webnovel

F.I.A

Rin baru balik dari sekolah. Tiada orang di rumah kerana Kagamine-sensei sedang outstation pada waktu itu. Rin masuk ke dalam biliknya.

"Eh?? Kenapa PC ni on je? Mesti neesan lupa tutup ni."

Belum sempat shut down komputer, Rin menyedari yang dia telah menerima satu emel.

"Email siapa pula ni?"

Sebaik sahaja dia membuka email tersebut, software yang ada dalam email tersebut terinstall sendiri.

"Hai!!! Rin-kun.."

"Eh? Fia? Kenapa tiba-tiba pula ada kun ni?"

"Eh? Bukankah kita di Jepun sekarang.. Saya cuma ikut cara orang Jepun bercakap je."

"Oh hehe, hai Fia.. lama tak jumpa."

"Ye, saya rindurindurindu kat awak tau... mana awak pergi selama ni? Awak tau tak rumah awak dah kena beli?"

"Oh itu, ye.. saya dah lama tau.. "

"Sebab tulah Fia emailkan diri Fia kat email Rin.. dengan harapan Rin akan buka Fia lagi.." riak muka Fia berubah.

"Eh? Janganlah sedih Fia. Rin minta maaf sebab tinggalkan Fia begitu je.. yelah Rin ni bukanlah sempurna sangat.."

"Ye Fia faham dengan sifat biologi manusia yang selalu je lupa."

"Tapi janganlah risau.. Rin takkan ubah email punya.. sebab akaun game Rin semua kat email ni."

"Ye,, Fia dah tak risau lagi sebab... Rin kan dah ada kat depan Fia." Fia tersenyum. Sejak sekian lama dia bertemu semula dengan tuannya iaitu Rin.

"Rin penatlah, Rin nak gi rehat dulu.. Jumpa Fia nanti."

"Em.."

PC tersebut shut down dengan sendiri.

Keesokannya, semasa di sekolah Rin sedang menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgunya.

"Rin, tak siap lagi ke?" tanya Orihara.

"Akhirnya.. dah siap. Ada apa usuf?"

"Er, takdelah saja nak bawa borak."

"Oh ya, saya terjumpa dengan Fia kelmarin."

"Eh? Terjumpa dengan Fia?" Orihara membayangkan Fia telah menjadi sebuah android. "Wah, siapa yang jadikan dia android?"

"Eh, bukanlah.. dia masuk kat dalam PC saya."

"Oh, hehe.. Baguslah awak dah jumpa dengan dia.. Saya pun ada seseorang yang penting nak melawat saya hari ni."

"Eh? Siapa?"

"Orihara-kun, Kagamine-sensei panggil awak ke pejabat." kata penolong ketua kelas.

"Baiklah,." katanya sebelum meninggalkan Rin dengan tanda tanya.

Siapa yang datang melawat dia eh.. takkanlah..

Petang itu, Rin dan yang lain pulang bersama-sama. Akira seperti sedang mencari seseorang.

"Dia tengah cari boy dia lah tu." kata Kazuo.

Akira mengetuk kepala Kazuo.

"Ye mana dia eh?"

"Saya nampak dia jalan kat sana tadi." kata Nagisa.

"Oh arigato." kata Akira sebelum terus pergi ke arah yang ditunjukkan tadi.

Setelah berberapa ketika, Akira ternampak Yu sedang keluar dari pasar raya.

"Yu-k..." dia terhenti apabila melihat perempuan lain bersamanya.

Kedengaran pelajar perempuan dari sekolahnya sedang berbual.

"Eh, bukankah tu Yu-kun?"

"Yelah, saya dengar dia couple dengan pelajar baru di sekolah antarabangsa."

"Sekolah antarabangsa yang kat sebelah sekolah kita tu ke?"

"Ye."

Tak.... mustahil.. Yu-kun takkan tergamak buat begitu.. atau.. saya ke yang salah tengok?

Apabila dia cuba melihat mereka semula, mereka sudah hilang dari pandangan. Dia mengikut gerak hatinya dan pergi ke tempat Yu tinggal iaitu apartment yang terletak tidak jauh dari sana. Dia memanjat pokok untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

"Nasib baik ada bawa binokular.." bisik hatinya. Hatinya berdegup dengan pantas... Dia merasa sangat ingin tahu siapakah perempuan itu sebenarnya.

"Wah.. ini ke rumah abang?"

"Ye." kata Yu sambil memberikan senyuman yang manis.

"Oh ya, mak kirim salam kat abang."

"Waalaikumsalam. Kenapa mereka tak datang melawat?"

"Diorang kan sibuk dengan bisnes diorang tu."

"Berani juga ca datang sorang-sorang ke Jepun ye." kata Yu memerli adiknya.

