"jantan tak guna" Imani menyimbah air minuman ke muka Zafran
"hoi gila ke simbah² air ni"
"kau tulah yang gila dasar jantan tua, aku dah cakap dengan kau Aisyah lelaki ni memang tak guna" marah Imani
"hoi budak kau jaga sikit mulut kau eh tak padan dengan kecik"
" Imani jom lah balik malulah orang tengok" Aisyah menarik tangan Imani agar mengikutnya
"hoi jantan gentel lah sikit tak cukup sorang ke???, eh perempuan hati² buaya tembaga dia ni tak cukup satu perempuan lelaki depan kau ni dengan budak sekolah pun dia nak"
" Imani jom lah"
akhirnya Imani mengalah dia mengikuti Aisyah dengan peresaan yang marah dengan lelaki yang mengecewakan hati rakan baiknya
"aku dah cakap dekat kau Aisyah lelaki macam tu memang tak boleh pakai kau tak nak dengar cakap aku kau tak nak dengar cakap aku"
"Imani stop boleh tak"
"Aisyah kau kenapa ni asal kau menangis"
"Imani kau sorang jer boleh tolong aku"
"tolong apa"
"aku mengandung Imani please tolong aku kita lari dari sini"
"kau mengandung, jantan tu memang tak gunalah" Imani sangat marah
"please Imani kau kena tolong aku kau sorang jer harapan aku"
"kau nak aku tolong apa aisyah kita ni baru jer lepas SPM"
"kau jer harapan aku Imani please tolong aku"
"oky kau cakap apa yang aku kena buat"
"kita kena yakinkan mak bapak kita untuk cari kerja dekat KL"
"kau gila ke??? kita ni mana tahu apa apa kat sana"
"tolong aku Imani"
"yelah aku cuba"
******************
2 TAHUN KEMUDIAN
"hai Arsyad jangan main jauh jauh"
Imani tersenyum melihat gelagat seorang budak yang baru berusia 2 tahun itu berlari di taman kelihatan sungguh comel
"aisyah perginya kau telah meninggalkan kesan yang mendalam aisyah kau bertaruh nyawa untuk melahirkan seorang bayi dan sanggup mengorbankan nyawa kau demi satu nyawa yang berharga dalam hidup aku sekarang aku harap kau tenang di sana aisyah" desis hati Imani saat teringat kawan baiknya bertaruhnya melahirkan Zaril Arsyad bin Abdullah ya anak tak sah taraf kerana anak luar nikah kerana seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab yang telah merosakkan hidup Aisyah
"mama nak air"
"Arsyad nak air jum kita pergi beli"
Imani mengeluarkan dompetnya melihat hanya tinggal RM 50 sekeping sahaja dalam dompetnya dia mengeluh ini sahaja yang tinggal untuk sampai dia mendapat kerja. Imani membeli air mineral untuk Arsyad
"sayang mama jum kita balik yee"
lepas solat isyak Imani terkenang nasibnya yang begitu malang sekali dia teringat tentang keluarganya di kampung
imbas kembali
"Anak siapa yang kau bawak balik ni Imani" tengking Sharifah Amira
"mama ni anak Imani ma pa Imani mintak ampun mama papa"
"astagar, Imani kenapa Imani buat macam tu kenapa Imani buat benda terkutuk tu sayang" tanya Syed Razak
"kau memang anak tak guna aku tatang kau macam minyak yang penuh ni kau balas dekat aku" kemarahan Sharifah Amira sangat sangat membara
"mama papa Imani mintak ampun ma pa Imani tahu imani salah tapi Imani" lidah Imani seperti kelu tidak tahu mahu berkata apa
"tapi apa ha!!!! kau keluar anak tak guna buat malu aku jerr aku tak ada anak yang mencinteng arang dekat muka aku kau berambus dari sini kau tak layak jadi anak aku kau keluar sekarang"
"Amira jangan buat macam tu dekat anak dia satu satunya anak kita"
"aku lagi sanggup tak ada anak daripada anak yang sanggup memalukan kita, jangan kau balik dekat sini lagi" terus Sharifah Amira menghempas pintu dengan kuat
