webnovel

Bab : 28

Bawa malang.

Puteri Mahkota bermasalah.

Memalukan.

Berperangai buruk.

Tidak beradab.

Perkataan itu saja yang terngiang-ngiang dalam kepalanya.

Berkedip mata yang termenung memandang langit yang sudah gelap kebiruan. Menandakan waktu senja sudahpun berlabuh. Entah sudah berapa lama dia duduk di sofa memeluk kaki rapat ke dada termenung di situ dia tidak ingat. Tapi dia tidak rasa serba salah pun.

Sejak dia membesar sampai ke hari ini, orang tidak habis-habis label dia dengan perkataan yang sama berulang kali. Kata orang kata-kata itu ibarat doa, semakin kerap ia di sebut maka ianya bakal menjadi kenyataan.

Mungkin disebabkan ramai orang berdoa supaya dia jadi seperti yang mereka mahukan makan dia jadi seperti yang mereka sebutkan itu.

Kelakar betul!

"Hei.."sapaan lembut terasa di tepi lengannya dengan tiba-tiba sebelum muncul Aryan mengambil tempat di depan Luana atas sofa itu.

"Mereka semua sudah pulang?" tanya Luana dengan dengan nada malas.

"Baru je."

Aryan baru sahaja selesai menghantar tetamu pulang terus naik ke bilik untuk dapatkan Luana setelah dimaklumkan oleh pengawal tadi. Risau memikirkan Luana, sepanjang masa dia luangkan waktu dengan tetamu, fikirannya hanya terarah pada Luana.

"Apa yang telah terjadi pada hari ini?"tanya Aryan dengan perlahan.

Luana berdengus sebelum tarik sengih mengejek. Dia pandang dengan sinis akan Aryan. Just look who is here!Lelaki yang bergelar suami tetapi tidak lakukan tugas sebagai seorang suami. Sebagai contohnya...ketika menyambut para tetamu siang tadi, Nikita sesuka hati boleh ambil kesempatan tapi Aryan sikit pun tidak cuba gunakan kuasa sebagai raja untuk kawal wanita itu agar tidak berkelakuan memalukan. Kalau dia bercakap dengan lelaki dah dikira sebagai curang. Di meja makan pula, semasa orang buat cerita dan memburukkan dia, Aryan sikit pun tidak cuba hendak bersuara atau pertahankan dia. Malah hanya mendiamkan diri semasa mereka semua di situ metertawakan dia.

Such a great husband!

Well done!

"Tuanku ada mata dan telinga kan...jadi mesti tuanku telah lihat dan dengar sendiri untuk tahu apa yang telah berlaku. Jadi tak perlu tunggu saya untuk menceritakannya semula." jawab Luana yang melentokkan kepala sedikit ke kanan.

Kening Aryan mencerlung. Dia kalau boleh tidak mahu memarahi Luana, namun memikirkan semula malu yang dia terpaksa tanggung kerana tindakan Luana siang tadi, hatinya masih bengkak sakit marah.

"Beritahu saya dulu apa punca yang menyebabkan awak berani-berani buat scene di depan semua tetamu pada hari ni Luana?Sampai apa?Siram Nikita?Apa yang awak fikirkan untuk lakukan hal itu?"

Luana diam tidak menjawab. Dia hanya perhatkan betapa emosinya Aryan sekarang ini. Lelaki ini sudah lupa ke?

"Awak tahu tak, malu saya dengan semua tetamu tadi?Mana nak letak muka ni sekiranya mereka bercerita dan bergosip pada orang luar di sana?"luah Aryan dengan kesal sekali. "Cuba la bawa bersabar sikit..bukan semua masalah boleh di selesaikan dengan kekasaran!"

Luana ketawa. Dia tersengih lalu turunkan kaki untuk disilakan atas sofa itu.

"Dalam kontrak syarat keempat...segala perbuatan dan tindakan saya tidak boleh di persoalkan. Saya harap tuanku ingat itu...."beritahunya untuk mematikan leteran Aryan. "Dah tak ingat?Lupa ke?"

Buat sesaat Aryan tersentak. Namun dia tenangkan diri cepat-cepat.

"Sekarang bukan soal kontrak Luana. Ini soal tindakan tidak masuk akal awak di khalayak umum! Bagaimana seorang permaisuri boleh buat perkara memalukan seperti ini!"dengking Aryan dengan tegas.

Luana buat muka funny.

"Hahaha....kenapa tuanku nak marahkan saya?"ketawa Luana lagi. Dia benar-benar berasa lucu.. "Tuanku dah lupa ke yang tuanku sendiri beria inginkan saya sebagai isteri bukan?Jadi tanggung la semua ni...bukan salahkan saya..." beritahunya. "Kelakar betul la...sendiri mahu sendiri tanggung!Kalau tak tahan, kita cerai. Saya sendiri tidak terdesak untuk jadi permaisuri la!"katanya.

Aryan pandang Luana dengan kening mencerun tajam. Dia tidak faham kenapa Luana bersikap begini? Apa kurangnya dia?Kalau dia boleh bertolak ansur dengan Luana, kenapa Luana tidak?

"Oh...begini ya cara awak hendak lakukannya?Awak buat perangai menyakitkan hati ni sebagai cara supaya saya ceraikan awak? Macam yang awak buat semasa waktu untuk bersiap siang tadi?Berias dalam keadaan memalukan supaya saya tidak bawa awak hadiri sesi makan-makan tadi begitu?"sengih Aryan pula yang mendekatkkan wajah di depan muka Luana.

Sengih Luana surut selepas dia dengar kenyatana itu. Aryan tahu? Keningnya terangkat sedikit.

Aryan berdengus kecil selepas melihat reaksi Luana. Ingat dia tidak tahu ke!?

"Yup...saya dah tahu...mereka sendiri yang beritahu saya yang awak arahkan mereka dandan awak begitu"katanya yang faham akan maksud reaksi itu. "Kalau ini cara awak hendak berurusan. Fine. Kita gunakan kontrak tu. Syarat pertama. Awak dah langgar. Iaitu segala kata-kata saya awak perlu turutkan untuk saya turutkan kata-kata awak. Tapi awak melanggarnya dengan buat scene di ruang makan siang tadi. Sebagai hukumannya, apa saja yang awak mahukan tidak akan saya tunaikan."

What the heck!

Jatuh terus rahang Luana bila dengar, Dia pandang tergamam akan kata-kata Aryan.

"Mana adil macam tu!Tuanku pun langgar syarat keempat saya dengan mempersoalkan tindakan saya!" bidas Luana.

"Well...it make us one then.." ujar Aryan semasa bangun dari sofa itu dan mula menanggalkan pakaian dari badan lalu gerak masuk ke dalam bilik air.

Tidak terkata dengan apa yang di dengar, Luana tumbuk dengan geram pada sofa di bawahnya itu. Tak guna betul!Lain yang di rancang!Lain yang jadi!

Ugh!

Aryan-1

Luana-0