webnovel

Semuanya Hanya Serangan Kecil Sebelum Ini

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Keadaan sudah membuktikan. Han Yufan bukan sahaja tidak tahu malu. Malah, dia juga menyangkakan semua akan berjalan seperti yang dirancang.

Hari seterusnya, Syarikat Hiburan Tianyi dan pengurus acara mengeluarkan kenyataan yang mengarahkan orang awam mendapatkan tiket mereka untuk berjumpa dengan Tangning.

Sebaik sahaja kenyataan itu dikeluarkan, berbagai jenis hinaan menyusul.

"Ah. Tangning masih mahu membuat penampilan di acara yang diaturkan oleh produk tidak berguna ini? Adakah dia begitu miskin? Kalau dia meneruskan niatnya, dia akan menjadi sama taraf dengan produk yang diwakilinya dan juga seorang peragawati yang benar-benar hina."

"Eh, pada awalnya saya ingat dia akan menjadi seseorang yang layak diberi perhatian dalam industri peragaan! Saya sudah buta agaknya!"

"Selepas hari esok, Tangning, kamu dan produk murahan kamu boleh berambus daripada pandangan orang awam!"

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com