webnovel

Tak Tahu Pun Perkara Asas Tentang Jadi Kacak

Editor: EndlessFantasy Translation

Ning Xi serta-merta berdiri. "Pengarah Chen, kamu nak cakap dengan saya tentang skrip ke?"

"Cakap, hotak kau!" Chen Mian menjawab dengan jengkel, "Budak nakal, beraninya kamu sembunyikan potensi sebenar kamu daripada saya hari tu?!"

Selepas kata-kata itu terluah daripada mulutnya, Chen Mian sedar yang dia dah memarahi Ning Xi dan memanggilnya sebagai "budak nakal" tanpa sedar.

Ning Xi memandang Chen Mian dengan wajah tak bersalah. "Tak, sebelum ni, saya hanya jadi diri saya yang biasa je. Kamu tak biar saya cuba apa-apa adegan pun."

Dia hanya bawa kemahiran berlakon yang biasa sahaja sebelum ini.

Chen Mian terdiam. 

10 minit kemudian, penggambaran itu bermula semula. 

Mereka terus merakam beberapa percubaan yang teruk kerana Chen Hanchen tak dapat menandingi bakat Ning Xi. Mereka berdua sangat berbeza daripada segi bakat. Chen Mian pula ada jangkaan yang tinggi terhadap adegan ini, jadi dia tak akan terima apa-apa kecacatan pun. 

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com