webnovel

Silent girl

Aulia_Farizza · วัยรุ่น
Not enough ratings
44 Chs

BAB 39

BAB 39

Farisya menghentakkan kakinya. Geram betul dia dekat Ammar. Layanannya langsung tak dilayan. Apalah ubat yang Amyrah bagi dekat Ammar?

Sekarang dia perlu memikirkan strategi untuk merampas semula Ammar daripada genggaman Amyrah. Dasar perempuan tak sedar diri dia ingat dia siapa? Tengok sajalah nanti dia akan pastikan Ammar akan menjadi miliknya.

" Kau tengoklah jelah nanti Amyrah...kalau aku tak dapat Ammar.... hidup kau akan jadi huru-hara...." Farisya mencengkam sekuat hati tangannya. Dia bakal menjadi kenyataan apa yang di katakan.

" Heh .. bosan juga duduk rumah sorang-sorang...." Katanya bersendirian. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Apa kata kita ajak Farah keluar mesti dia nak.

' telefon...where are you...'

Farisya meraba sekeliling mencari telefon bimbitnya. " Haa....ni pon kau..."

Dia pun menghantar mesej ringkas kepada Farah.

Farisya: baby jom kita shopping...l bosanlah duduk rumah sorang-sorang...🥺

Dia menunggu Farah membalas mesej nya. Minta-mintalah rakannya lapang sekarang.

~ TING~

Bunyi satu mesej masuk. Farisya memikirkan Farah yang membalas mesejnya namun tidak. Rupanya papa dia menghantar mesej. Apa pula papanya nak kali ini.

Papa : adik hujung minggu ni ikut mama papa balik kampung....

' What kena balik kampung...oh my god...aku nak buat apa kat sana...' Farisya mengeluh. Ya, kampung. Kampung. Kampung. Kampung. Kampung.

Kampung yang membosankan. Kampung yang tiada taste. Kampung yang jijik. Kampung yang jakun.

Kalau nak tahu papa Farisya berasal daripada kampung. Jadi apabila saja raya pasti balik ke kampung. Dahlah kena layan sepupunya yang membosankan. Kenapa dia kata bosan ? Sebab sepupunya semuanya tak tahu. Itu tak tahu ini tak tahu. Boleh dikatakan rata-rata sepupunya seorang yang ketinggalan. Tik tok tak tahu, K-pop pun tak tahu, anime pun tak tahu, semua benda tak tahu. Tapi itu sewaktu 10 tahun lepas. Tak tahulah kini. Apabila papanya ajak pulang pasti dia menolak.

Farisya menaip membalas mesej papanya.

Farisya: but...why

Papa: because this weekend .....your cousin is marry...so we need to come...

Farisya: if If papa mama wants to go back ... just come back .. don't involve me .... because I don't like going back to the village ...

Papa: but this is our family...

Farisya: But it has nothing to do with me

Papa: adik nak ke tak nak... adik kena balik juga...kalau tak papa sekat your money...

Farisya: okeylah fine...

Farisya menutup telefonnya lalu dihempaskannya ke bawah. Kenapalah dia perlu ikut papanya ke kampung yang membosankan itu. Mengharapkan Farah membalas mesejnya namun tidak papanya pula yang menghantar mesej. Apa bendalah Farah tengah buat sekarang?

.

.

.

.

.

Farah berjoget keriangan di tengah pentas di kelilingi orang ramai. Dia kerap ke sini sejak beberapa bulan dulu. Keadaan sekeliling yang agak hingar-bingar sudah lali di telinganya.

Duduk di rumah nak buat apa baik dia pergi ke sini. Dia bukan bekerja pun.

Farah berjalan meneguk air syaitan yang sudah biasa di tekaknya. Farah melihat telefonnya. Heh, Farisya rupanya _whatsapp_ dia.

Farisya: baby jom kita shopping....l bosanlah duduk rumah sorang-sorang....🥺

' Padan muka kan dah bosan tulah dulu aku ajak kau pergi sini kau tak nak...kau kata haramlah... tempat setanlah... tempat maksiatlah...haa kang sekarang dah bosan... padan muka..kau ingat kau tu baik sangat ke...' gumam Farah. Ya, dia pernah ajak Farisya masuk ke dalam club malam tapi ditolaknya kerana farisya masih tahu membezakan baik dan buruk.

Farah menyambung semula ke tengah pentas untuk menari semula. Dia tidak kisah orang memegang badannya kerana dia bangga akan kecantikan badannya.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri Farah lalu menegurnya.

" Seorang saja ke..."

" What are you talking about ... I did not hear anything ..." Balas Farah. Namun , lelaki itu tidak membalas persoalan Farah. Lelaki itu menarik Farah dalam keadaan mabuk menuju ke sebuah bilik. Farah yang separuh hanya mengikutnya.