webnovel

Kazuo dan Peminat Misteri 2

Rin dan yang lain pergi melawat Kazuo yang tidak ke sekolah selama tiga hari.

"Kazuo, bila kau nak ke sekolah ni?" tanya Rin.

"Tak tahulah, macam mana sekolah tanpa saya?" kata Kazuo bergurau.

"Ish, kau ni sekolah baik je tanpa awak." kata Akira.

"Cuma, terasa sunyi pula takde awak." ujar Akira.

"Oh ya, dia hantar lagi." kata Rin.

"Eh?"

"Dia hantar hadiah lagi.. rasanya dah penuh laci awak tu.. tak lupa juga loker kasut awak." kata Minori.

"Ala.. tak aman hidup aku begini... aku cuma nakkan girlfriend. Bukan ni." kata Kazuo mengeluh.

"Takpe aku ada idea." kata Rin.

"Idea?"

"Yep."

Rin membisikkan rancangan mereka untuk mengambalikan hidup Kazuo kepada normal. Keesokan harinya, mereka berpura-pura menjadi sangat rapat antara satu sama lain (clingy). Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Ia menimbulkan syak kepada para peminat Rin. Kedengaran para ahli kelab peminat Rin sedang berbincang.

"Rin yaoi?"

"Tak mungkinlah."

"Tapi saya nak tengok BL."

"Ish apa kau mengarut ni! Rin bukan yaoi lah!"

"Eh bukankah itu.."

Mereka terlihat seseorang sedang mengekori Rin dan Kazuo.

"Fujisaki Nagisa-kun? Budak baru dari kelas 2-D tu ke?"

"Kan.. BL..BL.."

"Diamlah.."

Rancangan mereka membuahkan hasil apabila dia tidak lagi menghantar hadiah kepada Kazuo. Petang itu, Rin dan Kazuo berbincang di bilik Kelab Hobi.

"Jadi macam mana rancangan kita." kata Kazuo.

"Eh, bukankah dia dah berhenti hantar hadiah kat awak?" kata Rin.

"Ye tapi dia masih tunggu saya kat luar kelas tiap hari habis kelas. Sedihnye saya tak dapat nak gi rehat.." keluh Kazuo.

"Hmm.." Rin berfikir seketika.

Rin membisikkan rancangannya kepada Kazuo.

"Eh! Bawa dia date! Kau dah gile ke? Kita kan lelaki!! Takkan nak date dengan lelaki!"

"Kau tak nak dia pergi dari hidup kau ke?"

"Nampaknya aku takde pilihan lain."

Rin teringat sesuatu.

"Oh ya, Kazuo.. kau ade adik perempuan atau kakak?"

"Tak, saya cuma ada abang je.. dia study kat luar negara sekarang. Kenapa?"

"Oh takdelah."

"Alamak Rin.. dah lewat ni.. saya nak balik dulu."

"Okey.. Jumpa esok kat kafe. Jangan lupa plan kita." Rin mengingatkan lagi Kazuo.

"Ye.. jangan risaulah." kata Kazuo sebelum pergi dari situ.

Rin menyeluk poketnya dan mengeluarkan minyak wangi yang terjatuh dari poket Nagisa.

"Inikan minyak wangi perempuan.. kalau bukan dia nak bagi adik atau kakak Kazuo.. siapa eh?"

Keesokannya, Rin dan yang lain berkumpul di kafe. Mereka semua memesan Kopi latte yang merupakan ikon Kafe tersebut.

"Eh, Rin-kun.. ambil cuti lagi?"

"Ye.. hehe Gome senpai.. saya nak tolong.."

"Takpe.. Kazuo dah beritahu saya segalanya. Okey Rin Ganbate." kata Tsumiki sebelum menyambung kerjanya.

"Okey, Kazuo amacam? Kau dah beritahu nak date dia?" tanya Rin.

"Set.."

"Apa yang kamu cakapkan ni?" Akira tidak memahami apa yang dikatakan oleh mereka berdua.

"Rin rancang nak saya kecewakan dia.. itu saja jalan yang terpantas." terang Kazuo.

