webnovel

SO I MARRIED THE ANTI FAN ?

LuHan ( Park Houng Jou ) artis kacak yang mempunyai seratus juta peminat di korea sedangkan Yoo Eun Ha adalah staff biasa di bawah Syarikat Dunia Hiburan Indigo, Eun Ha di hukum untuk pergi ke sesi pertemuan bersama LuHan kerana di hukum oleh adiknya Yoo Eun Mi. Di Sana, dia . Hal ini, menyebabkan mereka berdua sentiasa terserempak secara kebetulan. Di sana, dia berjumpa LuHan dan dia juga muntah pada baju LuHan. Hal ini menyebabkan mereka berdua sentiasa terserempak secara kebetulan.

miya_ishihara · วัยรุ่น
Not enough ratings
4 Chs

Penculikan Artis

"Sistem keselamatan rumah dia sudah saya matikan. Sekarang kamu harus masuk dengan segera kerana tiada orang di situ kecuali dia. Ingat berhati-hati di sana." Tae Mi memberi arahan untuk masuk ke rumah 'dia' dengan cepat dan mengingatkan Eun Ha agar berhati-hati apabila pecah masuk di rumah 'dia'.

"Baiklah, doakan saya selamat." Kata Eun Ha dengan serius di dalam alat pendengar yang kecil di diletakkan di telinga agar Tae Min mudah untuk memberi arahan.

Tae Min terdiam seketika dan menjawab.

"Hm, kerja kamu ialah menculik orang sekarang jadi saya rasa tuhan tidak akan kabulkan doa saya."

Yoo Eun Ha terbeliak mendengar jawapan ringkas Tae Min dan memarahinya. "Diamlah!"

Pada waktu yang sama dia melangkah dengan berhati-hati dan membuka pintu dengan mudah dan senang kerana Tae Min telahpun menggodam sistem keselamatan pintu 'dia'.

"Okay, sekarang kamu pergi ke tingkat atas itu. Di situlah dia berada." Tae Min dapat melihat ruangan rumah 'dia' yang luas kerana dia juga menggodam kamera litar tertutup di rumah itu, lokasi Tae Min adalah di dalam bas dan dia sedang memerhati menggunakan komputer ribanya yang canggih.

"Rumah dia sangat luas, di mana tangga? Lebih baik saya guna lift saja." Yoo Eun Ha telah pun berjaya masuk dengan sekali buka pintu itu tapi dia hairan kerana tidak menjumpai tangga ke tingkat atas. Rumah itu luas dan besar dan yang paling mengejutkan sekali rumah sangat mewah dan agak klasik.

Mungkin 'dia' menyukai hiasan mewah dan klasik.

"Jangan berkhayal ingat misi kamu. Jalan terus sahaja dan belok ke kiri, tangga ada di situ. Kamu tidak boleh menggunakan lift. Cepat masa kamu tidak banyak." Tae Min mengingatkan Eun Ha yang masa semakin suntuk.

"Okay."

Yoo Eun Ha menaiki tangga dengan berhati-hati sambil memerhati keadaan sekeliling. Dia ternampak pintu utama tingkat atas dan membukanya.

Yoo Eun Ha terkejut yang 'dia' rupanya masih tidur dengan perasaan dendam yang membara Yoo Eun Ha berteriak. "Bangun jika kamu tidak mahu di bunuh!"

LuHan terjaga dari tidurnya dan melihat seseorang memakai topeng sambil memegang garfu.

"Apa yang kau buat di sini?" LuHan sempat lagi menyoal walaupun keaadannya dalam bahaya.

Tanpa berfikir panjang Yoo Eun Ha terus menerkam LuHan dan memegang leher LuHan menggunakan sebelah tangannya dan sebalah lagi tangganya memegang garfu di arahkan ke leher LuHan. LuHan belum pun sempat untuk menyelamatkan dirinya.

"Ikut aku, jika tak mahu mati!" Ugut Eun Ha menggunakan suara yang keras.

"Kalau aku tak mahu ikut?" LuHan masih berani walaupun garfu itu masih di lehernya.

"Jangan banyak cakap! aku mahu kau datang ke hari jadi adik aku. Dia sangat meminati kau dan baik kau ikut cakap aku sebelum riwayat kau terhenti di sini!" Yoo Eun Ha semakin menggila dan mencucuk leher LuHan dengan dalam menyebabkan luka yang kecil.

"Garfu itu tak boleh membunuh aku." Kata LuHan dengan sombong. Dia masih lagi ego walaupun diri dalam bahaya.

"Aku tahu yang garfu ini tak boleh membunuh kau tapi garfu ini boleh cucuk mata kau! HaHaHa!"

LuHan masih tidak gentar dengan ugutan itu dan berkata. "Macam mana aku mahu datang ke hari jadi adik kau kalau mata aku buta?"

"Diamlah!" Yoo Eun Ha geram dengan sikap artis yang berlagak itu dan dia terus menendang alat sulit LuHan.

LuHan mengadu kesakitan. "Kenapa kau tendang bahagian itu! Bodoh!"

