webnovel

The Lost Heir of Avalor

Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik simpanan yang seringkali dihalang oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarganya yang sebenar. Ibu bapa kandungnya sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Mulai hari itu, Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang remaja berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat lindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Kebanyakan rahsia Huzair, Muaz ketahui dan menyimpannya dengan rapi. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu. Akan tetapi, dia tidak tahu di mana hendak mencarinya. "Aku akan selalu ada dengan kau susah senang." – Muaz Aisy "Sebelum ini, kau keseorangan tanpa kawan. Namun, keseorangan kau telah berakhir. Kau masih ada aku, Muaz dan Syahmi. Kita tidak akan berpisah melainkan ajal maut pisahkan kita." – Khaulah Rusydi "Aku tidak akan putus asa selagi aku tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." – Hazirah Aisyah "Akak gila ke? Nak selamatkan dunia seorang diri? Selagi Batrisya hidup, Batrisya tidak akan benarkan akak pergi perang seorang diri." – Batrisya Rania "Kita akan melakukan ini bersama." – Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari oleh Huzair selama ini? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah cari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka semua berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

_zilazri_ · แฟนตาซี
Not enough ratings
29 Chs

Bab 19

Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila mengukirkan sebuah senyuman apabila melihat sahabat mereka yang seorang ini. Mereka seakan-akan tidak percaya bahawa sahabat mereka ini akan menjadi ketua dan pemimpin mereka di usia yang muda ini. Huzair berlalu pergi ke sebuah bilik. Hazirah dan Syahmi sekadar menurut langkah-langkah Huzair tanpa mengetahui apa yang ingin diberikan oleh Huzair.

"Kita hendak ke mana?" soal Syahmi dengan hairan.

"Kita nak pergi ke bilik rahsia istana ini. Laluan yang kita lalui ini agak tersorok dari pandangan semua dan ramai yang tidak ketahui dan tidak perasaan akan laluan ini ada di dalam istana ini," terang Huzair.

Setiba sahaja di sebuah bilik, Huzair melangkah masuk. Hazirah dan Syahmi sekadar mengikut dan terdapat dua kotak besar di hadapan mereka. Mereka berdua saling berpandangan sebelum memandang Huzair untuk mendapatkan penjelasan.

"Aila dan Pyro tidak pernah bagi tahu kau berdua ke?" soal Huzair. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala mereka.

"Dalam kedua-dua kotak itu, ada senjata yang seiras dengan kuasa kau berdua. Senjata-senjata ini diperbuat daripada kuasa mereka dan kau berdua pemilik seterusnya. Sacred Bow untuk Hazirah dan Sacred Blade untuk Syahmi," terang Huzair sebelum menyuruh mereka berdua untuk mengambil senjata-senjata mereka itu.

Hazirah dan Syahmi mengambil senjata yang bersesuaian dengan kuasa mereka. Mereka dapat merasakan kuasa yang kuat mengalih dalam tubuh mereka dan kuasa mereka turut semakin kuat. Hazirah dan Syahmi saling berpandangan sekali lagi. Mereka mengukirkan sebuah senyuman yang agak misteri dan melangkah ke koliseum. Huzair sekadar mengikut langkah-langkah mereka dan mengambil tempat duduk di tepi. Khaulah, Muaz, Batrisya, Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila turut berada di sana kerana ingin mengetahui apa yang difikirkan Hazirah dan Syahmi. Koliseum itu jarang digunakan akibat hampir roboh.

"Along, kalau tempat ini roboh, along tidak kisah bukan?" soal Hazirah. Huzair mengangguk manakala Aira, Aiman, Fakhrul dan Suhaila ternganga dengan jawapan Huzair.

"Kau serius ke? Koliseum ini bukan antara kenangan-kenangan yang kau ada bersama arwah umi dan babah kau?" soal Fakhrul dengan terkejut.

"Kenangan biar di hati dan tidak dilupakan. Lagipun, apa salahnya roboh koliseum ini? Keadaan agak teruk dan tidak dapat diperbaiki. Nak robohkan memang rasa sayang tetapi tidak ada yang boleh kita lakukan. Lagipun sudah tiba koliseum ini dibuat baharu dengan sedikit stabil," balas Huzair dengan tenang. Mereka mengangguk tanda faham sebelum memandang Hazirah dan Syahmi bersilih-ganti.

"Apa yang mereka berdua ingin lakukan?" soal Suhaila.

"Pertempuran a.k.a mock battle. Aku dapat merasakan kuasa mereka berdua semakin kuat," balas Muaz.

"Adakah ianya peningkatan baharu untuk mereka berdua?" soal Khaulah sambil memandang Huzair.

"Let's wait and see," kata Huzair dengan senyuman tenang.

"Sacred Bow: Lightning Arrows."

Serangan Hazirah berjaya dielakkan oleh Huzair dengan menggunakan Sacred Blade yang baru sahaja mereka miliki. Huzair, Khaulah, Muaz dan Batrisya memandang pertempuran tersebut dengan tenang manakala yang lain sudah bersiul akibat kagum dengan kepantasan serta cara pertempuran mereka. Ashraf dan Naseefa turut memerhati pertempuran tersebut dengan penuh kagum.

"Eh! Putera Syahmi sedang senyum ke itu?" soal Fakhrul dengan terkejut.

