarang. Bukankah sepatutnya kamu dah bunuh diri? Menyemak saja kamu ada!" Cheng You meluahkan kata-katanya tanpa berfikir panjang.

Sebaik mendengar kata-kata itu, Rong Rui semakin merapatkan dirinya ke arah Cheng You dengan pandangan berbahaya. Dia mencubit wajah wanita itu. Cheng You dapat merasakan kemarahan Rong Rui. Walau bagaimanapun, ego dan maruahnya membuatkannya enggan tunduk kepada lelaki itu. Dia adalah Cheng You, pembantu terpenting Li Sicheng. Kenapa pula dia perlu diugut oleh seseorang yang bukan siapa-siapa seperti Rong Rui? Dia merenung lelaki di hadapannya kembali tanpa teragak-agak dan cuba menenangkan dirinya.

Selepas merenung Cheng You beberapa ketika, akhirnya Rong Rui bersuara, "Saya tahu ia idea kamu. Pemburu yang beritahu saya."

"Idea… idea apa?" kata Cheng You sebelum menyedari suaranya terketar kerana ketakutan. Dia terus berasa menyesal dan berharap dapat menampar mulutnya.

"Rancangan sewaktu di rumah di Jiangzhou. Li Sicheng dah rancang dan kamu ubahnya. Sebenarnya Li Sicheng memang mahu tinggalkan saya bersama pengawal-pengawal peribadi itu, tapi kamu hentikan dia, kan?"

Cheng You memalingkan wajahnya sebaik mendengar kata-kata itu. "Saya cuma kasihan tengok kamu. Selepas dibutakan oleh si perempuan jalang Tang Mengying itu, kamu akhirnya tak dapat apa-apa dan juga tak boleh dibunuh. Memang teruk."

"Kalau pengawal-pengawal peribadi itu benar-benar lakukannya kepada saya, saya memang akan bunuh diri." Rong Rui mengusap dagu Cheng You yang lembut dan berkata tenang, "Tak ada lelaki yang sanggup diperlakukan sebegitu. Saya bayangkan ia lebih memalukan daripada seorang wanita dirogol beramai-ramai."

Ia memang teruk… Memikirkannya sahaja sudah cukup membuatkan Cheng You berasa gerun.

"Jadi, saya boleh cakap kamu dah selamatkan nyawa saya," sambung Rong Rui.

Bibir Cheng You menggerenyet dan dia berkata, "Jadi kamu nak berterima kasih dengan memberikan diri kamu kepada saya?"

"Ya, di masa hadapan, tak kira kamu mengaku atau tak, saya milik kamu."

Cheng You menyedari dia mempunyai kelebihan dan segera mengingatkan, "Disebabkan kamu tahu saya penyelamat kamu, kamu patut lepaskan saya sekarang. Mungkin saya akan bagi kamu jadi pengawal peribadi saya atau apa-apa yang lain jika angin saya baik. Kamu tak layan penyelamat kamu dengan cara yang betul!"

Rong Rui tidak menghiraukan kata-kata itu dan berkata dengan tenang, "Kamu yang serahkan diri kamu dulu."

"Jadi kenapa? Ia cuma dara. Tak kisahlah!" kata Cheng You dengan berpuas hati.

"Tapi ia kali pertama untuk saya juga. Saya hargai dara saya."

Cheng You membentak, "Dara lelaki? Saya dah hidup lama dan ini kali pertama saya dengan lelaki ada dara! Siapa yang kamu cuba perbodohkan?"

Rong Rui tersenyum sambil memandang Cheng You dengan mata kuning jingganya. Kemudian dia membuat riak wajah kecewa, "Kalau saya tahu kamu akan nafikannya, saya akan beri kamu tengok dulu sebelum ia ditembusi. Sekarang dara saya dah pecah dan saya langsung tak ada bukti. Teruk betul!"

Chương tiếp theo