Yoo Eun Ha hanya tersenyum mengejek terus membawa LuHan keluar dari bilik itu dan berjalan menuruni anak tangga dengan cepat.

"Cepat! kita tak banyak masa. Adik aku sudah tunggu aku di rumah!" Arah Eun Ha dengan ganas.

"Okay, baiklah." LuHan hanya patuh dirinya di bawa oleh penculik, sebenarnya dia mahu melawan penculik itu tapi apabila dia mengetahui yang penculik ini hanya mahukan dia hadir ke hari jadi adiknya, dia terus membatalkan niatnya untuk melawan baginya ini hanyalah permainan sahaja.

Apabila Yoo Eun Ha ternampak van buruk berwarna hitam Eun Ha terus memasukkan LuHan ke dalam van buruk itu. Van buruk berwarna hitam itu baru saja mereka sewa dengan harga yang berpatutan dan pemilik bas itu tidak tahu yang mereka menyewanya untuk menculik orang.

Apabila mereka berdua masuk Tae Min ternganga melihat kejadian yang dia tonton melalui komputer ribanya, Yoo Eun Ha tidak ubah seperti pembunuh upahan padahal mereka menculik LuHan kerana mahu membawanya ke hari jadi Eun Mi dan Tae Min tidak menyangka Eun Ha berjaya menculik seorang artis popular.

"Apa yang kamu tengok? Cepatlah bergerak! Kuta tak dah masa sekarang!" Arah Eun Ha.

Tae Min cepat-cepat menghidupkan enjin kereta dan terus bergerak laju.

Yoo Eun Ha masih memakai topeng dan mengikat tangan LuHan menggunakan tali.

"Aku takkan lari juga, nanti aku pula yang mati kalau aku terjun dari van ini." Kata LuHan dengan dingin.

"Kau fikir kau boleh dipercayaikah? Aku hanya ikat untuk langkah berjaga-jaga sahaja." Kata Eun Ha dengan tersenyum sinis.

"Kau yang sepatutnya berjaga-jaga." Kenyataan LuHan membuatkan Eun Ha tergamam.

"Diamlah!" Yoo Eun Ha semakin berang dengan keberanian LuHan walaupun di ugut menggunakan garfu.

"Kamu berdua ini siapa? Cuba buka topeng kamu dan jangan risau aku takkan beritahu pihak polis jika kamu layan aku dengan baik."

Apabila Eun Ha dan Tae Min mendengar perkataan 'polis' mereka berdua menelan air liur.

Yoo Eun Ha terus membuka topengnya dan membuatkan LuHan tergamam.

"Kau!" Terbeliak biji mata LuHan melihat siapa yang telah menculiknya. Yoo Eun Ha hanya tersenyum sinis.

LuHan menahan dirinya dari memaki seranah Eun Ha kerana dia diajar dengan pendidikan yang baik dari kecil dan LuHan

"Kenapa? Terkejut yang aku penculiknya." Soal

Yoo Eun Ha dengan angkuh.

"Tidak, aku hanya terkejut bila kau tiba-tiba jadi pandai. Bukankah engkau gadis dungu?" LuHan mahu mencabar kemarahan Yoo Eun Ha sambil tersenyum.

Yoo Eun Ha membuntangkan matanya dan mula mengamuk. "Jadi, kau hanyalah artis talam dua muka yang tidak berhati perut. Mungkin adik aku buta agaknya sebab jadikan kau idolanya."

"Kamu berdua boleh diam tak?" Tae Min menyuruh mereka berdua diam kerana telinganya mulai bingit dengan suara mereka berdua yang asyik berperang mulut.

Yoo Eun Ha dan LuHan menjeling sesama sendiri.

"Berhenti di sini, aku mahu belikan Eun Mi kek hari jadi." Yoo Eun Ha mengarahkan Tae Min berhenti di depan kedai kek pelangi. Tae Min mermarking kereta di hadapan kedai kek pelangi.

"Jaga dia, jangan bagi terlepas." Yoo Eun ha sekali lagi mengarahkan Tae Min untuk menjaga LuHan.

Tae Min sekadar mengangguk tanda faham.

LuHan hanya berpeluk tubuh dan memejamkan matanya kerana tidurnya di ganggu oleh Yoo Eun Ha; LuHan sebenarnya belum mandi dan juga belum bersarapan jadi perutnya berkeroncong sejak Eun Ha mula menculiknya.

Semasa di dalam kedai kek pelangi, Yoo Eun Ha ligat memilih kek yang paling terbaik di situ. Yoo Eun Ha sangat menyayangi adiknya jadi dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk adiknya walaupun sanggup menanggung risiko.~

ISTANA PLATINUM LUHAN.

DingDong!DingDong!DingDong!

Jae wook menekan loceng rumah LuHan tetapi tidak di sahut. Dia sudah lama berdiri di hadapan rumahnya dan mengetuk pintu beberapa kali tetap juga tidak di sahut akhirnya Jae wook terpaksa masuk tanpa izin dan menekan kod pintu rumah iaitu tarikh lahir LuHan sebenarnya tiada siapa tahu yang LuHan mempunyai tarikh lahir palsu.

