webnovel

RATU HATI CIK ABANG

Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Heh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi sang gadis? Mampukan si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe

Orkid_putih01 · สมัยใหม่
Not enough ratings
40 Chs

bab37

"Haniff awak tahu?" Soalku lemah menahan rasa sakit dan sebak di dalam dada.

"Sayang.." ucap Haniff sambil memelukku erat dari belakang.

" Awak tahu saya adik Amira? Tapi awak rahsiakan?" Soalku penuh kecewa.

"Saya bukan nak rahsiakan, tapi belum waktu yang sesuai." Ucap Haniff yang bagaikan hilang kata yang jelas.

" Apa yang tak sesuai Haniff? Atau awak kahwin dengan saya, sebab saya adik dia? Awak pandang saya, awak nampak dia ke Haniff? Awak peluk saya awak bayangkan dia ke Haniff?" Soalku bertubi tubi, hadir rasa hina dan jijik dalam diri aku bila membayangkan segala tindakan Haniff selama ini. Mungkin sebab itu acap kali dia memanggil aku dengan nama Mira.

Sungguh aku rapuh saat ini. Segalanya bagaikan berkecai. Setiap cerita bagai bercantum menjadi tangisan.

"Qalisya, bukan macam tu sayang, jangan fikir macam ni. Saya boleh explain, awak tenang dulu." Pujuk Haniff sambil merangkul aku kemas.

Aku menjauhkan diri aku dari dia. Memandang dia mencari keikhlasan dari mata redup itu.

"Ok.. jelaskan. Saya nak dengar sejauh mana cinta yang awak ucap tu. Yang saya sendiri dah tak nampak dah." Tuturku penuh kecewa.

" Qalisya, betul saya tahu yang Amira ada adik perempuan. Tapi saya tak pernah mencari. Sampailah hari pertama saya lapor diri dekat sekolah tempat kita mengajar. Saya nampak nama awak dekat pejabat. Saya tahu awak adik dia. Tapi saya tak yakin. Sampailah awak kenalkan saya pada umi. Saya tanya umi serba sedikit tentang awak dan semua maklumat tu buat saya yakin awaklah Alisya yang selalu meniti di bibir arwah." Jelas Haniff perlahan.

"Kenapa awak kahwin dengan saya?" Soalku tajam.

Haniff menghela nafas berat. Hati aku sudah penuh dengan rasa sangsi tapi masih cuba untuk mencari keikhlasan dia.

"Niat saya awalnya nak jaga awak. Lepas apa yang Cikgu Latip cuba buat dekat awak, saya rasa saya patut jadi pelindung awak. Iya awalnya saya hanya nak jaga awak. Tapi lepas kita nikah rasa tanggungjawab ni disulam rasa suka dan cinta. " Tutur Haniff sambil merenung mataku.

"Awak jadikan saya isteri sebab Amira kan? Awak bayangkan saya dia kan?" Soal aku kepada Haniff Mikail.

"Saya tak nafikan,awalnya saya nampak dia dalam diri awak. Tapi sekarang tak sayang, saya jatuh cinta pada Qalisya Amani bukan lagi Amira." Tutur Haniff lalu mencapai lembut tanganku dan menggengam kemas.

"Awak panggil saya Amira bukan sekali tau Haniff. Tapi berkali kali. Awak rasa mampu ke awak nak tanam rasa percaya dalam hati saya sekarang?" Luahku bersama air mata. Bila hati ini sudah terjaga dari lena yang selama ini hanya aku yang mendambakan dia. Tapi dia? Memandang aku dengan bayangan kakak.

"Apa yang jadi dekat kakak saya Haniff? Saya nak awak jujur. Zarul bagitahu kakak saya kena bunuh bukan bunuh diri. Give me explanation." Ucapku tanoa rasa. Hati aku sungguh kosong saat ini. Aku hanya mahukan kebenaran. Aku sudah sebatang kara. Saat ini aku sudah fikir untuk hidup sendiri.

Haniff diam tanpa kata. Air mata lelakinya terlihat mengalir di pipi dan diseka olehnya. Aku pula kian menjadi tertanya apa yang menimpa kakak ku.

Haniff membetul duduk lalu memegang bahu aku.

" Awak, saya sayang sangat-sangat. Percayalah." Ucapnya sambil matanya menikam jauh ke dalam anak mataku.

"Tell me the truth." Ucapku ringkas. Hilang semua kelembutan yang ada dalam diri saat ini.

"Betul. Mira bukan bunuh diri. Tapi dia diperkosa dan dibunuh oleh papa. Ye papa saya. Saya tak tahu Qalisya. Sumpah saya tak tahu. Bila Amira cerita apa yang jadi saya rasa semua ni nonsense. Tak mungkin papa nak buat macam tu. Tapi itu lah silap saya. Saya musnahkah harapan terakhir Amira. Malam itu dia pergi di tangan papa. Saya? Macam orang gila. Saya hanya ada dia dan papa. Tapi semuanya berkecai. Kalau awak tanya saya kenapa Hamzah cakap Amira bunuh diri, sebab sebelum saya balik ke pangkuan keluarga saya hanya letak dalam fikiran saya yang Amira bunuh diri. Saya pengecut sampai saya cipta kisah sendiri. Mereka taktahu yang saya dah betul-betul sihat dan ingat kisah sebenar. Qalisya.. saya tahu awak akan marah, benci dan jijik dengan saya. Tapi tolong la sayang , saya ikhlas." Ujarnya bersama air mata.

Aku bagaikan dihempap batu besar. Lelaki yang aku peluk setiap malam adalah anak kepada pemusnah hidup kakak aku.

"Awak tahu tak, kami sekeluarga dah cukup menderita. Keluarga kami susah sangat. Hari-hari ayah dan ibu gaduh sampai lah mereka bercerai. Dan kami jadi mangsa. Saya tak sangka kakak saya punya kisah sangat menderita. Dan lagi saya tak sangka, insan yang bergelar suami saya adalah sebahagian dari kemusnahan kakak saya."

Aku cuba untuk berdiri walau kaki ini bagaikan kebas tanpa deria. Aku melangkah bagaikan oranv mabuk menuju ke pintu.

"Qalisya, awak jangan tinggalkan saya." Rintih Haniff sambil menarik tangan aku.

"Haniff, awak patut jangan cuba dekat pun dalam hidup saya. Cukuplah kakak." Ujarku yang kini bagai kaca terhempas di lantai. Berkecai, hancur itu la rasa aku saat ini. Aku lebih rela Haniff curang dari kisah kami jadi begini.

"Sayang.." panggil Haniff bersama tangisan.

"Ceraikan saya." Ucapku lalu melepaskab gengaman Haniff.

BERSAMBUNG...

P/s: fuhh. Mcm mana ni korang. Agak-agak apa jd eh? Kalau korang hadi Alisya, korang bt apa? Haa komen2. Love. Kita jumpa esok. Insyaallah.