webnovel

Bab 9

"Kenapa tak makan daging tu? Saya ambik banyak tadi ingatkan awak suka." Muncung mulut Zul menuju ke arah daging-daging yang berada di dalam pinggan Ain. Sejak tadi lagi dia memerhatikan Ain gigih mengasingkan daging tersebut ke bahagian tepi pinggan tanpa menunjukkan niat untuk menjamahnya. Bagi Zul, agak pelik bagi mana-mana orang yang menjejakkan kaki ke dalam Seoul Garden tapi langsung tidak berselera untuk merasai kenikmatan daging yang lazat ni.

"Ouh, saya tak suka bau daging dia, muak. Kalau awak nak ambik lah, nah." kata Ain sambil mengalihkan daging-daging daripada pinggannya ke dalam pinggan Zul.

"Muak? Bau? Sedap ape daging ni, rugi tau awak tak rasa, meh saya suapkan nak?" Zul tidak mengalah, dia tetap ingin Ain rasa daging itu.

"Eh takpe la saya taknak. Awak makan la, saya ada banyak lagi ni boleh makan." Ain menepis perlahan tangan Zul, dia tak tahan dengan bau tengik daging yang diperap itu. Jadi dia pilih untuk tidak memakannya walau satu pun.

"Pelik naw awak ni, jarang saya jumpa orang tak suka makan daging" Zul menatap mata Ain dengan memek muka kehairanan. Namun tak lama sebelum dia kembali menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Lelah menunggu Ain di Watson's tadi masih terasa. "Lepasni memang aku je la decide nak pergi mana, wuhuu memang tak laa aku nak bawak dia gi kedai macam tu lagi, bala dunia!"

"Awak, minggu depan awak free?" Zul mengalih tajuk perbualan apabila melihat Ain dari tadi diam membisu.

"Minggu depan? Free kot, ada kelas ganti sebenarnya Sabtu tapi saya macam malas pulak nak pergi.. kenapa awak?" Ain mencedok kuah tomyam di dalam periuk untuk mengisi mangkuknya yang hampir kering. Ain memang gemar dengan tomyam, pernah dia menghabiskan 5 mangkuk besar tomyam campur semasa menghadiri kenduri kahwin saudaranya di Kluang 3 bulan lepas.

"Takdelah, kalau awak free saya nak ajak awak food hunting minggu depan hehe"

"Eh boleeeeeh jarang lah Ain Nabila tolak kalau orang ajak makan ni!" Mata Ain membulat menunjukkan dia teruja apabila mendengar ajakan Zul sebentar tadi.

"So awak nak bawak saya food hunting kat mana? Oh sebelum tu la kan, saaaje je la nak bagitahu en saya suka sushi tau, pizza pun okay jugak tapi taknak lah Pizza Hut kalau boleh Dominos lah ek, ha pastu kalau western-western tu takyah cakap ah memang Ain punya favourite hahahaha" Ain menekup mulutnya mengawal gelak yang semakin dekah, dia sedar dia dah sedikit over tapi apa dia kisah orang nak belanja kut?!

"Amboii hahahahaha waah tadi bukan main senyap sepi bila bukak pasal makan baru lah keluar ek dia punya bebel"

"By the way alaa tu semua makanan-makanan mainstream sangat la, hari-hari boleh makan haha, ni saya nak bawak awak try Mee Bandung Muar, nak tak? Orang kata sedap sangat mee dia tu" Zul mula membentangkan cadangannya kepada Ain, dia memang dah lama dengar tentang Mee Bandung yang terkenal di Muar dari rakan-rakannya tapi sehinggga sekarang dia masih tak berpeluang merasainya sendiri.

"Muar? Mee Bandung? Boleh je, ikut awak lah. Awak nak belanja kan tapi jangan menyesal ek saya ni kalau makan bukan semangkuk dua tau ihik" Ain tersipu-sipu di depan Zul, dia tak mampu lagi mengawal keghairahannya terhadap makanan.

"Kalau awak nak makan satu kedai pun boleh Ainnnn~ Hahahahahaha" Zul mengakhiri perbualan itu sebelum dia berdiri menuju kaunter pembayaran.

Ain mencapai telefon bimbitnya dari dalam beg, macam biasa, terdapat banyak notifikasi daripada laman-laman sosial. Namun Ain terhenti sejenak bila matanya terbaca satu nama yang terpampang di paparan notifikasi itu, dia membuka pesanan Whatsapp tersebut untuk membaca isi kandungan yang dihantar. Dengan serta-merta air mata Ain bergenang. Dia menekup mulutnya kerana tidak mahu orang lain melihat dia dalam keadaan begitu. Dia membaca pesanan Whatsapp itu sekali lagi, kali ini dia menutup telefonnya, dihentakkan ke atas meja lalu menekup muka, menangis.

Selesai menjelaskan bil Zul kembali ke meja. Handphone dicapai lalu dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Dah, jom? Awak nak pergi mana pulak lepasni?" Zul memalingkan pandangannya kepada Ain sebelum dia perasan mata gadis itu merah dengan air mata yang bergenang. Dengan segera Zul melabuhkan punggungnya di sebelah Ain, bahu Ain dipegang lembut. Riak muka yang amat risau jelas kelihatan di wajah Zul

"Hey hey, kenapa ni, hey awak okay tak ni, why so sudden ni" Zul mencapai tisu di atas meja, air mata yang jatuh berderai di pipi Ain dilap perlahan. Bahu Ain digosok lembut untuk menenangkannya.

"Awak, hantar saya balik kolej sekarang, please, I need to go, now" Ain memandang wajah Zul, air matanya tak lagi mampu ditahan, berjejeran jatuh mengalir di pipi sehingga basah tudung di bawah dagunya. Zul tidak menyoal panjang, dia tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut kerana dia sedar sekarang bukan waktunya. Apa yang penting adalah dia perlu membawa Ain pulang ke kolej dengan kadar yang segera.

"Okay okay jom jom saya hantar awak balik. Dah dah jangan nangis dah nanti orang ingat I pukul you pulak" Zul memimpin tangan Ain keluar daripada Seoul Garden, di dalam benak fikirannya sedang bermain 1001 persoalan yang ingin diluncurkan daripada mulut tetapi ditolak semuanya ke tepi dahulu, kakinya dilangkah secepat mungkin ke arah kawasan parkir kereta.

Setelah beberapa langkah menapak, mereka berdua sampai di hadapan kereta Zul. Kunci kereta ditarik keluar daripada poket seluar, butang kunci ditekan kuat, Zul membukakan pintu untuk Ain terlebih dahulu dan setelah Ain memasuki perut kereta, pintu ditutup sebelum dia berlari anak ke arah pintu tempat duduk pemandu. Zul membuka pintu keretanya, punggung direbahkan ke atas kerusi sebelum pintu keretanya ditarik tutup semula. Tak sampai beberapa saat selepas enjin kereta dihidupkan, kereta Zul telah memecut laju keluar daripada kawasan parkir Dataran Pahlawan tersebut.