Suasana tegang tadi terus reda serta-merta.
Setelah melihat kedatangan kesateria yang mengentarkan itu, tidak ada seorang pun yang berani bersuara. Pelakon-pelakon yang selalunya petah bercakap seolah-olah bertukar menjadi dinding batu dan terpaku melihat kemelut di hadapan mereka. Tiada siapa lagi yang berani melawan May dan Bella pula diheret keluar oleh dua pengawal. Melihat ini, kumpulan pementasan Bella sendiri tidak berdaya melakukan apa-apa.
Tidak lama selepas itu, hanya Carter dan kumpulan pementasan Pekan Sempadan sahaja yang tinggal dalam panggung besar itu.
"Terima kasih atas pertolongan awak," kata Gait dan beberapa orang lagi lalu menunduk hormat.
"Awak sangat hebat! Dia sampai tidak boleh cakap apa-apa!" Irene berkata penuh teruja dan memegang tangan May. "Tamparan awak tentu akan buat dia bisu selama sebulan," kata Irene lagi.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com