"Oh begitu." kata Minori sambil menghirup kopi Lattenya.

"Jadi apa rancangan kamu lepas ni?"

"Mula-mula, awak buat dia happy dulu. Bawa dia ke tempat yang romantik."

"Lepastu?"

"Lepastu, cari masa yang sesuai. Untuk tolak dia dengan baik. Jangan risau kami akan perhatikan kau dari belakang."

"Kalau gagal?"

"Gagal bukan pilihan."

Setelah menghabiskan masa di Kafe. Mereka pergi ke tempat yang telah ditetapkan oleh Rin. Kelihatan Nagisa sedang menunggu dengan pakaian yang segak. Kazuo sudah memulakan gerak. Misi bermula!

"Awak dah lama tunggu?" tanya Kazuo.

"Taklah saya beru je sampai."

Kazuo membawa Nagisa ke tempat-tempat yang menarik seperti yang dirancang. Semasa mereka berada di arked Rin menyedari sesuatu. Nagisa tertarik pada permainan yang comel. Dia juga berminat dengan permainan kren yang menempatkan banyak anak patung. Mereka berdua banyak menghabiskan masa di sana.

Hari sudah petang. Kini tiba masa untuk Kazuo meluahkan segalanya. Segalanya untuk menghalau dia dari hidupnya. Semasa Kazuo hendak meluahkan segalanya. Masa terhenti seketika.

Rin terasa ada sesuatu yang pelik. Minyak wangi perempuan... permainan yang ada karakter comel.. anak patung.. Eh!

Rin keluar dari tempat persembunyiannya.

"Stop!!!"

"Eh, Rin? Kenapa?"

"Dia tu.... perempuan!"

"Eh, betul ke Nagisa?"

Nagisa tertunduk, dia hanya mengangguk.

"Kenapa tak beritahu awal-awal?" tanya Kazuo.

"Sebenarnya.. saya beru pindah kat sini masa kali pertama saya nampak awak.."

"Eh?"

"Masa tu hujan lebat.. saya nampak awak pindahkan kotak ke tempat yang kering."

"Kotak.. kotak.. kotak apa ye?"

"Rupanya kotak tu ada kucing kat dalamnya.."

"Kotak..kucing.. oh ya.. minggu lepas kan.."

Dia mengangguk.

"Tapi kenapa awak pakai baju lelaki?" tanya Akira.

"Itu.. masa saya pindah sini saya tersilap ambil beg. Hehe.. nasib baiklah ada baju sekolah kat dalam."

"Kenapa tak beli baru?" tanya Minori.

"Duit saya dah habis.."

"Jadi hadiah tu?" Kazuo menyampuk.

"Tu..." dia berbisik dengan Kazuo.

"Apa! Awak tersilap beli?"

"Ye, masa tu saya tengah cari baju sekolah.. tapi bila nampak je jualan murah terus saya terfikir nak beli hadiah untuk awak.. sebab tulah.."

"Takpe-takpe saya ada jalan penyelesaian." kata Rin.

"Eh? Awak ada terfikir sesuatu ke?" Minori kehairanan.

Mereka kembali ke kafe.

"Wah!!"

"Kawaii."

"Eh takdelah.." kata Nagisa malu-malu. Dia sedang memakai pakaian maid.

"Ceh, Kazuo pun apa kurangnya." kata Minori.

"Eh? Saya pun kena ke?" Kazuo pula memakai pakaian butler sama seperti Rin.

"Yelah.. siapa lagi nak temankan dia kerja kan.." kata Akira.

"Kazuo, awak masih nak reject dia lagi ke?" bisik Rin.

Kazuo diam seketika. Dia pergi ke arah Nagisa.

"Saya nak cakap dengan awak kejap."

"Eh?"

"Sukidesu..."

"Arigato... arigato.. arigato.." katanya sambil memeluk Kazuo. Dia mengalirkan air mata kegembiraan.

"Pasangan bahagia kan Rin." kata Tsumiki.

"Em.." Rin tersenyum lebar.