webnovel

Mendukungnya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Cheng You berkata, "Tut! Mana ada benda lain di situ selain uretra?"

"Saya tak tahu pula kamu pandai biologi."

"Dah tentulah. Lepaskan saya!"

"Tapi macam mana cikgu kamu ajar? Siapa kata lelaki tak ada dara? Atau mungkin kita patut kembali ke tempat biasa untuk lihat proses ia pecah?"

Cheng You berasa sangat jengkel hingga mahu mencekik leher Rong Rui. Lelaki ini, mukanya sangat tebal dan mulutnya sangat tiada insurans sehingga Cheng You sering terkedu dengan kata-katanya. Malah lelaki itu mengatakannya dengan wajah tidak bersalah! Tut!

Cheng You berhenti bergelut ketika wajah Rong Rui semakin menghampiri wajahnya dan bertanya, "Kamu betul-betul tak nak lepaskan saya?"

"Sebenarnya saya boleh saja lepaskan kamu. Tapi bagaimana kalau di tempat lain?" 

Cheng You hampir menangis dan berkata perlahan, "Tolonglah, boleh tak kamu jangan terlalu gelojoh? Ini kampung halaman saya, ramai kenal saya di sini. Kalau orang nampak kita begini, macam mana saya nak tinggal di sini lagi?"

Rong Rui tunduk dan mengangguk mendengar kata-kata Cheng You. "Betul juga tu."

Cheng You segera mengangguk. "Dengar sini. Saya gadis yang sangat cantik seperti bunga. Tak manis kalau saya dilihat bersama lelaki tinggi dan gagah seperti kamu di khalayak ramai."

Rong Rui mengangguk faham dan berjata, "Kalau kamu dilihat buat perkara tak senonoh di khalayak ramai, kemudian ia tersebar dari mulut ke mulut, kamu pasti tak akan dapat berkahwin dengan orang yang baik nanti."

Cheng You mengangguk lebih laju. "Penduduk di sini tak seramai di kampung halaman kamu atau Kingstown. Di pekan sekecil ini, kalau khabar angin tersebar, kamu rasa ada lagi sesiapa akan mahukan saya?"

"Nampaknya ia dah jadi seteruk ini…"

"Ya!" Cheng You menyangka dia telah berjaya memujuk Rong Rui dan hampir menangis. "Jadi, Encik, lepaskan saya, okey?"

"Okey," kata Rong Rui lalu melepaskannya.

Akhirnya Cheng You mendapat kebebasan. Dia menggosok lengannya dan mendapati tangannya sudah lebam-lebam. Dia tidak dapat mengelak daripada berasa kecewa. Cheng You terus cuba melarikan diri, tetapi Rong Rui tidak sebodoh itu. Cheng You diangkat olehnya seperti seekor ayam.

"Ahhhhh! Kamu cakap kamu nak lepaskan saya. Kenapa buat begini?"

"Saya cakap akan lepaskan kamu, saya tak cakap akan biarkan kamu lari. Cik Cheng tak ada daya ingatan yang kuat, ya? Atau kamu ada masalah pendengaran?" Rong Rui meletakkan Cheng You kembali ke bawah dengan tenang dan memeluk pinggang wanita itu. "Jom pergi."

"Alih tangan kamu!" Cheng You memukul tangan lelaki itu.

Rong Rui menjelingnya. "Kalau macam tu mari kita tukar posisi." Kemudian dia terus mengangkat Cheng You.

Rong Rui mendukungnya!

Cheng You bergelut dengan kuat dan menjerit, "Kamu tahu tak kamu penyangak, Rong Rui! Sial keluarga kamu!"

"Saya keluarga kamu, kamu dipersilakan menghina. Saya tak akan bantah." Rong Rui terus berjalan sambil mendukung Cheng You walaupun wanita itu terus bergelut dan hampir dapat melepaskan diri beberapa kali. Rong Rui tidak mahu melepaskannya dan berjalan di khalayak ramai sambil mendukungnya. Wanita ini angkuh, buas dan sukar dijinakkan kerana dia tidak berjaya menguasainya. Sedangkan di hadapan Li Sicheng, dia seperti seekor anak kucing yang jinak!

Pandangan mata Rong Rui menjadi gelap ketika dia memikirkan perkara itu sambil menatap mata Cheng You. Selepas seketika, dia keluar dari jalan batuan itu dan tiba di tempat pemandangan menarik. Cheng You telah diam dan menutup mukanya kerana bimbang sesiapa melihatnya. Rong Rui tersenyum dan bertanya dengan suara yang kuat, "Cheng You, kita nak makan apa malam ni?"

Chương tiếp theo