Muaz mengangguk sebelum membalas, "Dia sememangnya jarang ingin senyum tetapi semenjak kita dalam kumpulan Blaze of the Light, adakala dia akan mengukirkan senyuman walaupun secara senyap. Apatah lagi bila sedang bertempur dengan Hazirah yang turut setanding dengannya."

Khaulah dan Huzair berpandangan. Mereka berdua mengukirkan sebuah senyuman dan setuju akan apa yang dikatakan oleh Muaz. Mungkin Hazirah benar-benar mengubah sikap Syahmi yang jarang mengukirkan senyuman itu?

"Aila!"

"Pyro!"

"SYNCRONIZE!" kata Hazirah dan Syahmi serentak.

"Mode syncronize sudah mula," bisik Huzair.

Dia memerhatikan pertempuran itu secara rapi. Syahmi dan Hazirah menggunakan kuasa petir untuk menambahkan kelajuan mereka. Yang lain hampir terkial-kial apabila melihat pertempuran itu kerana tidak dapat melihat apa yang terjadi. Kecuali Huzair, kerana dia menggunakan kuasa manipulasi masa untuk melihat pertempuran itu.

"Water Sphere!" kata Hazirah sambil mengangkat tangannya di langit. Sebuah sfera diperbuat daripada air muncul di tapak tangan Hazirah.

"Fire Sphere!" kata Syahmi.

Dia mengikut Hazirah dengan mengangkat tangannya di langit. Sebuah sfera diperbuat daripada api muncul di tapak tangan Syahmi. Sebuah dinding diperbuat daripada ais muncul apabila sebuah impak di mana Hazirah dan Syahmi menggunakan sfera ais dan sfera api untuk menamatkan pertempuran mereka. Di saat itu juga, koliseum itu roboh dan Fakhrul sempat meneleport mereka semua dari situ. Syahmi pula meneleport dirinya dan Hazirah ke tempat Blaze of the Light dan yang lain berdiri.

"Bagaimana dengan synchronization mode kau berdua? Dapat mengawasi mode tersebut?" soal Huzair.

"Synchronization mode kita makin stabil dan dapat mengawal dalam 95 peratus begitu," balas Syahmi.

"Tidak sangka bahawa putera Syahmi dan puteri Hazirah bertempur sambil mengukirkan senyuman tadi," kata Aira secara tiba-tiba. Hazirah mengukirkan senyuman manis untuk Aira sebelum meminta diri ke biliknya. Syahmi turut meminta diri untuk ke biliknya.

"Aiman. Aku nak tawarkan kerja untuk kau. Itu pun kalau kau nak," tutur Huzair untuk melenyapkan kesunyian yang tiba. Aiman memandang Huzair dengan pandangan keliru.

"Kerja sebagai arkitek kerajaan ini." Aiman sekadar mengangguk tanda setuju dengan kerja yang ditawarkan oleh Huzair. Mereka melangkah masuk ke dalam istana untuk makan tengahhari. Tidak lama kemudian, Hazirah dan Syahmi turut serta di meja makan. Mereka sedang bersembang tentang peperangan yang bakal terjadi.

"Apa yang bakal berlaku di The Forgotten Forest?" soal Suhaila kepada Huzair.

"Aku nak Hazirah dan Syahmi membuat sebuah pelindung di sana. Jika menggunakan kuasa biasa, pasti musuh dapat pecahkan melainkan menggunakan kuasa-kuasa tertentu," balas Huzair.

"Kuasa-kuasa tertentu?" soal Batrisya yang memerlukan sedikit penerangan.

"Kuasa seperti Kuasa Kembar Legenda atau magis sihir yang hanya raja, permaisuri, putera dan puteri di sebuah kerajaan sahaja yang tahu," balas Syahmi pula.

-------------------------------------------------------------

"Ayahanda mengajak kamu berenam ke mari kerana ayahanda ingin mengadakan sebuah pesta untuk majlis ulang tahun perkahwinan ayahanda dan bonda. Bukan itu sahaja, ayahanda mahu Huzair dan Shahrul bertunang dengan secepat mungkin," kata Raja Rizal apabila dia menelefon Huzair dan Blaze of the Light melalui hologram.

"APA?" jerit Blaze of the Light dengan nada kejut. Huzair terkejut dan tergamam dengan permintaan Raja Rizal itu. Shahrul, yang berada di sisi Raja Rizal, memandang ayahandanya dengan pandangan terkejut.

"Tapi ayahanda, pesta yang ayahanda ingin mengadakan itu akan diadakan tidak lama lagi bukan? Kenapa ayahanda inginkan Huz dan Shahrul bertunang sedangkan kami tidak mempunyai kekasih?" soal Huzair dengan penuh curiga.

"Umur kamu berdua bukan makin muda, tetapi makin tua setiap hari. Ayahanda tahu kamu berdua tidak mempunyai kekasih tetapi kamu berdua pasti mempunyai seorang teman istimewa di hati, bukan?" balas Raja Rizal dengan tenang.

Shahrul dan Huzair sudah berpandangan sambil menelan air liur mereka. Hologram Raja Rizal ditutup sebaik sahaja Raja Rizal mengucapkan salamnya. Blaze of the Light, kecuali Hazirah, pula sudah berpandangan antara satu sama lain. Hazirah mengukirkan sebuah senyuman manis di bibir dan memerhatikan gelagat abangnya.

TBC

----------------------------------------------------------------------------------------------

Korang rasa apa yang akan terjadi? Siapakah pilihan hati Shahrul, abang Syahmi, Huzair, abang Hazirah?