webnovel

Chapter 2

"Kenapa engkau datang?" Tanya Shen Qiao dengan nada tenang.

"Kenapa? Kau tak suka?" Yan Wushi bertanya. Dia mendekatkan mukanya ke muka Shen Qiao. Shen Qiao menolak dahi Yan Wushi menggunakan jari telunjuknya. Yan Wushi tertawa kecil.

Shen Luo kehairanan. Pelik dengan tingkah laku mereka berdua.

"Hmn.. masuklah, aku tak kejam nak biarkan tetamu di luar..." Shen Qiao mempelawa Yan Wushi masuk. "Hmm... kalau bilik-" belum sempat Yan Wushi menghabiskan katanya, telinganya ditarik oleh Shen Qiao. "Aduh! Aduh! Sakit!!" Yan Wushi mencebikkan bibirnya.

Shen Luo di situ hanya melihat tingkah mereka yang aneh. Dia hanya menggelengkan kepala. "Daripada aku tunggu, baik aku pergi kedai Hong Hua Shui ( air kuntum merah)." Shen Luo memusingkan badanya untuk keluar dari situ.

"A Luo! Sini!" Namanya dipanggil oleh Shen Qiao. "Apa pulak dia nak kali niii!" Shen Luo pasrah dah melangkah masuk ke dalam.

"Duduk sini" Shen Qiao menepuk lantai ditepinya. Menyuruh Shen Luo supaya duduk di sebelahnya. Shen Luo duduk dan sesi pertanyaan antara Yan Wushi dan dia bermula. "Engkau adik dia?" Yan Wushi menunjuk ke arah Shen Qiao yang sedang minum air teh. Shen Qiao mengangkat kening. "Dah kenapa budak ni? " Shen Qiao berkata dalam hati.

"Ya" Shen Luo membalas dengan ringkas. "Elemen pedang?" Yan Wushi melihat pedang Shen Luo yang berbaring di sebelah Shen Luo. "Bing (Ais)" Shen Luo menjawab ringkas.

"Benarkah!?"Yan Wushi terkaku. "Hmm... aku tahu kau apa yang bermain di fikiran kau." Shen Qiao tertawa kecil. "Engkau tahukan ini adalah elemen yang terpaling langka??!!" Yan Wushi kebingungan. "Aku tahu, tapi..." Shen Qiao melihat ke arah adiknya. Shen Luo di situ hanya menikmati makanan yang di atas meja. Khas untuk tetamu. Yan Wushi turut melihat Shen Luo. Yan Wushi memicit dahinya.

Shen Luo tersenyum. "Engkau tak nak ke jadi macam abang engkau?" Yan Wushi bertanya. "Untuk?" Shen Luo menggeliat. "Kau tahu yang elemen engkau ni adalah elemen yang paling jarang ditemukan, silap-silap sudah pupus pada zaman sekarang?" Yan Wushi menuangkan air ke dalam cawan. "Tahu." Shen Luo membalas. "Jadi? Tak terdetik ke di hati engkau untuk menguasai elemen Bing?" Yan Wushi menghirup air teh. "Hm, selama ada A ge ada, mungkin tak perlu." Shen Luo tersenyum. "Eh... dia kaitkan aku sekali pulak budak ni!" Shen Qiao memandang Shen Luo dengan lirikan tajam.

"Mana kau tahu yang A ge kau ni akan bertahan buat selama-lamanya?" Yan Wushi meletakkan cawan kosong di atas meja. "Kau suka tengok dia menderita seorang diri? Kalau kau tiada apa-apa ilmu pengetahuan tentang seni bela diri sedikit pun kau tak akan mampu menolong A ge kau. Kau melangkah sedikit je dalam pertempuran, dengan sekelip mata kau akan musnah begitu sahaja. Tanpa perlu kau kedipkan mata kau buat kali ke dua A ge kau ni akan terbaring dekat situ je. Dipijak, ditendang, diludah, kau sanggup ke?!" Yan Wushi memandang Shen Luo dengan serius.

Shen Qiao terkaku di situ. "Sejak bila pula Yan Wushi pandai dalam mencungkil hati orang?" Dia melirik anak matanya ke arah Shen Luo. Shen Luo mencengkam jari jemarinya. Matanya berkaca. Shen Luo: "Huaaa!!! A GE!!!! " Shen Luo memeluk tubuh yang memakai baju berwarna putih kekelabuan itu. Shen Qiao hanya tersenyum . "Jadi, nak masuk dunia seni bela diri tak? Demi A ge, boleh kan?" Shen Qiao memegang muka tampan Shen Luo yang mengalirkan air mata itu. Dia turut bermain permainan Yan Wushi untuk memujuk hati adiknya. Tidak pernah terlintas pun di dalam fikiran dia untuk melakukan benda yang melayukan hati ini.

Shen Luo tahu yang dia sedang dipermainkan. Darah ditubuhnya itu juga mengalir darah seorang pahlawan yang hebat dan tidak tertandingi, mana mungkin ayat-ayat sebegitu boleh mengubah fikirannya. Tetapi, mungkin jawapan 'ya' dari mulutnya itu akan membuatkan A ge nya gembira? . "Ya lah... wo zou ah... (saya pergilah...)" Shen Luo membalas dengan nada sedih. Dia mencebikkan bibirnya.

"Hao ba!! (Baiklah!!) Kalau begitu, esok dia menjadi tanggungjawab engkau!" Shen Qiao bangun dengan perasaan yang begitu gembira.

"Esok datang ke akademi ku." Yan Wushi berkata lalu beredar dari situ.

"Macam mana aku nak pergi ke akademi dia kalau aku tak tahu akademi tu dekat mana?!!" Shen Luo menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal.

"Baik aku keluar jalan-jalan lagi seronok. " Shen Luo pun keluar dari perut rumahnya itu dengan senyuman yang lebar.

Akan bersambung....

Kalau baca novel ni.. komen lah nak jugak sembang2

DaoistE35Iaacreators' thoughts