webnovel

Mengawal Api Teras Teratai Hijau

บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

Xiao Yan membuka mulut dan tersenyum kelat apabila melihat tindakan ular kecil tujuh warna. 'Saya rasa ini ular ini bukan Ratu Medusa. Melihatkan kelakuannya, ini bukan Ratu Medusa. Dia sekarang ini, tidak berbeza dengan seekor ular kecil yang baru dilahirkan. Perbezaannya hanya kepintarannya lebih tinggi.'

'Jangan kata evolusi ini telah memusnahkan memorinya yang lama?' Yao Lao juga terasa keliru dengan hal ini.

'Huh…' Xiao Yan tidak bergerak untuk seketika dan mengecilkan matanya. Matanya bersinar dalam maksud yang tidak dapat difahami dan berkata, 'Saya rasa dia berminat dengan sesuatu di dalam cincin saya.'

Jari Xiao menepuk ringan pada cincin simpanan sambil dia berkata demikian. Beberapa benda muncul di tapak tangannya. Ular kecil tujuh warna itu bergerak lebih rapat. Ia meneliti ke seberang dan membuai-buai ekornya sambil menggeleng kepala. Jelas, benda yang diingini tidak berada di tangan Xiao Yan.

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com