webnovel

Bab : 35

Hari sudah lewat malam. Luana masih duduk kaku di atas bumbung istana. Bantal di atas riba dan lampu pelita bercahaya. Sejak dia cuba sembunyikan diri tiada yang berjaya menemuinya.

Jadi hanya bumbung saja la tempat yang dia rasa paling orang takkan jangka dia akan berada.

Langit malam tidak berbintang di atas kepala di pandangnya dengan renungan kosong.

Sejak perbualannya mengenai Permaisuri Aries bersama Aryan, fikirannya tidak pernah berhenti dari mengenang akan ibubapanya yang sudah meninggalkan dirinya. Dua orang yang telah meletakkan dia di situasi yang tidak pernah dia minta untuk terjadi. Kiranya nasib dia dan Aryan sama sajalah.

Elok sangat la tu. Dua kali lima saja mereka berdua ni.

Luana melepaskan keluhan perlahan. Baru kini kesalnya datang.

Perkahwinan ini tidak seharusnya terjadi. Sepatutnya dia halang semua ini dari terjadi. Tapi siapa yang harus disalahkan bila perkahwinan terpaksa ini terjadi juga?Diakah?

Aryan?Ya...suaminya itu yang harus dipersalahkan. Kononnya hendak bebaskan dia dari kongkongan pakciknya. Ah!Kelaut la janji tu. Sebaliknya dia yang di kongkong dengan Aryan.

          "Ayahanda...bonda...tengokla nasib anakmu yang malang ni.."ngadu Luana semasa memandang langit. Nafasnya terasa sesak. Dia bengang. Memang dirinya ini malang.

Cukup bengang dengan apa yang terjadi. Lain yang dimahukan lain yang terjadi. Dan sekarang Aryan si pelik lagikan poyo tu mula buatkan dia berdebar tidak tentu pasal! Takkan la dia dah tersukakan suaminya itu. Dia tidak boleh jatuh cinta secepat ini!

            "Arghhh...stress!"rengus Luana sambil tumbuk bantal di ribanya.

            "Apa yang stressnya?"tegur suara dari belakang tiba-tiba.

           "Mak!"latah Luana dengan lekas berpaling ke arah laluan tingkap tempat dia guna untuk panjat bumbung ni. Bila dia pandang, Aryan sudahpun berdiri di situ. "What the heck!Dari mana tuanku tahu saya ada di sini?"tanya dia.

Aryan ketap garis nipis di bibir. Buat muka tak percaya. Macam mana Luana boleh terfikir hendak bersembunyi di sini?

            "Ke mari...saya takkan ke sana untuk dapatkan awak Luana.."lambai Aryan memanggil Luana supaya mendekat.

Kening Luana terangkat tinggi. Hell nah!Memang tidak dia mahu pergi.

            "Shoo!Pergi sana...saya nak bersendirian...jangan dekat!"arahnya pula yang melambai tangan menghalau.

              "1..."Aryan mula menghitung.

Isy!Tak faham agaknya Aryan ni! "Tinggalkan saya sendirian."arah Luana lagi.

              "2..."

Nafas Luana mula naik turun tidak menentu. Dia pandang cuak ke Aryan yang bersahaja di situ dengan tangan di dalam poket seluar. Lelaki ni serius ke?

             "Please?"sebutnya sambil buat puppy face mintak kesian.

              Aryan tidak terkutik dengan cubaan itu. "Sampai lima...awak tidak ke sini...rancangan ke Marlowe akan dibatalkan.."beritahu Aryan.

             "Hah!"nganga Luana dengan luas.

             "3..."

Mata Luana gerak memandang pelita kesayangannya pula. Apa dia nak buat ni!?

             "4..."

Haish!Tak guna betul!

             "Fine!Fine!Saya datang..please jangan batalkan...jangan!"tergesa-gesa Luana bangun mengambil pelita dan memeluk bantal dengan tangan sebelah lagi sebelum meniti tulang bumbung di situ menuju ke arah Aryan. Habis la dia lepas ni!

Melihatkan Luana mendekatinya, Aryan diam tidak bersuara. Matanya focus pada kaki tidak beralas Luana. Apa saja yang isterinya fikirkan sampai berani memanjat bumbung. Mujur la dia lintas tingkap ini tadi. Kalau tidak sampai ke esok la isterinya ada di atas ini.

                "Macam mana tuanku tahu saya ada di sini?"tanya Luana setelah tiba di depan Aryan.

Aryan keluarkan tangan dari poket lalu cengkam belakang kolar Luana. Mendorong badan itu ke depan terlebih dahulu.

                 "Istana saya, tahula saya nak cari. Apa yang awak fikir awak buat Luana?Suka ke dalam bahaya?"

                  Luana melangkau masuk ke lubang tingkap itu dan tembus ke koridor sesaat kemudian sambil di ikuti oleh Aryan dari belakang. "Panjat bumbung je..bukannya saya bergayut ke apa.."

                 "Kalau jatuh macam mana?"

                 "Tak jatuhkan."

                 "Kan saya pesan jangan ke mana-mana..."

                 "Saya ambil angin sajalah. Lepaskan kolar baju saya!"

                 "Ambil angin??Oh really...habis tu, ini..bantal dan lampu ini buat apa di bawa sekali?"

                 "Saja.."

                "Awak nak larikan diri ya lepas saya cakap macam tu tadi kan?"

                Luana cuba jauhkan dirinya tetapi Aryan rangkul bahunya dan tarik rapat ke sisi rusuk kiri lelaki itu.

"Mana ada.."

                Aryan tersengih nakal. Dia berhenti dari berjalan sebelum dukung Luana ke atas bahunya. "Kalau macam tu kita balik bilik sekarang."

                "Argh!"jerit Luana dengan terkejut. Tangan dia yang sibuk memegang dua barang itu tidak dapat hendak bergelut. Hanya kakinya saja yang meronta ingin di lepaskan. "Apa ni!Turunkan saya sekarang!Tuanku tak boleh nak marahkan saya!Saya ada hak!"

                "Well...awak hak saya...titik!No argument!"SLAP!Punggung Luana di pukul sekali.

               "Auw!"Luana angkat kepala cuba memandang Aryan tetapi gagal. "Sakit la!"