webnovel

Pertemuan Kembali dengan Ketua Dewan Han

นักแปล: EndlessFantasy Translation บรรณาธิการ: EndlessFantasy Translation

"Awak… boleh terbang?"

Yu Fei-er berpaling ke arah pemuda di sebelahnya dengan mata terbeliak seolah-olah dia telah ternampak hantu apabila melihat lelaki dengan binatang peliharaannya itu terjatuh dari langit, sekaligus meninggalkan awan berbentuk cendawan akibat impak mereka itu.

Bukankah terbang itu merupakan kebolehan yang diperoleh sekiranya anda seorang Santo sahaja?

Sebagai pertapa alam Penyatuan Roh, bagaimana lelaki ini boleh berbuat sedemikian?

Setelah Yu Fei-er teringatkan tingkah-laku Luo Qiqi yang agak berani sebentar tadi, dia tiba-tiba tersedar akan sesuatu sebelum bertanya, "Qiqi, awak tahu perkara ini daripada tadi?"

"Semasa kita berada bawah tanah, Zhang laoshi menggunakan teknik ini untuk menyelamatkan saya," Kata Luo Qiqi. Dengan wajah yang pelik, dia berpaling ke arah Zhang Xuan dan bertanya, "Bercakap mengenai perkara ini, guru, bagaimana awak boleh terbang?"

ตอนที่ถูกล็อกไว้

สนับสนุนนักเขียนและนักแปลคนโปรดของคุณใน webnovel.com