Dewan utama panggung pementasan, Kubu Longsong.
Tirai turun perlahan-lahan diiringi siulan dan tepukan gemuruh daripada penonton. May menyeka peluh di dahinya dan melemparkan pandangan ke arah Irene yang melihatnya dengan penuh teruja. Dia hanya mengangguk dua kali ke arah Irene.
Itu sudah cukup untuk membuat Irene bersorak riang. Sebaik sahaja tirai selesai berlabuh, dia terus meluru mendapatkan May dan memeluknya dengan erat.
"Bagaimana dengan lakonan saya tadi?"
May hanya menganggap soalan Irene itu menyusahkan dan melihat dia dengan sedikit rasa menyampah. Dia cuba merungkai pelukan Irene tadi dan menjawab, "Awak sudah bertambah baik dan boleh berlakon atas pentas tanpa bimbingan lagi."
"Cik May, bagaimana dengan saya pula?" kedengaran suara seorang lagi pelakon yang memainkan watak ahli sihir, Rosia.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com