"LuHan, kamu di mana?" Tetap tidak bersahut.

"Selepas ini kamu ada perjumpaan dengan pihak agensi syarikat. Saya harap kamu keluar dengan segera." Jae wook bimbang yang LuHan masih terlena tidur jadi dia naik ke tingkat atas menggunakan lift dan terus pergi ke bilik LuHan lalu membukanya. Kosong, bilik itu kosong.

Dia pergi ke mana? Jae wook pun membuat panggilan telefon ke atas LuHan apabila dia menelefon, dia terdengar bunyi deringan telefon LuHan di bawa bantal. Dia semakin keliru, rumah tiada orang dan telefon di tinggalkan.

Jae wook membuat panggilan dengan ketua agensi iaitu Miya.

"Hello." Miya terlebih dahulu menjawab.

"Hello, LuHan ada di sana?" Tanya Jae wook.

"LuHan? Dia tiada di sini. Kenapa? Dia hilangkan diri lagikah?" Soal Miya ingin tahu.

"Tak ada apa-apa, aku cuma mahu kepastian sahaja." Jae wook bercakap dengan nada bersahaja supaya Miya tidak menyoalnya lebih lanjut lagi.

"Kalau macam itu aku letak dahulu. Selamat tinggal."

Panggilan telefon di matikan.

Lee Jae wook semakin keliru di mana lokasi LuHan berada sekarang. Dia juga membuat panggilan dengan beberapa kenalan rapat LuHan tetapi jawapan tetap sama, maaf LuHan tiada di sini.~

PANGSAPURI HONGDAE.

"Kejutan!" Yoo Eun Ha masuk ke dalam rumah dan membawa kek coklat dengan lilin yang menyala, keseluruhan lilin itu ialah 17 menandakan umur Eun Mi kini 17 tahun.

"Selamat hari jadi Eun Mi! Cepat tiup lilin itu." Yoo Eun Ha masih memegang kek coklat itu.

Eun Mi meniup semua lilin itu. Mereka tersenyum bersama.

"Cepat buat hajat." Eun Ha menyuruh Eun Mi melakukan hajat.

Sambil memejamkan matanya dan menggenggam erat tangannya dia berbisik tetapi jelas didengari. "Saya berharap di panjangkan usia untuk membalas kembali jasa ibu dan kakak."

Apabila Yoo Eun Ha mendengar hajat Eun Mi dia terasa hangat dan mula bergenangan air mata lalu memeluk Eun Mi dengan sebelah tangannya. Ibunya turut menyaksikan kemanisan itu turut mengalirkan air mata. Dia bersyukur mempunyai anak-anak yqng sangat baik kepadanya, dia juga pergi memeluk anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Seketika pelukan pun di leraikan dengan kasih sayang. Yoo Eun Ha terus mengingati 'tetamu istimewa' dan bersiul tanda untuk masuk.

LuHan masuk dengan senyumannya yang comel dan menyanyikan lagu selamat hari jadi dengan suara yang sedapnkepada Eun Mi membuatkan Eun Mi tergamam.

"Selamat hari jadi~ Selamat hari jadi~ Selamat hari jadi YOO EUN MI." LuHan menyebut nama Eun Mi dengan kuat sekali di hujungnya.

Rahang Eun Mi ternganga luas kerana terkejut jadi kakaknya sememangnya tidak berbohong kepadanya untuk membawa LuHan semasa hari jadinya. Yoo Eun Mi tidak menyangka semua itu. Eun Ha tersenyum melihat reaksi adiknya yang agak berlebihan sebenarnya inilah pertama kali Eun Mi melihat artis popolar itu di depan mata selalunya dia hanya melihat artis itu di dalam tv kini telah masuk ke dalam rumahnya dan menyanyikan lagu hari jadi untuknya!

"Terima kasih. Saya tak sangka kamu datang ke sini untuk sambut hari jadi saya apapun saya sangat meminati kamu!" Yoo Eun Mi tersipu-sipu malu.

"Sama-sama, Eun Ha yang ajak saya ke sini. Dia kata saya harus tunaikan permintaan kamu untuk datang ke hari jadi kamu. Saya tak akan hampakan permintaan peminat saya." Kata LuHan sambil dia menjeling ke arah Eun Ha.

Yoo Eun Ha pula terus memandang ke tempat lain dan berpura-pura tidak tahu namanya di sebut padahal dialah yang menculik LuHan sampai ke sini.

Yoo Eun Mi memandang Eun Ha dengan gembira lalu terus memeluk kakaknya. "Terima kasih kakak!" Ucap Eun Mi kepada kakaknya.

"Sama-sama, adikku." Dia amat gembira jika adiknya juga gembira. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi perut berkeroncong dan lantas menoleh ke arah LuHan.

"Hm, saya lapar ada makanan tak?" LuHan tersenyum kelat menahan lapar.

Semua ketawa terbahak-bahak.