"maaa paaa ampunkan Imani maaa paaa Imani mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki halalkan makan minum Imani" Imani mengdukung Arsyad dengan perasaan yang sangat sedih dan pilu
panggilan Arsyad menyentak lamunan Imani
"mama Arsyad nak cucu lah" nak susu yeeee anak mama ni oky mama buatkan yeeee
Arsyad ini sah menjadi anak susuan Imani selepas sahaja Aisyah meninggal dunia imani mengambil ubat hormon yang boleh mengeluarkan susu supaya Arsyad dapat menjadi anaknya yang halal di sisi agama
mama kena kuat untuk besarkan Imani esok mama nak pergi cari kerja Arsyad jangan nakal² duduk dekat rumah Acik Yani yeee sayang
*******************
"haaaaa Imani sampai pun Kak Yani ingat tak jadi hantar Arsyad nii"
"eh tak kan tak jadi harini Imani nak cari kerja yelah lepas syarikat tutup susah sangat nk cari keja kak penat pusing satu KL ni dah"
"Moga harini adalah rezeki kamu"
"aminnn, oky lah kak saya pergi duli, Arsyad sayang jangan nakal² tau duduk dengan acik Yani oky sayang"
"oky mama"
"oky kak saya pergi dulu"
Imani bediri di hadapan sebuah syarikat yang besar sebelum melangkah masuk imani berdoa agar dia dapat kerja pada hari ini
"boleh saya tanya dekat sini ada kerja kosong tak"
"ouh hati ni ada interview untuk tea lady kalau encik berminat boleh pergi ke tingkat 7
"ouh oky terima kasih"
"wow nak jadi tea lady pun kena interview eh dulu dekat syarikat lama dia ambil jer pekerja" bebel hati Imani
Imani berada di tingkat 7 dia melihat ada orang beratur di situ mungkin menunggu giliran untuk interview
"hmmm boleh saya tanya dekat sini interview apa ye"
"ouh tea lady"
"mak iiiii macam ni punya ramai eh orang interview tea lady" kat hati Imani
"boleh saya tanya, semua ni interview tea lady ke"
"haah semua ni interview tea lady"
"kenapa ramai sangat"
"ouh tawaran gaji yang di tawarkan sangat tinggi lebih tinggi daripada gaji saya mungkin sebab tu ramai ni"
"betul kaa, berapa tawarannya"
"7 ribu sebulan"
tersekat nafas Imani mendengar tawaran gaji yang di berikan "kenapa gaji di tawarkan begitu banyak"
"nanti kalau encik masuk interview encik tahu, nak try ke"
"boleh lah cuba nasib"
wanita itu memberinya borang untuk di isi. Imani sudah selesai mengisi borang tersebut dan memberi borang itu semula kepada wanita itu lalu wanita itu memberi kad yang tertera nombor di situ "100" aku orang ke 100 kee
"cik last berapa orang yang dah di terima"
"tiada siapa lagi yang terima"
terus Imani duduk di kerusi yang kosong yang berada di situ. hampir 1 jam Imani menunggu akhirnya barulah namanya di sebut
Imani masuk ke dalam ruangan interview tersebut
"encik Sharifah Imani yee, sila duduk"
Imani duduk di depat pemuda tersebut Imani tersenyum manis kepada pemuda tersebut
"oky awak orang ke 100 yang saya dah interview saya malas nak cakap panjang sebab 99 orang yang saya interview tadi semuanya tolak tawaran ini walaupun memberi gaji sebanyak 7 ribu sebulan, oky straight to the point bos awak ni seorang yang baran dan maki hamun tak tentu pasal dan awak kena bertahan dengan dia kalau dia tengking or maki awak dan hanya awak sorang sahaja tea lady yang boleh masuk dan kemas bilik dia dan dia sangatlah cerewet dan sebenarnya panjang lagi senag cerita bos awak ni seorang singa lah sebab saya dah penat so awak cik Imani yes or no"
"yes"
"alhamdulillah akhirnya ada jugak orang setuju, oky esk awak boleh mula kerja"
"oky terima kasih saya balik dulu"
"nak tak nak aku kena terima jugak walaupun dia macam singa semoga Allah beri aku kesabaran yang tinggi" desis hati Imani
***********