"Ish, abang ni.. ca dah besarlah.. tahula ca jaga diri.."

"Yelah-yelah. Hehe."

Aisyah memeluk abangnya.

"Rindu sangat kat abang."

"Eh? Apa ca ni? Buang tabiat ke.. dahlah gi tidur.. esokkan hari Sabtu.. bolehlah abang bawa ca jalan-jalan kat sekitar bandar ni nak?"

"Yay, abang belanja ye."

"Ye."

Aisyah terus masuk ke dalam biliknya.

Telefon Akira berbunyi. Dia berasa sangat terkejut sehingga terjatuh dari pokok tersebut.

"Helo?"

"Helo, Akira.. saya ni Yu. Esok saya tak dapat nak ulangkaji dengan awak sebab..."

"Ye, saya tahu awak sibuk kan.. takpe saya ulangkaji dengan Minori je lah.. alamak saya perlu pergi. Bye.." kata Akira sebelum meletak telefon.

Nampaknya.. dah sahlah mereka tu.. Tanpa diduga airmatanya mengalir.. kenapa.. kenapa saya menangis ni?..

Keesokan harinya, Tsumiki sedang membersihkan meja kafe.

"Eh? Awalnya awak datang Akira.. Kenapa ni? Awak macam tak sihat je."

"Biasalah.. orang putus cinta." kata Akira dengan nada kecewa.

"Eh? Yu-kun tinggalkan awak begitu je?"

"Ye, saya nampak dia bawa perempuan ke apartmentnya semalam. Pastu dia cancel nak ulangkaji dengan saya hari ni."

"Kejap-kejap.. dia bawa perempuan masuk ke apartmentnya? " kata Tsumiki terkejut.

"Ye."

"Saya pasti dia mesti ada sebab. Takkanlah dia tinggalkan awak begitu je. Dia takde beritahu awak apa-apa?"

"Takde pula."

"Hmm..."

Tsumiki pergi ke bilik persalinan.

"Eh nak ke mana senpai?" tanya Rin. Dia sedang membersihkan kaunter.

"Saya ada hal kejap. Awak boleh kerja sorang hari ni kan."

"Tapi senpai..."

"Takpe nanti Akiba dan Josh sampailah tu tak lama lagi.. Lagipun bukanke awak banyak ambil cuti hari tu?"

"Yelah.. hehe betul juga tu. Baik-baik jalan ye senpai." kata Rin.

"Ye."

"Eh? Bukankah awak kerja hari ni?" Tanya Akira.

"Takpe-takpe hehe.. saya cuma ingin tahu kenapa Yu-kun tiba-tiba je berubah hati. Jom mulakan misi!" Kata Tsumiki bersemangat.

"Senpai pasti ke diorang tu date kat bandar ni hari ni?"

"Jangan risau.. jangkaan saya selalu tepat." kata Tsimiki konfiden.

"Itupun diorang." kata Akira.

Yu bersama adiknya menuju ke fun fair yang sedang diadakan di bandar.

"Wah, nampaknya saya datang pada masa yang tepat." kata Aisyah.

"Ye, hehe." Yu teringat tentang Akira. Dia terus menelefon Akira.

Tengah mereka memerhatikan gelagat Yu-kun, tiba-tiba telefon Akira berbunyi.

"Helo?"

"Helo, Akira.. awak sibuk ke?"

"Ye agak sibuk ni."

"Oh, kalau begitu takpelah." kata Yu-kun sebelum meletak telefon.

"Siapa call tadi?" tanya Tsumiki.

"Yu-kun."

"Oh, kenapa awak kata awak sibuk.. mungkin dia nak ajak awak jalan."

"Tak, saya tak nak jalan dengan perempuan tu."

Yu-kun dan adiknya terus menikati hari tersebut dengan mencuba booth-booth yang terdapat di sana. Mereka kelihatan mesra sekali. Akira dan Tsumiki mengekori mereka secara senyap-senyap.

"Baiklah, perhentian terakhir kita hari ni ialah, Roda ferris." kata Yu.

"Yay, jom."

Akira dan Tsumiki hanya berada selangkah di belakang mereka. Mereka berdua mengenakan pakaian kostum binatang untuk mengelakkan diri mereka dikesan.

"Sampai bila kita nak ekori mereka ni senpai. Bukankah dah jelas perempuan tu ialah gf baru dia." kata Akira. Dia sudah berputus asa dengan Yu-kun.

"Kejap, belum lagi. Ada sesuatu yang pelik tentang mereka."

"Apa dia senpai?"

"Entahlah saya tak pasti lagi sama ada betul atau tidak teori saya ni."

Akira hanya diam. Dia tidak menghiraukan kata-kata Tsumiki tadi kerana dia merasakan yang Tsumiki cuma mahu menenangkan hatinya sahaja.